Khamis, 17 Januari 2013


KE MANA PERGINYA ERTI KEMERDEKAAN!!!
Apakah ertinya kemerdekaan kepada kita? Apakah ertinya apabila bendera Union Jack diturunkan? Apakah ertinya lagu God Save The Queen dimainkan tatkala bendera Union Jack diturunkan? Apakah ertinya laungan “Merdeka” kepada kita semua? Adakah semuanya ini membawa erti kepada anda semua. Marilah kita merenung kembali pengorbanan pemimpin – pemimpin, tokoh – tokoh, prajurit – prajurit mahupun nenek moyang dalam usaha mengapai kemerdekaan negara.
            “Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” bukanlah satu perumpamaan sekadar perumpamaan namun bertepatan dengan aspirasi negara. Ke mana perginya perjuangan jikalau bukan generasi muda kini yang meneruskan perjuangan mereka dalam membangunkan negara menjadi salah satu negara berstatus negara maju menjelang tahun 2020 kelak. Pembangunan globalisasi kini merupakan satu ancaman kepada negara dalam menjunjung Wawasan 2020 tersebut, Pelbagai godaan dan duri perlu ditempuh dalam memastikan negara tidak jatuh ke tangan penjajah yang kian rakus mencari mangsa.
            Oleh itu, marilah kita merenung kembali kata – kata mantan Perdana Menteri ke – 4, Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam merungkai erti kemerdekaan yang dicapai.
“ … Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara tetapi apabila berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan dan itulah makna patriotism.  
            Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara…”
            “Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya.”
            “Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga lupa kepada oran lain. Kita sanggup belajar dari Barat dan Timur.
            Tetapi yang akhirnya akan memutus cara mana yang terbaik untuk diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri.”
            “Manusia yang lemah sekalipun apabila bersatu padu mampu menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan.”
            Justeru, marilah kita sebagai satu bangsa Malaysia yakni membawa konsep 1 Malaysia bergandingan bahu menjunjung aspirasi negara dalam menglobalisasikan negara kita di mata dunia.





AKU BERJAYA! TERIMA KASIH CIKGU



Itulah kata – kata yang dilaungkan para guru dalam menjanjikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti kepada anak bangsa kita. Oleh itu, marilah kita sebagai bakal pendidik suatu masa kelak mendukung aspirasi kerajaan dalam membentuk modal insan yang mantap dengan ilmu dan kemahiran. Selaras dengan tema guru kali yang ke – 39 “Guru Pembina Negara Bangsa” bertepatan dengan aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang beracukan pembangunan modal insan yang sempurna.  
Mengimbau kembali sejarah lampau ketika aku berada di alam persekolahan membawa kepada seribu satu ragam dan kenangan. Ketika rakan – rakan seperjuangan ku sibuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperangan yang bakal tiba, hatiku terpanggil untuk memohon ampun daripada guru ku yang telah aku tikam dari belakang disebabkan pembelajaran yang aku inginkan tidak disampaikan.
Ketika aku berada di bliknya, aku menangis memohon ampun daripada guru ku itu akan tindakan melulu yang telah aku lakukan dahulu. Warkah berkehendakan pertukaran guru telah aku coretkan beserta tandatangan rakan – rakan sekelas ku sebagai sokongan kepada kehendak ku itu. Kemudian, aku memberikan warkah tersebut kepada salah seorang rakanku sebagai makluman kepada orang besar sekolah ku yakni pengetua. Betapa lurusnya aku ketika itu. Aku langsung tidak menghiraukan perasaan guru ku itu yang telah banyak membantu aku dan menjadi harapanya merangkul kecemerlangan. Betapa dalamnya luka hati guru ku itu ketika aku berhadapan dengannya. Seribu satu penyesalan menyelubungi mimik wajah tampannya terhadap tindakan melulu ku itu.
Namun, aku bertekad memohon ampun dan maaf daripada guru ku itu sebelum tibanya peperangan yang bakal mengubah hidupku. Lalu aku coretkan alasan dan sebab yang tulus daripada hatiku ini mengapa aku sanggup bertindak sedemikian rupa.

Aku tahu guru ku sukar untuk memaafkan aku namun aku tahu guru ku itu seorang yang berdedikasi, penyabar, berpengalaman, dan memiliki perancangan yang tersendiri di mana aku sendiri mencari jawapannya. Biarpun lagak gayanya bersahaja namun hakikatnya beliaulah guru ku yang telah membawa aku menempah kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang telah aku duduki. Beliau juga telah membawa aku menikmati erti pengorbanan dan erti kecemerlangan yang telah mengangkat namaku dan sekolahku. Kejayaan yang aku julang turut menempa nama negeriku ke peringkat kebangsaan di mana aku dianugerahkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang bagi aliran yang telah aku ikuti.     
Hatiku bersorak, “Syukur, aku berjaya! Terima kasih cikgu”.

Justeru, marilah kita mengambil iktibar daripada setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan seharian kita dan berusaha menjadi acuan dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama serta menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama seperti mana yang telah diwara – warakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perutusan beliau sempena Hari Guru 2010.