RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]
Tarikh
: 20 Februari 2014 (Khamis)
Masa
: 0930 – 1000
Tempat : Gelanggang
Sekolah
Tahun(Kelas) : Tahun 4 Alamanda
Bilangan Murid : 40
orang ( 15 lelaki & 25 perempuan)
Fokus Pembelajaran: 1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran
pergerakan mengikut irama.
Tajuk
: Robot Rabat
Standard Pembelajaran : 1.5.1, 1.5.2, 2.5.1 & 5.4.2
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor
: i. melakukan pergerakan kreatif bertemakan robot
Rabat mengikut muzik yang didengar.
ii. melakukan aktiviti pergerakan kreatif menggunakan
motor kasar seperti melakukan pergerakan robot dengan betul.
Kognitif : i. mengenalpasti pergerakan yang sesuai dalam
pergerakan kreatif bertemakan robot mengikut muzik yang didengar..
ii.
mereka cipta pergerakan kreatif bertemakan robot mengikut muzik yang didengar.
Afektif: i. membentuk kumpulan semasa melakukan
aktiviti.
ii. memperlihatkan rasa
seronok melakukan aktiviti pergerakan kreatif dan bersedia menerima cabaran.
Kemahiran Berfikir: Mencirikan dan mereka
cipta
Pengalaman sedia ada: Murid-murid pernah menari dan mengikuti
senamrobik 1 Murid 1 Sukan.
Penerapan nilai : Keberanian dan berkerjasama
Penggabungjalinan : Pendidikan Muzik
BSPP :
Laptop, muzik dan pembesar suara (1), skrip (1)
EMK: Kreativiti dan inovasi
BAHAGIAN
/MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
||||||||
Memanaskan
Badan
(5 minit)
|
1. Latihan bebas.
2. Regangan dinamik
|
1.
Berdiri dalam keadaan bersedia.
2.
Dengar ritma lagu sebelum melakukan pergerakan.
3.
Bergerak ikut ritma lagu.
4.
Reka pergerakan secara bebas seperti menari,
melompat, berpusing dan kemahiran-kemahiran lain.
5.
Duduk mencangkung di tempat sendiri apabila muzik
diberhentikan.
6.
Murid-murid yang lambat akan diberikan tekan
tubi.
Lakukan regangan dengan
iringan muzik:
1.
Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.
Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.
Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.
Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.
Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.
Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7.
Lari setempat secara perlahan, apabila wisel dibunyikan lari pantas.
|
Dalam bulatan
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
Laptop, muzik & pembesar suara (1)
|
||||||||
Perkembangan
(15 minit)
Perkembangan 1
(7 minit)
Perkembangan 2
(8 minit)
|
1. Pengenalan isi pelajaran
2. Aktiviti 1
(Interpretasi Cerita dan Imaginasi)
3. Aktiviti 2
(Robor Kaku)
|
·
Aktiviti hari
ini ialah pergerakan berirama iaitu “Robot Rabat”.
·
Berdiri
dalam ruang diri.
·
Skrip
cerita “Robot Rabat” akan dibacakan dan murid perlu menginterpretasikan
cerita berdasarkan imaginasi masing-masing mengikut muzik.
ROBOT RABAT
Kamu adalah Robot bernama Rabat yang
dicipta oleh seorang saintis. Mari kita lihat bagaimana Rabat dapat membantu
saintis itu dalam makmalnya.
Rabat berjalan ke hadapan, cuba mengangkat
beberapa
kotak dan meletakkan kotak di atas rak.
Rabat bekerja
keras sepanjang hari. Pada waktu malam,
Rabat hilang tenaga dan terus tidur. Fikirkan bagaimana cara Rabat tidur.
Pada keesokan hari, saintis membawa sesuatu
dalam poket. Beliau mengeluarkan satu CD, dan menyatakan: “Inilah muzik
saya”. Tunjukkan bagaimana Rabat bertindak apabila mendengar muzik pada kali
pertama!
Fokus Pembelajaran:
I.
Terjemahkan
atau interpretasikan cerita berdasarkan imaginasi masing-masing mengikut
muzik.
·
Skrip
diteruskan dengan cerita seperti berikut:
Ya! Apabila Rabat mendengar muzik, adalah
sukar baginya berdiri setempat. Ia berjalan di sekitar makmal mengikut detik
(beat) muzik sambil bekerja… Mari kita sama-sama bergerak mengikut
detik...secara kaku...seperti robot...Bergerak pada aras rendah… cuba lakukan
satu lompatan robot!
·
Muzik dimainkan
selama satu minit.
·
Isyarat
tambahan dibuat seperti berikut:
(Mula dengan skrip
“Kadang-kadang Rabat suka…”)
Berjalan lambat, tetapi tambahkan satu
lompatan.
Bergerak pantas. Berpusing. Bolehkah anda
berpusing seperti robot?
Bergerak ke depan, dan undur.
Menggelungsur ke sisi, ke depan dan ke
belakang
Gerakkan tangan dan kepalanya.
Bergerak ke pelbagai arah dan kelajuan, dan
dengan pelbagai cara – seperti robot yang sedang seronok bergerak mengikut
muzik (tetapi masih kaku).
Fokus Pembelajaran:
·
Terjemahkan
atau interpretasikan cerita berdasarkan imaginasi masing-masing mengikut
muzik.
·
Lakukan
aksi mengikut rentak muzik.
|
Dalam bulatan
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
Dalam bulatan
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
Laptop, muzik & pembesar suara (1), skrip (1)
Catatan:
·
Demonstrasi
dilakukan dahulu.
·
Jarak
antara murid diberi penekanan supaya tidak berlaku pelangggaran dan murid
selesa melakukan aktiviti.
Laptop, muzik dan pembesar suara (1), skrip (1)
Catatan:
·
Demonstrasi
dilakukan dahulu.
·
Jarak
antara murid diberi perhatian.
|
||||||||
Kemuncak
(7 minit)
|
Persembahan Tarian Robot
|
·
Cipta pergerakan kreatif berdasarkan tema robot
seperti bertemakan aktiviti harian.
·
Lakukan persembahan pergerakan kreatif bertema
dengan iringan muzik.
·
Pastikan pergerakan dilakukan secara cannon
(pergerakan yang berterusan dan beralun).
·
Kumpulan yang membuat pergerakan paling kreatif
dan baru akan dinobatkan sebagai juara.
|
5 kumpulan = 8 orang/kumpulan
Petunjuk:
G = Guru
M
= Murid
= Pentas
|
Laptop, muzik dan pembesar suara (1)
Catatan:
·
Guru
akan melakukan demonstrasi terlebih dahulu.
·
Setiap
kumpulan akan membuat persembahan selama 30saat – 60 saat.
|
||||||||
Penutup
(3 minit)
|
1. Menyejukkan Badan
2. Rumusan Pelajaran
2.1 Rumusan
kognitif &
Psikomotor
2.2 Rumusan
Afektif
- Penerapan
Nilai
- Pujian /
Teguran
3. Kerja Susulan
|
1. Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
2. Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang
terakhir.
·
Lakukan
aktiviti mengikut kreativiti masing-masing.
·
Semasa
melakukan pergerakan bersama muzik, ikut rentak muzik.
·
Kita perlu
bekerjasama dan berani menerima cabaran yang diberikan untuk membuat
persembahan di hadapan rakan-rakan.
·
Mengenal
pasti pergerakan-pergerakan robot yang lain.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan