Isnin, 6 Ogos 2012

Rancangan Pengajaran Semester (Tugasan)

MINGGU &
 TARIKH

TUNJANG, TAJUK & NILAI

STANDARD/KANDUNGAN(KSSR)
OBJEKTIF

STANDARD PEMBELAJARAN(KSSR)
KEMAHIRAN/                           ISI KANDUNGAN
AKTIVITI (KSSR)
CATATAN
M1

19 – 23 Mac 2012
·           Lapor diri kepada Guru Besar dan guru pembimbing.
·           Suai kenal bersama para guru, staf sokongan dan   para pelajar. Menyesuaikan diri dengan persekitaraan sekolah.
·           Mengenali para pelajar yang akan diajar.
·           Menyediakan Rancangan Pengajaran Semester dan portfolio.
·           Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian.   





Tiada




Tiada



Tidak mengajar pada minggu ini.  
M2

26 – 30 Mac 2012
TP 3: Kesukanan
3.1 Keselamatan

Nilai :
i.                Bertolak ansur
ii.               Mematuhi arahan
(2 waktu)




Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1.       Menyatakan tempat permainan yang sesuai dan selamat untuk beraktiviti.
2.       Menjelaskan langkah-langkah keselamatan yang dapat diambil di padang permainan.
3.       Menyedari kepentingan keselamatan di padang permainan.

Keselamatan semasa beraktiviti di padang permainan.

Contoh Aktiviti:
1.       Demonstrasi menjaga keselamatan ditempat permainan.
2.       Menyenaraikan langkah keselamatan di padang permainan.

M3

2 – 6  April 2012

TP 3: Kesukanan
3.2 Pengurusan

Nilai:
i.                Mematuhi arahan
ii.               Bekerjasama
iii.               Toleransi
(2 waktu)




Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1.       Menyatakan masa yang sesuai untuk beraktiviti pada masa lapang.
2.       Menyatakan contoh yang sesuai untuk beraktiviti pada masa lapang.
3.       Merangka satu jadual aktiviti harian untuk hari persekolahan dan cuti persekolahan dengan baik. 
Pengurusan diri dari segi masa.

Contoh Aktiviti:
1.       Secara berpasangan, berbincang mengenai masa yang sesuai untuk beraktiviti pada masa lapang.
2.       Membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
3.       Merangka jadual aktiviti harian secara individu.

 (Good Friday)
6 April 2012
M4


9 – 13 April 2012


TP 2: Kemahiran
2.1 Pergerakan Asas
a) Lokomotor
b) Bukan lokomotor

Nilai:
i.                Berusaha
ii.               Mematuhi arahan
iii.               Bekerjasama
iv.               Keseronokan
(2 waktu)





 Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1.       Melakukan variasi aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor secara berpasangan.
2.       Menyenaraikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam pergerakan seharian.
3.       Berasa seronok melakukan aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor.
Contoh Aktiviti:
1.       Secara berpasangan, melakukan aktiviti berjalan, berlari, melompat, mengguling, mendekam, mengilas dan menyokong.
2.       Melakukan rangkaian pergerakan dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Hari Keputeraan DYMM Sultan (11 April 2012)

M5

16 – 20 April 2012


TP 2: Kemahiran
2.1 Pergerakan Asas
c) Manipulasi Alatan

Nilai:
i.                Kejujuran
ii.               Kesungguhan
iii.               Gembira
(2 waktu)
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1.       Melakukan pergerakan memanipulasikan pelbagai alatan dengan iringan muzik.
2.       Mereka cipta aktiviti manipulasi pergerakan bersama rakan
3.       Berasa gembira melakukan aktiviti memanipulasi alatan dengan iringan muzik.

Contoh Aktiviti:
1.       Melakukan pergerakan kreatif menggunakan peralatan seperti riben, bola, gelung rotan dan pundi kacang dengan iringan muzik.
2.       Melabelkan anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti pergerakan manipulatif alatan.

M6

23 – 27 April 2012

TP 1: Kecergasan
1.1       Kecergasan Fizikal
a)       Daya Tahan Kardiovaskular

Nilai:
i.                Bekerjasama
ii.               Toleransi
(2 waktu)
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1.       Melakukan aktiviti melompat tali 3 – 4 minit sebanyak 5 ulangan.
2.       Melakukan aktiviti skip beramai-ramai mengikut rentak muzik.
3.       Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti daya tahan.
Contoh Aktiviti:
1.       Melompat tali 3 – 4 minit sebanyak 5 ulangan.
2.       Skip beramai-ramai mengikut rentak muzik.
3.       Mengesan denyutan dan kadar nadi.

M7

30 April – 4 Mei 2012

TP 1: Kecergasan
1.1      Kecergasan Fizikal
b)       Kelenturan

Nilai:
i.                Kecekapan
ii.               Bekerjasama
iii.               Patriotisme
(2 waktu)
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1.       Melakukan aktiviti meleding berpasangan membelakangkan rakan dan membongkok sambil memegang bahu rakan.
2.       Menghantar cawan berisi air kepada rakan secara berselang-seling, membongkok dan meleding.
3.       Merasa bangga melakukan aktiviti dengan rakan-rakan berbilang bangsa.

Contoh Aktiviti:
1.       Meleding berpasangan membelakangkan rakan dan membongkok sambil memegang bahu rakan.
2.       Menghantar cawan berisi air kepada rakan secara berselang-seling, membongkok dan meleding.
3.       Menamakan dua anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti kelenturan.
Hari Pekerja
(1 Mei 2012)
M8

7 – 11 Mei 2012  

TP 1: Kecergasan
1.1       Kecergasan Fizikal
c)       Koordinasi

Nilai:
i.                Ketelitian
ii.               Keyakinan
iii.               Kesungguhan
(2 waktu)
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1.       Mengelak daripada tercabut bulu ayam dalam permainan bulu ayam.
2.       Mencabut bulu ayam rakan lain dengan tepat.
3.       Berasa yakin, selamat dan gembira semasa beraktiviti.
Contoh Aktiviti:
1.       Permainan cabut bulu ayam.
2.       Permainan bola beracun.
3.       Perbincangan tentang koordinasi tubuh badan yang terlibat dalam permainan.

M9

14 – 18
Mei 2012
TP 1: Kecergasan
1.1       Kecergasan Fizikal
d)       Imbangan

Nilai:
i.                Bekerjasama
ii.               Berdisiplin
(2 waktu)

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1.       Bergerak ke hadapan dengan sebelah kaki diikat  secara berpasangan.
2.       Melakukan aktiviti imbangan yang melibatkan kedudukan anggota badan.
3.       Melakukan aktiviti bersama-sama rakan dalam suasana yang gembira.

Contoh Aktiviti:
1.       Bergerak ke hadapan dengan sebelah kaki diikat secara berpasangan.
2.       Dalam kumpulan, melakukan aktiviti  permainan “musical chair” dengan sebelah kaki diangkat.
3.       Perbincangan kepentingan imbangan dalam kehidupan seharian.

M10

21 – 25
Mei 2012

TP 1: Kecergasan
1.1 Kecergasan Fizikal
e) Ketangkasan

Nilai:
i.                Bekerjasama
ii.               Kesungguhan
iii.               Patriotisme
(2 waktu)
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1.       Menerangkan kepentingan ketangkasan dalam permainan lari mengutip bendera.
2.       Mengenal pasti otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti permainan lari mengutip bendera.
3.       Berasa gembira dan cergas selepas melaksanakan aktiviti.

Contoh Aktiviti:
1.       Permainan lari mengutip bendera.
2.       Lari ulang alik menyentuh tiang.
3.       Melabel otot utama yang terlibat dalam aktiviti ketangkasan. 

Tiada ulasan: