Khamis, 14 Ogos 2014

RPH PJ Tahun 3 KSSR (Hambur dan Mendarat)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]

Tarikh              :          6 Ogos 2014 (Rabu)
Masa                :         0830 – 0900   
Tempat            :          Gelanggang Sekolah
Tahun(Kelas)   :         Tahun 3 Alamanda 
Bilangan Murid :         40 orang (15 orang lelaki, 25 orang perempuan)
Fokus Pembelajaran: 1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan mendarat.
Tajuk                :   Hambur dan mendarat
Standard Pembelajaran : 1.6.1, 1.6.2, 2.5.1 & 5.2.2    
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :  i.  melakukan hambur dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai arah.
                       ii. melakukan hambur di atas peti lombol dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksi.

            Kognitif :          i.  mengenal pasti postur badan semasa hambur dan mendarat.  
                       
Afektif:            i. menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

Kemahiran Berfikir: Mencirikan
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid pernah dan tahu kemahiran melompat.
Penerapan nilai          : Keberanian dan berkerjasama
Penggabungjalinan     : Sains

BSPP : Tilam lompat tinggi (1), peti lombol (2), pundi kacang (40), bola (2), tiang (1)

EMK: Kreativiti






BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Memanaskan
Badan
(5 minit)
1.    Permainan simulasi “Terowong Rahsia”









2.    Regangan dinamik










·         Murid dalam kumpulan kecil.
·         Satu kumpulan sebagai terowong dan satu kumpulan lagi sebagai kenderaan.
·         Kumpulan terowong melakukan lentik kucing dan kumpulan kenderaan bergerak melalui terowong.
·         Tukar peranan apabila isyarat diberi.

Lakukan regangan dengan kiraan 8:
1.    Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.    Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.    Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.    Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.    Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.    Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.















Perkembangan
(15 minit)


Perkembangan 1
 (7 minit)

















Perkembangan 2
 (8 minit)

1.    Pengenalan isi pelajaran


2.    Aktiviti 1
Hambur Kucing

















3.    Aktiviti 2
Capai Awan


·         Aktiviti hari ini ialah pergerakan berirama iaitu “Hambur dan mendarat”.

1.    Murid duduk dekam di atas tiga tingkat peti lombol, melakukan hambur kucing dan mendarat ke atas tilam.
2.    Ulang dengan mengurangkan aras ketinggian peti lombol.
Fokus Pembelajaran:
      I.        Pandang hadapan ketika mula mendarat.
    II.        Semasa mendarat, tangan dibuka seluas bahu dan fleksi siku dan lutut.
   III.        Hambur dan mendarat dari aras lebih tinggi adalah lebih mudah berbanding pada aras rendah.



1.    Murid dalam kumpulan kecil.
2.    Setiap kumpulan akan menghambur dari pelbagai aras dan menyentuh bola yang digantung dan mendarat.
3.    Kumpulan yang paling banyak menyentuh bola dikira pemenang.

Fokus Pembelajaran:
      I.        Pandang hadapan ketika mula mendarat.
    II.        Semasa mendarat, tangan dibuka seluas bahu dan fleksi siku dan lutut.
   III.        Hambur dan mendarat dari aras lebih tinggi adalah lebih mudah berbanding pada aras rendah.


Peti lombol (2), tilam lompat tinggi (1)



Catatan:
·         Demonstrasi dilakukan oleh guru dahulu.














Peti lombol (2), tilam lompat tinggi (1), bola (2), tiang (1)


Catatan:
·         Demonstrasi dilakukan dahulu.
·         Pembetulan dilakukan sehingga murid dapat melakukan pergerakan dengan betul.

Kemuncak
(7 minit)
Kucing Terkam Mangsa

·         Berada dalam kumpulan masing-masing.
·         Murid dalam kumpulan kecil.
·         Menghambur dari peti lombol ke atas tilam melepasi rantaian gelang getah dan menerkam ke arah pundi kacang.
·         Kumpulan yang paling banyak menghambur melepasi rantaian gelang getah dan menyentuh pundi kacang dikira pemenang.





Laptop, muzik & pembesar suara (1)

Catatan:
·         Guru akan menunjukkan demonstrasi menggunakan 1 kumpulan dahulu. 
Penutup
(3 minit)
1. Menyejukkan Badan





2. Rumusan Pelajaran
2.1  Rumusan kognitif &
      Psikomotor



2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran


3. Kerja Susulan
1.    Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
2.    Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.


·         Pandang hadapan ketika mula mendarat.
·         Semasa mendarat, tangan dibuka seluas bahu dan fleksi siku dan lutut.

·         Kita perlu berani menerima cabaran dan melakukan aktiviti yang disediakan.


·         Melakukan latih tubi di rumah atau mengakses internet berkaitan menghambur.
          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 







Petunjuk:
G = Guru
M = Murid





Tiada ulasan: