Rabu, 15 Januari 2014

Sport and children - Better Health Channel
Active children are more likely to mature into physically active adults. Benefits of sport and physical activity for children include reduced risk of obesity, increased cardiovascular fitness, improved coordination and balance, better sleep and improved social skills. Reducing sedentary time may be as important for health as increasing exercise time. Best of all, getting moving is fun

Sabtu, 11 Januari 2014

Tutorial 2
Tajuk: Huraikan hubungan personaliti dengan tingkah laku dalam sukan dan senaman serta strategi kognitif dan kejayaan dalam sukan?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005;1194) personaliti ditakrifkan sebagai keperibadian dan perwatakan seseorang individu. Secara umumnya, personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan seseorang. Berikut merupakan antara definisi berkaitan personaliti yang diberikan oleh tokoh-tokoh. Personaliti adalah pola—pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. (Mishel, 1968). Selain itu, personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. (Allport, 1961). Selain itu, ada yang menyatakan bahawa personaliti sebagai corak keseluruhan individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. (Kagen dan Segal, 1988).
            Definisi personaliti seperti mana yang diberikan oleh Nada Abi Samra (2000), iaitu personaliti membolehkan seseorang itu lebih efektif untuk bersosial kerana individu tersebut dilihat sebagai orang yang mempunyai personaliti yang menarik, teruk atau langsung tiada personaliti. Apabila personaliti dikaitkan dengan perkataan asalnya iaitu persona yang bermaksud topeng, personaliti lebih mencerminkan aspek diri sendiri yang dipilih untuk dipamerkan kepada dunia. Definisi ini juga membawa maksud bahawa beberapa aspek penting bagi seseorang manusia itu cuba disembunyikan atas sebab-sebab yang tertentu.
Personaliti seseorang dilihat sebagai sesuatu yang unik dan membezakannya dengan seseorang individu yang lain. Aspek tersebut dipanggil perbezaan individu. Kajian tentang personaliti ini telah menghasilkan pelbagai teori personaliti yang dapat membantu kita memerhati dan menerangkan pelbagai aspek tentang personaliti. Teori-teori personaliti tersebut adalah dapatan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap pelbagai personaliti manusia. Memandangkan manusia adalah makhluk yang sangat kompleks, maka kewujudan berbagai jenis teori personaliti akan dapat membantu kita memahami personaliti manusia yang berbeza-beza.
Sebagai kesimpulannya, menurut Haliza & Joy (2009) menyatakan bahawa personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Begitu jugalah dengan sukan di mana individu akan memilih sukan yang bersesuaian dengan personalitinya.

Klasifikasi Personaliti.
Setelah mengenali definisi personaliti, seterusnya marilah kita mengenali klasifikasi personaliti pula. Ini kerana setiap individu yang hidup di dunia ini memiliki personaliti yang berbeza-beza dan begitu juga dengan sukan di mana setiap atlet yang memiliki personaliti tertentu memiliki pilihan sukan yang sesuai berdasarkan personaliti mereka. Terdapat banyak cara untuk mengklasifikasikan personaliti seseorang. Antaranya adalah seperti yang dikemukakan oleh Carl Gustav Jung (1923) dalam buku Haliza & Joy (2009) yang mengemukakan tiga jenis personaliti. Antaranya adalah ekstrovet, introvet dan ambivet.
Bagi personaliti yang pertama iaitu ekstrovet, individu yang bersifat ekstrovet lebih kepada dunia luaran berbanding dengan dunia dalamannya. Personaliti jenis ini lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dabn bercampur dengan orang lain. Menurut Slater (1962), kebebasan merupakan satu ciri ekstrovet. Mereka peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu, berminat dengan sukan, mudah menyesuaikan diri, sangat aktif, suka bersosial, mesra, gemarkan aktiviti luar dan responsif terhadap persekitaran. Mereka suka bergembira, suka kepada perubahan dan bertindak mengikut impuls. Biasanya ekstrovet cepat marah tetapi tidak menyimpan kemarahan itu lama.
Bagi personaliti kedua pula iaitu introvet pula, perkembangan introvet lebih menumpukan kepada aspek dalaman. Introvet bermakna mengambil berat tentang diri sendiri. Introvet mempunyai ciri individu yang mempamerkan ciri yang pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, cermat, reflektif dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai dan bersedia menanggung risiko. Menurut Haliza & Joy (2009) juga, individu yang introvet mungkin tidak mudah marah, tetapi jika dia marah, perasaan marah itu akan berpanjangan. Mereka berupaya meneliti dan menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak memerlukan rangsangan luar. Mereka tidak bercita-cita tinggi dan tidak meminati kebendaan. Mereka juga suka merancang perkara-perkara yang akan datang, dan suka kepada kehidupan yang teratur.
Bagi personaliti ambivet pula, menurut Haliza & Joy (2009) individu ini mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua jenis personaliti ekstrovet dan introvet. Mereka merupakan gabungan kedua-dua jenis perkembangan personaliti iaitu ekstrovet dan introvet. Kemungkinan sifat yang dipunyai oleh individu ambivet ialah aktif, sensitif, optimistik dan gemar berseorangan.  

Pengaruh Personaliti Terhadap Sukan.
Individu yang memiliki personaliti ekstrovet merupakan individu yang cenderung untuk memilih jenis sukan yang menarik dan menyeronokkan, sukan berpasukan, rentak yang pantas atau berintensiti tinggi, tahap arousal yang tinggi, memerlukan kemahiran motor yang besar dan mudah dan mempunyai konsentrasi yang rendah seperti sukan rugbi dan tinju.
            Individu yang introvet pula cenderung untuk memilih jenis sukan yang memerlukan penumpuan, ketepatan, motivasi kendiri, kemahiran yang rumit atau yang melibatkan motor halus, tahap arousal yang rendah dan pencapaian individu seperti memanah, golf, snooker, petanque, boling padang dan boling.

Rujukan:
Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nada Abi Samra. (2000). The relationship between emotional intelligence and academic achievement in eleventh graders. Montgomery: Auburn University.


Tutorial 1
Tajuk: Bincangkan peranan ahli-ahli psikologi sukan dan senaman?

Melalui pembacaan yang telah dibuat melalui laman sesawang yang dicari mendapati terdapat tiga peranan ahli psikologi sukan dan senaman yakni samaada yang mengamalkannya secara teori ataupun dipraktikkan ke dalam bidang masing-masing.
Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.
Sebagai contoh, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.
Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan.Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.
Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita untuk menyatakan sesuatu tingkah laku atlet itu sendiri, menerangkan tingkah laku tersebut dan seterusnya membuat andaian tentang tingkah laku tersebut. Keadaan seseorang atlet diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah atlet. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap atlet serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara tidak langsung diluar gelanggang permainan.
Selain itu, antara peranan ahli-ahli psikologi adalah yang pertama sebagai penyelidik, kedua pendidik dan ketiga adalah sebagai ahli psikologi sukan klinikal.
            Bagi peranan yang pertama yakni sebagai penyelidik psikologi sukan, peranan mereka adalah mengendalikan penyelidikan dan mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan bidang psikologi sukan. Mereka akan menggunakan kaedah dan pendekatan semasa menjalankan kajian dan penyelidikan. Antara kaedah dan pendekatan yang digunakan adalah seperti soal selidik, pemerhatian dan melalui eksprimen atau secara eksperimental. Hasil kajian dan penyelidikan yang diperolehi ini nanti akan digunakan kepada mereka yang terlibat dalam bidang sukan terutama kepada ahli psikologi sukan gunaan.
            Peranan kedua pula adalah sebagai pendidikan psikologi sukan pula tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat latihan secara profesional dalam bidang Pendidikan Jasmani (PJ) dan Sains Sukan. Selain mengajar psikologi sukan, mereka juga menyampaikan ceramah dan memberi kursus prikologi sukan kepada jurulatih sukan. Mereka ini juga bertindak sebagai konsultan atau orang tengah dalam bidang sukan. Mereka akan melakukan kajian dan penyelidikan bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang tersebut.
            Bagi peranan ketiga yakni sebagai ahli psikologi sukan klinikal pula mereka ini terdiri daripada pakar psikologi sukan yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang psikologi klinikal. Mereka memainkan peranan sebagai ahli psikologi sukan dengan mengendalikan masalah emosi dan personaliti atlet serta masalah-masalah yang berkaitan dengan sukan. Sebagai contoh, menolong atlet yang menghadapi masalah alkohol, penyalahgunaan dadah, kecelaruan makanan, dan kemurungan. Selain itu, bantuan yang diberikan juga bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi dan juga penilaian psikologi atlet. Tugas ahli psikologi sukan klinikal juga adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius dan melibatkan tempoh masa yang panjang. Ini kerana mereka merupakan orang yang berkelayakan dalam bidang ini dan mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan membantu atlet menangani masalah.

Rujukan: