Selasa, 31 Januari 2012

haaaaaaaaaaaaaaaaa

aku tidak memajami kenapalah manusia bersikap begini. Memang tiada kesedaran sivik dan moral langsung. Nak kata tak belajar tidak juga sebab di sekolah mereka semua diajar m/p ini. Nak kata salah ibu bapa 100%  pun tak boleh juga kerana anak-anak itu sendiri yang ngadak, budo, kapir (dlm bahasa Bidayuh). Patutlah segala ilmu yang diajar oleh pensyarah tidak dapat diingati, permintaan @ tugasan yang mudah pun tidak dapat diikuti. Memang ngok betul la kalau begitu hendaknya. Patutla ada pensyarah yang cakap pelajar subsidi. Dah memang betul cakap mereka itu sebab kerajaan bagi elaun kepada diorang adalah untuk belajar bukan nak duit saja dan dapat kerja. Memang tidak dinafikan duit dan kerja itu penting tetapi kalau sikap dan nilai-nilai tak ada macam mana mahu menjadi seorang pendidik (diorang katalah bila interview...cakap tak serupa bikin...bikin nasi lemak lagi senang). Why did they act like this aaaa? Bukan semua pelajar sebegitu tetapi hanya segelintir. yang segelintir itulah yang menjejaskan profesion keguruan bak kata pepatah "disebabkan nila setitik, rosak susu segelen". Kelas dah berminggu kotor, berdebu, dll pun sorang tak nak sapu, ada 6 puteri lagi tu dalam kelas pun tak bole sapu kelas yang 16*16 m. Bukan besar sangat. Dah tu aku bawa kawan sapu sorang pun buat bodo. Kau ingat aku ni MDS tukang sapu sampah...Hahahaha... P tak apa la kelas aku juga , biar aku sj yang sapu kalau kotor. Kalau ada sorang tolong dah cukup syukur sudah hendaknya. Siapa yang tak terasa pedas, dialah orangnya.hahahahah...

Isnin, 30 Januari 2012

Senyumlah!!!

Masa ini merupakan detik yang bahagia kerana walaupun sibuk melanjutkan pengajian, namun aku tetap akan mencari dan meluangkan sedikit masa menziarahi kubur arwah bapaku yang terletak di Kpg. Quop, Bt. 10, Jln. Penrissen, Kuching-Serian. Aku tidak keseorangan semasa menziarahi pusaka ini kerana selalunya aku ditemani isteriku, dan dua orang adik-adikku yakni Cynthia Ak Copta dan Becham Ak Copta.
Moga roh bapaku dicucuri rahmat.GBU.Aku, Danny, Dona n Becham sayangkan bapa.

Bermulalah!!!!

Hahahahha...detik 30 Januari 2012 merupakan saat di mana aku kembali ke blog ini. Setelah sekian lama ditinggalkan akhirnya aku kembali ke mond niel Talk.