RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]
Tarikh
: 28 Februari 2014 (Jumaat)
Masa :
0930
– 1000
Tempat : Gelanggang
Sekolah
Tahun(Kelas) : Tahun 4 Alamanda
Bilangan Murid : 40
orang ( 15 lelaki & 25 perempuan)
Fokus Pembelajaran: 1.6
Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori serangan dengan
lakuan yang betul.
Tajuk
: Mengelecek bola
Standard Pembelajaran : 1.6.3, 2.6.3 & 5.1.5
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor
: i. mengelecek bola menggunakan bahagian kaki
dalam ruang yang ditentukan.
ii. mengelecek bola menggunakan bahagian kaki ke pelbagai
arah dalam ruang yang ditentukan.
Kognitif : i. mengenal pasti ruang yang sesuai untuk
bergerak dengan bola.
ii.
mengenal pasti bahagian kaki yang digunakan untuk mengelecek bola.
Afektif: i. mengenal pasti ruang yang selamat untuk
melakukan aktiviti seperti mengelecek bola.
ii. menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan
aktiviti menghantar bola.
Kemahiran Berfikir: Menilai
Pengalaman sedia ada: Murid-murid pernah bermain menggunakan bola.
Penerapan nilai : Kerjasama
Penggabungjalinan : Matematik
BSPP :
Bola (40), kon (10)
EMK: Kreativiti dan inovasi
BAHAGIAN
/MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
||||||||||||||||||||
Memanaskan
Badan
(5 minit)
|
1. Set Induksi
2. Memanaskan badan melalui latihan
|
·
Menceritakan satu situasi permainan bola sepak bagaimana seorang
pemain dapat membawa dan menjaringkan gol.
·
Berpasangan dan seorang pelajar memegang sebiji bola.
-
Seorang pelajar (tanpa bola) akan merebut bola yang dipegang oleh
rakannya.
-
Rakannya akan sedaya upaya memegang bola tersebut sekuat yang boleh
bagi mengelakkan bola dirampas oleh rakannya itu.
·
Hantar bola menggunakan tangan kepada rakan-rakannya secara bebas.
·
Hantar bola menggunakan kaki kepada rakan-rakan secara bebas.
·
Pergerakan dimulakan dengan ritma perlahan seterusnya secara pantas.
|
·
Berpasangan
dan bebas.
Petunjuk:
G = Guru
M =
Murid(Pegang Bola)
M = Murid(Yang
akan merebut bola)
·
Kedudukan
ketika aktiviti hantaran. Bebas dan berselerak.
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
Bola (20)
|
||||||||||||||||||||
Perkembangan
(15 minit)
Perkembangan 1
(7 minit)
Perkembangan 2
(8 minit)
|
1. Pengenalan isi pelajaran
2. Aktiviti 1
(Feel
The Ball)
3. Aktiviti 2
(Menggelecek
zig zag)
|
·
Aktiviti
hari ini ialah pergerakan berirama iaitu “Mengelecek bola”.
·
Bawa bola
menggunakan dalam kaki sejauh 10 meter kemudian balik semula ke garisan
permulaan.
·
Ulang
pelakuan menggunakan kaki yang bertentangan pula.
·
Bawa bola
menggunakan kaki yang dirasakan selesa dan sesuai untuk bergerak ke hadapan.
Fokus Pembelajaran:
I.
Kawal bola
dengan selesa dan kemas.
·
Bawa bola
menggunakan bahagian kaki yang dirasakan selesa.
·
Kawal bola
dengan kemas dan selesa.
·
Bawa bola
secara zig zag di antara kon yang disusun.
Fokus Pembelajaran:
·
Pastikan
bola yang dikawal verada hampir dengan bahagian kaki.
|
5 barisan = 8 orang / barisan
G
M M
M M M
M M M
M M
M M M
M M M
Petunjuk
G = guru
M = murid
·
Aktiviti
semasa latih tubi
G
M M M M M M M
M M M M M M
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
= Jarak 10
meter.
= Garisan lurus
|
Bola (40), kon (10)
Catatan:
·
Demonstrasi
dilakukan dahulu.
·
Jarak
antara murid diberi penekanan supaya tidak berlaku pelangggaran dan murid
selesa melakukan aktiviti.
|
||||||||||||||||||||
Kemuncak
(7 minit)
|
“Mari Menggelecek”
|
·
Berdiri dan berada di dalam kawasan yang telah
ditetapkan.
·
Kelecek bola di sekitar kawasan yang ditetapkan.
·
Cuba kelecek bola apabila berjumpa atau
bertembung dengan rakan.
·
Murid yang berlanggar atau bola menyentuh bola
murid lain akan terkeluar daripada permainan.
·
Kawasan kelecek akan dikecilkan setiap 1 minit.
·
Murid yang dapat kelecek bola tanpa bersentuhan
atau berlanggar dengan murid lain akan dinobatkan sebagai pengelecek terbaik.
·
Tepukan diberikan kepada pengelecek terbaik dan
akan membuat demonstrasi kepada rakan-rakan yang lain.
|
2 kumpulan = Lelaki @ perempuan / kumpu
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
= Kon
|
Bola (40), kon (8)
Catatan:
·
Guru
akan melakukan demonstrasi terlebih dahulu.
|
||||||||||||||||||||
Penutup
(3 minit)
|
1. Menyejukkan Badan
2. Rumusan Pelajaran
2.1 Rumusan
kognitif &
Psikomotor
2.2 Rumusan
Afektif
- Penerapan
Nilai
- Pujian /
Teguran
3. Kerja Susulan
|
·
Berlari
anak dalam kawasan yang ditetapkan bersama bola.
·
Membuat
gelonggaran bersama dengan bola.
·
Buka kaki
selebar setengah meter dan tegakkan badan.
·
Bongkokkan
badan serendah yang mungkin sambil bola yang dipegang menyentuh rumput dengan
kiraan 8.
·
Berdiri
tegak dengan kaki dibuka seluas bahu dan rapatkan kedua belah tangan lurus di
atas kepala dengan kiraan 8.
·
Tarik
nafas melalui hidung dan tahan selama kira-kira 3 saat kemudian hembus melalui
hidung dan mulut.
·
Pastikan
bola yang dikawal verada rapat dengan kaki untuk mendapatkan kawalan yang
baik.
·
Gunakan
dalam kaki atau kekura kaki untuk mengawal bola.
·
Berikan
kerjasama semasa melakukan aktiviti mengelecek.
·
Lakukan
aktiviti mengikut arahan yang diberikan untuk elak kecederaan.
·
Melayari
internet bagi mendapatkan kefahaman yang kukuh berkaitan kemahiran
mengelecek.
·
Menonton
perlawanan bola sepak yang disiarkan di televisyen.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan