RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI
Tarikh
: 17 Februari 2014 (Isnin)
Masa
: 1020-1050 (30 minit)
Tempat :
Gelanggang Sekolah
Tahun(Kelas) : 5
Dahlia
Bilangan Murid: 41 orang ( 14 orang lelaki & 27 orang
perempuan )
Tunjang Pembelajaran: 1. Kecergasan
Tajuk
: 1.5 Kekuatan
Sub-tajuk :
1.5.1 Tolak Bahu Berpasangan
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid
dapat:
Psikomotor : i. melakukan aktiviti kekuatan
sekurang-kurangnya 8 hingga 10 saat dalam setiap percubaan dengan teknik yang
betul dan selamat.
ii. melakukan
aktiviti menolak bahu secara berpasangan dengan selamat.
Kognitif :
i. menyatakan tiga otot utama yang terlibat
semasa melakukan aktiviti menolak bahu secara berpasangan.
ii.
menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti menolak bahu secara berpasangan.
Afektif:
i. menunjukkan perasaan seronok semasa
menjalani aktiviti kekuatan otot.
ii. mengamalkan
sikap kerjasama semasa dalam permainan.
Kemahiran Berfikir: Mencirikan
Pengalaman sedia ada: Murid-murid tahu dan kenal bagaimana menolak.
Penerapan nilai
: Kerajinan dan kerjasama
Penggabungjalinan:
Pendidikan
Moral
BSPP : Skital (4)
BAHAGIAN
/MASA
|
AKTIVITI
|
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
|
ORGANISASI
|
ALATAN/
CATATAN
|
||||||
Permulaan
(5 minit)
|
|
·
Bentuk dua barisan. Barisan pertama lelaki dan kedua perempuan.
·
Lari
anak ke arah yang ditunjukkan dan apabila wisel ditiup lakukan aktiviti seperti
melompat, dan menyentuh lantai mengikut arahan.
Ulangan sebanyak 8 kali.
·
Gerakkan bahu mengikut arah putaran jam dan lakukan sebaliknya.
·
Pusingkan tangan mengikut arah jam dan lakukan sebaliknya.
·
Luruskan tangan ke hadapan dan gerakkan ke kiri dan kanan.
·
Luruskan tangan ke belakang dan gerakkan ke atas dan bawah.
·
Tundukkan badan paras pinggang dan gerakkan ke kiri dan kanan.
·
Lari perlahan setempat dan laju mengikut arahan yang diberikan.
|
·
Semasa
permainan nombor.
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
·
Semasa regangan spesifik.
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
||||||
Perkembangan
(15 minit)
Perkembangan
1
(7 minit)
Perkembangan
2
8 minit
|
|
·
Pelajaran pada hari ini
ialah kekuatan otot yang bermaksud kemampuan maksimum seseorang itu untuk
mengatasi sebarang rintangan fizikal.
·
Secara berpasangan, berdiri
membelakang rakan.
·
Silangkan kedua-dua siku
kiri dan kanan pada siku rakan.
·
Angkat rakan seperti memikul
dengan membengkokkan lutut sambil mengangkat rakan.
·
Tahan selama 10 saat.
·
Lakukan seperti demonstrasi.
·
Dalam posisi membelakang.
·
Pastikan kunci kedua-dua
siku tersebut dengan erat.
·
Angkat rakan dengan
membengkokkan lutut.
·
Tahan selama 10 saat.
·
Apabila wisel pertama ditiup
lakukan pelakuan di atas dan tahan sehingga wisel kedua dibunyikan.
·
Secara berpasangan, pegang
bahu rakan menggunakan kedua-dua belah tangan.
·
Silangkan kaki kiri di
hadapan dan kaki kanan di belakang dan bersedia untuk menolak.
·
Tolak bahu rakan dan
pasangannya cuba tahan dan lawan tolakan tersebut dengan menolak pasangannya
ke arah bertentangan.
·
Lakukan seperti demonstrasi.
·
Pastikan pegang bahu rakan
menggunakan kedua-dua belah tangan.
·
Elakkan daripada memicit
bahu rakan untuk elakkan kecederaan.
·
Silangkan kaki kiri di
hadapan dan kaki kanan di belakang dan bersedia untuk menolak.
·
Tolak bahu rakan dan
pasangannya cuba tahan dan lawan tolakan tersebut dengan menolak pasangannya
ke arah bertentangan.
·
Mula menolak apabila wisel
ditiup dan berhenti apabila wisel kedua dibunyikan.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
||||||
Kemuncak
(7 minit)
|
Permainan kecil
“Siapa Badang?”
|
·
Secara berpasangan, berdiri
dalam dua barisan lurus. (Murid A di sebelah kiri dan murid B di sebelah
kanan)
·
Apabila arahan diberikan,
bersedia dengan memegang bahu pasangan masing-masing dan berdiri dalam
keadaan bersedia untuk menolak.
·
Apabila wisel ditiup, tolak
bahu pasangan sehingga melepasi garisan atau skital yang disediakan.
·
Individu yang terkeluar
daripada garisan akan kalah dalam pusingan tersebut. (2 pusingan & 3
pusingan apabila seri)
·
Indivdu yang memenangi 2
pusingan akan meneruskan permainan dengan melawan individu lain yang menang
dan yang kalah akan menjadi penonton.
·
Di peringkat akhir hanya 2
individu sahaja yang akan bertanding dan pemenang akan dinobatkan sebagai Si
Badang.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
= Garisan penamat
|
Skital (4)
|
||||||
Penutup
(3 minit)
|
2.1 Rumusan
kognitif &
Psikomotor
2.2 Rumusan
Afektif
- Penerapan
Nilai
- Pujian / Teguran
|
·
Duduk dalam keadaan terkangkang sambil mengendurkan
otot paha dan betis.
·
Masih dalam keadaan duduk, murid cuba membuat jangkauan
ke hadapan seberapa jauh yang mungkin
dalam kiraan 4.
·
Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
·
Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama kira-kira 3
saat kemudian hembus melalui mulut.
·
Antara otot utama yang
terlibat semasa aktiviti kekuatan adalah seperti bisep, deltoid, dan
gastronemius (betis).
·
Pastikan pegang bahu
menggunakan kedua-dua belah tangan dan keseluruhan jari memegang bahu serta
berdiri dalam keadaan bersedia dengan membengkokkan kaki untuk mendapatkan
kekuatan.
·
Berhati-hati semasa melakukan aktiviti atau permainan
kecil.
·
Beri tepukan kepada yang berjaya memenangi permainan
dan dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.
·
Boleh malakukan aktiviti kekuatan otot di atas sebagai
aktiviti riadah di waktu petang.
|
Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan