Isnin, 27 Oktober 2014

RINGKASAN KAJIAN TINDAKAN KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN KOORDINASI DALAM MENINGKATKAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID-MURID TAHUN TIGA

KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN KOORDINASI DALAM MENINGKATKAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID-MURID TAHUN TIGA

DESMOND DANIEL AK COPTA

Abstrak

Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana keberkesanan program latihan koordinasi yang dimodifikasi untuk murid Tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu dalam membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka. Kajian dijalankan ke atas 40 orang (N = 40) terdiri daripada 15 orang lelaki dan 25 orang perempuan. Kesemua sampel berumur 9 tahun. Kebanyakkan sampel terdiri daripada murid-murid berbangsa Melayu dan Iban. Ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan menggunakan instrumen Hand Wall Toss Test. Ujian rintis juga telah dijalankan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan instrumen dan keputusan menunjukkan nilai kebolehpercayaan adalah tinggi iaitu r = 0.892. Rawatan program latihan koordinasi yang dimodifikasikan telah dilaksanakan selama 4 minggu (3 kali seminggu). Setiap sesi, sampel akan menjalani 4 jenis latihan koordinasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra (M = 14.48, SD = 4.91) dan ujian pasca (M = 21.90, SD = 7.16), t(39) = -7.69, ϼ = .000. Justeru, dapat dirumuskan bahawa program latihan yang dijalankan ke atas sampel mampu meningkatkan koordinasi mata dan tangan sampel.

1.0       PENDAHULUAN

1.1       Pengenalan
Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaraskan pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang sistematik. Jika seseorang individu mempunyai koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar atau melakukan rejaman tepat pada sasaran. Koordinasi ini berkait rapat dengan perkembangan sistem motor seseorang individu tersebut.

Program latihan yang berkesan untuk permainan dan sukan perlu dihasilkan melalui penyelidikan dan merupakan cabaran kepada jurulatih dan guru (Rink, French & Graham,1996; Rink, 2002). Jurulatih harus menyediakan program latihan spesifik secara beransur maju mengikut tahap kematangan murid dan harus melengkapi murid dengan pengetahuan sukan, memotivasikan murid serta berusaha meningkatkan prestasi dalam sukan dan permainan berdasarkan teori dan metodologi latihan (Connel, 1993). Program latihan harus disusun dengan panduan teori dan metodologi latihan serta teori pembelajaran motor. Program latihan yang mempunyai unsur seperti situasi permainan dapat menarik minat murid untuk menyertai secara aktif dalam Pendidikan Jasmani (Dodds et al., 2001).
1.2       Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Melalui pengalaman pengkaji menjalani praktikum fasa satu di salah sebuah sekolah di daerah Sarikei, pengkaji mendapati bahawa murid tahap satu yakni murid yang berumur sembilan tahun menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Masalah yang sama juga pengkaji dapati berlaku semasa menjalani praktikum bagi fasa dua di sekolah yang berlainan iaitu salah sebuah sekolah di daerah Sibu.

Justeru, pengkaji amat tertarik dan berminat untuk mengkaji masalah koordinasi mata dan tangan murid tahap satu. Hal ini berikutan murid-murid diperhatikan lemah dalam melakukan dan menguasai aktiviti atau standard pembelajaran yang melibatkan koordinasi mata dan tangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Contohnya, semasa melakukan aktiviti menerima dan menghantar bola menggunakan tangan secara berpasangan pada peringkat perkembangan pembelajaran. Akibatnya, masalah ini menyebabkan murid-murid tidak menguasai standard pembelajaran yang hendak dicapai di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.


2.0       FOKUS KAJIAN

2.1       Tinjauan Masalah

Melalui pemerhatian pengkaji, kebanyakan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya menghadapi masalah dalam menguasai standard pembelajaran yang ditetapkan iaitu kemahiran menerima dan menghantar bola. Justeru, kajian ini digunakan untuk melihat dan menilai sejauh mana program latihan koordinasi yang bakal dirancang mampu membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid-murid tahun 3 Orkid.

Antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Orkid adalah seperti berikut:
        i.            Lemah untuk melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
      ii.            Lemah semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan pada jarak yang jauh.
    iii.            Menghadapi masalah dalam menentukan kedudukan badan atau postur badan yang sesuai semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.

Berdasarkan masalah yang dinyatakan, pengkaji dapat membuat keputusan bahawa masalah ini timbul disebabkan oleh:
        i.            Koordinasi mata dan tangan mereka masih lemah.
      ii.            Kurang latih tubi dalam kemahiran yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
    iii.            Kurang pengetahuan dalam menentukan kedudukan badan semasa melakukan aktiviti semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.  


2.2       Analisis Tinjauan Masalah
Menurut pakar dalam bidang Pendidikan Jasmani seperti Gallaheu (1996), pergerakan terdiri daripada tiga aspek iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina sejak dari peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek dan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak lagi di mana pada peringkat ini mereka mudah menerima ajaran dan hasilnya dapat meningkatkan koordinasi anggota badan seperti tangan, mata, kaki dan lain-lain.

Menurut Mohd Taip H. (2006), koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang bersistematik yakni melalui perancangan program latihan koordinasi. Jika seseorang individu mempunyai tahap koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar dan melakukan rejaman tepat pada sasarannya.

Murid yang mempunyai masalah dalam koordinasi mata dan tangan akan mempunyai masalah khususnya semasa permainan dalam sesuatu sukan seperti bola tampar, badminton, bola jaring, dan bola keranjang. Ini kerana dalam sesuatu permainan, hampir kesemua pergerakan memerlukan kemahiran koordinasi mata dan tangan yang baik. Koordinasi mata dan tangan merupakan asas pergerakan motor yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Asas pergerakan motor ini akan menyediakan asas yang luas kepada kebolehan pergerakan di mana banyak pergerakan yang sukar dapat dibina (Ee Ah Meng, 2002). Murid yang tidak dapat menguasai pergerakan asas dengan sempurna akan menghadapi masalah dalam melakukan sesuatu pergerakan khususnya yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.


3.0       OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1       Objektif Kajian

        i.            Mengenalpasti tahap koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu sebelum menjalankan program latihan koordinasi.
      ii.            Mengenalpasti sama ada program latihan koordinasi dapat meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu.
    iii.            Mengenalpasti sama ada faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid.

3.2       Soalan Kajian

        i.            Apakah tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum rawatan?
      ii.            Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca setelah menjalankan program latihan koordinasi?
    iii.            Adakah faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan selepas rawatan?
4.0       KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 40 orang murid (N=40) tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu. Sampel terdiri daripada 15 orang lelaki dan 25 orang  perempuan. 40 orang sampel akan dibahagikan kepada dua kumpulan  iaitu kumpulan kawalan (20 orang) dan kumpulan rawatan (20 orang) yang dipilih secara rawak untuk setiap kumpulan.

Jadual 1:
Sampel kajian mengikut kumpulan

Jantina
Kekerapan (Kawalan)
Peratus (Kawalan)
Kekerapan (Rawatan)
Peratus (Rawatan)
Lelaki
Perempuan
Jumlah
5
15
20
12.5%
37.5%
50%
10
10
20
25%
25%
50%

Selain itu, 20 sampel daripada kumpulan kawalan  berbangsa Melayu dan 20 sampel daripada kumpulan rawatan berbangsa Iban. Kesemua sampel tidak pernah mewakili sekolah dalam mana-mana permainan dan lemah dari segi prestasi akedemik di mana kelas ini merupakan kelas tercorot jika dibandingkan dengan kelas lain. Mereka ini juga lemah semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan iaitu menghantar dan menerima yang telah dijalankan oleh pengkaji pada bulan Februari yang lalu. Rasional pengkaji memilih kelas ini sebagai sampel kajian adalah kerana pengkaji terlibat secara langsung dalam proses pengajaran Pendidikan Jasmani bagi kelas ini dan telah mengajar standard pembelajaran 1.7.2 iaitu menerima dan menghantar bola menggunakan tangan dan kaki.


5.0       Tindakan Yang Dijalankan

5.1       Prosedur Tindakan
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988). Dalam model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:

                                           I.            Mereflek (Reflect);
                                         II.            Merancang (Plan);
                                      III.            Bertindak (Action); dan
                                      IV.            Memerhati (Observe).

Berdasarkan langkah yang disarankan oleh Kemmis dan Mc Taggart dalam model kajian tindakan mereka, maka pengkaji menggunakan model tersebut untuk menyusun langkah-langkah tindakan yang akan diambil dalam membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu. Berikut merupakan kerangka konseptual kajian mengikut model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988).



Rajah 1:
Kerangka konseptual kajian
Text Box: I.	Mereflek = Murid lemah semasa aktiviti koordinasi mata dan tangan
Text Box: IV.	Memerhati = Membuat pemerhatian melalui ujian Hand wall Toss dijalankan
Text Box: II.	Merancang = Menyediakan program latihan koordinasi
Text Box: Kitaran 1
Text Box: III.	Bertindak = Melaksanakan program latihan selama 4 minggu
 
















Jadual 2:
Program latihan mengikut minggu

Minggu
Sesi
Tempoh masa / Intensiti
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
3 sesi seminggu (30 minit setiap sesi)
4 minit/stesen
5 minit/stesen
6 minit/stesen
6  minit/stesen
Aktiviti
Stesen 1:
-          Melantun bola ke lantai
Stesen 2:
-          Golek bola ke depan dan jatuhkan kon
Stesen 3:
-          Lontar bola masuk ke dalam bakul
Stesen 4:
-          Timbang bulu tangkis di atas raket
Stesen 1:
-          Timbang bulu tangkis di atas raket
Stesen 2:
-          Melantun bola ke lantai
Stesen 3:
-          Golek bola ke depan dan jatuhkan kon
Stesen 4:
-          Lontar bola masuk ke dalam bakul

Stesen 1:
-          Lontar bola masuk ke dalam bakul
Stesen 2:
-          Timbang bulu tangkis di atas raket
Stesen 3:
-          Melantun bola ke lantai
Stesen 4:
-          Golek bola ke depan dan jatuhkan kon

Stesen 1:
-          Golek bola ke depan dan jatuhkan kon
Stesen 2:
-          Lontar bola masuk ke dalam bakul
Stesen 3:
-          Timbang bulu tangkis di atas raket
Stesen 4:
-          Melantun bola ke lantai

Minggu Pertama = Ujian Pra “Hand Wall Toss” dijalankan sebelum rawatan diberikan.
Minggu Kelima = Ujian Pasca “Hand Wall Toss” dijalankan ke atas sampel.

Program latihan koordinasi ini telah dimodifikasikan daripada program latihan koordinasi mata dan tangan yang telah dijalankan oleh Marina Tsetseli, Vasiliki Malliou dan Eleni Zetou (2010) dalam kajiannya, “ The Effect Of A Coordination Training Program On The Development Of Tennis Service Technique” .




5.2       Cara Pengumpulan Data

Pengkaji menggunakan ujian sebagai kaedah untuk mengumpul data. Pengkaji menjalankan ujian pra dan ujian pasca menggunakan instrumen “Hand Wall Toss Test” untuk menilai tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan selepas rawatan. Instrumen Wall Toss Test ini diubahsuai mengikut kesesuaian sampel kajian. Ujian rintis juga dijalankan untuk menilai sejauhmana kebolehpercayaan instrumen di mana kaedah uji dan ulang uji digunakan. Ujian  ditadbirkan ke atas sampel bagi mendapatkan set data yang pertama, kemudian diulang uji untuk mendapatkan set data yang kedua. Perisian “Statistical Package For Social Science (SPSS) 18.0” digunakan untuk mengira pekali korelasi Pearson untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan instrumen.

Jadual 3:
Kebolehpercayaan instrumen “Hand Wall Toss”


Percubaan 1 Ujian Hand Wall Toss
Percubaan 2 Ujian Hand Wall Toss
Percubaan 1 Ujian Hand Wall Toss
Pearson Correlation
1
.892**
Sig. (2-tailed)

.000
N
40
40
Percubaan 2 Ujian Hand Wall Toss
Pearson Correlation
.892**
1
Sig. (2-tailed)
.000

N
40
40
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Norma bagi instrumen Wall Toss Test telah ditentukan berdasarkan kaedah gred lengkung norma yang diperkenalkan oleh Ahmad Hashim dalam bukunya Pengukuran Kecergasan Motor (2004). Kaedah gred lengkung norma ini adalah berdasarkan min dan sisihan piawai skor yang telah diperolehi semasa ujian rintis. Bagi memudahkan sistem pengredan, pengkaji menggunakan prosedur “Statistical Package For Social Science (SPSS) 18.0” untuk memasukkan data yang telah diperoleh mengikut prosedur yang betul.

Jadual 4:
Gred bagi skor ujian “Hand Wall Toss”

Gred
Skor
(Dalam 30 Saat)
A
B
C
D
E
> 22
17 - 21
12 - 16
7 - 11
< 6






6.0       ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Data yang dipungut dalam sesuatu projek kajian tindakan perlu dianalisis dan penafsiran dibuat ke atasnya. Dengan menganalisis data, seorang guru dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, 2008).

Menurut Mohd. Najib A.G. (1999), analisis data merujuk kepada bagaimana segala data dikutip, diberi skor dan dinilai menggunakan sesuatu kaedah. Oleh itu, terlebih dahulu kesemua data yang dikumpul akan dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak sebelum analisis data dibuat. Sesebuah kajian yang telah lengkap akan dianalisis untuk mendapatkan data mentah. Data mentah ini akan dianalisis untuk mendapatkan jawapan pada persoalan kajian.

Pengkaji menggunakan perisian “Statistical Package For Social Science (SPSS) 18.0” untuk membuat analisis data selepas kesemua data dikumpul. Ini kerana analisis melalui komputer digunakan kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa untuk menghasilkan output yang diperlukan. Pengkaji menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan statistik perihalan (descriptive statistics), pengiraan pekali korelasi Pearson bagi mendapatkan kebolehpercayaan instrumen ujian, ujian-T bagi mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca dan untuk menilai adakah faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi tangan dan mata sampel.


6.1       Tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum rawatan

Rajah 2:
Keputusan Ujian Pra secara keseluruhan

Rajah 2 menunjukkan kekerapan bagi keputusan ujian pra yang telah dijalankan secara keseluruhannya. Kekerapan bagi keputusan ujian telah ditukar ke dalam bentuk gred bagi memudahkan analisis dilakukan. Berdasarkan Rajah 4, seramai 5 orang sampel dikategorikan pada gred A, 4 orang sampel pada gred B dan 18 orang sampel dikategorikan pada gred C yang mana menunjukkan kekerapan paling tinggi semasa ujian pra dijalankan. Gred D pula menunjukkan seramai 11 orang sampel dikategorikan pada gred tersebut manakala 2 orang sampel dikategorikan pada gred E.
Rajah 3: Perbandingan gred keputusan Ujian Pra bagi kumpulan Kawalan dan Rawatan

Rajah 3 menunjukkan perbandingan gred keputusan Ujian Pra bagi kumpulan Kawalan dan Rawatan. Berdasarkan Rajah 5, hanya seorang sampel dikategorikan pada gred A bagi kumpulan Kawalan jika dibandingkan dengan kumpulan Rawatan sebanyak 4 orang sampel pada kategori yang sama. Bagi gred B dan gred C kedua-dua kumpulan Kawalan dan Rawatan mencatatkan bilangan sampel yang sama iaitu sebanyak 2 orang dikategorikan pada gred B dan 9 orang dikategorikan gred C bagi kedua-dua kumpulan. Gred D menunjukkan sebanyak 7 orang sampel daripada kumpulan Kawalan manakala 4 orang sampel daripada kumpulan Rawatan. Gred E pula menunjukkan kedua-dua kumpulan mempunyai seorang sampel dikategorikan pada gred tersebut.  


6.2       Ujian-T Sampel Berpasangan (Perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca setelah menjalankan program latihan koordinasi)

Untuk melihat sama ada terdapat perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca, pengkaji menggunakan ujian-t sampel berpasangan untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan yang siginifikan antara ujian pra dan pasca setelah rawatan dijalankan ke atas sampel.

Selain itu, keputusan ujian pra dan pasca dibahagikan kepada dua untuk menunjukkan dapatan yang diperolehi bagi kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan. Ini adalah untuk menunjukkan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau tidak bagi kumpulan Rawatan yang mengikuti program latihan koordinasi jika dibandingkan dengan kumpulan Kawalan yang tidak mengikuti program latihan koordinasi.

Jadual 5:
Perbandingan hasil Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” secara keseluruhan


Mean
N
Std. Deviation
Std. Error Mean
Pair 1
Ujian Pra Hand Wall Toss
14.4750
40
4.90937
.77624
Ujian Pasca Hand Wall Toss
21.9000
40
7.16043
1.13216


Mean
Std. Deviation
Std. Error Mean
95% Confidence Interval of the Difference
t
df
Sig.
(2-tailed)
Lower
Upper
Pair 1
Ujian Pra Hand Wall Toss - Ujian Pasca Hand Wall Toss
-7.42500
6.10963
.96602
-9.37895
-5.47105
-7.686
39
.000

Jadual 5 menunjukkan hasil daripada data yang telah direkodkan dan dianalisis untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca setelah menjalankan program latihan koordinasi. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca “Hand Wall Toss” (M = 21.90, SD = 7.16) adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 14.48, SD = 4.91), t(39) = -7.69, ϼ = .000.

Jadual 6:
Hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Rawatan


Mean
N
Std. Deviation
Std. Error Mean
Pair 1
Ujian Pra Kumpulan Rawatan
Ujian Pasca Kumpulan Rawatan
15.4000

24.3500
20

20
5.10315

6.15822
1.14110

1.37702



t
df
Sig. (2-tailed)
Mean
Std. Deviation
Std. Error Mean
95% Confidence Interval of the Difference
Lower
Upper
Pair 1
Ujian Pra Kumpulan Rawatan – Ujian Pasca Kumpulan Rawatan
-8.95000
4.87178
1.08936
-11.23006
-6.66994
-8.216
19
.000

Jadual 6 menunjukkan hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Rawatan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca “Hand Wall Toss” (M = 24.35, SD = 6.16) adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 15.4, SD = 5.1), t(19) = -8.22, ϼ = .000.

Jadual 7:
Hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Kawalan


Mean
N
Std. Deviation
Std. Error Mean
Pair 1
Ujian Pra Kumpulan Kawalan
Ujian Pasca Kumpulan Kawalan
13.5500

19.4500
20

20
4.65069

7.39470
1.03993

1.65351



t
df
Sig. (2-tailed)
Mean
Std. Deviation
Std. Error Mean
95% Confidence Interval of the Difference
Lower
Upper
Pair 1
Ujian Pra Kumpulan Kawalan - Ujian Pasca Kumpulan Kawalan
-5.90000
6.92744
1.54902
-9.14214
-2.65786
-3.809
19
.001

Jadual 7 menunjukkan hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Kawalan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca “Hand Wall Toss” (M = 19.45, SD = 7.39) adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 13.55, SD = 4.65), t(19) = -3.81, ϼ = .001.


Rajah 4:
Perbandingan gred keputusan Ujian Pra dan Pasca secara keseluruhan


Rajah 4 menunjukkan gred keputusan Ujian Pra dan Pasca secara keseluruhan bagi murid-murid Tahun 3 yang mengikuti ujian “Hand Wall Toss”.


Rajah 5:
Perbandingan gred keputusan Ujian Pasca bagi kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan
Rajah 5 menunjukkan perbandingan gred keputusan Ujian Pasca bagi kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan yang menjalani ujian “Hand Wall Toss”. Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan keputusan bagi gred A dan B.


6.3       Ujian-T Sampel Tidak Bersandar (Mengenal pasti sama ada faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan selepas rawatan)

Untuk membuat analisis keputusan ujian pra dan pasca bagi ujian-t tidak bersandar, pengkaji membahagikannya kepada beberapa jadual untuk menunjukkan dapatan yang diperolehi bagi kumpulan yang dianalisis secara keseluruhan. Kemudian, dianalisis mengikut kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan. Ini adalah untuk menunjukkan sama ada faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan selepas rawatan.

Jadual 8:
Keputusan analisis Ujian-T Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pra secara keseluruhan


Jantina Subjek
N
Mean
Std. Deviation
Std. Error Mean
Ujian Pra Hand Wall Toss

Lelaki
Perempuan
15
25
18.1333
12.2800
4.65781
3.62307
1.20264
.72461


Levene's Test for Equality of Variances
t-test for Equality of Means
F
Sig.
t
df
Sig. (2-tailed)
Mean Difference
Std. Error Difference
95% Confidence Interval of the Difference
Lower
Upper
Ujian Pra Hand Wall Toss
Equal variances assumed
1.912
.175
4.441
38
.000
5.85333
1.31792
3.18535
8.52132
Equal variances not assumed


4.169
24.153
.000
5.85333
1.40407
2.95644
8.75022

Jadual 8 menunjukkan keputusan analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian pra “Hand Wall Toss” secara keseluruhan. Analisis ujian menunjukkan nilai t (38) = 4.44, ϼ = .000 adalah signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min ujian “Hand Wall Toss” yang signifikan di antara murid lelaki (M=18.13, SD = 4.66), dengan murid perempuan (M = 12.28, SD = 3.62).







Jadual 9:
Keputusan analisis Ujian-T Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pasca secara keseluruhan


Jantina Subjek
N
Mean
Std. Deviation
Std. Error Mean
Ujian Pasca Hand Wall Toss

Lelaki
Perempuan
15
25
24.7333
20.2000
7.00476
6.83130
1.80862
1.36626


Levene's Test for Equality of Variances
t-test for Equality of Means
F
Sig.
t
df
Sig. (2-tailed)
Mean Difference
Std. Error Difference
95% Confidence Interval of the Difference
Lower
Upper
Ujian Pasca Hand Wall Toss
Equal variances assumed
.013
.908
2.013
38
.051
4.53333
2.25213
-.02587
9.09253
Equal variances not assumed


2.000
29.024
.055
4.53333
2.26667
-.10235
9.16902

Jadual 9 menunjukkan keputusan analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian pasca “Hand Wall Toss” secara keseluruhan. Hasil analisis ujian menunjukkan nilai t (38) = 2.01, ϼ = .051 adalah tidak signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min ujian “Hand Wall Toss” yang signifikan di antara murid lelaki (M = 24.73, SD = 7.00), dengan murid perempuan (M = 20.20, SD = 6.83).

Berdasarkan keputusan analisis pada Jadual 8 dan Jadual 9, dapat dirumuskan bahawa ujian-t sampel tidak bersandar bagi Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” yang dianalisis secara keseluruhan merangkumi kesemua sampel tanpa membuat perbandingan antara kumpulan kawalan dan rawatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan semasa Ujian Pra. Namun, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan semasa Ujian Pasca.  

Jadual 10:
Keputusan analisis Ujian-T Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pra dan Pasca untuk kumpulan Rawatan


Jantina Kumpulan Rawatan
N
Mean
Std. Deviation
Std. Error Mean
Ujian Pra Kumpulan Rawatan

Lelaki
Perempuan
10
10
18.7000
12.1000
4.11096
3.72529
1.30000
1.17804
Ujian Pasca Kumpulan Rawatan

Lelaki
Perempuan
10
10
26.1000
22.6000
5.34270
6.68664
1.68951
2.11450


Levene's Test for Equality of Variances
t-test for Equality of Means
F
Sig.
t
df
Sig. (2-tailed)
Mean Difference
Std. Error Difference
95% Confidence Interval of the Difference
Lower
Upper
Ujian Pra Kumpulan Rawatan
Equal variances assumed
Equal variances not assumed
.247
.626
3.762

3.762
18

17.828
.001

.001
6.60000

6.60000
1.75436

1.75436
2.91423

2.91168
10.28577

10.28832
Ujian Pasca Kumpulan Rawatan
Equal variances assumed
Equal variances not assumed
.237
.633
1.293

1.293
18

17.164
.212

.213
3.50000

3.50000
2.70658

2.70658
-2.18631

-2.20622
9.18631

9.20622

Jadual 10 menunjukkan keputusan analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian pra dan pasca “Hand Wall Toss” untuk kumpulan Rawatan. Hasil analisis ujian pra menunjukkan nilai t (18) = 3.76, ϼ = .001 adalah signifikan. Keputusan ujian pra menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min yang signifikan di antara murid lelaki (M = 18.7, SD = 4.11), dengan murid perempuan (M = 12.1, SD = 3.73). Hasil analisis ujian pasca pula menunjukkan nilai t (18) = 1.29, ϼ = .212 adalah tidak signifikan. Keputusan ujian pasca menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan di antara murid lelaki (M = 26.1, SD = 5.34), dengan murid perempuan (M = 22.6, SD = 6.69).


7.0       DAPATAN

7.1       Dapatan Persoalan Pertama

Apakah tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum rawatan?

Rajah 2:
Keputusan Ujian Pra secara keseluruhan

Rajah 2 menunjukkan kekerapan bagi keputusan ujian pra yang telah dijalankan secara keseluruhannya. Kekerapan bagi keputusan ujian telah ditukar ke dalam bentuk gred bagi memudahkan analisis dilakukan. Berdasarkan Rajah 4, seramai 5 orang sampel dikategorikan pada gred A, 4 orang sampel pada gred B dan 18 orang sampel dikategorikan pada gred C yang mana menunjukkan kekerapan paling tinggi semasa ujian pra dijalankan. Gred D pula menunjukkan seramai 11 orang sampel dikategorikan pada gred tersebut manakala 2 orang sampel dikategorikan pada gred E.

Rajah 3:
Perbandingan gred keputusan Ujian Pra bagi kumpulan Kawalan dan Rawatan

Rajah 3 menunjukkan perbandingan gred keputusan Ujian Pra bagi kumpulan Kawalan dan Rawatan. Berdasarkan Rajah 5, hanya seorang sampel dikategorikan pada gred A bagi kumpulan Kawalan jika dibandingkan dengan kumpulan Rawatan sebanyak 4 orang sampel pada kategori yang sama. Bagi gred B dan gred C kedua-dua kumpulan Kawalan dan Rawatan mencatatkan bilangan sampel yang sama iaitu sebanyak 2 orang dikategorikan pada gred B dan 9 orang dikategorikan gred C bagi kedua-dua kumpulan. Gred D menunjukkan sebanyak 7 orang sampel daripada kumpulan Kawalan manakala 4 orang sampel daripada kumpulan Rawatan. Gred E pula menunjukkan kedua-dua kumpulan mempunyai seorang sampel dikategorikan pada gred tersebut. 

Kesimpulannya, berdasarkan hasil dapatan yang telah dianalisis menunjukkan secara keseluruhannya 31 orang sampel atau 77.5% sampel dikategorikan pada tahap sederhana sehingga sangat lemah selepas Ujian Pra “Hand Wall Toss” dijalankan.


7.2       Dapatan Persoalan Kedua

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca setelah menjalankan program latihan koordinasi?

Jadual 5:
Perbandingan hasil Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” secara keseluruhan

Mean
N
Std. Deviation
Std. Error Mean
Pair 1
Ujian Pra Hand Wall Toss
14.4750
40
4.90937
.77624
Ujian Pasca Hand Wall Toss
21.9000
40
7.16043
1.13216

Jadual 5 menunjukkan analisis ujian-t sampel berpasangan digunakan bagi membandingkan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” dengan ujian pasca “Hand Wall Toss” bagi murid-murid Tahun 3 secara keseluruhan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca “Hand Wall Toss” (M = 21.90, SD = 7.16) adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 14.48, SD = 4.91), t(39) = -7.69, ϼ = .000. Ini bermakna ujian pra dan ujian pasca “Hand Wall Toss” mempunyai perbezaan yang signifikan iaitu .000.

Rajah 4:
Perbandingan gred keputusan Ujian Pra dan Pasca secara keseluruhan

Rajah 4 menunjukkan gred keputusan Ujian Pra dan Pasca secara keseluruhan bagi murid-murid Tahun 3 yang mengikuti ujian “Hand Wall Toss”. Berdasarkan data tersebut menunjukkan peningkatan gred  A yang diperolehi oleh sampel iaitu daripada 5 orang pada ujian pra kepada 21 orang pada ujian pasca. Gred B juga telah berlaku peningkatan iaitu  seramai  4 orang pada ujian pra kepada 8 orang pada ujian pasca. Gred C pula menunjukkan penurunan bilangan sampel iaitu seramai 18 orang pada ujian pra kepada 8 orang pada ujian pasca. Gred D dan E juga turut mengalami penurunan iaitu seramai 11 orang pada ujian pra kepada 3 orang pada ujian pasca manakala bagi gred E seramai 2 orang sahaja pada ujian pra dan tiada pada ujian pasca.

Jadual 6:
Hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Rawatan

Mean
N
Std. Deviation
Std. Error Mean
Pair 1
Ujian Pra Kumpulan Rawatan
Ujian Pasca Kumpulan Rawatan
15.4000

24.3500
20

20
5.10315

6.15822
1.14110

1.37702

Jadual 6 pula menunjukkan hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Rawatan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca “Hand Wall Toss” (M = 24.35, SD = 6.16) adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 15.4, SD = 5.1), t(19) = -8.22, ϼ = .000.

Jadual 7:
Hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Kawalan

Mean
N
Std. Deviation
Std. Error Mean
Pair 1
Ujian Pra Kumpulan Kawalan
Ujian Pasca Kumpulan Kawalan
13.5500

19.4500
20

20
4.65069

7.39470
1.03993

1.65351

Jadual 7 menunjukkan hasil keputusan Ujian Pra dan Pasca “Hand Wall Toss” bagi kumpulan Kawalan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pasca “Hand Wall Toss” (M = 19.45, SD = 7.39) adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan skor min ujian pra “Hand Wall Toss” (M = 13.55, SD = 4.65), t(19) = -3.81, ϼ = .001.

Walaupun skor min ujian yang ditunjukkan bagi kumpulan Rawatan dan kumpulan Kawalan mempunyai perbezaan yang signifikan namun apabila dilihat dari segi perbezaan skor min menunjukkan bahawa kumpulan Rawatan menunjukkan perbezaan skor min yang lebih tinggi (M=8.95) jika dibandingkan dengan kumpulan Kawalan (M=5.9). Justeru, program latihan koordinasi yang diikuti oleh sampel daripada kumpulan Rawatan mampu meningkatkan tahap koordinasi mereka.  


7.3       Dapatan Persoalan Ketiga

Adakah faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan selepas rawatan?

Jadual 8:
Keputusan analisis Ujian-T Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pra secara keseluruhan

Levene's Test for Equality of Variances
t-test for Equality of Means
F
Sig.
t
df
Sig. (2-tailed)
Mean Difference
Std. Error Difference
95% Confidence Interval of the Difference
Lower
Upper
Ujian Pra Hand Wall Toss
Equal variances assumed
1.912
.175
4.441
38
.000
5.85333
1.31792
3.18535
8.52132
Equal variances not assumed


4.169
24.153
.000
5.85333
1.40407
2.95644
8.75022

Jadual 8 menunjukkan hasil analisis ujian-t sampel tidak bersandar bagi ujian pra “Hand Wall Toss” secara keseluruhannya. Berdasarkan nilai Sig. (2-tailed) iaitu .000, dapat dirumuskan bahawa faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum rawatan.

 Jadual 9:
Keputusan analisis Ujian-T Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pasca secara keseluruhan

Levene's Test for Equality of Variances
t-test for Equality of Means
F
Sig.
t
df
Sig. (2-tailed)
Mean Difference
Std. Error Difference
95% Confidence Interval of the Difference
Lower
Upper
Ujian Pasca Hand Wall Toss
Equal variances assumed
.013
.908
2.013
38
.051
4.53333
2.25213
-.02587
9.09253
Equal variances not assumed


2.000
29.024
.055
4.53333
2.26667
-.10235
9.16902

Jadual 9 pula menunjukkan hasil analisis bagi ujian pasca “Hand Wall Toss”. Keputusan ujian pasca menunjukkan nilai Sig. (2-tailed) ialah .051. Maka, dapat dirumuskan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid selepas rawatan.

Jadual 10:
Keputusan analisis Ujian-T Sampel Tidak Bersandar bagi Ujian Pra dan Pasca untuk kumpulan Rawatan

Levene's Test for Equality of Variances
t-test for Equality of Means
F
Sig.
t
df
Sig. (2-tailed)
Mean Difference
Std. Error Difference
95% Confidence Interval of the Difference
Lower
Upper
Ujian Pra Kumpulan Rawatan
Equal variances assumed
Equal variances not assumed
.247
.626
3.762

3.762
18

17.828
.001

.001
6.60000

6.60000
1.75436

1.75436
2.91423

2.91168
10.28577

10.28832
Ujian Pasca Kumpulan Rawatan
Equal variances assumed
Equal variances not assumed
.237
.633
1.293

1.293
18

17.164
.212

.213
3.50000

3.50000
2.70658

2.70658
-2.18631

-2.20622
9.18631

9.20622

Jadual 10 menunjukkan keputusan analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi kumpulan Rawatan. Keputusan ujian pra menunjukkan nilai Sig. (2-tailed) ialah .000 manakala bagi ujian pasca pula nilai Sig (2-tailed) ialah .212. Berdasarkan nilai tersebut maka dapat dirumuskan bahawa sebelum rawatan dijalankan faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan sampel namun selepas rawatan dijalankan faktor jantina tidak mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan sampel.  




7.3       Rumusan
            Berdasarkan kepada keputusan analisis data yang diperolehi, ketiga-tiga persoalan kajian telah dijawab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program latihan koordinasi yang dijalankan selama 4 minggu dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid. Keadaan ini dapat dilihat melalui peningkatan dalam min skor bagi ujian pra dan pasca di mana berlakunya peningkatan skor min apabila ujian “Hand Wall Toss” dijalankan. Ujian tersebut dijalankan sebelum dan selepas rawatan iaitu program latihan koordinasi dijalankan bagi mengukur tahap koordinasi murid.  


8.0       CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Cadangan pertama ialah mempelbagaikan jenis program latihan koordinasi. Keadaan ini digunakan bagi mengelakkan murid-murid berasa bosan ketika menjalankan rawatan. Ini kerana kepelbagaian variasi latihan penting bagi meningkatkan minat dan keazaman murid mengikuti program latihan yang dirancang. Cadangan ini diutarakan berikuti pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji semasa sampel menjalankan program latihan yang sama setiap minggu di mana terdapat beberapa orang sampel menyatakan mereka bosan melakukan latihan yang sama.

Kedua, pengkaji juga mencadangkan untuk mengendalikan program latihan secara berkolaborasi dengan pengkaji lain atau bantuan daripada individu berkepentingan bagi memudahkan kawalan dan pemerhatian dijalankan secara menyeluruh. Ini kerana melalui kolaborasi yang melibatkan lebih daripada dua individu membolehkan pengkaji memantau setiap perlakuan sampel dan memberikan bimbingan yang sepenuhnya terhadap sampel yang memerlukan.

Ketiga, pengkaji mencadangkan untuk meningkatkan bilangan sampel menjalani kajian ini. Pemilihan sampel kajian juga akan merangkumi pelajar-pelajar daripada pelbagai jenis sukan untuk membolehkan pengkaji membuat perbandingan dan melihat sejauhmana tahap koordinasi bagi setiap sukan yang terlibat.

Pengkaji juga mencadangkan agar tempoh kajian ini dilanjutkan lagi daripada 5 minggu menjadi 8 minggu. Ini kerana seseorang individu memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan keadaan dan latihan yang diberikan kepada mereka untuk menunjukkan kesan latihan. Menurut Kamarudin Haji Husin (1993), latihan dan latih tubi yang dilakukan secara intensif dapat membantu murid-murid memahami sesuatu perkara dengan lebih baik dan menguasainya secara berkesan. Ulangan juga amat diperlukan. Biasanya proses yang berulang-ulang membuatkan seseorang itu semakin sedar dan dapat memahaminya dengan cepat. Ini boleh membantu mengukuhkan ingatan murid-murid. Justeru, tempoh masa kajian yang lebih lama akan membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik dan berkesan.







9.0       Rujukan
Ahmad Hashim (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim: Quantum Books.

Arasso V.T (1989). Pembelajaran Kemahiran Motor dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kuala Lumpur:Fajar Bakti.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bonnie Pettifor, M. A. (1999). Physical education methods for classroom teacher. Champaign: Human Kinetics. Boston, MA: Allyn & Bacon Boston, MA: Allyn & Bacon.

Chia, C.M., Edna Wellington., Faridah Anum Abdul Wahid., Lew, M.M., Lim, Z.C., Masitah Hj. Taib., ... Shahrul Arba’iah Othman. (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Dauer. (1995). Dalam Wee Eng Hoe. (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan
Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dodds et al. (2001). Dalam Sanmuga Nathan A/L K. Jeganathan. (2007). Kesan Program Latihan Menggunakan Model Taktikal Dengan Stail Pengajaran Berbeza Terhadap Murid Pelbagai Tahap Kemahiran Permainan Hoki. Malaysia.

Ee Ah Meng. (2002). Pedagogi III: Semester II (2nd Ed). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Gallahue, D.L. (1996). Physical education for children; Movement Education; Motor Learning; Study and Teaching. Brown & Benchmark (Madison).

Kemmis (1985). Dalam Choong Lean Keow. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Magill, R.A (2001). Motor Learning and Control: concepts and applications (7th edition). Boston: McGraw Hill.

Mertler, C. A. (2006). Action Research: A guide for teacher researcher (2nd. ed). Upper Saddle River, NJ: Pearson, Merrill Prentice Hall.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Mohd. Taip Harun. (2006). Kecergasan Fizikal. Selangor Darul Ehsan: Fakulti Pendidikan, Sastera Dan Sains Sosial.

Nurdiyanto. (2005). Hubungan Kekuatan Genggaman, Koordinasi Mata Tangan Dan Kelincahan Dengan Kemampuan Ferehand Drive Tenis Lapangan. Universitas Negeri Samarang.

Nursyazwani Abdullah dan Ikmal Hisyam Hj Daroji. (2013). Meningkatkan penguasaan koordinasi mata-tangan bagi murid tahun 4 dengan menggunakan kaedah latihan Praktis Random. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Pettifor .(1999). Dalam Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan
Kesihatan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sagor, R. (2005). The action research guidebook: A four-stage process for educators and school teams (1st ed). Thousand Oaks, CA: Corwin.

Sanjoto. (1988). Peningkatan dan Pembinaan Kondisi Fisik Dalam Olahraga. Dahara Frize, Semarang.

Sharifah Nur Alisa. (2011). Meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun tiga melalui program latihan koordinasi. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.