Sabtu, 28 April 2012

PKE 3102 (Prosedur Kecemasan Di Jalan Raya)


BREK GAGAL BERFUNGSI
·         Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
·         Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
·         Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
·         Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
·         Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.

KENDERAAN TERBABAS
·         Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
·         Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
·         Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.

PEMECUT TERLEKAT
·         Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
·         Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
·         Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
·         Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
·         Jikalau gagal hubungi mekanik.

BONET TERBUKA
·         Brek secara beransur-ansur.
·         Naik ke atas bahu Jalan.
·         Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
·         Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.

TAYAR PECAH
·         Pegang stereng dengan erat.
·         Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
·         Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
·         Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
·         Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
·         Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
·         Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM
·         Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
·         Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
·         Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
·         Hentikan kenderaan dengan segera.
·         Nyalakan lampu kecemasan.
·         Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.

KENDERAAN TERBAKAR
·         Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.
·         Hentikan kenderaan dengan segera.
·         Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
·         Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
·         Gunakan alat pemadam.
·         Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba.

TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA
·         Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
·         Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
·         Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
·         Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
·         Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
·         Angkat bonet dan dapatkan bantuan.

CERMIN HADAPAN PECAH
·         Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
·         Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
·         Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
·         Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN 
·         Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak.
·         Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
·         Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.
·         Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.
·         Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan.

Rujukan:
http://www.familiazam.com/kecemasan.htm. Diakses pada 27 April 2012.

Tiada ulasan: