Sabtu, 28 April 2012

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 (Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah)


BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA,                                                      Telefon: 2556900
50604 KUALA LUMPUR.                                                            Kawat:'PENDIDIKAN'
________________________________________________________________________
                                                                                                          KP(BS)8591/Jld.lll/(10)
                                                                                                                           
                                                                                                          1 Mac 1988
Semua Pengarah Pendidikan Negeri.

Y.B Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING KHTISAS BIL. 8/1988:
Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
Dari maklumat yang diterima, dapat dikesani keadaan di mana bilangan pelajar yang menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah adalah bertambah. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan perlakuan ganas dan di luar batasan kemanusiaan itu, seperti pemugut, rompak, culik, rogol, cabul kehormatan, dan seumpamanya, yang dilakukan ke atas pelajar-pelajar, terjadi di luar kawasan sekolah, umumnya di rumah dan di tempat-tempat awam. Namun demikian, berasaskan kepada beberapa kejadian di mana penceroboh berjava masuk ke kawasan sekolah, maka tidak wajar diketepikan kemungkinan bahawa kejadian-kejadian yang tidak diingini itu boleh berlaku ke atas diri pelajar di dalam kawasan sekolah sendiri. Dalam hubungan ini dukacita didapati masih banyak sekolah vang tidak mempunvai peraturan-peraturan atau langkah-langkah tertentu untuk mengawasi keselamatan diri pelajar semasa berada di sekolah. Kementerian Pendidikan amat memandangkan berat akan hal ini dan langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi kekurangan tersebut.

2. Tujuan Surat Pekeliling ini adalah untuk memperingatkan semua pihak di sekolah supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh rnenyebabkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri pelajar serta mengambil langkah-lanakah tertentu untuk mengelakkannya. Pada setiap masa, keselamatan dan kebajikan pelajar seharusnya menjadi pertimbangan utama.

3. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk mengawasi keselamatan pelajar, dan untuk mempastikan keberkesanan Iangkah-langkah tersebut, kesedaran dan penglibatan semua pihak adalah diperlukan.

3.1 Menekankan aspek keselamatan diri pelajar pada setiap masa melalui pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan, Aktiviti-aktiviti bercorak pendidikan seperti ceramah dan sebagainya boleh dianjurkan dari masa ke semasa.

3. 2 Memaklumkan kepada ibubapa atau penjaga mengenai penggal persekolahan,jadual waktu sekolah dan jadual lain-lain aktiviti yang melibatkan peryertaan pelajar-pelajar termasuk hari cuti dan perubahan masa persekolahan.

3.3 Mewujudkan suatu sistem kawalan dan rekod yang kemas mengenai pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah termasuk kebenaran yang diberikan kepada ibu bapa atau penjaga untuk membawa murid keluar ketika dalam masa persekolahan

3.4 Menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi, i) Pelajar-pelajar yang sampai awal di waktu pagi sebelum permulaan kelas; ii) Pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang selepas waktu persekolahan. 3.5 Memperkenalkan sistern berteman yang tidak menggalakkan pelajar-pelajar berseorangan ketika pergi dan balik ke sekolah atau berada di tempat-tempat sunyi dan terselindung tanpa pengetahuan sesiapa. 3.6 Mengawasi dengan kerap kawasan-kawasan dalam sempadan sekolah yang terselindung, tersembunyi atau gelap dan jika sesuai menjadikannya sebagai kawasan larangan kepada pelajar-pelaJar. 3. 7 Menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian dari Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja-pekerja dan ibu bapa. Perlaksanaan peraturan mengenai keselamatan di sekolah hendaklah dijalankan dengan tegas dan berterusan.

Kerjasama dan jasa baik Y.B Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk menyampaikan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah jagaan Y.B. Datuk/Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Pengarah Sekolah
b.p Ketua Setiausaha,
Kernenterian Pendidikan Malaysia.

s.k
1) Y.B. Sdr. Anwar bin lbrahim, Mented Pendidikan Malaysia.
2) Y.B. Encik Woon See Chin, Timbalan Pendidikan Malaysia.
3) Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan.
4) Ketua Setiausaha, Kementerian.Pendidikan Malaysia.
5) Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
6) Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pendidikan Malaysia.
7) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I, Kementerian Pendidikan Malaysia.
8) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia.
9) Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia.
10) Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
11) Ketua Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tiada ulasan: