RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]
Tarikh : 23
April 2014 (Rabu)
Masa : 0930
– 1000
Tempat : Gelanggang
Sekolah
Tahun(Kelas) : Tahun
4 Alamanda
Bilangan Murid : 40 orang ( 15 lelaki & 25
perempuan)
Fokus Pembelajaran: 1.7 Berkebolehan melakukan kemahiran
pukulan pepat dengan menggunakan alatan.
Tajuk : Pukulan
Pepat
Standard Pembelajaran : 1.7.5, 2.7.2, 2.7.5 & 5.2.4
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor : i. melakukan pukulan pepat menggunakan alatan.
Kognitif : i. mengenal pasti cara dirian yang betul untuk memulakan pergerakan ke
pelbagai arah.
ii.
mengenal pasti kemahiran dalam kategori jaring.
Afektif: i. menerima kemenangan dan kekalahan dalam
permainan secara positif.
ii. menerima cabaran dan berasa seronok semasa
melakukan aktiviti.
Kemahiran Berfikir: Mencirikan & membanding beza
Pengalaman sedia ada: Murid-murid pernah memukul bola atau alatan
lain
Penerapan nilai :
Bekerjasama dan disiplin
Penggabungjalinan: Matematik dan Bahasa Inggeris
BSPP :
Skital (5), bola getah (20),pemukul (5)
EMK: Kreativiti
BAHAGIAN
/MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
||||||||||||||||||||||
Memanaskan
Badan
(5 minit)
|
1.
Latihan
bebas
2.
Regangan
dinamik
|
·
Berdiri dalam keadaan bersedia secara
berpasangan.
·
Cuba sentuh dan pukul punggung rakan anda, dan
cuba elak daripada disentuh.
·
Cuba sentuh dan pukul lutut rakan dan cuba elak.
Lakukan regangan dengan
kiraan 8:
1.
Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2. Gerakkan kepala
ke atas dan bawah.
3. Gerakkan bahu ke
atas dan bawah.
4. Gerakkan
bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5. Bongkokkan badan
ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6. Buka kaki seluas
bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7. Lakukann lompat
bintang.
|
·
Semasa
latihan bebas.
Semasa regangan dinamik
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
||||||||||||||||||||||
Perkembangan
(15 minit)
Perkembangan
1
(7 minit)
Perkembangan
2
(8 minit)
|
1.
Pengenalan
isi pelajaran
2.
Aktiviti
1
(Pukulan pepat statik)
3.
Aktiviti
2
(Memukul berganti-ganti)
|
·
Pukulan
pepat adalah pukulan secara “forehand” ke arah hadapan.
·
Pukul bola dengan pukulan
pepat.
·
Pukul bola dari pelbagai
aras.
·
Semasa membuat pukulan;
-
Berdiri dengan memandang ke
hadapan.
-
Mata memandang bola
-
Kontak pemukul pada bola
-
Ikut lajak selepas memukul
Fokus
Pembelajaran:
·
Pegang pemukul dengan erat
dan lihat arah pergerakan bola.
·
Hayun pemukul dari belakang
ke hadapan dan ikut lajak.
·
Berpasangan.
·
Murid A menimang bola ke
atas tiga kali, biarkan bola melantun ke lantai sekali dan seterusnya membuat
pukulan pepat kepada murid B.
·
Murid B membiarkan bola
melantun sekali ke lantai.
Fokus
Pembelajaran:
·
Lihat ke arah pergerakan
bola sebelum memukul.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
= Skital & Bola kertas
|
Skital (5), bola kertas (5), pemukul (5)
Catatan:
·
Guru
melakukan demonstrasi pukulan pepat. .
·
Jarak
di antara murid diberi perhatian untuk aspek keselamatan.
Bola getah (12)
Catatan:
·
Guru
melakukan demonstrasi pukulan pepat.
·
Jarak
di antara murid diberi perhatian untuk aspek
|
||||||||||||||||||||||
Kemuncak
(7 minit)
|
Pertandingan Bersyarat
“Rali Pepat”
|
·
Secara berpasangan, murid menghantar bola secara rali dengan pukulan
pepat.
·
Pastikan bola melantun sekali sebelum dipukul.
·
Gunakan pukulan pepat sahaja.
·
Mata diberikan apabila bola tidak berjaya disambut.
·
Permainan ditamatkan apabila murid mendapat mata 11 pertama.
·
Tukar lawan di mana murid yang menang akan melawan yang menang
manakala murid yang kalah melawan murid yang kalah.
·
Tepukan diberikan kepada murid yang memenangi
setiap rali.
·
Kumpulan yang kalah didenda untuk menyusun
alatan.
|
|
Bola getah (12), Skital (5)
|
||||||||||||||||||||||
Penutup
(3 minit)
|
1. Menyejukkan Badan
2. Rumusan Pelajaran
2.1 Rumusan
kognitif &
Psikomotor
2.2 Rumusan
Afektif
- Penerapan
Nilai
- Pujian /
Teguran
3. Kerja Susulan
|
1.
Gerakkan
badan ke kiri dan ke kanan berulang kali.
2.
Berpasangan,
tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
3.
Tarik
nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.
·
Mata sentiasa memandang ke arah kedudukan bola.
·
Kontak pemukul pada bola.
·
Ikut lajak selepas memukul.
·
Kita perlu bekerjasama
dan berdisiplin semasa melakukan aktiviti.
·
Kerjasama
merupakan antara resepi kejayaan dalam sesebuah pasukan.
·
Berhati-hati
semasa melakukan pukulan agar tidak mendatangkan kecederaan kepada orang
lain.
·
Mencari
aktiviti-aktiviti atau sukan yang menggunakan kemahiran pukulan pepat.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan