Isnin, 6 Ogos 2012

Kaedah Pengajaran PJ


1.0         Kaedah
2.1       Pengenalan
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. 
            Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
            Demikian juga dengan Hasan Langgulung  (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. 
            Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.  
            Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
1.    Kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran.
2.    Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.
3.    Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar.
4.    Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.
5.    Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.
6.    Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan.
7.    Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

         An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar  yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar.  Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.  Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
            Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.  Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.  Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
1.     Tujuan am (learning goal)
2.     Objektif pelajar (specific objective)
3.     Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.
4.     Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar.
5.     Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur  pencapaian pelajar.
           Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang  dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970)  dalam The Condition of Learning, pembelajaran  merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.

2.2       Kaedah Yang Digunakan
Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah :
1.    Kaedah Kuliah
2.    Kaedah Perbincangan
3.    Kaedah Kuliah-Demonstrasi
4.    Kaedah Latihan
5.    Kaedah Penemuan
6.    Kaedah Projek
7.    Kaedah Persembahan Lisan
8.    Kaedah sebahagian-keseluruhan.
Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.

2.2.1   Kaedah Kuliah
Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal.
            Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain. Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani :

1. Pengenalan
· Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
· Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka
· Cuba membangkitkan minat
· Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk  pelajar di barisan belakang.

1. Persembahan
· Kuat tetapi nada mesra
· Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
· Huraikan istilah yang digunakan
· Bercakap dengan semua pelajar
· Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi dan lain-lain
· Ulang butiran penting
· Guna lawak jenaka
· Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin

1. Penutup
· Mengulangi point-point utama
· Menggalakkan perbincangan
· Meneguhkan point yang lemah

2.2.2   Kaedah Kuliah – Demonstrasi
Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani :
1. Pendahuluan
· Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri
· Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah
· Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

1. Demonstrasi
· Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar
· Ikut cara dan prosedur yang piawai
· Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

1. Demonstrasi dan pengajaran
· Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya
· Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan
· Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.
· Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya.
· Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

1. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting
· Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
· Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
· Beri butiran penting

1. Penutup
· Ulang butiran penting
· Menggalakkan perbincangan
· Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran
Vasudevan (1980:22) menyatakan tiga kaedah mengajar dalam Pendidikan Jasmani.
  1. Kaedah Tradisi @ Kaedah Terus
  2. Kaedah Tidak Langsung @ Kaedah Selesai Masalah
  3. Gabungan dari Kaedah Tradisi dan Kaedah Tidak Langsung

Tiada ulasan: