Isnin, 11 Ogos 2014

RPH PJ TAHUN 5 KBSR (KEKUATAN - KEKUATAN OTOT TANGAN DAN KAKI)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh              : 24 Februari 2014 (Isnin)        
Masa                : 1020-1050 (30 minit)           
Tempat            :          Gelanggang Sekolah
Tahun(Kelas)   : 5 Dahlia
Bilangan Murid: 41 orang ( 14 orang lelaki & 27 orang perempuan ) 
Tunjang Pembelajaran:  1. Kecergasan
Tajuk                : 1.5 Kekuatan
Sub-tajuk         :  Kekuatan otot tangan dan kaki  
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i.  melakukan aktiviti kekuatan sekurang-kurangnya 8 hingga 10 saat dalam setiap percubaan dengan teknik yang betul dan selamat.  
ii.  melakukan aktiviti kereta sorong secara berpasangan  dan lompat katak dengan selamat.  

Kognitif :          i.  menyatakan tiga otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti kereta sorong dan lompat katak dengan betul.   
                        ii. menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti kereta sorong secara berpasangan.

Afektif:            i.   menunjukkan perasaan seronok semasa menjalani aktiviti kekuatan otot.  
ii.  mengamalkan sikap kerjasama semasa dalam permainan.   

Kemahiran Berfikir: Mencirikan
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid tahu dan kenal bagaimana menolak.
Penerapan nilai    :          Kerajinan dan kerjasama
Penggabungjalinan:        Pendidikan Moral
BSPP   : Skital (15)


BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Permulaan
(5 minit)
  1. Latihan bebas










  1. Regangan spesifik







·         Bentuk dua barisan. Barisan pertama lelaki dan kedua perempuan.
·         Lari anak ke arah yang ditunjukkan dan apabila wisel ditiup lakukan aktiviti seperti melompat, dan menyentuh lantai mengikut arahan.

Ulangan sebanyak 8 kali.
·         Gerakkan bahu mengikut arah putaran jam dan lakukan sebaliknya.
·         Pusingkan tangan mengikut arah jam dan lakukan sebaliknya.
·         Luruskan tangan ke hadapan dan gerakkan ke kiri dan kanan.
·         Luruskan tangan ke belakang dan gerakkan ke atas dan bawah.
·         Tundukkan badan paras pinggang dan gerakkan ke kiri dan kanan.
·         Lari perlahan setempat dan laju mengikut arahan yang diberikan.
·         Semasa latihan bebas
M M M M M M M M M M M

M M M M M M M M M M M


                      G     


                      
 
 








Petunjuk:
G    = Guru
M    = Murid


·        
      
       M M M M M M M M    
   M                                   M
M                                          M


                      G
 
Semasa regangan spesifik.











Petunjuk:
G    = Guru
M    = Murid































Perkembangan
(15 minit)






Perkembangan 1
 (7 minit)

























Perkembangan 2
8 minit
  1. Pengenalan isi pelajaran






  1. Demonstrasi (Lompat katak)







  1. Latih Tubi (Lompat katak
















  1. Demonstrasi (Tekan tubi )












  1. Latih Tubi (Tekan tubi)













·         Pelajaran pada hari ini ialah  kekuatan otot yang  bermaksud kemampuan maksimum seseorang itu untuk mengatasi sebarang rintangan fizikal.
·         Berdiri dalam barisan.
·         Dalam keadaan mencangkung, lutut dibengkokkan dan kedua-dua tangan diletakkan di atas lantai.
·         Lompat seperti katak ke hadapan.

·         Lakukan seperti demonstrasi.
·         Dalam keadaan mencangkung, lutut dibengkokkan dan kedua-dua tangan diletakkan di atas lantai.
·         Lompat seperti katak ke hadapan.
·         Pastikan lutut dibengkokkan apabila mendarat untuk menyerap hentakan.
·         Semakin kuat melompat, semakin jauh pergerakan yang akan dihasilkan.

·         Meniarap di atas lantai.
·         Tangan diletakkan di sisi dan kaki diluruskan.
·         Naikkan badan ke atas menggunakan tangan dan lutut dirapatkan.
·         Lakukan tekan tubi mengikut kiraan guru.


·         Lakukan seperti demonstrasi.
·          Meniarap di atas lantai.
·         Tangan diletakkan di sisi dan kaki diluruskan.
·         Naikkan badan ke atas menggunakan tangan dan lutut dirapatkan.
·         Lakukan tekan tubi mengikut kiraan guru.
·         Tahan selama 8 hingga 10 saat sebelum naikkan badan.








5 kumpulan = 5-6 orang/kumpulan
M M M M M M M M M M M

M M M M M M M M M M M


                      G     



                      
 
 









Petunjuk:
G = Guru
M = Murid














Berpasangan
M M M M M M M M M M M

M M M M M M M M M M M


                      G     



                     
 
 









Petunjuk:
G = Guru
M = Murid






























































Kemuncak
(7 minit)
Permainan kecil
“Lumba kereta sorong”
·         Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
·         Setiap ahli kumpulan akan mencari pasangan yang sama jantina.
·         Seorang murid akan merangkak manakala pasangannya akan memegang kaki rakannya.
·         Murid yang merangkak akan bergerak menuju ke arah skital.
·         Murid perlu mengelak skital.
·         Setelah sampai di skital, tukar peranan. Murid yang menjadi penyokong akan menjadi kereta manakala murid yang menjadi kereta akan menjadi penyokong.
·         Setelah sampai ke kumpulan masing-masing, tukar dengan pasangan lain.
·         Kumpulan yang berjaya menghabiskan satu pusingan akan dikira sebagai pemenang.
 5 kumpulan = 2 kumpulan lelaki 3 kumpulan perempuan

         X           X           X          X
         X           X           X          X
        
 



  G
 





Petunjuk:
X = murid
G = guru
 

     = skital

Skital (15)
Penutup
(3 minit)
  1. Menyejukkan Badan



















  1. Rumusan Pelajaran
2.1  Rumusan kognitif &
      Psikomotor










2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran








  1. Kerja Susulan
·         Duduk dalam keadaan terkangkang sambil mengendurkan otot paha dan betis.
·         Masih dalam keadaan duduk, murid cuba membuat jangkauan ke hadapan seberapa jauh yang  mungkin dalam kiraan 4.
·         Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
·         Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama kira-kira 3 saat kemudian hembus melalui mulut.

·         Antara otot utama yang terlibat semasa aktiviti kekuatan adalah seperti bisep, deltoid, gastronemius (betis)dan kuardisep.
·         Pastikan lutut dibengkokkan semasa melakukan lompat katak untuk menyerap hentakan.


·         Berhati-hati semasa melakukan aktiviti atau permainan kecil.
·         Beri tepukan kepada yang berjaya memenangi permainan dan dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

·         Boleh malakukan aktiviti kekuatan otot di atas sebagai aktiviti riadah di waktu petang.
   

      
       M M M M M M M M   
   M                                   M
M                                          M


                      G
 
 












Petunjuk:
G = Guru
M = Murid








Tiada ulasan: