RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]
Tarikh
: 10 Februari 2014 (Isnin)
Masa
: 0700 – 0730
Tempat : Gelanggang
Sekolah
Tahun(Kelas) : Tahun 3 Orkid
Bilangan Murid : 38
orang (25 orang lelaki, 13 orang perempuan)
Fokus Pembelajaran: 1.5
Berkebolehan melakukan langkah lurus seperti Heel-Toe dan langkah Step-Close
mengikut tempo.
Tajuk
: Tepuk Riang Ria
Standard Pembelajaran : 1.5.1, 2.5.1 & 5.4.3
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor
: i. melakukan pelbagai jenis langkah lurus
mengikut tempo seperti step-close, schottische, polka dan grapevine.
Kognitif : i. mengenal pasti pelbagai jenis langkah
pergerakan mengikut tempo.
Afektif: i. bekerjasama semasa melakukan aktiviti
fizikal.
ii. menerima cabaran dan
berasa seronok semasa melakukan aktiviti.
Kemahiran Berfikir: Mencirikan
Pengalaman sedia ada: Murid-murid pernah mengikuti senamrobik 1
Murid 1 Sukan.
Penerapan nilai : Keberanian dan berkerjasama
Penggabungjalinan : Pendidikan Muzik
BSPP : Laptop,
muzik, pembesar suara (1)
EMK: Kreativiti dan inovasi
BAHAGIAN
/MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
||
Memanaskan
Badan
(5 minit)
|
1. Senamrobik
2. Regangan dinamik bersama muzik
|
1.
Lakukan pergerakan mengikut rentak muzik sambil membuat kiraan.
2.
Lakukan pergerakan seperti yang ditunjukkan oleh guru dan rakan.
3.
Antara pergerakan senamrobik:
-
Heel touch
-
High knee
-
Pony
-
Doublé step close
-
Squat
Lakukan regangan dengan
kiraan 8 dengan iringan muzik:
1.
Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.
Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.
Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.
Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.
Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.
Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
= Pentas
|
|||
Perkembangan
(15 minit)
Perkembangan 1
(7 minit)
Perkembangan 2
(8 minit)
|
1. Pengenalan isi pelajaran
2. Aktiviti 1
Langkah Asas
3. Aktiviti 2
Tepuk Riang Ria Dengan Muzik
|
·
Aktiviti hari
ini ialah pergerakan berirama iaitu “Tepuk Riang Ria”.
1. Berdiri dengan tangan mencekak pinggang.
2. Langkah Heel-Toe:
o Meletakkan tumit kaki kanan ke depan dan ulang dengan
hujung kaki kanan.
o Lakukan beberapa kali.
o Ulang langkah Heel-Toe dengan kaki kiri. Lakukan
beberapa kali.
3. Langkah Step-Close
o Melangkah sebelah kaki ke kanan dan sebelah kaki lagi
dirapatkan.
o Ulang langkah Step-Close dengan kaki sebelah lagi.
Fokus Pembelajaran:
I.
Bergerak
mengikut kiraan atau tempo yang dibuat bersama-sama.
1. Berpasangan, menghadap rakan dan memegang kedua-dua
belah tangan.
2. Kiraan 1 - 4: Langkah Heel-Toe dua kali.
3. Kiraan 1 - 4: Langkah Step-Close dua kali ke sisi.
4. Kiraan 1 - 8: Ulang langkah 2 dan 3 dengan mengikut
arah berlainan.
5. Kiraan 1 - 4: Menepuk tangan kanan rakan empat kali.
6. Kiraan 1 - 4: Menepuk tangan kiri rakan empat kali.
7. Kiraan 1 - 4: Menepuk kedua-dua belah tangan rakan
empat kali.
8. Kiraan 1 - 4: Menepuk kedua-dua belah paha sendiri
empat kali.
9. Ulang langkah 2 hingga 8.
Fokus Pembelajaran:
·
Bergerak
mengikut kiraan atau tempo yang dibuat bersama-sama.
|
Langkah Heel-Toe
Langkah Step-close
|
Catatan:
·
Demonstrasi
dilakukan dahulu.
Catatan:
·
Demonstrasi
dilakukan dahulu.
·
Pembetulan
dilakukan sehingga murid dapat melakukan pergerakan dengan betul.
|
||
Kemuncak
(7 minit)
|
Persembahan Tepuk Riang Ria
|
·
Berada dalam kumpulan masing-masing.
·
Setiap kumpulan akan melakukan persembahan Tepuk Riang
Ria mengikut tempo selama 1 minit.
·
Setiap kumpulan perlu mempelbagaikan cara tepukan
mengikut tempo.
·
Contohnya, gantikan tepuk tangan dengan hentak
kaki, petik jari atau tepuk bahu.
·
Tepukan yang kuat akan dinobatkan sebagai
pemenang persembahan.
|
Laptop, muzik & pembesar suara (1)
Catatan:
·
Guru
akan menunjukkan demonstrasi menggunakan 1 kumpulan dahulu.
|
|||
Penutup
(3 minit)
|
1. Menyejukkan Badan
2. Rumusan Pelajaran
2.1 Rumusan
kognitif &
Psikomotor
2.2 Rumusan
Afektif
- Penerapan
Nilai
- Pujian /
Teguran
3. Kerja Susulan
|
1. Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
2. Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang
terakhir.
·
Bergerak
mengikut tempo lagu yang disediakan untuk mendapatkan pergerakan yang kemas
dan teratur.
·
Kita perlu
bekerjasama dalam satu kumpulan untuk membuat persembahan yang baik.
·
Perlu
berani berdiri di hadapan rakan-rakan semasa melakukan persembahan.
·
Melakukan latih
tubi di rumah atau mengakses internet berkaitan pergerakan berirama.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan