Isnin, 30 Julai 2012

Projek EDU 3105

Ini merupakan tajuk bagi projek EDU 3105 saya semester ini.

Pengajaran Mikro Pendidikan Kesihatan

Semasa Pengajaran Mikro perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian:

  1. Tulis tajuk P&P di papan tulis pada akhir P&P.
  2. Elak soalan secara umum. Panggil nama untuk jawab soalan.
  3. Bila panggil nama pelajar untuk jawab soalan, bagi soalan dahulu.
  4. Apabila tulis sesuatu di papan tulis, jangan sesekali bercakap. Bercakap apabila selesai menulis.
  5. Lepas tulis tajuk atau isi pelajaran di atas tengah papan tulis, bahagikan kepada beberapa bahagian.
  6. Ikut apa yang dirancang. Ikut apa yang ditulis dalam RPH.
  7. Tanya soalan dahulu, baru minta murid jawab. 
  8. Soalan perlu spesifik. 
Pada pengajaran mikro set induksi pusingan pertama, saya dapat 8/10 markah. Pusingan kedua saya akan buat yang baik.

Jumaat, 20 Julai 2012

Faktor Lokasi Dlm Pelaksanaan Akrtiviti P&P PJ


Soalan:
Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani, pelbagai fakor perlu diambil. Huraikan faktor lokasi sekolah yang boleh mempengaruhi aktiviti Pendidikan Jasmani ?

Faktor lokasi sekolah atau kedudukan sekolah merupakan sebahagian daripada komponen yang terdapat dalam faktor persekitaraan. Lokasi sekolah atau kedudukan sekolah dibahagikan kepada dua yakni sekolah di kawasan Bandar dan luar Bandar. Kedua-dua kedudukan sekolah ini mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan baik dari segi tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahannya.
             Kedudukan sekolah di kawasan bandar mempunyai pelbagai kelebihan berbanding kawasan di luar bandar. Kewujudan pertubuhan tertentu memberi kelebihan bagi sekolah di bandar terutamanya dari segi kepakaran yang ada. Justeru itu sekolah yang berada di luar bandar boleh berkongsi kepakaran yang sedia ada di bandar. Sebagai contoh kepakaran jurulatih renang, gimnas, taekwando dan sebagainya.Kepakaran-kepakaran yang terdapat di kawasan bandar boleh dijadikan asas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan kepakaran yang terdapat di situ. Di bandar juga terdapat guru-guru yang mempunyai kepakaran khas berbanding di luar bandar. Keadaan tersebut diransang oleh adanya persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh badan-badan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk
mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu kemahiran atau sukan. Ini memberi banyak peluang kepada sekolah di bandar untuk merancang pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat murid.
            Kedudukan sekolah di kawasan luar bandar agak ketinggalan daripada sekolah di Bandar. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah melakukan banyak usaha bagi meningkatkan insfrakstruktur sekolah di luar bandar. Ini terbukti pada tahun lepas sahaja, kerajaan telah memperuntukkan tambahan RM2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di kawasan pendalaman dan luar bandar seluruh negara. Ianya sebagai tambahan kepada RM9.7 billion yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan dan dijangka akan memberi manfaat kepada dua juta pelajar luar bandar dan pendalaman. Oleh itu, aktiviti yang akan dirancang di luar bandar haruslah bersesuaian dan menepati tahap ekonomi penduduk setempat. Ini kerana ibu bapa di sekolah hanya bergantung kepada inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah sahaja dalam membentuk anak-anak mereka.
            Kesimpulannya, kreativiti seseornag guru dalam mengubah suai dan mempelbagaikan pendekatan P&P beliau amat perlu dalam memastikan aktiviti PJ dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah terutama di sekolah luar Bandar kerana infrastruktur yang serba kekurangan memungkinkan keberkesanaan P&P dapat dijayakan. 

Isnin, 16 Julai 2012

langkah-Langkah pengajaran mengikut model “ASSURE”.


Soalan:
Sediakan langkah-langkah pengajaran mengikut model “ASSURE”.

      I.        Model Reka bentuk pengajaran ASSURE
A- Analyse learner (analisis pelajar)- (1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomi (2) kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik

S- State Objective (nyatakan obj)- (1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd P&P (2) fokus kpd pengetahuan, kemahiran  dan sikap yg baru utk dipelajari.

S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi, demostrasi, latihan tubi. Media; kreteria- (1)sepadan dgn kuri (2) maklumat tpt/tkini (3) bahasa jelas (4) tarik minat/cetus motivasi (5)galak plibatan pel (6)kualiti teknikal  (7) terbukti keberkesanan (8) ada panduan guna. Rek bentuk Bahan; ambil kira; (1) objektif (2) pelajar (3) kos (4) kepakaran teknikal (5)peralatan (6)fasiliti (7)masa
.
U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)prebiu bhn (2) sediakan bhn (3) sediakn psekitarn (4)sedikn plajar (5)sed pengalaman pembelajaran.

R-Require Learner Participation (dorong penglbtn pel); latihan, kuiz, projek

E-Evaluate and revise (nilai dan semak)- (1)nilai pencapaian pel (2)pembelajaran yd terhasil (3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.


    II.        Langkah-Langkah Pengajaran
Matapelajaran          : Pendidikan Kesihatan
Tahun                                    : 4 Bijak
Tajuk                         : Penyakit Berjangkit

1.    Analyze Learner (Analisis Pelajar)
·         Pelajar terdiri daripada 20 orang pelajar di mana 16 orang pelajar adalah lelaki manakala selebihnya perempuan. Kesemua pelajar tinggal di kawasan pedalaman dan tinggal di asrama. Kesemua pelajar ini juga berasal daripada keluarga miskin dan mereka berumur dalam lingkungan 9 – 10 tahun.
·         80% pelajar tidak mengetahui apa yang dikatakan dengan penyakit berjangkit dan mereka hanya mengetahui nama penyakit yang mereka hidapi sahaja.
·         Stail pembelajaran pelajar-pelajar ini rata-ratanya adalah kinestatik di mana mereka suka bergerak-gerak dan menganggu rakan-rakannya.

2.    State Objective (Nyatakan Objektif)
·         Pelajar dapat menamakan sekurang-kurangnya 3 jenis penyakit berjangkit dan cara penyakit boleh merebak. Selain itu, pelajar mengamalkan sikap bantĂș-membantu apabila dalam perbincangan.

3.    Select Method, Media and Materials (Nyatakan Kaedah, Media dan Bahan)
·         Kaedah = Perbincangan
·         Media = Papan tulis, “marker pen”, LCD Projector, Laptop, Persembahan Powerpoint.
·         Bahan = Lembaran kerja (silang kata).

4.    Utilize Media and Materials (Guna Media dan Bahan)
·         Guru akan bersoal jawab bersama murid-murid mengenai penyakit berjangkit. Pertama, guru bertanya kepada murid-murid yang pernah sakit jenis penyakit yang mereka hadapi masa itu. Kemudian ,guru akan mencatatkan semua penyakit yang dinyatakan oleh murid-muridnya di papan tulis. Murid-murid juga  ditanya mengapa mereka mudah menghidap penyakit. Pada masa yang sama guru akan sentiasa membimbing murid-murid dalam menjawab soalan. Selepas perbincangan, guru akan mengedarkan lembaran kerja berbentuk silang kata kepada murid-murid bagi mengukuhkan lagi pengetahuan mereka. murid diberi tempoh masa tertentu dalam menyiapkan lembaran kerja tersebut.

5.    Require Learner Participation (Dorong Penglibatan Pelajar)
·         Selepas menyiapkan tugasan yang diberikan, murid-murid secara individu akan bertukar-tukar kertas dan akan menyemak lembaran kerja rakan-rakannya yang lain. Murid-murid akan dibimbing oleh guru dalam proses menyemak kertas tersebut. Selepas selesai menyemak, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan guru akan mengadakan kuiz kepada mereka. kuiz adalah berdasarkan apa yang mereka telah pelajari sebelum itu berkaitan penyakit berjangkit. Kumpulan yang memungut markah tertinggi dalam kuiz akan mendapat hadiah misteri daripada guru.

