KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN KOORDINASI DALAM MENINGKATKAN
KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID-MURID TAHUN TIGA
DESMOND DANIEL AK COPTA
Abstrak
Kajian ini
bertujuan melihat sejauh mana keberkesanan program latihan koordinasi yang
dimodifikasi untuk murid Tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu dalam
membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka. Kajian dijalankan ke
atas 40 orang (N = 40) terdiri daripada 15 orang lelaki dan 25 orang perempuan.
Kesemua sampel berumur 9 tahun. Kebanyakkan sampel terdiri daripada murid-murid
berbangsa Melayu dan Iban. Ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan
menggunakan instrumen Hand Wall Toss Test. Ujian rintis juga telah dijalankan
untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan instrumen dan keputusan menunjukkan
nilai kebolehpercayaan adalah tinggi iaitu r = 0.892. Rawatan program latihan
koordinasi yang dimodifikasikan telah dilaksanakan selama 4 minggu (3 kali
seminggu). Setiap sesi, sampel akan menjalani 4 jenis latihan koordinasi.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian
pra (M = 14.48, SD = 4.91) dan ujian pasca (M = 21.90, SD = 7.16), t(39) =
-7.69, ϼ = .000. Justeru, dapat dirumuskan bahawa program latihan yang
dijalankan ke atas sampel mampu meningkatkan koordinasi mata dan tangan sampel.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Koordinasi ialah keupayaan otot
melakukan dan menyelaraskan pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi
boleh dicapai dengan melakukan latihan yang sistematik. Jika seseorang individu
mempunyai koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap bola, menahan bola
hoki, menyangga bola tampar atau melakukan rejaman tepat pada sasaran. Koordinasi
ini berkait rapat dengan perkembangan sistem motor seseorang individu tersebut.
Program latihan yang berkesan
untuk permainan dan sukan perlu dihasilkan melalui penyelidikan dan merupakan
cabaran kepada jurulatih dan guru (Rink, French & Graham,1996; Rink, 2002).
Jurulatih harus menyediakan program latihan spesifik secara beransur maju
mengikut tahap kematangan murid dan harus melengkapi murid dengan pengetahuan
sukan, memotivasikan murid serta berusaha meningkatkan prestasi dalam sukan dan
permainan berdasarkan teori dan metodologi latihan (Connel, 1993). Program
latihan harus disusun dengan panduan teori dan metodologi latihan serta teori
pembelajaran motor. Program latihan yang mempunyai unsur seperti situasi
permainan dapat menarik minat murid untuk menyertai secara aktif dalam
Pendidikan Jasmani (Dodds et al., 2001).
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Melalui pengalaman pengkaji
menjalani praktikum fasa satu di salah sebuah sekolah di daerah Sarikei,
pengkaji mendapati bahawa murid tahap satu yakni murid yang berumur sembilan
tahun menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan semasa menjalankan aktiviti
Pendidikan Jasmani. Masalah yang sama juga pengkaji dapati berlaku semasa
menjalani praktikum bagi fasa dua di sekolah yang berlainan iaitu salah sebuah
sekolah di daerah Sibu.
Justeru, pengkaji amat tertarik dan
berminat untuk mengkaji masalah koordinasi mata dan tangan murid tahap satu.
Hal ini berikutan murid-murid diperhatikan lemah dalam melakukan dan menguasai
aktiviti atau standard pembelajaran yang melibatkan koordinasi mata dan tangan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Contohnya, semasa
melakukan aktiviti menerima dan menghantar bola menggunakan tangan secara
berpasangan pada peringkat perkembangan pembelajaran. Akibatnya, masalah ini menyebabkan
murid-murid tidak menguasai standard pembelajaran yang hendak dicapai di akhir
sesi pengajaran dan pembelajaran.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Tinjauan Masalah
Melalui pemerhatian pengkaji,
kebanyakan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya menghadapi masalah
dalam menguasai standard pembelajaran yang ditetapkan iaitu kemahiran menerima
dan menghantar bola. Justeru, kajian ini digunakan untuk melihat dan menilai
sejauh mana program latihan koordinasi yang bakal dirancang mampu membantu
meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid-murid tahun 3 Orkid.
Antara masalah yang dihadapi oleh
murid-murid tahun 3 Orkid adalah seperti berikut:
i.
Lemah untuk melakukan aktiviti
yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
ii.
Lemah semasa melakukan aktiviti
yang melibatkan koordinasi mata dan tangan pada jarak yang jauh.
iii.
Menghadapi masalah dalam
menentukan kedudukan badan atau postur badan yang sesuai semasa melakukan
aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
Berdasarkan masalah yang
dinyatakan, pengkaji dapat membuat keputusan bahawa masalah ini timbul
disebabkan oleh:
i.
Koordinasi mata dan tangan mereka
masih lemah.
ii.
Kurang latih tubi dalam kemahiran
yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
iii.
Kurang pengetahuan dalam
menentukan kedudukan badan semasa melakukan aktiviti semasa melakukan aktiviti
yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Menurut pakar dalam bidang
Pendidikan Jasmani seperti Gallaheu (1996), pergerakan terdiri daripada tiga
aspek iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.
Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina sejak dari peringkat umur pra sekolah
atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk
mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek dan merupakan asas kepada
kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak lagi di mana
pada peringkat ini mereka mudah menerima ajaran dan hasilnya dapat meningkatkan
koordinasi anggota badan seperti tangan, mata, kaki dan lain-lain.
Menurut Mohd Taip H. (2006),
koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan
kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang
bersistematik yakni melalui perancangan program latihan koordinasi. Jika
seseorang individu mempunyai tahap koordinasi yang tinggi, mereka boleh
menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar dan melakukan rejaman
tepat pada sasarannya.
Murid yang mempunyai masalah
dalam koordinasi mata dan tangan akan mempunyai masalah khususnya semasa
permainan dalam sesuatu sukan seperti bola tampar, badminton, bola jaring, dan
bola keranjang. Ini kerana dalam sesuatu permainan, hampir kesemua pergerakan
memerlukan kemahiran koordinasi mata dan tangan yang baik. Koordinasi mata dan
tangan merupakan asas pergerakan motor yang perlu dikuasai oleh murid-murid.
Asas pergerakan motor ini akan menyediakan asas yang luas kepada kebolehan
pergerakan di mana banyak pergerakan yang sukar dapat dibina (Ee Ah Meng,
2002). Murid yang tidak dapat menguasai pergerakan asas dengan sempurna akan
menghadapi masalah dalam melakukan sesuatu pergerakan khususnya yang melibatkan
koordinasi mata dan tangan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
i.
Mengenalpasti tahap koordinasi
mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu sebelum
menjalankan program latihan koordinasi.
ii.
Mengenalpasti sama ada program
latihan koordinasi dapat meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan murid
tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu.
iii.
Mengenalpasti sama ada faktor
jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid.
3.2 Soalan Kajian
i.
Apakah tahap koordinasi mata dan
tangan murid sebelum rawatan?
ii.
Adakah terdapat perbezaan yang
signifikan antara ujian pra dan ujian pasca setelah menjalankan program latihan
koordinasi?
iii.
Adakah faktor jantina
mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan selepas
rawatan?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 40 orang
murid (N=40) tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu. Sampel terdiri
daripada 15 orang lelaki dan 25 orang
perempuan. 40 orang sampel akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan (20 orang) dan
kumpulan rawatan (20 orang) yang dipilih secara rawak untuk setiap kumpulan.
Jadual 1:
Sampel kajian mengikut kumpulan
Jantina
|
Kekerapan
(Kawalan)
|
Peratus
(Kawalan)
|
Kekerapan
(Rawatan)
|
Peratus
(Rawatan)
|
Lelaki
Perempuan
Jumlah
|
5
15
20
|
12.5%
37.5%
50%
|
10
10
20
|
25%
25%
50%
|
Selain itu, 20 sampel daripada
kumpulan kawalan berbangsa Melayu dan 20
sampel daripada kumpulan rawatan berbangsa Iban. Kesemua sampel tidak pernah
mewakili sekolah dalam mana-mana permainan dan lemah dari segi prestasi
akedemik di mana kelas ini merupakan kelas tercorot jika dibandingkan dengan
kelas lain. Mereka ini juga lemah semasa melakukan aktiviti yang melibatkan
koordinasi mata dan tangan iaitu menghantar dan menerima yang telah dijalankan
oleh pengkaji pada bulan Februari yang lalu. Rasional pengkaji memilih kelas
ini sebagai sampel kajian adalah kerana pengkaji terlibat secara langsung dalam
proses pengajaran Pendidikan Jasmani bagi kelas ini dan telah mengajar standard
pembelajaran 1.7.2 iaitu menerima dan menghantar bola menggunakan tangan dan
kaki.
5.0 Tindakan Yang Dijalankan
5.1 Prosedur Tindakan
Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan Mc Taggart
(1988). Dalam model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan
berdasarkan gelungan (cycle) seperti
berikut:
I.
Mereflek (Reflect);
II.
Merancang (Plan);
III.
Bertindak (Action); dan
IV.
Memerhati (Observe).
Berdasarkan langkah yang
disarankan oleh Kemmis dan Mc Taggart dalam model kajian tindakan mereka, maka
pengkaji menggunakan model tersebut untuk menyusun langkah-langkah tindakan
yang akan diambil dalam membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid
tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu. Berikut merupakan kerangka
konseptual kajian mengikut model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988).
Rajah 1:
Kerangka konseptual kajian
Jadual 2:
Program latihan mengikut minggu
Minggu
Sesi
Tempoh masa /
Intensiti
|
Pertama
|
Kedua
|
Ketiga
|
Keempat
|
3 sesi seminggu (30
minit setiap sesi)
|
||||
4 minit/stesen
|
5 minit/stesen
|
6 minit/stesen
|
6 minit/stesen
|
|
Aktiviti
|
Stesen 1:
-
Melantun bola ke lantai
Stesen 2:
-
Golek bola ke depan dan jatuhkan kon
Stesen 3:
-
Lontar bola masuk ke dalam bakul
Stesen 4:
-
Timbang bulu tangkis di atas raket
|
Stesen 1:
-
Timbang bulu tangkis di atas raket
Stesen 2:
-
Melantun bola ke lantai
Stesen 3:
-
Golek bola ke depan dan jatuhkan kon
Stesen 4:
-
Lontar bola masuk ke dalam bakul
|
Stesen 1:
-
Lontar bola masuk ke dalam bakul
Stesen 2:
-
Timbang bulu tangkis di atas raket
Stesen 3:
-
Melantun bola ke lantai
Stesen 4:
-
Golek bola ke depan dan jatuhkan kon
|
Stesen 1:
-
Golek bola ke depan dan jatuhkan kon
Stesen 2:
-
Lontar bola masuk ke dalam bakul
Stesen 3:
-
Timbang bulu tangkis di atas raket
Stesen 4:
-
Melantun bola ke lantai
|
Minggu Pertama =
Ujian Pra “Hand Wall Toss” dijalankan sebelum rawatan diberikan.
Minggu Kelima = Ujian Pasca “Hand Wall Toss”
dijalankan ke atas sampel.
|
Program
latihan koordinasi ini telah dimodifikasikan daripada program latihan
koordinasi mata dan tangan yang telah dijalankan oleh Marina Tsetseli, Vasiliki
Malliou dan Eleni Zetou (2010) dalam kajiannya, “ The Effect Of A Coordination
Training Program On The Development Of Tennis Service Technique” .
5.2 Cara Pengumpulan Data
Pengkaji menggunakan ujian
sebagai kaedah untuk mengumpul data. Pengkaji menjalankan ujian pra dan ujian
pasca menggunakan instrumen “Hand Wall
Toss Test” untuk menilai tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan
selepas rawatan. Instrumen Wall Toss Test ini diubahsuai mengikut
kesesuaian sampel kajian. Ujian rintis juga dijalankan untuk menilai sejauhmana
kebolehpercayaan instrumen di mana kaedah uji dan ulang uji digunakan. Ujian ditadbirkan ke atas sampel bagi mendapatkan
set data yang pertama, kemudian diulang uji untuk mendapatkan set data yang
kedua. Perisian “Statistical Package For
Social Science (SPSS) 18.0” digunakan untuk mengira pekali korelasi Pearson
untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan instrumen.
Jadual 3:
Kebolehpercayaan instrumen “Hand
Wall Toss”
|
Percubaan 1 Ujian Hand Wall Toss
|
Percubaan 2 Ujian Hand Wall Toss
|
|
Percubaan 1 Ujian Hand Wall Toss
|
Pearson Correlation
|
1
|
.892**
|
Sig. (2-tailed)
|
|
.000
|
|
N
|
40
|
40
|
|
Percubaan 2 Ujian Hand Wall Toss
|
Pearson Correlation
|
.892**
|
1
|
Sig. (2-tailed)
|
.000
|
|
|
N
|
40
|
40
|
|
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
|
Norma
bagi instrumen Wall Toss Test telah ditentukan berdasarkan kaedah gred lengkung
norma yang diperkenalkan oleh Ahmad Hashim dalam bukunya Pengukuran Kecergasan
Motor (2004). Kaedah gred lengkung norma ini adalah berdasarkan min dan sisihan
piawai skor yang telah diperolehi semasa ujian rintis. Bagi memudahkan sistem
pengredan, pengkaji menggunakan prosedur “Statistical Package For Social
Science (SPSS) 18.0” untuk memasukkan data yang telah diperoleh mengikut
prosedur yang betul.
Jadual 4:
Gred bagi skor ujian “Hand Wall Toss”
Gred
|
Skor
(Dalam 30 Saat)
|
A
B
C
D
E
|
> 22
17 - 21
12 - 16
7 - 11
< 6
|
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Data yang dipungut dalam sesuatu
projek kajian tindakan perlu dianalisis dan penafsiran dibuat ke atasnya.
Dengan menganalisis data, seorang guru dapat melaporkan hasil kajian
berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden (Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, 2008).
Menurut Mohd. Najib A.G. (1999),
analisis data merujuk kepada bagaimana segala data dikutip, diberi skor dan
dinilai menggunakan sesuatu kaedah. Oleh itu, terlebih dahulu kesemua data yang
dikumpul akan dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak sebelum
analisis data dibuat. Sesebuah kajian yang telah lengkap akan dianalisis untuk
mendapatkan data mentah. Data mentah ini akan dianalisis untuk mendapatkan
jawapan pada persoalan kajian.
Pengkaji menggunakan perisian “Statistical Package For Social Science
(SPSS) 18.0” untuk membuat analisis data selepas kesemua data dikumpul. Ini
kerana analisis melalui komputer digunakan kerana ia lebih mudah dan
menjimatkan masa untuk menghasilkan output yang diperlukan. Pengkaji menggunakan
perisian SPSS untuk mendapatkan statistik perihalan (descriptive statistics), pengiraan pekali korelasi Pearson bagi
mendapatkan kebolehpercayaan instrumen ujian, ujian-T bagi mengenalpasti sama
ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca dan untuk
menilai adakah faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi tangan dan mata
sampel.
6.1 Tahap koordinasi mata dan tangan murid
sebelum rawatan
Rajah 2:
Keputusan Ujian Pra secara
keseluruhan
Rajah 2 menunjukkan kekerapan
bagi keputusan ujian pra yang telah dijalankan secara keseluruhannya. Kekerapan
bagi keputusan ujian telah ditukar ke dalam bentuk gred bagi memudahkan
analisis dilakukan. Berdasarkan Rajah 4, seramai 5 orang sampel dikategorikan
pada gred A, 4 orang sampel pada gred B dan 18 orang sampel dikategorikan pada
gred C yang mana menunjukkan kekerapan paling tinggi semasa ujian pra
dijalankan. Gred D pula menunjukkan seramai 11 orang sampel dikategorikan pada
gred tersebut manakala 2 orang sampel dikategorikan pada gred E.
Rajah 3: Perbandingan gred
keputusan Ujian Pra bagi kumpulan Kawalan dan Rawatan
Rajah 3 menunjukkan perbandingan
gred keputusan Ujian Pra bagi kumpulan Kawalan dan Rawatan. Berdasarkan Rajah 5,
hanya seorang sampel dikategorikan pada gred A bagi kumpulan Kawalan jika
dibandingkan dengan kumpulan Rawatan sebanyak 4 orang sampel pada kategori yang
sama. Bagi gred B dan gred C kedua-dua kumpulan Kawalan dan Rawatan mencatatkan
bilangan sampel yang sama iaitu sebanyak 2 orang dikategorikan pada gred B dan
9 orang dikategorikan gred C bagi kedua-dua kumpulan. Gred D menunjukkan
sebanyak 7 orang sampel daripada kumpulan Kawalan manakala 4 orang sampel
daripada kumpulan Rawatan. Gred E pula menunjukkan kedua-dua kumpulan mempunyai
seorang sampel dikategorikan pada gred tersebut.
6.2 Ujian-T Sampel Berpasangan (Perbezaan
antara ujian pra dan ujian pasca setelah menjalankan program latihan
koordinasi)
Untuk melihat sama ada terdapat
perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca, pengkaji menggunakan ujian-t sampel
berpasangan untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan yang siginifikan antara
ujian pra dan pasca setelah rawatan dijalankan ke atas sampel.
Selain itu, keputusan ujian pra
dan pasca dibahagikan kepada dua untuk menunjukkan dapatan yang diperolehi bagi
kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan. Ini adalah untuk menunjukkan sama ada
terdapat perbezaan yang signifikan atau tidak bagi kumpulan Rawatan yang
mengikuti program latihan koordinasi jika dibandingkan dengan kumpulan Kawalan
yang tidak mengikuti program latihan koordinasi.
Jadual 5:
Perbandingan hasil Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall
Toss” secara keseluruhan
|
Mean
|
N
|
Std.
Deviation
|
Std.
Error Mean
|
|
Pair
1
|
Ujian
Pra Hand Wall Toss
|
14.4750
|
40
|
4.90937
|
.77624
|
Ujian
Pasca Hand Wall Toss
|
21.9000
|
40
|
7.16043
|
1.13216
|
|
Mean
|
Std.
Deviation
|
Std.
Error Mean
|
95%
Confidence Interval of the Difference
|
t
|
df
|
Sig.
(2-tailed)
|
||
Lower
|
Upper
|
||||||||
Pair
1
|
Ujian
Pra Hand Wall Toss - Ujian Pasca Hand Wall Toss
|
-7.42500
|
6.10963
|
.96602
|
-9.37895
|
-5.47105
|
-7.686
|
39
|
.000
|
Jadual 5 menunjukkan hasil
daripada data yang telah direkodkan dan dianalisis untuk mengenal pasti sama
ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca setelah
menjalankan program latihan koordinasi. Keputusan menunjukkan skor min ujian
pasca “Hand Wall Toss” (M = 21.90, SD = 7.16) adalah lebih tinggi secara
signifikan berbanding dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 14.48, SD
= 4.91), t(39) = -7.69, ϼ = .000.
Jadual 6:
Hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Rawatan
|
Mean
|
N
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
|
Pair 1
|
Ujian Pra Kumpulan Rawatan
Ujian Pasca Kumpulan Rawatan
|
15.4000
24.3500
|
20
20
|
5.10315
6.15822
|
1.14110
1.37702
|
|
|
t
|
df
|
Sig. (2-tailed)
|
|||||
Mean
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
95% Confidence Interval of the Difference
|
||||||
Lower
|
Upper
|
||||||||
Pair 1
|
Ujian Pra Kumpulan Rawatan – Ujian
Pasca Kumpulan Rawatan
|
-8.95000
|
4.87178
|
1.08936
|
-11.23006
|
-6.66994
|
-8.216
|
19
|
.000
|
Jadual 6 menunjukkan hasil
keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall
Toss” bagi kumpulan Rawatan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca
“Hand Wall Toss” (M = 24.35, SD = 6.16) adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding
dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 15.4, SD = 5.1), t(19) = -8.22,
ϼ = .000.
Jadual 7:
Hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Kawalan
|
Mean
|
N
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
|
Pair 1
|
Ujian Pra Kumpulan Kawalan
Ujian Pasca Kumpulan Kawalan
|
13.5500
19.4500
|
20
20
|
4.65069
7.39470
|
1.03993
1.65351
|
|
|
t
|
df
|
Sig. (2-tailed)
|
|||||
Mean
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
95% Confidence Interval of the Difference
|
||||||
Lower
|
Upper
|
||||||||
Pair 1
|
Ujian Pra Kumpulan Kawalan - Ujian
Pasca Kumpulan Kawalan
|
-5.90000
|
6.92744
|
1.54902
|
-9.14214
|
-2.65786
|
-3.809
|
19
|
.001
|
Jadual 7 menunjukkan hasil
keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall
Toss” bagi kumpulan Kawalan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca
“Hand Wall Toss” (M = 19.45, SD = 7.39) adalah lebih tinggi secara signifikan
berbanding dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 13.55, SD = 4.65),
t(19) = -3.81, ϼ = .001.
Rajah 4:
Perbandingan gred keputusan Ujian Pra dan Pasca
secara keseluruhan
Rajah 4 menunjukkan gred keputusan
Ujian Pra dan Pasca secara keseluruhan bagi murid-murid Tahun 3 yang mengikuti
ujian “Hand Wall Toss”.
Rajah 5:
Perbandingan gred keputusan Ujian Pasca bagi
kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan
Rajah 5 menunjukkan perbandingan
gred keputusan Ujian Pasca bagi kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan yang
menjalani ujian “Hand Wall Toss”. Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan
bahawa berlakunya peningkatan keputusan bagi gred A dan B.
6.3 Ujian-T Sampel Tidak Bersandar (Mengenal
pasti sama ada faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan
murid sebelum dan selepas rawatan)
Untuk membuat analisis keputusan
ujian pra dan pasca bagi ujian-t tidak bersandar, pengkaji membahagikannya
kepada beberapa jadual untuk menunjukkan dapatan yang diperolehi bagi kumpulan yang
dianalisis secara keseluruhan. Kemudian, dianalisis mengikut kumpulan Kawalan
dan kumpulan Rawatan. Ini adalah untuk menunjukkan sama ada faktor jantina
mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan selepas rawatan.
Jadual 8:
Keputusan
analisis Ujian-T Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pra secara keseluruhan
|
Jantina Subjek
|
N
|
Mean
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
|
Ujian Pra Hand
Wall Toss
|
|
Lelaki
Perempuan
|
15
25
|
18.1333
12.2800
|
4.65781
3.62307
|
1.20264
.72461
|
|
Levene's Test for
Equality of Variances
|
t-test for
Equality of Means
|
||||||||
F
|
Sig.
|
t
|
df
|
Sig. (2-tailed)
|
Mean Difference
|
Std. Error
Difference
|
95% Confidence
Interval of the Difference
|
|||
Lower
|
Upper
|
|||||||||
Ujian Pra Hand
Wall Toss
|
Equal variances
assumed
|
1.912
|
.175
|
4.441
|
38
|
.000
|
5.85333
|
1.31792
|
3.18535
|
8.52132
|
Equal variances not
assumed
|
|
|
4.169
|
24.153
|
.000
|
5.85333
|
1.40407
|
2.95644
|
8.75022
|
Jadual 8 menunjukkan keputusan
analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian pra “Hand Wall Toss” secara
keseluruhan. Analisis ujian menunjukkan nilai t (38) = 4.44, ϼ = .000 adalah
signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min
ujian “Hand Wall Toss” yang signifikan di antara murid lelaki (M=18.13, SD = 4.66),
dengan murid perempuan (M = 12.28,
SD = 3.62).
Jadual 9:
Keputusan analisis Ujian-T
Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pasca secara keseluruhan
|
Jantina Subjek
|
N
|
Mean
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
|
Ujian Pasca Hand
Wall Toss
|
|
Lelaki
Perempuan
|
15
25
|
24.7333
20.2000
|
7.00476
6.83130
|
1.80862
1.36626
|
|
Levene's
Test for Equality of Variances
|
t-test
for Equality of Means
|
||||||||
F
|
Sig.
|
t
|
df
|
Sig.
(2-tailed)
|
Mean
Difference
|
Std.
Error Difference
|
95%
Confidence Interval of the Difference
|
|||
Lower
|
Upper
|
|||||||||
Ujian
Pasca Hand Wall Toss
|
Equal
variances assumed
|
.013
|
.908
|
2.013
|
38
|
.051
|
4.53333
|
2.25213
|
-.02587
|
9.09253
|
Equal variances
not assumed
|
|
|
2.000
|
29.024
|
.055
|
4.53333
|
2.26667
|
-.10235
|
9.16902
|
Jadual 9 menunjukkan keputusan
analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian pasca “Hand Wall Toss”
secara keseluruhan. Hasil analisis ujian menunjukkan nilai t (38) = 2.01, ϼ =
.051 adalah tidak signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan skor min ujian “Hand Wall Toss” yang signifikan di antara murid
lelaki (M = 24.73, SD = 7.00), dengan murid perempuan (M = 20.20,
SD = 6.83).
Berdasarkan keputusan analisis pada
Jadual 8 dan Jadual 9, dapat dirumuskan bahawa ujian-t sampel tidak bersandar
bagi Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss”
yang dianalisis secara keseluruhan merangkumi kesemua sampel tanpa membuat
perbandingan antara kumpulan kawalan dan rawatan menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan skor min yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan semasa
Ujian Pra. Namun, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara murid
lelaki dan perempuan semasa Ujian Pasca.
Jadual 10:
Keputusan analisis Ujian-T Sampel Tidak Bersandar
bagi Ujian Pra dan Pasca untuk kumpulan Rawatan
|
Jantina Kumpulan Rawatan
|
N
|
Mean
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
|
Ujian Pra Kumpulan
Rawatan
|
|
Lelaki
Perempuan
|
10
10
|
18.7000
12.1000
|
4.11096
3.72529
|
1.30000
1.17804
|
Ujian Pasca
Kumpulan Rawatan
|
|
Lelaki
Perempuan
|
10
10
|
26.1000
22.6000
|
5.34270
6.68664
|
1.68951
2.11450
|
|
Levene's Test for
Equality of Variances
|
t-test for
Equality of Means
|
||||||||
F
|
Sig.
|
t
|
df
|
Sig. (2-tailed)
|
Mean Difference
|
Std. Error
Difference
|
95% Confidence
Interval of the Difference
|
|||
Lower
|
Upper
|
|||||||||
Ujian Pra Kumpulan Rawatan
|
Equal variances assumed
Equal variances not assumed
|
.247
|
.626
|
3.762
3.762
|
18
17.828
|
.001
.001
|
6.60000
6.60000
|
1.75436
1.75436
|
2.91423
2.91168
|
10.28577
10.28832
|
Ujian Pasca Kumpulan Rawatan
|
Equal variances assumed
Equal variances not assumed
|
.237
|
.633
|
1.293
1.293
|
18
17.164
|
.212
.213
|
3.50000
3.50000
|
2.70658
2.70658
|
-2.18631
-2.20622
|
9.18631
9.20622
|
Jadual 10 menunjukkan keputusan
analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian pra dan pasca “Hand Wall
Toss” untuk kumpulan Rawatan. Hasil analisis ujian pra menunjukkan nilai t (18)
= 3.76, ϼ = .001 adalah signifikan. Keputusan ujian pra menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan skor min yang signifikan di antara murid lelaki (M = 18.7,
SD = 4.11), dengan murid perempuan (M = 12.1,
SD = 3.73).
Hasil analisis ujian pasca pula menunjukkan nilai t (18) = 1.29, ϼ = .212
adalah tidak signifikan. Keputusan ujian pasca menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan skor min yang signifikan di antara murid lelaki (M = 26.1,
SD = 5.34), dengan murid perempuan (M = 22.6,
SD = 6.69).
7.0 DAPATAN
7.1 Dapatan Persoalan Pertama
Apakah
tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum rawatan?
Rajah 2:
Keputusan Ujian Pra secara
keseluruhan
Rajah 2 menunjukkan kekerapan
bagi keputusan ujian pra yang telah dijalankan secara keseluruhannya. Kekerapan
bagi keputusan ujian telah ditukar ke dalam bentuk gred bagi memudahkan
analisis dilakukan. Berdasarkan Rajah 4, seramai 5 orang sampel dikategorikan
pada gred A, 4 orang sampel pada gred B dan 18 orang sampel dikategorikan pada
gred C yang mana menunjukkan kekerapan paling tinggi semasa ujian pra
dijalankan. Gred D pula menunjukkan seramai 11 orang sampel dikategorikan pada
gred tersebut manakala 2 orang sampel dikategorikan pada gred E.
Rajah 3:
Perbandingan gred keputusan Ujian
Pra bagi kumpulan Kawalan dan Rawatan
Rajah 3 menunjukkan perbandingan
gred keputusan Ujian Pra bagi kumpulan Kawalan dan Rawatan. Berdasarkan Rajah
5, hanya seorang sampel dikategorikan pada gred A bagi kumpulan Kawalan jika
dibandingkan dengan kumpulan Rawatan sebanyak 4 orang sampel pada kategori yang
sama. Bagi gred B dan gred C kedua-dua kumpulan Kawalan dan Rawatan mencatatkan
bilangan sampel yang sama iaitu sebanyak 2 orang dikategorikan pada gred B dan
9 orang dikategorikan gred C bagi kedua-dua kumpulan. Gred D menunjukkan
sebanyak 7 orang sampel daripada kumpulan Kawalan manakala 4 orang sampel
daripada kumpulan Rawatan. Gred E pula menunjukkan kedua-dua kumpulan mempunyai
seorang sampel dikategorikan pada gred tersebut.
Kesimpulannya,
berdasarkan hasil dapatan yang telah dianalisis menunjukkan secara
keseluruhannya 31 orang sampel atau 77.5% sampel dikategorikan pada tahap
sederhana sehingga sangat lemah selepas Ujian Pra “Hand Wall Toss” dijalankan.
7.2 Dapatan Persoalan Kedua
Adakah
terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca setelah
menjalankan program latihan koordinasi?
Jadual 5:
Perbandingan hasil Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall
Toss” secara keseluruhan
|
Mean
|
N
|
Std.
Deviation
|
Std.
Error Mean
|
|
Pair
1
|
Ujian
Pra Hand Wall Toss
|
14.4750
|
40
|
4.90937
|
.77624
|
Ujian
Pasca Hand Wall Toss
|
21.9000
|
40
|
7.16043
|
1.13216
|
Jadual 5 menunjukkan analisis
ujian-t sampel berpasangan digunakan bagi membandingkan skor min ujian pra
“Hand Wall Toss” dengan ujian pasca “Hand Wall Toss” bagi murid-murid Tahun 3
secara keseluruhan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca “Hand Wall Toss”
(M = 21.90, SD = 7.16) adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan
skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 14.48, SD = 4.91), t(39) = -7.69, ϼ =
.000. Ini bermakna ujian pra dan ujian pasca “Hand Wall Toss” mempunyai
perbezaan yang signifikan iaitu .000.
Rajah 4:
Perbandingan gred keputusan Ujian Pra dan Pasca
secara keseluruhan
Rajah 4 menunjukkan gred keputusan
Ujian Pra dan Pasca secara keseluruhan bagi murid-murid Tahun 3 yang mengikuti
ujian “Hand Wall Toss”. Berdasarkan data tersebut menunjukkan peningkatan
gred A yang diperolehi oleh sampel iaitu
daripada 5 orang pada ujian pra kepada 21 orang pada ujian pasca. Gred B juga
telah berlaku peningkatan iaitu seramai 4 orang pada ujian pra kepada 8 orang pada
ujian pasca. Gred C pula menunjukkan penurunan bilangan sampel iaitu seramai 18
orang pada ujian pra kepada 8 orang pada ujian pasca. Gred D dan E juga turut
mengalami penurunan iaitu seramai 11 orang pada ujian pra kepada 3 orang pada
ujian pasca manakala bagi gred E seramai 2 orang sahaja pada ujian pra dan
tiada pada ujian pasca.
Jadual 6:
Hasil keputusan Ujian Pra dan
Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan
Rawatan
|
Mean
|
N
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
|
Pair 1
|
Ujian Pra Kumpulan Rawatan
Ujian Pasca Kumpulan Rawatan
|
15.4000
24.3500
|
20
20
|
5.10315
6.15822
|
1.14110
1.37702
|
Jadual 6 pula menunjukkan hasil
keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall
Toss” bagi kumpulan Rawatan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca
“Hand Wall Toss” (M = 24.35, SD = 6.16) adalah lebih tinggi secara signifikan
berbanding dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 15.4, SD = 5.1),
t(19) = -8.22, ϼ = .000.
Jadual 7:
Hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Kawalan
|
Mean
|
N
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
|
Pair 1
|
Ujian Pra Kumpulan Kawalan
Ujian Pasca Kumpulan Kawalan
|
13.5500
19.4500
|
20
20
|
4.65069
7.39470
|
1.03993
1.65351
|
Jadual 7 menunjukkan hasil
keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall
Toss” bagi kumpulan Kawalan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca
“Hand Wall Toss” (M = 19.45, SD = 7.39) adalah lebih tinggi secara signifikan
berbanding dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 13.55, SD = 4.65),
t(19) = -3.81, ϼ = .001.
Walaupun skor min ujian yang
ditunjukkan bagi kumpulan Rawatan dan kumpulan Kawalan mempunyai perbezaan yang
signifikan namun apabila dilihat dari segi perbezaan skor min menunjukkan
bahawa kumpulan Rawatan menunjukkan perbezaan skor min yang lebih tinggi
(M=8.95) jika dibandingkan dengan kumpulan Kawalan (M=5.9). Justeru, program
latihan koordinasi yang diikuti oleh sampel daripada kumpulan Rawatan mampu
meningkatkan tahap koordinasi mereka.
7.3 Dapatan Persoalan Ketiga
Adakah faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi
mata dan tangan murid sebelum dan selepas rawatan?
Jadual 8:
Keputusan analisis Ujian-T
Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pra secara keseluruhan
|
Levene's Test for Equality
of Variances
|
t-test for
Equality of Means
|
||||||||
F
|
Sig.
|
t
|
df
|
Sig. (2-tailed)
|
Mean Difference
|
Std. Error
Difference
|
95% Confidence
Interval of the Difference
|
|||
Lower
|
Upper
|
|||||||||
Ujian Pra Hand
Wall Toss
|
Equal variances
assumed
|
1.912
|
.175
|
4.441
|
38
|
.000
|
5.85333
|
1.31792
|
3.18535
|
8.52132
|
Equal variances not
assumed
|
|
|
4.169
|
24.153
|
.000
|
5.85333
|
1.40407
|
2.95644
|
8.75022
|
Jadual 8 menunjukkan hasil analisis
ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian pra “Hand Wall Toss” secara
keseluruhannya. Berdasarkan nilai Sig. (2-tailed) iaitu .000, dapat dirumuskan
bahawa faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid
sebelum rawatan.
Jadual 9:
Keputusan
analisis Ujian-T Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pasca secara keseluruhan
|
Levene's
Test for Equality of Variances
|
t-test
for Equality of Means
|
||||||||
F
|
Sig.
|
t
|
df
|
Sig.
(2-tailed)
|
Mean
Difference
|
Std.
Error Difference
|
95%
Confidence Interval of the Difference
|
|||
Lower
|
Upper
|
|||||||||
Ujian
Pasca Hand Wall Toss
|
Equal
variances assumed
|
.013
|
.908
|
2.013
|
38
|
.051
|
4.53333
|
2.25213
|
-.02587
|
9.09253
|
Equal variances
not assumed
|
|
|
2.000
|
29.024
|
.055
|
4.53333
|
2.26667
|
-.10235
|
9.16902
|
Jadual 9 pula menunjukkan hasil
analisis bagi ujian pasca “Hand Wall Toss”. Keputusan ujian pasca menunjukkan nilai
Sig. (2-tailed) ialah .051. Maka, dapat dirumuskan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi
tahap koordinasi mata dan tangan murid selepas rawatan.
Jadual 10:
Keputusan analisis Ujian-T Sampel Tidak Bersandar
bagi Ujian Pra dan Pasca untuk kumpulan Rawatan
|
Levene's Test for
Equality of Variances
|
t-test for
Equality of Means
|
||||||||
F
|
Sig.
|
t
|
df
|
Sig. (2-tailed)
|
Mean Difference
|
Std. Error
Difference
|
95% Confidence
Interval of the Difference
|
|||
Lower
|
Upper
|
|||||||||
Ujian Pra Kumpulan Rawatan
|
Equal variances assumed
Equal variances not assumed
|
.247
|
.626
|
3.762
3.762
|
18
17.828
|
.001
.001
|
6.60000
6.60000
|
1.75436
1.75436
|
2.91423
2.91168
|
10.28577
10.28832
|
Ujian Pasca Kumpulan Rawatan
|
Equal variances assumed
Equal variances not assumed
|
.237
|
.633
|
1.293
1.293
|
18
17.164
|
.212
.213
|
3.50000
3.50000
|
2.70658
2.70658
|
-2.18631
-2.20622
|
9.18631
9.20622
|
Jadual 10 menunjukkan keputusan analisis
Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi kumpulan Rawatan. Keputusan ujian pra menunjukkan
nilai Sig. (2-tailed) ialah .000 manakala bagi ujian pasca pula nilai Sig
(2-tailed) ialah .212. Berdasarkan nilai tersebut maka dapat dirumuskan bahawa
sebelum rawatan dijalankan faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata
dan tangan sampel namun selepas rawatan dijalankan faktor jantina tidak
mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan sampel.
7.3 Rumusan
Berdasarkan
kepada keputusan analisis data yang diperolehi, ketiga-tiga persoalan kajian
telah dijawab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program latihan koordinasi
yang dijalankan selama 4 minggu dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan
murid. Keadaan ini dapat dilihat melalui peningkatan dalam min skor bagi ujian
pra dan pasca di mana berlakunya peningkatan skor min apabila ujian “Hand Wall
Toss” dijalankan. Ujian tersebut dijalankan sebelum dan selepas rawatan iaitu
program latihan koordinasi dijalankan bagi mengukur tahap koordinasi murid.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Cadangan pertama ialah
mempelbagaikan jenis program latihan koordinasi. Keadaan ini digunakan bagi
mengelakkan murid-murid berasa bosan ketika menjalankan rawatan. Ini kerana kepelbagaian
variasi latihan penting bagi meningkatkan minat dan keazaman murid mengikuti
program latihan yang dirancang. Cadangan ini diutarakan berikuti pemerhatian
yang dijalankan oleh pengkaji semasa sampel menjalankan program latihan yang
sama setiap minggu di mana terdapat beberapa orang sampel menyatakan mereka
bosan melakukan latihan yang sama.
Kedua, pengkaji juga mencadangkan
untuk mengendalikan program latihan secara berkolaborasi dengan pengkaji lain
atau bantuan daripada individu berkepentingan bagi memudahkan kawalan dan
pemerhatian dijalankan secara menyeluruh. Ini kerana melalui kolaborasi yang
melibatkan lebih daripada dua individu membolehkan pengkaji memantau setiap
perlakuan sampel dan memberikan bimbingan yang sepenuhnya terhadap sampel yang
memerlukan.
Ketiga, pengkaji mencadangkan
untuk meningkatkan bilangan sampel menjalani kajian ini. Pemilihan sampel
kajian juga akan merangkumi pelajar-pelajar daripada pelbagai jenis sukan untuk
membolehkan pengkaji membuat perbandingan dan melihat sejauhmana tahap
koordinasi bagi setiap sukan yang terlibat.
Pengkaji juga mencadangkan agar
tempoh kajian ini dilanjutkan lagi daripada 5 minggu menjadi 8 minggu. Ini
kerana seseorang individu memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan keadaan
dan latihan yang diberikan kepada mereka untuk menunjukkan kesan latihan. Menurut
Kamarudin Haji Husin (1993), latihan dan latih tubi yang dilakukan secara
intensif dapat membantu murid-murid memahami sesuatu perkara dengan lebih baik
dan menguasainya secara berkesan. Ulangan juga amat diperlukan. Biasanya proses
yang berulang-ulang membuatkan seseorang itu semakin sedar dan dapat
memahaminya dengan cepat. Ini boleh membantu mengukuhkan ingatan murid-murid.
Justeru, tempoh masa kajian yang lebih lama akan membantu murid menguasai
sesuatu kemahiran dengan lebih baik dan berkesan.
9.0 Rujukan
Ahmad Hashim (2004). Pengukuran
Kecergasan Motor. Tanjong Malim: Quantum Books.
Arasso V.T (1989). Pembelajaran
Kemahiran Motor dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kuala Lumpur:Fajar
Bakti.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bonnie Pettifor, M. A. (1999). Physical education methods for classroom
teacher. Champaign: Human Kinetics. Boston, MA: Allyn & Bacon Boston,
MA: Allyn & Bacon.
Chia, C.M., Edna Wellington., Faridah
Anum Abdul Wahid., Lew, M.M., Lim, Z.C., Masitah Hj. Taib., ... Shahrul Arba’iah
Othman. (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Dauer. (1995). Dalam Wee Eng Hoe.
(1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan
Pendidikan
Kesihatan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Dodds et al. (2001). Dalam Sanmuga
Nathan A/L K. Jeganathan. (2007). Kesan Program Latihan Menggunakan Model
Taktikal Dengan Stail Pengajaran Berbeza Terhadap Murid Pelbagai Tahap
Kemahiran Permainan Hoki. Malaysia.
Ee Ah Meng. (2002). Pedagogi III: Semester II (2nd Ed). Selangor: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Gallahue, D.L. (1996). Physical education for children; Movement
Education; Motor Learning; Study and Teaching. Brown & Benchmark
(Madison).
Kemmis (1985). Dalam Choong Lean Keow.
(2011). Asas Penyelidikan Tindakan Untuk
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Subang Jaya,
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Magill, R.A (2001). Motor Learning
and Control: concepts and applications (7th edition). Boston: McGraw Hill.
Mertler, C. A. (2006). Action Research:
A guide for teacher researcher (2nd. ed). Upper Saddle River, NJ: Pearson,
Merrill Prentice Hall.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia
Mohd. Taip Harun. (2006). Kecergasan
Fizikal. Selangor Darul Ehsan: Fakulti Pendidikan, Sastera Dan Sains
Sosial.
Nurdiyanto. (2005). Hubungan Kekuatan
Genggaman, Koordinasi Mata Tangan Dan Kelincahan Dengan Kemampuan Ferehand
Drive Tenis Lapangan. Universitas Negeri Samarang.
Nursyazwani Abdullah dan Ikmal Hisyam Hj
Daroji. (2013). Meningkatkan penguasaan
koordinasi mata-tangan bagi murid tahun 4 dengan menggunakan kaedah latihan
Praktis Random. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Pettifor .(1999). Dalam Wee Eng Hoe.
(2002). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan
Kesihatan.
Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sagor, R. (2005). The action research
guidebook: A four-stage process for educators and school teams (1st ed).
Thousand Oaks, CA: Corwin.
Sanjoto. (1988). Peningkatan dan
Pembinaan Kondisi Fisik Dalam Olahraga. Dahara Frize, Semarang.
Sharifah Nur Alisa. (2011). Meningkatkan
koordinasi mata dan tangan murid tahun tiga melalui program latihan koordinasi.
Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.