1.0 Pengenalan
Penglibatan
masyarakat dalam bidang sukan pada masa kini amat memberangsangkan dan
penyertaannya semakin meningkat sekaligus menjadi satu cabaran dalam dunia
sukan. Sukan menjadi faktor penting dalam hidup dan menjadi satu keperluan
utama bagi setiap individu. Dengan bersukan ianya sama sekali membantu
meningkatkan tahap kecergasan setiap individu dan kecergasan juga menjadi
faktor utama untuk mencapai kepuasan dalam bersukan.
Penglibatan
dalam sukan juga mempunyai banyak aspek positif ke atas kehidupan seseorang.
Namun demikian seseorang itu harus mengetahui dan mengambil langkah-langkah
pencegahan untuk mengelakkan diri dari mengalami kemalangan semasa melibatkan
diri dalam aktiviti sukan yang diminati. Justeru, sebagai seorang guru PJ mahupun
jurulatih sukan, anda perlu mengetahui prinsip bantu mula dan langkah-langkah
penyelesaian masalah kecederaan sukan.
Istilah
"kecederaan sukan," merujuk kepada kecederaan yang paling biasa dan
kerap berlaku semasa sukan atau senaman. Beberapa kecederaan sukan berpunca
daripada kemalangan, namun kebanyakkannya adalah disebabkan oleh amalan latihan
yang tidak berkesan, peralatan yang tidak betul, kurangnya latihan, atau tidak
memanaskan badan dan regangan dengan teknik yang betul.
Justeru dalam tugasan ini, penulis
akan memberi penerangan dan penjelasan berhubung tiga perkara iaitu yang
pertama berkaitan dengan jenis-jenis kecederaan sukan yang sering berlaku dalam
sukan badminton. Kedua, penulis juga akan menghuraikan secara terperinci
berhubung prosedur bantu mula melalui pembentangan, tayangan video dan amali.
Bagi perkara terakhir ialah penulisan refleksi merangkumi aspek-aspek yang
telah digariskan.
2.0 Tugasan 1: Mengenalpasti
jenis-jenis kecederaan dalam sukan badminton
Kecederaan sukan
berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain
yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna
atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut
disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang
tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan.
Kenyataan di bawah merupakan antara
pernyataan yang diambil berhubung jenis-jenis kecederaan yang sering berlaku
dalam sukan secara umumnya:
Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan,
Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr.
Ezlan Merican kecederaan sukan secara amnya terbahagi kepada dua iaitu kecederaan
tisu lembut dan kecederaan tulang. Kecederaan pada tisu lembut pula boleh
dibahagikan kepada akut dan kronik. Bagi kecederaan tulang jarang berlaku
kecuali dalam sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, tinju, gusti, silat serta
lumba kereta dan motor. Bagaimanapun terdapat kes atlet yang tiba-tiba
mengalami patah tulang atau stress fracture. Dr. Ezlan juga
menyatakan bahawa keadaan ini berlaku akibat latihan yang berpanjangan
menyebabkan tulang menjadi haus dan terdapat retak-retak halus. (Utusan Melayu,
8 Julai 2012)
Menurut CS Jayaprakash
(2003) pula, sukan tenis, badminton dan skuasy memerlukan perubahan kerap dalam
mengubah arah di tempat dan masa yang terhad. Ia juga melibatkan nyahpecutan yang
mendadak dan pecutan yang cepat pada masa yang singkat yakni memerlukan tindak
balas yang cepat. Jelas beliau lagi, pergelangan kaki, lutut dan paha merupakan
bahagian yang kerap berlakunya kecederaan. Oleh kerana bahagian atas tubuh
badan kerap digunakan dalam sukan raket, bahagian bahu dan siku adalah terdedah
kepada kecederaan yang berlebihan. Justeru, sukan yang melibatkan penggunaan raket,
bola atau sukan yang memerlukan pergerakan pantas secara mendadak boleh
menyebabkan kecederaan pada mata dan muka.
Bagi memberikan penerangan yang
lebih lanjut berkaitan kecederaan yang kerap berlaku dalam sukan badminton, CS Jayaprakash (2003) membahagikan kecederaan
kepada tiga jenis kecederaan yang kerap berlaku dalam sukan badminton.
Antara kecederaan yang sering berlaku ialah kecederaan pada mata dan muka,
kecederaan pada bahagian hujung atas tubuh badan (upper extremity) dan terakhir ialah kecederaan pada bahagian hujung
bawah tubuh badan (lower extremity).
Rajah
1: Bahagian utama yang kebiasaannya cedera dalam sukan badminton. Diambil
daripada http://www.physioroom.com/sports/badminton/1_badminton_injuries.php.
Rajah 1 menunjukkan
bahagian-bahagian utama pada tubuh badan pemain badminton yang biasanya
terdedah kepada kecederaan. Pertama ialah kecederaan pada pergelangan kaki
iaitu “sprained ankle”. Kedua
kecederaan pada bahagian “achilles
tendon”. Bagi kecederaan yang dinomborkan nombor tiga ialah kecederaan pada
bahagian siku iaitu “tennis elbow”,
keempat kecederaan pada bahagian bahu iaitu “rotator
cuff injury”. Akhir sekali, kecederaan kelima berdasarkan gambar yang
ditunjukkan pada rajah 1 ialah kecederaan pada patella atau lutut kaki iaitu “patella tendonitis”.
Kecederaan
semasa badminton telah dilaporkan berlaku pada kadar 2.9 kecederaan setiap
pemain bagi setiap 1000 jam semasa bermain badminton. Kecederaan dalam sukan badminton
kebiasaannya cenderung disebabkan oleh lebih guna atau “overuse” kerana sukan badminton bukan sukan yang berbentuk
sentuhan seperti ragbi dan bola sepak. Dalam badminton, pemain memerlukan kuasa
letupan untuk menggerakkan pergelangan tangan, melakukan lakuan “lunges”, melompat dan perubahan pergerakan
dengan cepat dan tindakan ini dilakukan berulang-ulang sehingga boleh
meletakkan tekanan pada tisu dan menyebabkan kecederaan.
Justeru,
berdasarkan pernyataan yang telah dikemukakan di atas dapat dirumuskan bahawa
kecederaan dalam sukan badminton boleh dibahagikan kepada dua jenis. Kedua-dua
jenis kecederaan ini merupakan kecederaan yang biasa ditemui terhadap pemain
badminton. Jenis kecederaan pertama ialah kecederaan akut “acute badminton injuries” dan jenis kecederaan kedua ialah
kecederaan lebihguna “overuse badminton
injuries”. Bagi memberikan gambaran secara jelas jadual di bawah
menunjukkan antara jenis-jenis kecederaan bagi kedua-dua jenis kecederaan yang
telah dinyatakan.
Kecederaan Akut
(Acute Injury)
|
Kecederaan
Lebihguna (Overuse Injury)
|
Ankle sprain
|
Tennis elbow (Lateral epicondylitis)
|
Meniscus tear
|
Achilles tendonitis
|
Muscle strain
|
Rotator cuff tendonitis
|
Jadual 1: Antara jenis
kecederaan yang sering berlaku dalam sukan badminton
2.1 Kecederaan
Akut (Acute Injury)
2.1.1 Ankle Sprain
Rajah
2: Anatomi kecederaan pada pergelangan kaki. Diambil daripada https://www.google.com.my/search?q=Ankle+Sprain&newwindow=1&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=dm3_U5DuIY-yuAS5xIJo&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1280&bih=675
Sprain
merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang menghubungkan
tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh, perlanggaran badan
dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat.
Sprain
atau terseliuh pada pergelangan kaki adalah sebahagian daripada kecederaan dalam
sukan yang paling biasa, dan sering berulang-ulang terutama dalam sukan
badminton yang mana atlet sentiasa bergerak dengan pantas dan menukar
pergerakan dengan kerap secara tangkas. Dalam kebanyakan kes buku lali itu
digerakkan ke arah luar, menyebabkan kerosakan pada ligamen di luar buku lali. Adalah
penting untuk mendapatkan rawatan yang betul secepat mungkin selepas kecederaan
dan seterusnya mengikuti program pemulihan penuh untuk kembali ke kecergasan
penuh dan memastikan kecederaan itu tidak berulang.
Gejala
sprain pada mungkin berbeza-beza bagi setiap atlet iaitu daripada menjadi
sangat ringan hingga sangat teruk. Dengan terseliuh ringan atlet mungkin akan
dapat meneruskan latihan atau pertandingan. Namun kecederaan yang sangat teruk
atau parah akan menyebabkan atlet perlu mendapatkan rawatan di hospital dan
mengambil masa yang lama untuk sembuh jika dibandingkan dengan pergelangan kaki
yang patah.
Kecederaan
yang biasanya berlaku daripada trauma secara tiba-tiba, berpusing atau ditukar
ganti dari buku lali. Kesakitan akan dirasai pada sendi buku lali itu sendiri
walaupun secara khusus akan dirasai di luar buku lali apabila menekan di atas
ligamen yang rosak. Bengkak atau lebam boleh hadir tetapi tidak semestinya
dalam kes yang lebih ringan. Sakit juga boleh dirasai di bahagian dalam
pergelangan kaki hasil daripada pemampatan tulang dan tisu lembut.
Sprain
pada pergelangan kaki digredkan pada gred 1, 2 atau 3 bergantung kepada tahap
kecederaan tersebut dan ahli terapi profesional akan menjalankan diagnosis dan
penilaian yang akan merangkumi pelbagai ujian gerakan dan gerakan menentang
ujian untuk menentukan struktur cedera dan tahap kecederaan.
Rajah 3: Tahap-tahap sprain. Diambil daripada
Bagi
menjelaskan tahap kecederaan sprain, masa pemulihan akan bergantung kepada bagaimana
buruk kecederaan itu. Bagi sprain gred 1 gejala hanya akan menyebabkan
kesakitan sederhana dengan ketidakstabilan sedikit atau tiada. Mungkin akan ada
beberapa kekakuan sendi dengan kesukaran berjalan atau berlari tetapi atlet itu
mungkin dapat bermain badminton. Kemungkinan terdapat beberapa kesan regangan
atau mungkin koyakkan kecil di dalam ligamen buku lali sisi mungkin telah
berlaku menyebabkan bengkak ringan di sekitar tulang di luar buku lali. Justeru,
pada tahap ini pemain badminton masih boleh bermain badminton namun terdapat
kesukaran untuk bergerak dengan tangkas kerana ada rasa sakit ketika bergerak.
Bagi
gred 2 pula, tanda-tandanya adalah akan menyebabkan kesakitan yang sederhana
hingga teruk dengan kesukaran berjalan. Atlet juga mungkin tidak dapat bermain badminton
pada sesuatu tempoh dan mungkin tempang sementara. Lebam kecil mungkin jelas kelihatan
bersama-sama dengan bengkak dan kekakuan pada sendi buku lali. Terdapat kemungkinan
berlaku beberapa ketidakstabilan sendi akibat terkoyak sederhana beberapa
gentian ligamen.
Gred
3 sprain pada pergelangan kaki biasanya menyebabkan pecah keseluruhan atau
hampir keseluruhan ligamen. Sakit yang teruk akan dirasai pada mulanya dengan
bengkak dan lebam yang luas. Atlet akan mengalami ketidakstabilan kasar sendi.
Pada tahap ini juga atlet sememangnya tidak dapat bermain badminton dan perlu
menjalani rawatan atau pemulihan untuk memulihkan kecederaan. Atlet juga
disarankan untuk berehat daripada melakukan sebarang pergerakan yang agresif.
Rajah 4: Kelihatan Datuk Lee Chong Wei yang mengalami
kecederaan pada buku lalinya. Diambil daripada https://www.google.com.my/search?q=lee+chong+wei+cedera&newwindow=1&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=i1UFVNLuJ4Hf8AXH4YGICw&ved=0CB0QsAQ
2.1.2 Meniscus
Tear
Rajah
5: Anatomi kecederaan pada lutut. Diambil daripada https://www.google.com.my/search?newwindow=1&biw=1280&bih=675&tbm=isch&sa=1&q=Meniscus+Tear&oq=Meniscus+Tear&gs_l=img.3..0l10.213981.216309.0.217952.12.6.0.0.0.0.145.247.0j2.2.0....0...1c.1j2.52.img..10.2.246.OhX6Ysv7AX8#imgdii=_
Koyakkan pada meniscus merupakan kecederaan sukan biasanya
berlaku apabila menisci koyak. Menisci adalah cakera rawan yang membantu
melindungi lutut dari pukulan atau sebarang hentakan. Semasa pergerakan lutut
biasanya rawan bergerak dengan lutut yang bertindak sebagai penampan. Kadang-kadang
kedua-duanya boleh terkoyak secara serentak dengan terseliuh. Pergerakan berhenti
dan berpusing secara tiba-tiba biasanya antara penyebab menisci untuk terkoyak
seperti dalam sukan badminton. Apabila daya yang tidak normal berlaku pada tulang
lutut terhadap satu sama lain, ini meletakkan tekanan pada tulang rawan dan
menyebabkan ia koyak atau berpecah. Jika lutut membengkak dengan serta-merta ia
biasanya bermaksud mungkin berlakunya sprain.
Jika bengkak berlaku kemudian atau selepas permainan ia mungkin hanya rawan
yang koyak tetapi kecederaan ini biasanya memberikan kesakitan dengan segera.
Lutut akan merasa lemah dan menyakitkan ke arah hadapan. Kadang-kadang cecair
dari saluran darah terlepas ke dalam kawasan sekitarnya dan kelihatan lutut
'bengkak.' Kemungkinan juga lutut mungkin tidak dapat bergerak sama sekali dan
ia adalah mustahil untuk meletakkan apa-apa berat di atasnya
Justeru,
meniskus yang terkoyak biasanya
disebabkan oleh pergerakan berpusing secara tiba-tiba lutut semasa gerak kaki
menyebabkan koyakkan pada meniskus. Atlet atau pemain badminton akan mengalami rasa
sakit pada sendi lutut, bengkak ringan dan tidak dapat fleksi atau meregangkan
kaki sepenuhnya.
2.1.3 Muscle
Strain
Rajah 6 : Antara contoh strain pada otot kuardisep.
Strain
merupakan kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang
menghubungkan tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan,
kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar membezakan strain biasa dan
yang teruk kerana kesakitannya hampir sama. Strain biasa berlaku apabila
bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak sepatutnya,
berlatih dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang salah dan
sebagainya
Kecederaan
otot (strain) berlaku apabila otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan
ini berlaku apabila individu atau atlet tersebut menggunakan otot secara
mengejut dan berlebihan sehingga berlakunya kekejangan otot. Biasanya seseorang
yang bermain atau bersukan melakukan aktiviti fizikal tanpa membuat pemanasan
badan terlebih dahulu, boleh menyebabkan terjadinya kekejangan otot.
Rajah
7: Datuk Lee Chong Wei mengalami strain otot kuardisepnya
2.2 Kecederaan
Lebihguna (Overuse Badminton Injuries)
2.2.1 Lateral
Epicondylitis (Tennis Elbow)
Rajah
8: Anatomi kecederaan yang berlaku pada siku pemain. Diambil daripada http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/elbow-pain/tennis-elbow
Kecederaan
lebihguna yang kronik disebabkan oleh pukulan kilas yang berulang-ulang, ketegangan
tali yang terlalu tegang, pertukaran saiz cengkaman, kurangnya pemulihan dan
regangan merupakan antara punca kecederaan lateral
epicondylitis berlaku. Kecederaan ini akan menyebabkan kesakitan pada epicondyle sisi dan tendon extensor biasa.
Mempunyai
teknik yang betul dan saiz cengkaman yang betul adalah penting untuk
mengelakkan kecederaan jenis ini dalam badminton. Ia juga penting bahawa seseorang
atlet tidak meningkatkan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi atau meningkatkan
intensiti permainan secara drastik. Rehat yang mencukupi adalah pilihan terbaik
untuk sembuh daripada kecederaan ini.
2.2.2 Shoulder
Injuries
Rajah
9: Anatomi kecederaan pada bahu. Diambil daripada http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/shoulder-pain/rotator-cuff-tendonitis
Kecederaan
pada bahagian bahu merupakan kecederaan yang sangat biasa di dalam sukan badminton
kerana permainan ini melibatkan banyak melakukan pukulan lob, smesy dan pukulan
“overhead” kepada pihak lawan.
Kebiasaannya tindakan ini akan menyumbang kepada berlakunya masalah atau
kecederaan pada bahagian “rotator cuff”.
Rotator cuff adalah sekumpulan otot
yang bekerja bersama-sama untuk menyediakan sendi bahu dengan kestabilan
dinamik, membantu untuk mengawal sama semasa ia berputar. Apabila berlakunya
kecederaan pada bahagian tersebut, seseorang pemain badminton akan mengalami
kesukaran untuk bermain kerana sukar untuk melakukan pukulan mahupun menerima
pukulan pihak lawan. Justeru, adalah disarankan untuk berehat dan lakukan
pemulihan untuk mengelakkan otot tersebut daripada terkoyak.
2.2.3 Achilles
Tendonitis
Rajah
10: Anatomi kecederaan pada “achilles
tendon”. Diambil daripada http://www.badmintoncafe.com/?p=401
Achilles tendonitis adalah istilah umum untuk sakit di sekitar achilles tendon dan dilaporkan kerap
dalam pemain badminton. Achilles
tendonitis biasanya datang secara beransur-ansur, dan adalah lebih biasa di
kalangan mereka yang berusia lebih 40. Akan berlakunya kesakitan, di mana
diterukkan lagi apabila melakukan aktiviti, dan achilles tendon biasanya menyakitkan apabila disentuh. Tendon yang
terjejas kebiasaannya kelihatan tebal berbanding dengan bahagian yang tidak terjejas.
Ahli
profesional perubatan merujuk kepada keadaan ini sebagai achilles tendinopathy, yang dicirikan oleh kemerosotan daripada achilles tendon. Degenerasi ini bermakna
bahawa tendon tidak mempunyai kekuatan tegangan yang biasa dan boleh menyebabkan
pecah apabila aktiviti sukan diteruskan.
Tanda
– tanda berlakunya achilles tendonitis
dapat dikesan apabila berlakunya kesakitan pada tendon semasa latihan. Kedua,
akan ada rasa sakit achilles secara
beransur-ansur akan datang apabila melakukan senaman yang berpanjangan tetapi
akan hilang apabila berehat. Selain itu, akan ada kesan bengkak pada tendon achilles. Selain itu, terdapat juga
kesan kemerahan pada kulit.
3.0 Tugasan 2:
Prosedur bantu mula
3.1 Kecederaan Akut (Acute
Injury)
3.1.1 Ankle Sprain
Sprain
atau terseliuh pada pergelangan kaki adalah sebahagian daripada kecederaan dalam
sukan yang paling biasa, dan sering berulang-ulang terutama dalam sukan
badminton yang mana atlet sentiasa bergerak dengan pantas dan menukar
pergerakan dengan kerap secara tangkas. Prosedur bantu mula bagi ankle sprain ini adalah menggunakan
rawatan awalan (RICE). Selepas mendapatkan rawatan bantu mula, rawatan susulan
akan dilakukan.
i.
R (Rest)
·
Setelah mendapat
kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan
di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan
pendarahan dalaman.
ii.
I (Ice)
·
Ais yang dibalut dengan kain atau
plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan
luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke
atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel
di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel
yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan
lebih cepat.
iii.
C (Compression)
·
Bahagian yang cedera harus
dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah
menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau
rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih
bebas dan longgar.
iv.
E(Elevation)
·
Meninggikan bahagian yang cedera
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah
masuk ke jantung. Ini mengurangkan
pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi
daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang
pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat
mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan
menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.
3.1.2 Meniscus Tear
Koyakkan
pada meniscus merupakan kecederaan
sukan biasanya berlaku apabila menisci koyak. Justeru, meniskus yang terkoyak biasanya disebabkan oleh
pergerakan berpusing secara tiba-tiba lutut semasa gerak kaki menyebabkan koyakkan
pada meniskus. Atlet atau pemain badminton akan mengalami rasa sakit pada sendi
lutut, bengkak ringan dan tidak dapat fleksi atau meregangkan kaki sepenuhnya. Prosedur
bantu mula bagi kecederaan ini menggunakan kaedah
(P. R.I.C.E).
i. P (Protect)
·
Lindungi kecederaan
yang berlaku daripada kecederaan yang selanjutnya.
ii.
R (Rest)
·
Setelah mendapat
kecederaan, mangsa harus direhatkan.
iii.
I (Ice)
·
Ais yang dibalut dengan kain atau
plastik didemah ke atas tempat yang cedera dalam setiap selang masa 20 minit
dalam tempoh 48 jam selepas kecederaan.
iv.
C (Compression)
·
Bahagian yang cedera harus
dibalutkan dan gunakan pendakap lutut jika diperlukan. Sekiranya ada tanda
kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula
supaya lebih bebas dan longgar.
v.
E(Elevation)
·
Meninggikan bahagian yang cedera
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah
masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.
Bahagian yang cedera harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah
ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan
pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut
atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak
komplikasi.
3.1.3 Muscle
Strain
Kecederaan
otot (strain) berlaku apabila otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan
ini berlaku apabila individu atau atlet tersebut menggunakan otot secara
mengejut dan berlebihan sehingga berlakunya kekejangan otot. Prosedur bantu
mula yang digunakan untuk merawat pemain badminton yang mengalami kecederaan
ini turut menggunakan kaedah yang sama seperti posedur bantu mula ankle sprain
dan meniscus tear iaitu (RICE).
i.
R (Rest)
·
Setelah mendapat
kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan
di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan
pendarahan dalaman.
ii.
I (Ice)
·
Ais yang dibalut dengan kain atau
plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan
luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke
atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel
di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel
yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan
lebih cepat.
iii. C (Compression)
·
Bahagian yang cedera harus
dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah
menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau
rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih
bebas dan longgar.
v.
E(Elevation)
·
Meninggikan bahagian yang cedera
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah
masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian
yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu
dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar
perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet
tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak
komplikasi.
3.2 Kecederaan
Lebihguna (Overuse Badminton Injuries)
3.2.1 Lateral
Epicondylitis (Tennis Elbow)
Kecederaan lebihguna yang
kronik disebabkan oleh pukulan kilas yang berulang-ulang, ketegangan tali yang
terlalu tegang, pertukaran saiz cengkaman, kurangnya pemulihan dan regangan
merupakan antara punca kecederaan lateral
epicondylitis berlaku. Kecederaan ini akan menyebabkan kesakitan pada epicondyle sisi dan tendon extensor
biasa. Prosedur bantu mula bagi merawat kecederaan ini adalah dengan meluruskan
pergelangan tangan dan jari terhadap rintangan untuk melihat sama ada ia
menghasilkan sakit pada siku Kemudian, kedudukan tangan mangsa dengan anduh dan
tuamkan ais pada tempat yang cedera. Pemeriksaan x-ray siku juga digalakkan dan
seterusnya pemain dikehendaki berehat secukupnya pada lengan terbabit.
3.2.2 Shoulder
Injuries
Kecederaan
pada bahagian bahu merupakan kecederaan yang sangat biasa di dalam sukan badminton
kerana permainan ini melibatkan banyak melakukan pukulan lob, smesy dan pukulan
“overhead” kepada pihak lawan.
Kebiasaannya tindakan ini akan menyumbang kepada berlakunya masalah atau
kecederaan pada bahagian “rotator cuff”.
Maka, prosedur bantu mula unruk rawatan pemulihan untuk mengelakkan otot
tersebut daripada terkoyak yang disarankan adalah dengan menggunakan kaedah
(RICE).
ii.
R (Rest)
·
Setelah mendapat
kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan
di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan
pendarahan dalaman.
iii.
I (Ice)
·
Ais yang dibalut dengan kain atau
plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan
luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke
atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel
di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel
yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan
lebih cepat.
iii. C (Compression)
·
Bahagian yang cedera harus
dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah
menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau
rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih bebas
dan longgar.
vi.
E(Elevation)
·
Meninggikan bahagian yang cedera
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah
masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.
Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.
3.2.3 Achilles
Tendonitis
Kecederaan
ini melibatkan koyakan atau ketegangan yang berlaku pada tendon yang
menyambungkan otot calf dengan tumit. ianya berlaku kerana ketegangan yang kuat
pada otot calf dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian tumit semasa
berlari dan melompat. Prosedur bantu mula bagi kecederaan ini adalah dengan
menuamkan dengan ais selama 10 minit ke 30 minit. Kurang daripada 10 minit akan
memberikan kesan kelegaan yang kurang dan lebih daripada 30 minit pula akan
memudaratkan kulit. Ais tersebut hendaklah dibalut menggunakan kertas plastik
ataupun tuala. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas
tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di
sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel
yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan
lebih cepat. Namun, sekiranya ia
merupakan kecederaan yang teruk, maka ianya perlu terus dirujuk kepada pakar
bagi mengelakkan kecederaan yang semakin teruk dan berlanjutan.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam
sukan badminton antara kecederaan yang kerap berlaku dan dialami oleh atlet
boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu pertama jenis kecederaan akut dan
kecederaan lebihguna. Justeru, dalam aspek bantu mula seseorang ahli sukan
mahupun ahli fisioterapi boleh mengamalkan princip RICE (Rest, Ice, Compression
dan Elevation) semasa melaksanakan rawatan terhadap kecederaan tersebut sebagai
langkah pertama untuk mengelakkan kecederaan bertambah teruk.
Tugasan 3: Penulisan Refleksi
Refleksi Individu
Oleh : Ain Sharida Binti Abdul Khairizzaki
Alhamdulillah, syukur
kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, tugasan ini dapat kami siapkan
dengan jayanya di bawah bimbingan pensyarah subjek ini iaitu Encik Ismail Bin Dikoh. Tugasan ini merupakan tugasan
secara berkumpulan.
Terdapat beberapa
pengalaman yang saya dapat semasa melaksanakan tugasan ini. Pengalaman yang
saya dapati adalah berkenaan dengan jenis-jenis kecederaan yang terjadi ketika
sesuatu permainan. Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya dapat
mengenalpasti apakah jenis prosedur bantu mula untuk setiap kecederaan yang
terjadi ketika bermain.
Terdapat beberapa cabaran
dan masalah yang saya hadapi ketika proses melaksanakan tugasan ini. Saya diberikan
tanggungjawab untuk membuat soalan dua
iaitu prosedur bantu mula untuk setiap kecederaan yang telah dipilih dalam
permainan badminton. Namun ianya dapat diatasi dengan beberapa tindakan yang
telah saya ambil. Cabaran pertama yang saya hadapi adalah kekurangan sumber
rujukan daripada buku serta jurnal-jurnal yang berkaitan dengan soalan tugasan.
Saya menghadkan penggunaan buku ketika membuat tugasan ini. Namun, maklumat
yang saya dapati dalam buku kebanyakannya tidak mencukupi untuk membuat tugasan
saya. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah melayari laman sesawang untuk
mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tugasan saya.
Setelah melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan, ternyata banyak
maklumat yang saya dapati dan ianya cukup untuk menghasilkan tugasan saya ini.
Cabaran kedua yang saya
dapati pula, saya kurang bijak menguruskan masa untuk membuat tugasan ini. Ini
kerana, saya mengambil masa yang begitu lama untuk membuat tugasan ini
sedangkan masih banyak lagi tugasan yang lain menanti dan ianya perlu dihantar
pada waktu yang sama dengan tugasan ini. Oleh sebab yang demikian, saya telah
mengambil inisiatif dengan tidak melengahkan masa membuat tugasan ini agar saya
boleh fokus kepada tugasan yang lain.
Cabaran yang ketiga pula, saya
mendapati saya sendiri kurang pemahaman berkaitan dengan tajuk tugasan yang
diberikan kepada saya. Ini menyebabkan saya merasa agak tertekan kerana saya
tidak memahami cara pelaksanan prosedur bantú mula semua kecederaan dalam
permainan bádminton yang telah disenaraikan dalam tugasan satu. Namun setelah
membuat pembacaan mengenai tajuk ini, sedikit sebanyak saya telah faham
tugasan ini daripada buku dan juga
maklumat yang begitu banyak sekali di laman sesawang. Selain itu juga, saya
turut membuat perbincangan dengan beberapa orang rakan saya untuk mendapatkan
idea serta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan.
Refleksi Individu
Oleh Desmond Daniel
Ak Copta
Pertama
kalinya terima kasih kepada individu dan pihak yang telah membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sepanjang sebulan bertungkus lumus dalam
menyiapkan tugasan ini, banyak pengalaman yang telah saya lalui berhubung
penyediaan tugasan kali ini. Dalam penulisan ini akan saya huraikan beberapa
kelemahan utama yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini dan cadangan
penambahbaikan terhadap kelemahan tersebut dihuraikan dalam perenggan yang
sama. Kemudian, kekuatan yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini
juga disediakan dan akhir sekali merupakan antara pengalaman baharu yang dikaut
serta dialami hasil daripada penyediaan tugasan ini.
Kelemahan pertama adalah kesukaran dalam menentukan
bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan ini. Ini kerana
maklumat yang terlalu banyak akan menyebabkan ketidaktentuan maklumat dan
mengakibatkan diri saya sendiri kekeliruan untuk menyusun fakta-fakta yang
releven dengan kehendak soalan. Justeru, sebagai langkah penyelesaian saya
menggunakan teknik bacaan skimming
dan scanning dalam memperoleh
maklumat yang saya perlukan. Ini kerana teknik ini membolehkan saya membaca
secara pantas dengan mencari kata-kata kunci yang diperlukan misalnya konsep berhubung
kecederaan dalam sukan, jenis kecederaan yang berlaku dalam sukan badminton dan
prosedur bantu mula yang sesuai digunakan.
Kedua, saya terlalu yakin dengan apa
yang saya akan lakukan dan sikap ini menyebabkan saya sukar untuk menerima
pendapat dan cadangan yang diberikan oleh rakan-rakan khususnya pasangan saya.
Contohnya, dalam memilih fakta yang dikehendaki saya akan mempertahankan fakta
tersebut walaupun dia tidak bersetuju
dengan pendapat tersebut. Namun, selepas memikirkan apa yang telah diperkatakan
atau dibincangkan oleh pasangan, saya akan melihat kembali kepada penulisan
saya dan merujuk semula bahan rujukan yang digunakan untuk membuat idea yang
baru serta memperkemaskan lagi penulisan. Saya akan membaca hasil tulisan yang
telah siap dan saya akan melihat tugasan tersebut sehingga saya berpuas hati
dengan penulisan saya itu. Sekiranya tidak, saya akan memurnikan penulisan itu
sekali lagi.
Selain itu, sikap iri hati apabila
melihat rakan-rakan lain menyiapkan tugasan mereka juga sering melanda dalam
diri ini. Apabila melihat adanya kumpulan lain yang sedang berusaha menyiapkan
tugasan mereka, perasaan iri hati melanda dalam diri dan cemburu melihat mereka
menyiapkan tugasan yang diberikan. Namun begitu ia bukan penghalang kepada saya
dalam melakukan yang terbaik daripada mereka. Ini kerana, sikap inilah yang
membuatkan saya untuk lebih berusaha lebih baik daripada mereka dan saya
berusaha bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan ini secepat yang mungkin dengan
hasil yang berkualiti. Malah, saya akan mendesak diri saya dan ahli kumpulan
untuk menyiapkan tugasan secepat yang mungkin tanpa mengabaikan fakta yang
dikemukakan.
Di sebalik kelemahan tersebut tidak
membuatkan saya terus jatuh dibelenggu kesusahan kerana dengan kelemahan itulah
saya berusaha bangkit dan mencari jalan penyelesaian dalam menyediakan satu
tugasan yang mempunyai kualiti yang menggambarkan diri saya sebagai penulis
khususnya berkaitan dengan kursus ini. Antara kekuatan yang dapat saya rumuskan
di sini adalah saya seorang yang rajin dalam mencari maklumat yang diperlukan
baik bahan-bahan maujud ataupun tidak. Keadaan ini dapat dilihat melalui
senarai rujukan yang telah saya catatkan pada tugasan ini. Pertamanya, saya
akan bergerak ke pusat sumber di kampus ini secara individu dan tidak
mengharapkan bantuan rakan untuk membantu saya. Saya sanggup menghabiskan masa
sehingga berjam-jam mencari bahan-bahan yang diperlukan di setiap rak-rak buku
dan hanya akan berhenti apabila saya mendapati bahan tersebut tidak dijumpai
lagi di rak-rak buku tersebut. Sekiranya buku tersebut tidak mencukupi saya
akan beralih ke kedai buku untuk mencari buku yang bersesuaian dan membelinya.
Sikap rajin, sedia berkorban dan sentiasa berusaha inilah menyebabkan saya akan
mendesak pasangan saya untuk menyiapkan tugasan sebelum tarikh akhirnya dan
syukur kami berjaya melakukannya. Malah, apa yang saya tulis juga saya fahami
dengan baik.
Kedua, ketelitian dalam menyediakan
setiap maklumat dan bahan yang diperolehi juga antara kekuatan yang ada pada
diri saya. Saya akan mencatatkan maklumat yang saya rasakan releven dengan
tajuk tugasan dan akan saya catatkan di dalam buku catatan saya ataupun di
telefon bimbit saya. Kemudian, saya akan mengakses maklumat tersebut sama ada
melalui laman sesawang ataupun merujuk buku yang telah saya cari. Oleh sebab
itulah, tidak menjadi kesukaran kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini kerana
setiap maklumat baharu yang diperolehi akan saya cari dengan serta merta dan
itulah antara kekuatan yang baik dalam diri saya.
Berdasarkan pengalaman yang telah saya
perolehi sepanjang penyediaan tugasan ini saya memperolehi pelbagai ilmu
baharu. Antaranya adalah berhubung dengan jenis kecederaan yang berlaku dalam
sukan terutama sekali dalam sukan badminton. Selepas menyiapkan tugasan ini
banyak ilmu baharu berkaitan kecederaan sukan badminton telah saya kenal pasti
melalui bacaan di internet yang mana sangat berguna dan sukar didapati di dalam
buku. Oleh sebab itulah, melalui tugasan ini pembacaan pelbagai jenis
bahan-bahan akademik sama ada dalam bentuk maujud mahupun media elektronik
merupakan antara pengalaman baharu yang mengajar saya dalam meneroka ilmu yang
saya kehendaki terutama berhubung kecederaan dalam sukan badminton khususnya.
Kesimuplannya, selepas menyiapkan
tugasan ini pengalaman dan pengetahuan saya berkaitan dengan jenis kecederaan
yang dialami dalam sukan badminton, dan prosedur bantu mula bagi setiap
kecederaan ini semakin kukuh. Melalui tugasan ini juga saya mampu untuk
memberikan alasan dan contoh-contoh yang releven berdasarkan pengetahuan dan
kepekaan saya berhubung isu-isu yang berkaitan dengan kecederaan yang dialami
oleh atlet badminton dengan apa yang telah saya dengari, amati dan terokai
melalui bahan-bahan maujud dan laman sesawang. Diharapkan tugasan ini dapat
wahana kepada saya dalam membuat keputusan untuk membantu atlet atau murid-murid
yang mengalami kecederaan semasa bersukan mahupun semasa menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
Refleksi Individu
Oleh Tuan Nur’fatin
Nadia Bt Tuan Izham Ros
Sepanjang penghasilan
tugasan ini, saya telah sedikit sebanyak didedahkan dengan bidang Kecederaan
Dalam Sukan terutamanya dalam sukan Badminton. Bidang ini banyak memberi ilmu
pengetahuan kepada saya sebagai seorang bakal guru dan jurulatih kelak. Dalam
perlaksanaan tugasan ini juga, saya telah mengetahui tentang kecederaan dalam
sukan badminton. Terdapat dua jenis kecederaan dalam sukan badminton iaitu acute injury dan overuse injury. Setiap jenis kecederaan ini pula terdapat tiga
kecederaan.
Bagi acute injury ialah salah satunya ankle sprain iaitu kaki terseliuh.
Sprain merupakan kecederaan pada ligamen. Seperti yang kita ketahui ligamen
berfungsi sebagai tisu yang menghubungkan tulang dengan tulang di dalam badan
kita. Kedua ialah meniscus tear atau dikenali sebagai koyakan meniscus. Meniscus
adalah rawan yang membantu melindungi lutut daripada sebarang hentakan. Jika
meniskus terkoyak, maka lutut akan berasa sakit. Seterusnya ialah muscle strain
iaitu kecederaan pada otot atau tendon.
Tendon adalah tisu yang
menghubungkan tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan,
kekejangan otot, kehilangan kekuatan.
Pengetahuan yang diperolehi
seterusnya ialah kecederaan yang terdapat dalam overuse injury. Antaranya ialah tennis
elbow iaitu kecederaan lebihguna yang kronik yang disebabkan oleh pukulan
kilas yang berulang-ulang. Kedua ialah shoulder
injury iaitu kecederaan bahu. Kecederaan ini merupakan kecederaan yang
paling biasa terjadi dalam sukan badminton badminton kerana permainan ini
melibatkan banyak melakukan pukulan lob, smesy dan pukulan “overhead” kepada pihak lawan. Ketiga ialah Achilles tendonitis iaitu sakit di sekitan tendonitis. Kecederaan
ini biasanya berulang-ulang jika tidak dirawat dengan betul.
Selain daripada itu,
saya juga dapat menambahkan pengetahuan tentang prosedur bantu mula yang
sewajarnya diberikan kepada pemain badminton jika mengalami kecederaan yang
telah dinyatakan di atas. Kesemua kecederaan di atas menggunakan prinsip RICE
iaitu R untuk rehat, I untuk ice, C untuk compress dan E untuk elevation.prinsip
bantu mula ini memerlukan kain dan ais sahaja. Pertama ialah kita perlu
merehatkan mangsa dalam keadaan ditempatkan di paras yang lebih tinggi daripada
jantung. Kemudian, ais yang perlu digunakan haruslah dibalut dengan kain
terlebih dahulu sebelum didemah ke atas tempat yang cedera. Setelah itu, kita
harus mendemah dan menekan ais yang dibalut ke tempat yang cedera secara
beransur-ansur dan jika terdapat kebiruan perlulah dilonggarkan kainnya.
Terakhir ialah kita perlu meninggikan bahagian yang cedera agar mempercepatkan
pengembalian darah masuk ke jantung.
Semasa melakukan tugasan
ini, saya juga dapat mengenalpasti kekuatan yang terdapat dalam diri saya.
Pertama ialah saya dapat mengetahui serta memahami apa yang dikehendaki oleh
pensyarah mengenai tugasan ini. Tugasan ini banyak memberi impak positif kepada
saya sebagai seorang bakal guru dan jurulatih. Selain itu, saya dapat memahami
dan menambahkan ilmu pengetahuan tentang kecederaan sukan dalam sukan badminton
dan prosedur bantu mula yang perlu dilakukan. Kedua-dua aspek ini saling
berkait rapat antara satu sama lain. Di samping itu juga, saya dapat merasakan
bahawa tugasan ini sangat berguna kepada bakal guru kerana ia dapat membantu
kita pada masa akan datang jika berhadapan kecederaan dalam sukan badminton.
Setiap guru perlu memiliki kebolehan dalam menghadapai dan menyelesaikan
masalah di sekolah.
Selain daripada
kekuatan, terdapat beberapa kelemahan juga dikenalpasti semasa melaksanakan
tugasan ini. Kelemahan yang sering menjadi masalah kepada saya ialah untuk
membuat huraian tentang tugasan yang diberi. Tugasan ini memerlukan huraian
yang senang difahami tetapi saya merasakan bahawa huraian saya tidak menepati
cara yang betul. Walaubagaimanapun, saya telah berusaha bersungguh – sungguh
dalam menghasilkan tugasan yang baik dan berkualiti. Tambahan pula, saya kurang
pandai untuk mencari bahan yang tepat di laman sesawang. Kebanyakan bahan yang
saya jumpa di laman sesawang adalah dari penulisan blog dan dikhuatiri
kesahihannya serta keasliannya. Selain itu, terdapat banyak bahan terdapat
dalam bahasa inggeris dan menyukarkan saya untuk menterjemahkannya ke dalam
bahasa melayu. Hal ini menyebabkan saya memerlukan masa yang agak lama untuk
proses mencari maklumat. Selain itu, kelemahan dalam membahagikan masa untuk
menyiapkan tugasan. Saya mempunyai masalah masa dalam meyiapkan tugasan. Hal
ini adalah kerana terdapat banyak tugasan lain juga harus disiapkan dalam waktu
yang sama. Kekangan masa ini membuatkan saya tergopoh – gapah dalam menyiapkan
kesemua tugasan. Kelemahan – kelemahan ini membuatkan saya berasa kurang yakin
dengan tugasan yang dihasilkan.
Bagi cadangan penambahbaikan untuk diri saya,
saya perlu membuat pembacaan yang banyak dan meluas tentang topik yang
berkaitan dengan tugasan. Hal ini dapat menjadikan huraian yang dihasilkan
bersifat matang dan diterima ramai. Selain itu, saya juga perlu mencari bahan
tugasan di laman sesawang yang rasmi seperti web Berita Harian Online, Kosmo
Online, Utusan Online, wikipedia dan sebagainya yang mempunyai kesahihan
maklumat yang tepat. Seterusnya adalah
saya perlu membahagikan masa dengan baik melalui cara membuat perancangan
tugasan agar kesemua tugasan dapat dihasilkan dengan berkualiti dan dapat
dihantar tepat pada masanya. Melalui penambahbaikan ini, saya yakin bahawa
tugasan yang akan datang dapat dihasilkan mengikut kriteria yang cemerlang dan
bermutu tinggi.
Secara kesimpulannya, sepanjang
penghasilan tugasan ini, saya telah didedahkan dengan banyak perkara yang
berkaitan dengan Kecederaan Dalam Sukan terutamanya sukan badminton serta
prosedur bantu mula. Dengan ilmu-ilmu yang telah sedia ada, saya telah
mengaitkan hasil dapatan dan pemahaman saya untuk dimuatkan dalam tugasan yang
telah diamanahkan ini. Walaupun pada
mulanya agak sukar bagi saya menghasilkan tugasan ini, tetapi setelah berulang
kali membaca artikel dan data-data maklumat yang telah saya perolehi, saya
dengan senang hati telah berjaya memahaminya. Saya berharap tugasan yang
dihasilkan ini dapat menepati kriteria – kriteria yang diingini oleh pensyarah.
2 ulasan:
Selamat hari raya
Ceceliau
Catat Ulasan