Rabu, 15 Februari 2012

Isu Semasa PJ


ISU SEMASA
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipinggirkan?
PENDIDIKAN Jasmani dan Kesihatan (PJK) sering dianggap sebagai mata pelajaran sampingan.
Lebih mengecewakan lagi ia sering dianggap sebagai mata pelajaran `main-main'.

Oleh kerana mata pelajaran ini tidak dinilai dalam peperiksaan-peperiksaan kebangsaan, mata pelajaran ini tidak dipandang sambil lewa sehingga akhirnya waktu mata pelajaran PJK digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran lain.

Keadaan bertambah buruk lagi apabila guru yang terlibat secara langsung atau tidak terhadap mata pelajaran ini dipandang rendah oleh guru yang mengajar mata pelajaran penting dalam peperiksaan.
Walaupun guru ini bekerja keras untuk melaksanakan pengajarannya dengan berlandaskan rancangan dan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kementerian, semangat itu luntur akibat tekanan-tekanan yang diterima.

Keadaan ini harus dibetulkan. Persepsi negatif ini perlu diketepikan.
Sebagai warga pendidik, kita perlu menyedari bahawa Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.Dalam hal ini, aktiviti fizikal yang banyak dikaitkan dengan mata pelajaran PJK sesungguhnya begitu banyak menyumbang ke arah kecergasan jasmani yang turut mempengaruhi aspek intelek dan emosi.

Sebenarnya, salah satu matlamat mata pelajaran PJK ialah untuk menyediakan individu dengan pengetahuan fizikal serta penggunaan masa kesenggangan yang berfaedah. Sebuah tempat di Peranchis iaitu Vanvas telah memperkenalkan pendidikan fizikal harian (DPE) untuk kanak-kanak sekolah rendah.Program DPE ini meliputi sepertiga daripada masa persekolahan setiap hari sebagai satu usaha untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam aspek psikologi, fizikal, mental dan sosial.Program yang sama diadakan di Jepun, Kanada dan Australia.Hasil kajian mendapati kanak-kanak yang menjalani latihan fizikal ini menunjukkan tahap kecergasan yang baik.Konsep kendiri mereka juga didapati lebih positif, keputusan mata pelajaran lain turut memberangsangkan.Secara keseluruhannya, kegiatan dalam Pendidikan Jasmani tertumpu kepada perkembangan tubuh badan termasuk perkembangan fizikal, sosial dan mental. Oleh itu mata pelajaran PJK perlulah dilaksanakan dengan perancangan teliti termasuk mengambil kira keperluan semasa dan kebolehan pelajar. Sekiranya matlamat dan objektif P&P PJK ini tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan cemerlang, dikhuatiri akan lahir generasi yang kurang aktif dalam membentuk diri ke arah kesejahteraan fizikal, mental dan emosi.

Justeru, usaha-usaha untuk melahirkan golongan pendidik yang benar-benar berwibawa dan serasi dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu dikembangkan, sama ada melalui kursus-kursus jangka pendek, mahupun jangka panjang.  Jurusan PJK juga perlu diperluaskan sehingga ke peringkat ijazah dengan kuota yang lebih besar. Semoga dengan itu, semua guru PJK akan dididik dan dibekalkan ilmu perguruan yang sempurna dan mencukupi untuk berfungsi secara efektif demi merealisasikan kehendak FPN. Dengan demikian, guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran PJK tidak akan dipandang rendah dan mata pelajaran ini juga tidak diremehkan.

Sumber maklumat: NORYATI MAJID, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Cawangan Sandakan.

PENDIDIKAN JASMANI BENTUK DISIPLIN PELAJAR
PEMBENTUKAN sahsiah dan disiplin pelajar boleh dilakukan melalui pendidikan jasmani di sekolah-sekolah.
Menurut pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Norlena Salamuddin dan Mohd Taib Harun, pendidikan jasmani juga mampu merapatkan hubungan antara pelajar sama ada sesama kaum ataupun daripada kaum-kaum lain.
Menurut mereka, struktur serta perjalanan kelas pendidikan jasmani berbeza dengan kelas-kelas akademik kerana dalam kelas jasmani para pelajar lebih bebas bergerak dan bertindak.
``Hanya dalam kelas jasmani integrasi kaum bukan hanya melibatkan perbualan malah memperlihatkan aksi dan reaksi terhadap sesuatu situasi yang tidak dirancang,'' katanya.
Bagi memastikan pendidikan jasmani menjurus kepada pembentukan sahsiah dan disiplin serta integrasi maka pendidikan kewarganegaraan harus disertakan dalam kurikulum itu.
Berdasarkan kurikulum dalam pendidikan jasmani yang diguna pakai pada masa ini ia dilihat dari segi tujuan, struktur program, kandungan serta orientasi nilainya.
Kurikulum pendidikan jasmani hari ini boleh dikategorikan kepada bidang pendidikan perkembangan, pendidikan pergerakan, pendidikan humanistik, pendidikan sukan, pembelajaran kinesiologikal dan pendidikan kesihatan.
``Bidang mana yang dipilih bagi mengajar pendidikan jasmani bergantung kepada keselesaan seseorang guru tersebut,'' kata mereka pada majlis Wacana Pemikiran dalam Pendidikan yang diadakan di UKM, Bangi, baru-baru ini.
Namun apa yang penting menurut mereka, ialah mengutamakan objektif pendidikan kewarganegaraan sewaktu mengajar pendidikan jasmani.
``Pendidikan jasmani perlu diberi tempat dalam pembelajaran di sekolah kerana bidang sukan seperti kinesiologi dan biomekaniks boleh diaplikasikan di luar bidang sukan menjadikan subjek ini wajar diberikan pendedahan,'' kata mereka.
Pendekatan tersebut mampu memastikan pembangunan sosio ekonomi negara yang setanding dengan negara maju.
Menurut mereka, pendidikan jasmani terbukti mampu membentuk sahsiah pelajar sekiranya dilakukan secara teratur sebagaimana seorang guru mengajar pelajar membaca dan menulis.
Aktiviti-aktiviti dalam kelas pendidikan jasmani mempunyai nilai etika dan estetika yang perlu dipupuk dengan betul kepada generasi muda.
Kelas pendidikan jasmani selain dari menyediakan peluang melakukan kemahiran sukan, ia merupakan satu-satunya kurikulum yang menyediakan pengalaman-pengalaman secara langsung sama ada secara teori atau amali.
Selain itu, isi pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menyediakan peluang untuk membentuk perlakuan sosial yang baik melalui permainan-permainan ko-operatif dengan menekankan kepada empat konsep.
Konsep itu ialah kerjasama pelajar dalam satu kumpulan kecil atau besar, penerimaan pelajar sebagai anggota dalam satu kumpulan, penglibatan aktiviti pelajar secara langsung dan mewujudkan keseronokan.
Namun begitu pendidikan jasmani perlu didefinisikan semula berdasarkan objektif utama pengajaran kelas pendidikan jasmani iaitu kompetitif, ko-operatif dan individu.
Objektif kompetitif memfokus kepada keputusan satu-satu permainan atau pertandingan manakala objektif ko-operatif memfokuskan tanggungjawab antara satu sama lain.
Objektif individu pula memberi fokus kepada diri individu sebagai yang terbaik.
Menurut mereka, membentuk isi pengajaran pendidikan jasmani berasaskan nilai koperatif membolehkan pelajar memahami, menggunakan serta menyebatikan perlakuan-perlakuan beretika dalam kelas pendidikan jasmani.

PENDIDIKAN JASMANI ASAS MELAHIRKAN ATLET NEGARA
PERSATUAN Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) menegaskan bahawa pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah adalah penting untuk melahirkan generasi pelapis atlet di masa hadapan, lapor Dallia Dunstan.
Anggota Suruhanjaya Pendidikan Profesional dan Akademik PPJSKM, Dr. Iskandar Abdullah berkata, pendidikan jasmani dan kesihatan memainkan peranan di mana ia menjadi pelantar untuk mencungkil bakat atlet daripada peringkat sekolah sebelum meneruskan karier mereka dalam bidang sukan.
``Dasar Sukan Negara juga menyebut sekolah mempunyai peranan untuk membantu melahirkan atlet-atlet muda dan ini sepatutnya dijadikan panduan kepada sekolah bahawa pendidikan jasmani itu adalah penting,'' katanya.
Mata pelajaran ini adalah wajib di dalam sistem pendidikan di mana ia diajar dua kali seminggu di sekolah menengah dan tiga kali seminggu di sekolah rendah,'' katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Pendidikan Jasmani di Sekolah, Kolej dan Universiti' pada Forum Umum dan Polisi Sukan Negara ke-6 di Kuala Lumpur semalam.
Menurut Dr. Iskandar, PPJSKM amat bimbang mengenai ura-ura ada beberapa sekolah yang ingin mengurangkan waktu pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan daripada apa yang telah termaktub dalam sistem pendidikan negara.
``Sesetengah pihak turut menganggap mata pelajaran ini yang tidak diuji dalam sistem pendidikan Malaysia tidak penting dan boleh dipandang remeh.
``Jika ini berlaku bagaimana negara mahu melahirkan atlet yang berwibawa dan berjaya jika asasnya tiada di sekolah,'' katanya.
Empat pembentang telah mempersembahkan kertas kerja masing-masing di mana objektifnya ialah untuk membincangkan `Asas Sukan di Malaysia' di mana ia memberi fokus kepada polisi sukan kebangsaan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1988.

KEGANASAN ATAU KEAGRESIFAN DALAM SUKAN 
KEGANASAN/KEAGRESIFAN
1. Fenomena tingkah laku
2. Sentiasa berlaku dalam sukan
3. Tindakan – akibatkan – kecederaan kerosakan
4. Silva (1981): keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut.
5. Wann (1997): keagresifan sebagai satu tindakan yang bermatlamat untuk mencederakan secara fizikal, verbal atau psikologikal orang lain yang juga cuba mengelakkan diri sendiri daripada dicederakan
6. Melibatkan atlet, Pegawai, Jurulatih dan juga penonton. 
7. Jenis-jenis keganasan @ keagresifan:
7.1 Keagresifan ketara: kecenderungan untuk mencederakan individu dengan sengaja bermatlamat untuk menyakitkan secara fizikal atau psikologi yang didorong oleh rasa marah atau kecewa
7.2 Keagresifan instrumental: tindakan mencederakan pihak lawan sebagai satu cara untuk mencapai matlamat kemenangan atau ganjaran
7.3 Keagresifan asertif: penggunaan fizikal atau verbal tanpa niat untuk mencederakan pihak lawan dan tindakan itu dibenarkan mengikut peraturan permainan
PUNCA-PUNCA KEGANASAN
1. Psikologi
PROVOKASI
Tindakan yang mencabar untuk dapatkan reaksi balas lawan 
TEKANAN EMOSI – (STRESS)
Prestasi di bawah jangkaan
Jangkaan menang – kalah
Provokasi pihak lawan & penonton 
JANGKAAN PERLAKUAN KASAR
* Atlet jangka akan dikasari – bertindak agresif
KURANG PENGETAHUAN
*Sukan Kontak – pijak pemain yang jatuh
* Penonton tidak tahu undang - undang 
2. Persekitaran
LOKASI PERTANDINGAN
*Sokongan Padu – penyokongt tuan rumah
*Pelawat – tindakan balas 
CUACA
* Cuaca Panas - bertindak agresif
* Hujan – padang licin
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
* Kalah – tertekan – bertindak agresif
ASPEK KESELAMATAN
* Tahap keselamatan – longgar
* Penempatan Penonton - penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat
* Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll
3. Biologi
HORMON ADRENALIN
*Hormon – meransang
*Meningkat dalam suhu tinggi, kelesuan, bising
KEBANGKITAN FISIOLOGI
* Naik semangat
* Respon Unik
* Rembesan Hormon Adrenalin - meningkat 
KESAN STEROID
* Steroid – kesan sampingan – mood sukar dikawal

Tiada ulasan: