Jumaat, 20 Julai 2012

Faktor Lokasi Dlm Pelaksanaan Akrtiviti P&P PJ


Soalan:
Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani, pelbagai fakor perlu diambil. Huraikan faktor lokasi sekolah yang boleh mempengaruhi aktiviti Pendidikan Jasmani ?

Faktor lokasi sekolah atau kedudukan sekolah merupakan sebahagian daripada komponen yang terdapat dalam faktor persekitaraan. Lokasi sekolah atau kedudukan sekolah dibahagikan kepada dua yakni sekolah di kawasan Bandar dan luar Bandar. Kedua-dua kedudukan sekolah ini mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan baik dari segi tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahannya.
             Kedudukan sekolah di kawasan bandar mempunyai pelbagai kelebihan berbanding kawasan di luar bandar. Kewujudan pertubuhan tertentu memberi kelebihan bagi sekolah di bandar terutamanya dari segi kepakaran yang ada. Justeru itu sekolah yang berada di luar bandar boleh berkongsi kepakaran yang sedia ada di bandar. Sebagai contoh kepakaran jurulatih renang, gimnas, taekwando dan sebagainya.Kepakaran-kepakaran yang terdapat di kawasan bandar boleh dijadikan asas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan kepakaran yang terdapat di situ. Di bandar juga terdapat guru-guru yang mempunyai kepakaran khas berbanding di luar bandar. Keadaan tersebut diransang oleh adanya persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh badan-badan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk
mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu kemahiran atau sukan. Ini memberi banyak peluang kepada sekolah di bandar untuk merancang pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat murid.
            Kedudukan sekolah di kawasan luar bandar agak ketinggalan daripada sekolah di Bandar. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah melakukan banyak usaha bagi meningkatkan insfrakstruktur sekolah di luar bandar. Ini terbukti pada tahun lepas sahaja, kerajaan telah memperuntukkan tambahan RM2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di kawasan pendalaman dan luar bandar seluruh negara. Ianya sebagai tambahan kepada RM9.7 billion yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan dan dijangka akan memberi manfaat kepada dua juta pelajar luar bandar dan pendalaman. Oleh itu, aktiviti yang akan dirancang di luar bandar haruslah bersesuaian dan menepati tahap ekonomi penduduk setempat. Ini kerana ibu bapa di sekolah hanya bergantung kepada inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah sahaja dalam membentuk anak-anak mereka.
            Kesimpulannya, kreativiti seseornag guru dalam mengubah suai dan mempelbagaikan pendekatan P&P beliau amat perlu dalam memastikan aktiviti PJ dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah terutama di sekolah luar Bandar kerana infrastruktur yang serba kekurangan memungkinkan keberkesanaan P&P dapat dijayakan. 

Tiada ulasan: