Jawapan: Kitab Injil banyak mencatatkan peristiwa Tuhan bercakap dengan manusia menggunakan suara yang kedengaran (Keluaran 3:14; Yosua 1:1; Hakim-hakim 6:18; 1 Samuel 2:1; Ayub 40:1; Yesaya 7:3; Yeremia 1:7; Kisah 8:26; 9:15 – hanyalah beberapa contoh). Tidak ada alasan berdasarkan kitab Injil mengapa Tuhan tidak dapat atau tidak mahu bercakap dengan manusia menggunakan suara yang kedengaran pada hari ini. Terdapat ratusan penulisan yang menunjukkan Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran, kita perlu ingat bahawa kesemua itu telah berlaku dalam jangka masa 4000 tahun dalam sejarah manusia. Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran ialah satu pengecualian, bukan satu peraturan atau ketetapan. Walaupun dalam penulisan kitab Injil ada menyebut tentang Tuhan yang bercakap, tetapi tidak jelas samada dengan menggunakan suara yang kedengaran, suara dalam hati atau setakat satu gambaran di minda.
Tuhan memang bercakap dengan kita pada hari ini. Pertama, Tuhan bercakap dengan kita melalui Firman-Nya (2 Timotius 3:16-17). Yesaya 55:11 berkata, “Demikian jugalah firman yang Aku ucapkan akan berjaya mencapai tujuan-Ku dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan”.
Kitab Injil mencatatkan Firman Tuhan kepada kita tentang semua perkara yang perlu kita ketahui supaya dapat diselamatkan dan bagaimana menjalani kehidupan Kristian. 2 Petrus 1:3-4 berkata “Dengan kuasa-Nya sendiri, Allah sudah mengurniai kita segala sesuatu yang diperlukan untuk hidup salih. Dia melakukan hal ini melalui apa yang kita ketahui tentang Allah yang telah memanggil kita untuk menikmati kemuliaan dan kebaikan-Nya sendiri. Dengan cara ini Dia telah mengurniai kita berkat-berkat yang sangat baik dan berharga yang dijanjikan-Nya. Dengan berkat-berkat itu kamu terlepas daripada keinginan jahat yang membinasakan, yang terdapat di dunia ini dan kamu menerima sifat Allah sendiri”.
Kedua, Tuhan bercakap dengan kita melalui tekanan ke atas fikiran dan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Tuhan menolong kita membezakan di antara yang betul dengan yang salah melalui suara dalam hati kita (1 Timotius 1:5; 1 Petrus 3:16). Tuhan sedang membentuk minda kita supaya dapat mengetahui kehendak-Nya (Roma 12:2). Tuhan mengizinkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup kita untuk mengajar, mengarah dan mengubah kita serta membantu kita supaya dapat membesar secara rohani (Yakobus 1:2-5; Ibrani 12: 5-11). 1 Petrus 1:6-7 mengingatkan kita “Oleh itu hendaklah kamu bersukacita, meskipun sekarang mungkin kamu harus berdukacita untuk sementara waktu kerana mengalami berbagai-bagai cubaan. Semuanya bertujuan untuk membuktikan sama ada kamu sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan atau tidak. Emas yang dapat rosak pun diuji dengan api. Oleh itu, iman kamu yang lebih berharga daripada emas pun harus diuji, supaya menjadi teguh. Dengan demikian, apabila Yesus Kristus datang kembali, kamu akan menerima pujian, kemuliaan dan penghormatan daripada Allah.
Yang terakhir, ya memang benar kadangkala Tuhan bercakap dengan manusia menggunakan suara yang kedengaran. Tetapi samada kejadian itu berlaku sekerap yang diperkatakan oleh beberapa orang masih diragui. Apabila Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran seperti yang ditulis dalam kitab Injil, itu suatu kejadian yang terkecuali dan bukan satu kebiasaan. Apabila seseorang mengakui bahawa Tuhan sudah bercakap kepada dirinya, pengakuan itu perlu mendapat sokongan daripada apa yang ditulis di dalam kitab Injil. Sekiranya Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran pada hari ini, firman-Nya mestilah selaras dengan apa yang tertulis dalam kitab Injil. Tuhan tidak akan bercanggah dengan diri-Nya sendiri. 2 Timotius 3:16-17 menyatakan bahawa, “Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik”.
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan