Khamis, 28 Jun 2012

Sejarah PJ dan Definisi PJ dan PK


SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI & DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI
DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
·         Barrow (1971, 1983)
-       ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu
·         Baley & Field (1976),
-        satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak
·         Freeman (1977, 1992)
-       menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif
·         Lumpkin (1990)
-       berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
·         Dauer (1995)
-       berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
·         Pendidikan Kesihatan
-       Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL
Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka


SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA
Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada beberapa tahap:

1.    Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).
·         Tujuan:membentuk manusia yang boleh bertindak (petindak).
·         Kerana peperangan yang sering berlaku.
·         Maka setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah penting.
·         Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam kegiatan peperangan.
·         Contoh: perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju dan merejam lembing.
·         Dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan aristokrat dan golongan askar.

2.    Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).
·         Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan.
·         Ianya bertujuan untuk membentuk rakyat sebagai manusia petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yang diperlukan.
·         Contoh aktiviti:
-       Gimnastik, lari dan lompatan
·         Lawan pedang, acara lompat, renang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki serta permainan bola untuk kekuatan lengan.
·         Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan diri untuk peperangan dan tidak dikecualikan dalam aktiviti kasar.

3.    Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M).
·         Kepentingan latihan tentera kepada mereka
·         Menyediakan warganegara di medan perang.
·         Nilai estetika dan harmoni.
·         Bagi mereka, tubuh badan sama penting dengan otak.
·         Kepentingan ditekankan kepada pertunjukan kemahiran serta gerak-geri yang lemah gemalai daripada kepantasan dan daya ketahanan.
·         Di antara Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun:
·         Berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, rejam lembing dan lempar cakera.
·         Pelajar yang lebih dewasa:
·         Aktiviti lebih tenaga seperti perlumbaan, rejam lembing, lempar cakera bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan kereta kuda.
·         Tarian  untuk keagamaan.

4.    Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).
·         Membentuk manusia bijak.
·         Antara aktiviti: gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing, memanah, equestrian, tinju dan bergomol.
·         Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada menjadi peserta.

5.    Sukan Olimpik
·         Diadakan setiap 4 tahun mulai tahun 776 S.M. selama 5 hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama upacara mghormati Zeus (Tuhan orang Greek).
·         Hanya ada satu acara iaitu lumba lari kemudiannya ditambah dengan acara lain.
·         Dalam Tahun 393 (Masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan sukan olimpik.

·         Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.

·         Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN RENAISSANCE
·         Bermula pada 1400-1700
·         Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang sama seperti pendidikan jasmani pada masa kini.
·         PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain.

3 Kumpulan Utama Zaman Renaissance.
      I.        Humanis
·         berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan.

    II.        Moralis
·         pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanya sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan.

   III.        Realisme
·         menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat.
·         Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan tubuh perlu dilakukan.

Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600 di mana PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percaya bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yang membazir masa.


PERMULAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI SECARA FORMAL
•      Johann Bernhard Basedow (1723-1790)
•      Orang pertama yang memperkenalkan kepentingan senaman
•      Memperkenalkan uniform yang sesuai bagi melakukan senaman kepada pelajarnya
                                                           (www.bookrags.com/johann_bernhard_basedow)

Guru Pendidikan Jasmani (Antara Yg Terawal)
•      Charles beck 1798-1866
•      Kawan serta pengikut johann bernhard basedow.
•      Guru bahasa latin dan pendidikan jasmani (gymnastik)
•      Guru pendidikan jasmani yang pertama dilantik secara rasmi di amerika .
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
      i.        Era Pra Kolonial (Sebelum Penjajahan Inggeris)
·         Masyarakat libatkan diri secara sukarela dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.
·         Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti:
Ø  Permainan masa lapang
Ø  Keperwiraan
Ø  Senaman tradisional

    ii.        Era Klonial (Pemerintahan British Ataupun Sebelum Merdeka)
·         PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
·         Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga
·         Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
·         Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam
·         1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah
·         1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan.
·         1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.
·         1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan
·         1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris
·         Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut
·         Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat mula sedar kepentingan PJ.

   iii.        Zaman Pendidikan Moden, Iaitu Zaman Selepas Medeka.
·         1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.
·         1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
·         Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
·         Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di Cheras.
·         PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. rendah dan menengah.

Sumber:

KBSR Secara Menyeluruh


KBSR SECARA MENYELURUH
Latar Belakang:
            1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
            1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
            1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
                        1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi berbunyi                
              “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
            1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu                                          Sekolah Rendah.
            1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
           
Tujuan Pendidikan Sekolah Rendah
1.          Menguasai kemahiran asas.
2.          Menguasai kemahiran berfikir.
3.          Memperoleh ilmu pengetahuan.
4.          Menghayati dan mengamalkan nilai murni.  
5.          Membentuk sahsiah yang positif.
6.          Membina kemahiran sosial.
7.          Memeupuk semangat kewarganegaraan.
8.          Menanam rasa cinta akan alam sekitar.
9.          Memeupuk serta meningkatkan kreativiti dan bakat.
10.      Menyedari tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan diri.
11.      Menyedari tentang kepentingan sains dan teknologi.
Tujuan Kurikulum Sekolah Rendah ialah untuk membolehkan murid:
1.          Menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan.
2.          Menguasai kemahiran asas bertutur, membaca dan menulis.
3.          Mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakan-nya dalam menyelesaikan masalah harian.
4.          Menguasai kemahiran belajar.
5.          Bertutur, membaca, menulis dan memahami dalam bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
6.          Memperoleh ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha menambahkannya.
7.          Mengamalkan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas bagi amalan hidup.
8.          Mempunyai daya kepimpinan dan keyakinan diri.
9.          Mempunyai semangat patriotisme.
10.      Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
11.      Mengembangkan bakat, kesenian dan kreativiti.
12.      Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
13.      Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebuadayaan nasional.
14.      Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
15.      Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikapyang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti.
16.      Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu di dalam Al-Quran bagi murid Islam.
Prinsip-Prinsip KBSR
1.          Perkembangan menyeluruh.
2.          Penguasaan kemahiran asas.
3.          Pemupukan nilai-nilai murni.
4.          Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
5.          Prinsip mudah ubah.
6.          Pendidikan umum untuk semua murid.
7.          Pendidikan seumur hidup.
8.          Bahasa merentas kurikulum.
9.          Penilaian berterusan.
            Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.
Konsep Bersepadu
            Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ianya merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi emlahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di bilik darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum.
Penekanan Dan Tumpuan KBSR
a.          Kemahiran asas 3M (Meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis).
b.          Kemahiran berfikir.
c.          Nilai merentas kurikulum.
d.          Bahasa merentas kurikulum.
e.          Patriotisme merentas kurikulum.
f.           Strategi P & P yang berpusatkan murid.
g.          Penilaian berterusan.
h.          Pemulihan dan pengayaan.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
·                     Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.
·                     Menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik adrjah.
·                     Mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang diajar.
·                     Menggunakan pelbagai media alam semula jadi, bahan maujud, media cetak dan media elektronik.
·                     Menilai proses P&P seharian supaya tindak susul dapat dijalankan.
Kaedah Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran
i.                     Permainan simulasi.
ii.                   Lakonan.
iii.                  Permainan.
iv.                 Demonstrasi / tunjuk cara.
v.                   Lawatan.
vi.                 Bercerita.
vii.                Projek.
viii.              Tutorial.
ix.                 Sesi Buzz (Membuat keputusan daripada perbincangan ringkas).
x.                   Percambahan fikiran.
Penilaian
            Penilaian formatif ialah penilaian sepanjang masa.
            Penilaian sumatif dijalankan di akhir sesuatu tempoh pembelajaran.
Tindakan Susulan
a.                   Pengayaan.
b.                   Pemulihan.
c.                   Pengukuhan.
            Bagi mempertingkatkan pencapaian murid, guru sepatutnya:
·                     Menyesuaikan objektif P&P mengikut kebolehan murid.
·                     Mempelbagaikan teknik yang lebih berkesan.
·                     Menggunakan pelbagai bahan sesuai dengan minat, keperluan dan kebolehan.
·                     Menggunakan bahasa yang sesuai.
·                     Memberi perhatian yang rapi secara individu atau kumpulan.
·                     Memberi peluang yang cukup kepada setiap murid.

Shortcut Untuk PowePoint

1. Untuk terus ke slide show tekan F5.
2. Untuk mula dari slide pada masa itu, contoh slide 6 tekan sahaja Shift + F5.
3. Untuk bergerak ke slide 20 tanpa Escape, tekan sahaja no 20 dan tekan Enter.
4. Untuk tambah slide, tekan sahaja Ctrl + M.
5. Semasa presentation, kita mahu gelapkan slide supaya murid beri perhatian kepada kita, tekan B.
    - Untuk kembali, tekan B sekali lagi supaya slide kita nampak semula.
6. Untuk putihkan slide kita semasa membentang, tekan sahaja W.
    - Untuk kembali, tekan W sekali lagi supaya perkataan di dalam pembentangan kita nampak.

*** Untuk maklumat lebih lanjut......***Ikut petua ini...
Langkah 1: Buka slide show dan tekan F5...
Langkah 2: Tutup mata anda selama 10 saat dan buka semula..
Langkah 3: Gerakkan jari jemari anda di atas tetikus...
Langkah 4: Pointkan arrow ke kiri dan kanan, ke atas dan ke bawah..
Langkah 5: Langkah yang penting adalah hanya tekan F1 dan semua shortcut akan muncul di situ termasuk shortcut di atas...Hafalkan semua itu dan aplikasikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran anda...

Selasa, 26 Jun 2012

Training Lompat Jauh

Ini adalah merupakan fasa lonjakan dalam lompat jauh yang telah dibuat. Mungkin agak kurang lonjakan sebab saya telah mengalami kecederaan shin splint yang menyebabkan batasan terhadap lompatan...kecederaan ini merencatkan persiapan untuk KAGUM Kebangsaan di Perlis hari 2...Hanya dapat tempat ke 16 daripada 26...Teruk sekali...Rekod peribadiku adalah 6.26m...P tahun ni utk KOT dapat buat 6.03m sj...

Ini merupakan fasa layangan...teknik yg saya gunakan adalah teknik layar...Biasa guna tendang kayuh p entahla kenapa rasa mcm tak jauh saja...Mungkin setakat itu saja kemampuan aku...

Ini merupakan fasa pendaratan...fasa ini juga mempengaruhi jarak aku rasa sebab masa KAGUM di Perlis 2012 aku tengok peserta yang lain teknik mendarat mereka agak berbeza...Macam Wright Philips atlet USA mendarat...
P syukur kepada Tuhan kerana dapat juga turut serta dalam event ini...Mungkin tahun ini merupakan tahun akhir aku ambil acara lompat jauh. Aku mahu fokus lompat kijang,4 by 100m dan mungkin mau tukar event ke acara padang kot...P acara kegemaranku adalah 110 Lari Berpagar...Masa terbaik aku adalah 16.40s...mungkin tak laju macam orang lain p aku akan cuba improvekan...


Khamis, 7 Jun 2012

4 by 100 m time trial

HAri ini 7 Jun 2012, kuartet 4 kali 100m lelaki telah berjaya mencatatkan masa 45.26s. Catatan ini memperbaiki catatan masa semalam 46.36s. Ini kerana hantaran baton setiap pelari lancar dan kemas. TQ to all. GBU...
Semalam 6 Jun kami melaksanakan time trail buat kali keberapa entah n masa yang dicatatkan agak bagus 46.32s. Sekiranya passing baton clear kat pelari ketiga n keempat mesti dapat buat 46.10 o kurang lagi. Apapun buat yang terbaik dan semoga hantaran baton lancar dan licin. Kalau laju sekalipun p baton tak lancar pun xda gunanya bh...ahhahahahahaaha... Dulu kami buat 48.++s...Teruk skali. P sekarang jangan cabar kami, ada udang di sebalik periuk... GBU...

Training Olahraga 2012

hahahaha....acara kegemaranku Lompat jauh & lompat kijang. P senenarnya 110 Lari Berpagar p masa cuma dapat buat 16.46s yang terbaik aku stakat ini bagi tahun 2012. Dulu aku buat 17.++s...hahahaha...ok la 2....
Lompat jauh pula paling bagus 6.26m yang terbaik p tahun ni cuma dapat buat 6.03m. P masa training pernah skali buat 6.3+m. P kedua-dua belah otot kaki dekat tulang tibia sakit n dapat buat 5.20m saja...haaaaaaa...keciannyaaaaaaaaaaaaaa. Lompat kijang pun sama jg bh, dapat buat 11.00m saja...punya la bikin malu jak nanti...Rekod terbaik aku adalah 12.15m p aku yakin dapat buat jauh lagi kalo tidak ada sakit pata otot kaki ni.... GBU Desmond Daniel Ak Copta.