6.    Evaluate and Revise (Nilai dan Semak)
·         Penilaian adalah berdasarkan kepada lembaran kerja yang diberikan oleh guru dan berdasarkan kuiz yang dijalankan. Setiap murid juga akan disoal secara inidividu dalam proses perbincangan semasa P&P. Murid dianggap menguasai apabila berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. 
·         Sekiranya masih terdapat murid yang dikenalpasti tidak dapat mengikuti P&P, guru akan mengenalpasti punca masalah murid sebelum memberikan pemulihan. 

Ahad, 15 Julai 2012

Isu Semasa (Penempatan Guru Pelatih RMK 10)


Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih

PADA masa ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka – tetapi jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10.

Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.

Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah.

Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.

Marilah kita menyahut cabaran ini dengan usaha memperkembangkan,memperkasakan kualiti diri kita. Bukan membantah tetapi saya bersetuju dengan ini. Kita perlu lihat diri sendiri sedalam yang mungkin dan sentiasa renung-renungkan apa yang kita buat sepanjang pengajian.

Sumber:
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0727&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_04.htm. Diakses pada 15 Julai 2012.

Khamis, 12 Julai 2012

PROJEK Mengecaat



















TGFU


Model Bunker dan Thorpe

            Model Bunker dan Thorpe mengemukakan enam peringkat/langkah dalam konsep Teaching Games for understanding (TGFU).

LANGKAH/
PERINGKAT
PENJELASAN RINGKAS
1.  Bentuk Permainan

·        Nama permainan
·        Kawasan permainan
·        Bilangan  pemain
·        Alatan
·         
2.Apresiasi
   Permainan
·        Peraturan permainan
·        Ubahsuai permainan asal
·        Variasi
·         
3.Kesedaran
   Taktikal
·        Prinsip pergerakan
·        Ruang dan masa
·        Situasi lanjut
·        Kesan kelemahan lawan
·         
4.Membuat 
   keputusan
·        Apa yang perlu dilakukan?
-       Nilai situasi
-       Kenalpasti dan menjangka kemungkin
·        Bagaimana melakukannya?
-       Pilihan tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.
-        
5.Pelaksanaan
Kemahiran
·        Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan.

6.Prestasi
·        Penilaian kebolehan berasaskan kriteria.


Sabtu, 7 Julai 2012

Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.


Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.
A Curriculum is a written document which may contain many ingredients, but basically it is a plan for the education of pupils during their enrolment in given school -
George A.Beauchamp (1986)

Berdasarkan kepada George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai dokumen bertulis di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia adalah satu rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di sekolah

Kurikulum yang digubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat dengan mata pelajaran pendidikan jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu melahirkan insan yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek pembangunan insan merupakan keperluan negara dalam proses pembentukan modal insan yang berkualiti.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani ialah satu garis panduan kepada guru-guru dalam merujuk kandungan-kandungan pelajaran yang harus diberikan, diajarkan dan diterapkan kepada murid-murid. Di dalam sukatan pelajaran tersebut, terdapat tajuk-tajuk, kemahiran-kemahiran, cadangan aktiviti yang sesuai dengan murid mengikut tahap tertentu serta cadangan bahan-bahan yang hendak digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Justeru dapat kita kenal pasti di sini bahawa Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah sub unit yang terdapat di dalam kurikulum. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah garis panduan yang lebih khusus untuk diteliti oleh guru yang hendak mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Sukatan Pendidikan Jasmani merupakan satu kaedah yang terbaik untuk melahirkan individu yang mempunyai keseimbangan yang baik sama ada dari segi keupayaan psikomotor, afektif mahupun kognitif. Unsur membina kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum sukatan pelajaran pendidikan jasmani diselitkan unsur-unsur sains, maka kesepaduan mata pelajaran dapat dibentuk. Terdapat juga unsur-unsur mata pelajaran lain yang disepadukan dalam pendidikan jasmani seperti muzik, matematik, fizik, biologi dan lain-lain.

Subjek pendidikan jasmani mengaplikasikan kurikulum berpusatkan murid. Perkara ini dapat dilihat melalui permainan kecil yang disertai oleh mereka. Sebagai contoh, permainan kecil adalah permainan kegemaran semulajadi kanak-kanak. Oleh itu, unsur permainan diselitkan dalam sukatan pendidikan jasmani untuk menarik minat murid-murid.

Sumber:
http://notapismp.blogspot.com/2010_09_01_archive.html. Diakses pada 6 Julai 2012. 

Jumaat, 6 Julai 2012

Faktor Utama Yang Harus Diteliti Dalam Merancang Dan Melaksanakan Aktiviti Pendidikan Jasmani


Tiga Faktor Utama Yang Harus Diteliti Dalam Merancang Dan Melaksanakan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Terdapat tiga faktor utama yang harus diteliti dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani. Faktor yang pertama ialah infrastruktur dan tenaga. Faktor kedua pula ialah perkembangan murid dan yang ketiga ialah faktor persekitaran.

1.    Infrastruktur Dan Tenaga Pengajar

Dalam faktor ini, terbahagi pula kepada beberapa unsur iaitu kemudahan, peralatan dan kepakaran. Kemudahan merangkumi kedudukan sekolah sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, kemampuan kewangan sekolah, kemudahan-kemudahan semasa penyediaan aktiviti dan tenaga pengajar.

Peralatan pula merangkumi pemilihan alatan yang perlu berdasarkan kepada spesifikasi umur dan pertandingan. Faktor keselamatan pengguna haruslah diambil kira terlebih dahulu. Kualiti alat juga perlu dipertimbangkan dalam memilih alatan.

Kepakaran lebih menjurus kepada guru Pendidikan Jasmani itu sendiri yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas semasa mengajar. Mereka perlu menanggung risiko yang bakal ditempuhi semasa melaksanakan aktiviti. Pengetahuan dan kepatuhan terhadap prosedur dan disiplin dalam aktiviti Pendidikan Jasmani perlu kerana ia dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

2.    Perkembangan Murid
Perkembangan murid boleh dibahagikan kepada beberapa domain.

      I.        Domain kognitif

Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak. Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada lebih sukar. Hal ini membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematik. Domain kognitif ini merujuk kepada Taksonom Bloom yang membahagikan kepada enam peringkat iaitu didahului dengan kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan diakhiri dengan penilaian.

    II.        Domain afektif

Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Domain afektif juga mempunyai peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada paling tinggi iaitu bermula dari peringkat penerimaan, kemudian gerakbalas, penilaian, organisasi dan akhirnya perwatakan.

   III.        Domain psikomotor

Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Di peringkat rendah, murid-murid dilatih untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman. Domain psikomotor juga turut mempunyai hierarki tersendiri iaitu daripada peringkat mudah kepada susah bermula dengan peringkat persepsi, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan mekanistik, pergerakan kompleks dan akhirnya pergerakan suaian.

  IV.        Domain sosial

Domain sosial ini khusus untuk hubungan atau tingkah laku. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif iaitu : berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakim, memulakan dan menukar.

3.    Persekitaran
Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan.

Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan.

W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir.

Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan perkembangan murid-murid sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan murid-murid tersebut. Beliau mengetengahkan model ekologi berbentuk lapisan bulatan (Sistem Ekologi Bronfenbrenner ) yang masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap tertentu. Terdapat empat tahap dalam perkembangan ini iaitu:

Mikrosistem. Murid-murid terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada apa yang ada di depan mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti patung dan teknologi, struktur persekitaran, serta peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik beradik.

Mesosistem. Merangkumi hubungan murid-murid dengan persekitaran yang lebih luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi murid-murid. Contohnya, bagaimana murid-murid bergaul di sekolah lebih-lebih lagi apabila mahu memulakan alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah dengan keluarga.

Eksosistem. Menghubungkaitkan murid-murid dengan persekitaran yang mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. Melihat bagaimana murid-murid didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain.

Makrosistem. Makrosistem adalah lapisan paling luar yang menyentuh pengaruh hubungan murid-murid dengan persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah sistem nilai sosial, perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa.

Menurut Bronfenbrenner, teori yang dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor persekitaran tidak sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan murid-murid tetapi antara keduanya saling berkait rapat. Murid-murid tidak lari daripada berhadapan dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.

Sumber:

Kesepaduan dan Penggabungjalinan Aktiviti Dalam PJ


1.    Konsep Kesepaduan
Konsep kesepaduan ialah gabungan beberapa aspek kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal kanak-kanak.

Kesepaduan merupakan penyatuan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu dan membekalkan murid dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing.

Konsep kesepaduan dalam kurikulum menghilangkan sempadan mata pelajaran dan disiplin.

Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna.

2.    Penggabungjalinan Dalam Pendidikan Jasmani
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dilihat dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang ada di dalam satu matapelajaran itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran yang lain.

Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid.

Terdapat tiga jenis penggabungjalinan. Pertama, Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran. Kedua, penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain. Ketiga, menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.



Contoh Penggabungjalinan

      I.        Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Contoh permainan - bola sepak. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang didedahkan kepada murid seperti menghantar, menggelecek, menjaring, menendangr dan sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu sesi pengajarannya, contohnya menggabungkan kemahiran menggelecek dan menendang. Dalam lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat tendangan dengan teknik yang betul. Di sini, kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani.

    II.        Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.
Contoh aktiviti – regangan. Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran membilang dan mengira yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta murid-murid membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan. Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan memori mereka terhadap angka.

    III.        Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.
Contoh aktiviti – senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang dan muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak dan kemudian meminta murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu. Ketika murid melakukan pergerakan, mereka juga dikehendaki untuk membilang beramai-ramai sehingga nombor lapan supaya pergerakan mereka menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan guru untuk member penerangan yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.

Sumber:

Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani


Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.
A Curriculum is a written document which may contain many ingredients, but basically it is a plan for the education of pupils during their enrolment in given school -
George A.Beauchamp (1986)

Berdasarkan kepada George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai dokumen bertulis di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia adalah satu rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di sekolah

Kurikulum yang digubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat dengan mata pelajaran pendidikan jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu melahirkan insan yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek pembangunan insan merupakan keperluan negara dalam proses pembentukan modal insan yang berkualiti.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani ialah satu garis panduan kepada guru-guru dalam merujuk kandungan-kandungan pelajaran yang harus diberikan, diajarkan dan diterapkan kepada murid-murid. Di dalam sukatan pelajaran tersebut, terdapat tajuk-tajuk, kemahiran-kemahiran, cadangan aktiviti yang sesuai dengan murid mengikut tahap tertentu serta cadangan bahan-bahan yang hendak digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Justeru dapat kita kenal pasti di sini bahawa Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah sub unit yang terdapat di dalam kurikulum. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah garis panduan yang lebih khusus untuk diteliti oleh guru yang hendak mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Sukatan Pendidikan Jasmani merupakan satu kaedah yang terbaik untuk melahirkan individu yang mempunyai keseimbangan yang baik sama ada dari segi keupayaan psikomotor, afektif mahupun kognitif. Unsur membina kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum sukatan pelajaran pendidikan jasmani diselitkan unsur-unsur sains, maka kesepaduan mata pelajaran dapat dibentuk. Terdapat juga unsur-unsur mata pelajaran lain yang disepadukan dalam pendidikan jasmani seperti muzik, matematik, fizik, biologi dan lain-lain.

Subjek pendidikan jasmani mengaplikasikan kurikulum berpusatkan murid. Perkara ini dapat dilihat melalui permainan kecil yang disertai oleh mereka. Sebagai contoh, permainan kecil adalah permainan kegemaran semulajadi kanak-kanak. Oleh itu, unsur permainan diselitkan dalam sukatan pendidikan jasmani untuk menarik minat murid-murid.

Sumber:
http://notapismp.blogspot.com/2010_09_01_archive.html. Diakses pada 6 Julai 2012.