RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]
Tarikh
: 21 Mac 2014 (Jumaat)
Masa
: 0700 – 0730
Tempat : Gelanggang
Sekolah
Tahun(Kelas) : Tahun 3 Orkid
Bilangan Murid : 38
orang (25 orang lelaki, 13 orang perempuan)
Fokus Pembelajaran:
1.7 Berkebolehan melakukan kemahiran asas
permainan kategori jaring dengan lakuan yang betul.
Tajuk
: Jom Servis
Standard Pembelajaran : 1.7.1, 2.7.1, 2.7.4 &
5.3.2
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor
: i. melakukan servis menggunakan tangan dan kaki
dengan lakuan yang betul.
Kognitif : i. mengenal pasti lakuan servis menggunakan
tangan, dan kaki.
ii.
mengenal pasti titik kontak pada objek yang dihantar.
Afektif: i. mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan
rakan sebaya.
Kemahiran Berfikir: Mencirikan
Pengalaman sedia ada: Murid-murid pernah membuat servis semasa
permainan bádminton, sepak takraw dan bola tampar.
Penerapan nilai : Keberanian dan berkerjasama
Penggabungjalinan : Pendidikan Moral
BSPP :
Bola getah (19), skital (20), gelung rotan (20)
EMK: Kreativiti dan inovasi
BAHAGIAN
/MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
||
Memanaskan
Badan
(5 minit)
|
1.
Permainan
simulasi “Servis Tangan dan kaki”
2.
Regangan
dinamik
|
·
Berpasangan, ambil sebiji bola.
·
Servis bola menggunakan tangan ke arah pasangan.
·
Pasangan perlu tangkap bola yang diservis oleh
pasangan mereka.
·
Kemudian, lakukan perkara sama secara
bergilir-gilir.
·
Tukar servis menggunakan kaki.
Lakukan regangan dengan
kiraan 8:
1.
Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2. Gerakkan kepala
ke atas dan bawah.
3. Gerakkan bahu ke
atas dan bawah.
4. Gerakkan
bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5. Bongkokkan badan
ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6. Buka kaki seluas
bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7. Lari setempat
secara perlahan, apabila wisel dibunyikan lari pantas.
|
Berpasangan
M M M M
M M
M M M M
M M
G
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
Semasa regangan dinamik
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
Bola getah (19)
|
||
Perkembangan
(15 minit)
Perkembangan
1
(7 minit)
Perkembangan
2
(8 minit)
|
1.
Pengenalan
isi pelajaran
2.
Aktiviti
1 (Servis Ke Arah Sasaran)
3.
Aktiviti
2 (Siapa Cepat)
|
·
Memperkenalkan
tajuk pelajaran pada hari ini ialah jom servis.
·
Dalam
kumpulan kecil.
·
Lakukan
servis menggunakan tangan ke arah gelung rotan.
·
Ulang
aktiviti dengan menggunakan kaki.
Fokus Pembelajaran:
·
Servis
menggunakan tapak tangan ke arah sasaran.
·
Lihat
arah sasaran sebelum melakukan servis.
·
Murid dalam
kumpulan empat orang.
·
Kumpulan A
berada di belakang garisan servis manakala seorang murid kumpulan B melakukan
servis tiga biji bola.
·
Kumpulan A
akan mengumpul bola setelah bola ketiga jatuh dan memasukkan ke dalam bakul.
Pada masa yang sama murid yang melakukan servis bergerak ke tapak satu.
·
Murid B
tersingkir apabila semua bola berjaya dimasukkan ke dalam bakul sebelum murid
tersebut tiba ke tapak.
·
Ulang
sehingga semua murid kumpulan B selesai membuat servis atau tersingkir.
·
Tukar
peranan.
Fokus Pembelajaran:
·
Servis
menggunakan tapak tangan atau kaki ke arah sasaran yang dikenalpasti.
·
Cari
tempat yang paling sukar pemain lawan mengambil bola yang diservis
|
8 kumpulan = 5/4 orang/kumpulan
6 kumpulan
|
Bola getah (8), gelung rotan (20)
Catatan:
·
Guru
melakukan demonstrasi servis bola menggunakan tangan dan kaki.
·
Jarak
di antara murid diberi perhatian untuk aspek keselamatan.
|
||
Kemuncak
(7 minit)
|
Permainan Kecil
“Hujan Bola”
|
·
Murid dalam kumpulan kecil.
·
Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua pasukan.
·
Tiga orang dari pasukan A membuat servis serentak dari
zon servis.
·
Pasukan B cuba menangkap bola yang diservis oleh
pasukan A dan terus membuat servis dari zon servisnya.
·
Satu mata diberi kepada pasukan yang membuat servis
bagi setiap bola yang gagal ditangkap.
·
Pasukan yang berjaya mendapat mata terbanyak dikira
sebagai pemenang.
·
Servis boleh menggunakan kaki atau tangan.
|
|
Bola getah (19), skital (20)
|
||
Penutup
(3 minit)
|
1. Menyejukkan Badan
2. Rumusan Pelajaran
2.1 Rumusan
kognitif &
Psikomotor
2.2 Rumusan
Afektif
- Penerapan
Nilai
- Pujian /
Teguran
3. Kerja Susulan
|
1.
Gerakkan
badan ke kiri dan ke kanan berulang kali.
2.
Berpasangan,
tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
3.
Tarik
nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.
·
Servis
menggunakan tapak tangan atau dalam kaki ke arah rakan.
·
Pukul
bola pada bahagian bawah bola supaya bole lambung ke atas.
·
Lihat
kedudukan rakan sebelum melakukan servis.
·
Kita perlu bekerjasama
dan bertoleransi semasa melakukan aktiviti itulah resepi kejayaan.
·
Mencari
maklumat berkaitan aktiviti yang menggunakan servis atas bahu dalam
permainan.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan