Khamis, 27 September 2012

RPH Bola Tampar Tahun 6




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh              : 12 Julai 2012 (Khamis)            
Masa                : 0730-0830 (30 minit)           
Tempat            : Gelanggang Bola Tampar SK. St. Peter, Saratok
Tahun(Kelas)   : Enam (6)
Bilangan Murid: 20 orang ( 14 orang lelaki & 6 orang perempuan )    
Tunjang Pembelajaran:  2. Kemahiran
Tajuk                : b) Bola Tampar
Sub-tajuk         : i) Menghadang
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i.  melakukan kemahiran hadangan dengan teknik yang betul dan tepat sebanyak 8 daripada 10 percubaan.
                         ii.  melakukan hadangan dengan koordinasi kaki dan tangan yang betul dan tepat.

            Kognitif :          i.   menyatakan fasa-fasa dalam melakukan kemahiran hadangan.
                                    ii.  mengenal pasti taktik yang boleh mengelirukan pihak lawan semasa melakukan kemahiran hadangan dalam                  permainan bola tampar.

Afektif:             i.   menunjukkan minat yang tinggi semasa menjalani aktiviti hadangan.
                        ii.  mengamalkan sikap kerjasama dalam membantu rakan-rakan mempelajari kemahiran hadangan dan mementingkan ciri keselamatan  semaasa aktiviti.  

Kemahiran Berfikir: Membuat keputusan 
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid dalam kehidupan seharian pernah mendengar tentang bola tampar, menonton perlawanan bola tampar melalui televisyen atau                                   daripada sumber media lain dan pernah melihat serta memegang bola tampar.
Penerapan nilai    :          Mematuhi arahan, bekerjasama dan bertanggungjawab.
Penggabungjalinan:        Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral.
BSPP    : Bola Tampar (20) field cone (4) dan wisel (1).
BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Permulaan
(4 minit)
  1. Set Induksi.







  1. Memansakan badan.






























·         Menceritakan satu situasi permainan bola tampar di mana bola yang direjam dapat dihalang oleh pihak lawan.

·         Berpasangan dan seorang pelajar memegang sebiji bola.
-         Hantar bola ke kiri dan kanan rakan.
-         Hantar bola dari atas kepala dan bawah kaki.

-         Lambung bola ke arah rakan pada paras kepala.
-         Sambut bola yang dihantar dan ulang pelakuan yang sama.

-         Lompat dan tangkap bola yang dilambung di atas paras kepala.
-         Ulang pelakuan yang sama.

·         Tanpa bola, seorang pelajar perlu bergerak ke kiri dan kanan kemudian lompat. Manakala pasangannya bertindak sebagai cermin dan mengikut pergerakan rakannya itu.
·         Berpasangan dan bebas.
 












Petunjuk:
G    = Guru
M    = Murid(Pegang Bola)
M    = Murid(Yang akan menyambut                     bola)


Bola Tampar (20), Gelanggang bola tampar.

































Perkembangan
(12 minit)

Perkembangan 1
(Block Jump to ball)
(6 minit)












































Perkembangan 2
(Jousting drill)
6 minit
  1. Pengenalan isi pelajaran




  1. Demonstrasi





















  1. Latih Tubi





















  1. Demonstrasi

























  1. Latih Tubi


·         Menerangkan keperluan kemahiran menghadang dalam permainan bola tampar.

·         Lakukan di hadapan jaring.
·         Secara berpasangan dan ketinggian yang hampir sama, seorang pelajar akan melakukan “block jump to ball” sementara rakannya pula akan memegang bola di gelanggang sebelah.
·         Pelajar yang memegang bola boleh menggerakkan bola ke kiri dan kanan atau atas kepala sebelum pasangannya melompat dan menyentuh bola tersebut.
·         Lakukan sebanyak 10 ulangan.

·         Lakukan aktiviti seperti demonstrasi.
·         Penekanan kepada koordinasi pergerakan semasa melompat dan menyentuh bola.
-         Bengkokkan kaki sebagai persediaan untuk melompat.
-         Pastikan kedudukan tangan rapat dan bukakan jari-jemari.
-         Pandang bola sebelum melakukan hadangan.
-         Tangan perlu diluruskan dan dirapatkan sementara jari-jemari dibuka luas.

·         Lakukan di hadapan jaring.
·         Secara bertiga dengan ketinggian yang hampir sama, pegang sebiji bola setiap seorang.
·         Seorang pelajar akan bertindak sebagai pengumpan manakala dua orang pelajar perlu merebut bola yang akan dilambung.
·         Pelajar 3 perlu melambung bola di atas jaring sebelum 2 orang pelajar merebut bola tersebut.
·         2 orang pelajar tersebut mempunyai pilihan samada mahu menghadang bola atau menepis bola tersebut untuk memenangi bola.
·         Lakukan sebanyak 10 ulangan.

·         Lakukan seperti dalam demonstrasi.
·         Penekanan adalah kepada:
-         Bengkokkan kaki sebagai persediaan untuk melompat.
-         Pastikan kedudukan tangan rapat dan bukakan jari-jemari.
-         Pandang bola sebelum melakukan hadangan






 














Petunjuk:
G = Guru
M1 = Murid yang melambung bola
M = Murid sebagai “blocker”.
                          
= Jaring bola tampar.
























 
















Petunjuk:
G = Guru
M = Murid sebagai “Blocker”
M3 = Murid sebagai “Pengumpan”
 


= Jaring Bola Tampar
                            
Bola (20), dan wisel.
















































Bola (20), wisel.














Kemuncak
(10 minit)
Permainan kecil 
 “Hunter vs Monkey”
·         Secara berkumpulan seramai 6 orang.
·         Berada di kawasan permainan yang telah disediakan 10m×10m.
·         Satu kumpulan akan bertindak sebagai Hunter di mana mereka akan merebut bola yang dipegang oleh Monkey.
·         Kumpulan yang bertindak sebagai Monkey perlu mengelak daripada bola mereka dirampas oleh Hunter.
·         Justeru, bola tersebut perlu di angkat melebihi paras kepala dan dilambung ke rakannya.
·         Monkey tidak boleh memegang bola melebihi 3 saat.
·         Bola yang dipegang melebihi 3 saat, pemain Monkey akan dikeluarkan.
·         Namun, sekiranya Hunter tidak dapat mengambil bola daripada pemain monkey dalam masa 30s, seorang pemain Hunter akan dikeluarkan.
·         Sebaliknya berlaku jika pemain Hunter dapat mengambil bola, seorang pemain MOnkey akan dikeluarkan
·         Setiap 1 minit sebiji bola akan ditambah dan kawasan permainan akan menjadi semakin kecil.
·         Kumpulan yang menang dikira melalui bilangan pemain yang tinggal selepas 3 minit permainan.

     M             M              M       

      M            M             M

G

     MH          MH           MH

   MH           MH           MH                                                    
 
 











Petunjuk:
G = Guru
M = Murid sebagai pemain Monkey
MH = Murid sebagai pemain Hunter
 
                      = kawasan permainan
 Bola(20), field cone (4), wisel
Penutup
(4 minit)
  1. Menyejukkan Badan



























  1. Refleksi










  1. Kerja Susulan
·         Berlari anak dalam kawasan yang ditetapkan bersama bola.
·         Membuat gelonggaran bersama dengan bola.
-     Buka kaki selebar setengah meter dan tegakkan badan.
-     Bongkokkan badan serendah yang mungkin sambil bola yang dipegang menyentuh lantai dengan kiraan 8.
-     Berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu dan rapatkan kedua belah tangan lurus di atas kepala dengan kiraan 8.
-     Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama kira-kira 3 saat kemudian hembus melalui hidung dan mulut.
·         Pelajar memberi refleksi kepada P&P kemahiran menghadang yang telah dilaksanakan.
-         Guru akan memperoleh idea bagaimana mengatasi masalah yang dihadapi dan mempelbagaikan lagi aktiviti.

·         Melayari internet bagi mendapatkan kefahaman yang kukuh berkaitan kemahiran menghadang.
·         Menonton perlawanan bola tampar yang disiarkan di televisyen.
·         Membuat pembacaan tambahan mengenai kemahiran menghadang dalam bola tampar.
























Tiada ulasan: