PERNYATAAN PROFESIONAL
Semester 7 tahun 2014
merupakan kesinambungan program praktikum yang telah saya lalui pada semester
lepas dan praktikum fasa tiga ini dan yang terakhir sebagai guru pelatih di
Institut Pendidikan Guru (IPG) diharapkan dapat mengukuhkan lagi kompetensi
saya dalam bidang ini . Praktikum fasa satu dan dua yang lepas telah memberikan
pengalaman yang berharga kepada saya terutama dalam pengurusan bilik darjah
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah terutama sekali dalam konteks
Pendidikan Jasmani (PJ). Justeru, tanggal 27 Januari sehingga 25 April 2014
saya akan menjalani praktikum fasa ketiga di SK Sibu Jaya, Sibu diharapkan
dapat mengukuhkan lagi kemahiran pedagogi saya.
Sebelum menjejakkan kaki ke IPG ini
juga saya pernah terdengar dan mendengar berkaitan latihan mengajar di mana
guru pelatih akan pergi ke sekolah dalam tempoh masa tertentu untuk latihan
mengajar sebelum ditauliahkan. Sebelum menjalani praktikum ini juga saya pernah
bertanya kepada guru pelatih senior berhubung pandangan dan pengalaman mereka
semasa menjalani praktikum di sekolah ini. Mereka berpendapat bahawa praktikum
yang mereka jalani membawa pengalaman yang menyeronokkan dan seolah-olah sudah
bekerja. Selain itu, berbagai ragam murid dapat mereka kenali dan belajar
bagaimana mengatasinya. Oleh sebab itu, teori-teori yang dipelajari melalui
kuliah-kuliah yang diberikan misalnya kursus profesional seperti Murid dan Alam
Belajar, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Perkembangan Kanak-kanak dan
Budaya & Pembelajaran, Kurikulum dan Pedagogi PJ dan PK diharapkan dapat
saya gunakan semasa pengajaran kelak. Saya akan berusaha mengaplikasikan
teori-teori yang dipelajari misalnya teori Mosston dan Ashworth dalam
pengajaran major saya yakni PJ.
Selain itu juga, perhubungan yang
positif dalam sesebuah organisasi amat penting dalam usaha meningkatkan
produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi. Justeru, melalui praktikum ini
saya akan membawa diri saya dengan menonjolkan perwatakan yang positif, menampilkan
citra guru yang baik tanpa berpura-pura di hadapan mereka. Ini kerana
kepura-puraan di hadapan orang hanya menyeksa diri dan tidak menampakkan
keikhlasan. Oleh itu, apa yang baik dalam diri saya akan saya tonjolkan dan
berikan dalam organisasi sekolah ini dan apa yang buruk saya atasi.
Melalui praktikum ini juga saya
harapkan saya mempu untuk mengenali anak-anak didik saya secepat yang mungkin
misalnya mengetahui nama-nama mereka. Selain itu, saya berharap agar saya dapat
belajar pengurusan dan pentadbiran di sekolah ini. Misalnya, pengurusan
aktiviti kokurikulum terutama dalam mengendalikan aktiviti, kehadiran murid,
pengurusan alatan sukan dan lain-lain. Saya juga berharap agar dapat membuat
seberapa banyak bimbingan daripada guru pembimbing pengajaran major dan elektif
saya berhubung pengurusan bilik darjah dan pengendaliannya. Ini kerana dalam
pengajaran Pendidikan Jasmani kawalan dan pengelolaan pengajaran ini sukar
untuk diuruskan sekiranya guru tidak peka dan mahir. Tidak seperti mata
pelajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan di dalam bilik darjah adalah mudah
untuk mengawal murid kerana faktor keluasan bilik darjah yang kecil dan terhad
jika dibandingkan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang luas ruang
lingkupnya. Oleh sebab itulah, saya harap saya dapat membuat pemerhatian bagaimana
guru mengajar dan menemubual bersamanya, misalnya bertanya berkaitan tingkah
laku dan maklumat umum murid-murid agar
saya dapat mengenali murid-murid yang saya akan ajar nanti.
Kesimpulannya, saya berharap melalui
praktikum ini dapat memberikan saya nilai tambah dalam diri saya untuk menjadi
seorang guru yang berjiwa guru sebenar guru dan memberikan sumbangan kepada
pihak sekolah dalam apa bentuk sekalipun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan