Semangat |
Khamis, 21 Februari 2013
Jumaat, 8 Februari 2013
Khas Buat epynk saya...oleh dmond...
You've touched these tired eyes of mine
And mapped my face line by line
And some how growing old feels fine
I listen close for I'm not smart
You wrap your thoughts and works of art
And there hanging on the walls of my heart.
I may not have the softest touch
I may not say the words as such
And though I may not look like much
epynk...I'm yours.
And though my edge is maybe rough
I never feel I'm quite enough
And it may not seem like very much
But, epynk... I'm yours.
You healed these scars over time
And braced my soul, you loved my mind
Your the only angel in my life
The day the news came, my dad died
My knees went weak, and you saw me cry
Say I'm still the soldier in your eyes.
I may not have the softest touch
I may not say the words as such
I may not rich enough like others
And though I may not look like much
epynk mek...I'm yours.
And though my edge is maybe rough
I never feel I'm quite enough
And it may not seem like very much
But, epynk... I'm yours.
I may not have the softest touch
I may not say the words as such
And though I don't fit in that much
But, epynk... I'm yours.
Terima kasih epynk. Dua seinggit. Hehe |
Sorry epynk...mek akan tunggu dia...Hatiku hanya satu dan yang satu itu hanya untukmu epynk mek...sekiranya aku tiada lagi di sini, inilah coretan khas buat epynk mek yang disayangi,dikasihi,dicintai dan dijaga baik setiap masa...Untukmu epynk...Moga berjaya dalam kehidupan dan menjadi guru yang cemerlang. Dia cantik dan sentiasa cantik bagi dmond setiap masa. Dmond tidak marah dan benci epynk. dmond sentiasa berdoa untuk epynk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan serta keluarga dia, berdoa seupaya diberikan kekuatan menghadapi setiap dugaan yang mendatang dan memberikan ketenangan kepada epynk dikala kesusahan. Dmond juga doa agar setiap beban yang epynk pikul diberikan kepada dmond agar epynk tidak mengalami tekanan dan akan tenang dan gembira. Itulah doa dmond setiap malam.
dmond sudah janji akan menjaga epynk sebaik yang mungkin dan tidak mau epynk susah.tetapi minta maaf sebab dmond tidak pandai berbuat begitu. 1 4 3 epynk...dmond nyayang muu epynk...kebanyakkan masa dmond hanya merasa kebahagiaan dan kegembiraan bila bersama epynk. TQ...
Khamis, 7 Februari 2013
Cara Mengkritik Artikel
Center for Teaching and Learning
BRK 460•206.6503
HOW TO CRITIQUE A JOURNAL ARTICLE
So your assignment is to critique a journal article. This handout will give you a few guidelines to follow as you go. But wait, what kind of a journal article is it: an empirical/research article, or a review of literature? Some of the guidelines offered here will apply to critiques of all kinds of articles, but each type of article may provoke questions that are especially pertinent to that type and no other. Read on.
First of all, for any type of journal article your critique should include some basic information:
1. Name(s) of the author(s)
2. Title of article
3. Title of journal, volume number, date, month and page numbers
4. Statement of the problem or issue discussed
5. The author’s purpose, approach or methods, hypothesis, and major conclusions.
The bulk of your critique, however, should consist of your qualified opinion of the article. Read the article you are to critique once to get an overview. Then read it again, critically. At this point you may want to make some notes to yourself on your copy (not the library’s copy, please). The following are some questions you may want to address in your critique no matter what type of article you are critiquing. (Use your discretion. These points don’t have to be discussed in this order, and some may not be pertinent to your particular article.)
1. Is the title of the article appropriate and clear?
2. Is the abstract specific, representative of the article, and in the correct form?
3. Is the purpose of the article made clear in the introduction?
4. Do you find errors of fact and interpretation? (This is a good one! You won’t believe how often authors misinterpret or misrepresent the work of others. You can check on this by looking up for yourself the references the author cites.)
5. Is all of the discussion relevant?
6. Has the author cited the pertinent, and only the pertinent, literature? If the author has included inconsequential references, or references that are not pertinent, suggest deleting them.
7. Have any ideas been overemphasized or underemphasized? Suggest specific revisions.
8. Should some sections of the manuscript be expanded, condensed or omitted?
9. Are the author’s statements clear? Challenge ambiguous statements. Suggest by examples how clarity can be achieved, but do not merely substitute your style for the author’s.
10. What underlying assumptions does the author have?
11. Has the author been objective in his or her discussion of the topic?
In addition, here are some questions that are more specific to empirical/research articles. (Again,
use your discretion.)
1. Is the objective of the experiment or of the observations important for the field?
2. Are the experimental methods described adequately?
3. Are the study design and methods appropriate for the purposes of the study?
4. Have the procedures been presented in enough detail to enable a reader to duplicate them? (Another good one! You’d be surprised at the respectable researchers who cut corners in their writing on this point.)
5. Scan and spot-check calculations. Are the statistical methods appropriate?
6. Do you find any content repeated or duplicated? A common fault is repetition in the text of data in tables or figures. Suggest that tabular data be interpreted of summarized, nor merely repeated, in the text.
A word about your style: let your presentation be well-reasoned and objective. If you
passionately disagree (or agree) with the author, let your passion inspire you to new heights of
thorough research and reasoned argument.
Model dan kaedah pembelajaran komposisi badan
Model dan kaedah pembelajaran komposisi badan
1. Model komposisi badan
·
Dua model yang lazim digunakan di
dalam kebanyakan kajian adalah dari perspektif
(a) ahli biokimia dan
(b) mereka
yang bertugas bersama individu di klinik, pusat pemakanan, pusat kecergasan dan
sebagainya (model dua bahagian).
· Model biokimia – Secara
biokimia, badan manusia terdiri daripada empat unsur utama iaitu air, protein,
mineral dan lemak.
·
Walaupun model ini berfaedah
untuk perbandingan umum, kegunaannya adalah terhad kerana data analisis
biokimia yang diperolehi hanyalah dari sekumpulan individu yang kecil, yang
mana mungkin tidak mewakili populasi norma.
·
Model dua bahagian adalah
merujuk kepada pembahagian jisim badan kepada komponen lemak dan otot.
·
Komponen tanpa lemak adalah
dirujuk sebagai jisim badan bebas lemak manakala komponen yang satu lagi
dikenali sebagai jisim berlemak.
2. Kaedah menganggar komposisi badan
Kaedah yang lazim digunakan
bagi menganggar komposisi badan dalam individu adalah secara tidak langsung.
Kaedah timbangan dalam air (hydrostatic) – menganggar ketumpatan
badan dan menukar nilai kepada peratusan lemak badan.
·
Kaedah pencairan isotop –
menganggar jumlah air di dalam badan, yang mana ini ditukar kepada jisim bebas
lemak (fat-free mass).
·
Kaedah pengaktifan neutron –
menggunakan isotop nitrogen dan kalsium untuk menganggar tisu tanpa lemak dan
mineral.
·
Kaedah pengkonduksian elektrik badan
dan bioelectrical impedance –
menganggar jisim bebas lemak (tisu tanpa lemak akan mengalirkan elektrik lebih
mudah berbanding tisu berlemak).
·
Kaedah ultrasound – menganggar lemak, otot dan tulang.
·
Kaedah radiografi – menganggar
lemak, otot dan tulang.
·
Kaedah antropometri –
menganggar lemak dan meramal jisim bebas lemak.
·
Pengukuran ketumpatan badan:
-
Ketumpatan = jisim per unit
isipadu.
-
Ketumpatan lemak = 0.90 g/cm3
dan adalah lebih rendah daripada air (1.0 g/cm3), dan lebih rendah
daripada tisu tanpa lemak (1.10 g/cm3).
-
Badan yang berketumpatan rendah
mempunyai lebih lemak berbanding badan yang berketumpatan tinggi.
-
Ketumpatan adalah berkadar
songsang dengan lemak badan.
-
Densitometri adalah merujuk
kepada pengukuran ketumpatan badan.
-
Ketumpatan digunakan untuk
menganggar peratus berat badan yang terdiri daripada lemak.
·
Mengukur jumlah air dalam badan:
-
Air adalah komposisi terbesar
dalam badan.
-
Kebanyakan air di dalam badan
adalah di dalam tisu tanpa lemak. Oleh itu pengukuran jumlah air dalam badan
memberi satu cara untuk menganggar jisim bebas lemak.
·
Mengukur kalium dalam badan
-
Kalium banyak dijumpai dalam
sel-sel, khususnya di tisu otot. Oleh itu pengukuran kepekatan kalium dalam badan
boleh memberi satu anggaran jisim bebas lemak.
·
Aplikasi kaedah pengukuran pada
kanak-kanak
-
Kaedah-kaedah pengukuran yang
sedia ada yang dilaksanakan ke atas orang dewasa tidak semestinya sesuai dengan
kanak-kanak.
-
Antara perkara-perkara yang
perlu dipertimbangkan adalah:
….> adakah ketumpatan lemak dan tisu bebas lemak, kandungan air
dan kalium di dalam jisim bebas lemak sama dalam dewasa dan kanak-kanak?
….> bilakah ketumpatan, kepekatan air dan kalium dalam tisu tanpa
lemak dicapai dalam dewasa?
….> kaedah densitometri adalah lambat dan memerlukan subjek
kajian menjalani latihan keselesaan dengan prosedur.
….> kaedah ini hanya terhad kepada kanak-kanak berumur 7 atau 8
tahun dan bukannya lebih muda.
….> penggunaan kaedah kalium adalah sangat mahal dan sensitif,
dan tempoh pengukurannya amat bergantung kepada saiz subjek.
….> kanak-kanak mungkin tidak berupaya berada di dalam keadaan
tetap untuk suatu tempoh yang lama semasa pengukuran dilaksanakan.
….> pengukuran jumlah air dalam badan memerlukan subjek berpuasa
semalaman sebelum pengukuran dapat dilaksanakan.
3. Pertumbuhan jisim bebas lemak, jisim lemak dan peratus lemak
·
Jisim bebas lemak (fat-free
mass)
·
Jisim bebas lemak mengikuti
satu pola pertumbuhan seperti dalam ketinggian dan berat badan, dan perbezaan
jantina memainkan peranan utama semasa pertumbuhan remaja.
·
Pada peringkat awal dewasa,
perempuan mencapai nilai jisim bebas lemak lebih awal, antara umur 15 ke 16
tahun berbanding lelaki pada umur antara 19 ke 20 tahun.
·
Pada peringkat lewat remaja,
lelaki, pada puratanya mempunyai jisim bebas lemak 1.5 kali lebih berbanding
perempuan.
·
Perbezaan ini menunjukkan
pertumbuhan pesat jisim otot dalam remaja.
·
Selepas 14 tahun, lelaki
mempunyai jisim bebas lemak yang lebih berbanding perempuan dengan ketinggian
yang sama.
·
Jisim lemak (fat mass)
·
Anggaran jisim lemak meningkat
pada 2 atau 3 tahun pertama dalam hidup dan kemudiannya tidak menunjukkan
perubahan antara 5 – 6 tahun.
·
Jisim lemak perempuan mula
meningkat denagn pesat berbanding lelaki di peringkat remaja, dan mula malar
apabila lelaki mengalami pertumbuhan pesat di antara 13 – 15 tahun.
·
Peratus lemak meningkat dengan
pesat dalam kedua-dua jantina semasa bayi, dan mula berkurangan semasa awal
kanak-kanak.
·
Perempuan pada puratanya
menunjukkan peratus lemak yang lebih sedikit berbanding lelaki semasa peringkat
bayi dan awal kanak-kanak, tetapi dari 5 – 6 tahun sehingga remaja, perempuan
mempunyai peratus lemak yang lebih berbanding lelaki.
·
Dalam lelaki, peratus lemak
berada di tahap paling rendah pada 16 – 17 tahun, dan seterusnya meningkat
apabila berada di peringkat awal dewasa.
Perubahan tisu adipos semasa pertumbuhan
1. Jenis tisu adipos
·
Tisu adipos adalah komponen
fungsi dan struktur jisim lemak.
·
Terdapat dua jenis tisu adipos
iaitu tisu adipos perang dan tisu adipos putih.
·
Tisu adipos putih:
-
Terdiri daripada sel lemak (adipocytes) yang mengandungi satu
titisan lemak besar, dalam bentuk trigliserida.
-
Nukleus adiposit dan organel
sel sitoplasma (iaitu mitokondria dan lain-lain) dimampatkan ke bahagian luar
sel antara titisan lipid dan membran sel.
-
Tisu aktif metabolisme (dalam
metabolisme glukosa, asid lemak, lipoprotein dan kolesterol).
-
Terdapat di seluruh badan.
-
Kebanyakannya boleh dijumpai di
dalam ginjal, jantung, hati dan organ-organ lain, tetapi sebaran terbesar
adalah di lapisan bawah kulit.
-
Tisu yang penting dalam
metabolisme dan setor simpanan tenaga.
-
Memberi perlindungan dan
penebat ke atas badan dan organ-organ penting.
·
Tisu adipos perang:
-
Mengandungi beberapa titisan lipid
dan bukannya dalam satu vakuol lipid yang besar.
-
Nukleus tidak dimampatkan
seperti dalam tisu adipos putih.
-
Mengandungi lebih mitokondria
yang lebih besar dan berstruktur kompleks
berbanding tisu adipos putih.
-
Fungsi utama bukan untuk
simpanan lipid tetapi untuk menjana haba (thermogenesis).
-
Banyak terdapat di dalam haiwan
yang tinggal di persekitaran sejuk, and haiwan yang berhibernasi.
-
Lebih kecil daripada sel adipos
putih. Diameternya berjulat antara 15 – 50 mikrometer.
-
Warna perang adalah disebabkan
oleh kepekatan tinggi sitokrom dan enzim sitokrom dalam mitokondria, serta
kandungan hemoglobin dalam tisu.
-
Dalam badan manusia, tisu ini
didapati pada tempat-tempat tertentu, khususnya di bahagian belakang leher, dan
bahagian belakang interscapula bayi
yang baru dilahirkan.
-
Diberkaskan antara sel dan
kapilari.
-
Mempunyai kaitan dengan sistem saraf
simpatetik serta mempunyai reseptor sel yang berupaya bertindak balas terhadap
hormon seperti noradrenalin.
-
Menyimpan lemak untuk kegunaan
sendiri dan bukan untuk aktiviti metabolisme tisu lain.
2. Perkembangan tisu adipos dalam pranatal
·
Tisu adipos putih telah
didapati di bahagian abdomen bayi semasa minggu ke-14 kehamilan.
·
Tidak terdapat perbezaan dalam
tisu adipos putih antara jantina.
·
Dalam perkembangan awalan bayi,
adiposit mempunyai beberapa titisan lipid yang bergabung untuk membentuk satu
sel dengan satu titisan.
·
Selepas minggu ke-23 kehamilan,
aktiviti utama yang menyumbang kepada pencapaian pesat berat badan adalah
pengembangan adiposit dan pemberkasan tisu adipos.
·
Adalah dianggarkan bayi yang
baru dilahirkan mempunyai hampir 5 bilion adiposit.
·
Perbezaan kandungan lemak badan
kelihatan lebih berkait dengan kandungan trigliserida adiposit berbanding
perubahan sel atau bilangan sel dalam tisu.
·
Secara umumnya, adiposit dalam
fetus adalah lebih kecil berbanding dewasa, tetapi pada peringkat lewat fetus,
satu populasi adiposit besar yang mengandungi lipid kelihatan lebih jelas.
·
Tenaga yang tersimpan ini
adalah penting bagi bayi semasa proses transisi dari persekitaran terlindung ke
persekitaran terbuka dalam hidup.
·
Selepas kelahiran, bayi perlu
bergantung pada bahan metabolisme karbohidrat yang cepat kehabisan dan
trigliserida yang tersimpan di dalam adiposit menjadi sumber yang penting.
·
Oleh itu adiposit di dalam bayi harus berupaya
berfungsi dengan cekap untuk memenuhi keperluan tenaga ini.
3. Sifat-sifat tisu adipos dalam pascanatal
·
Tisu adipos perang:
-
Terdapatnya satu jumlah yang
kecil tisu adipos perang dalam bayi yang baharu dilahirkan, iaitu sebanyak 1%
berat badan, atau 25g di dalam bayi yang dilahirkan penuh seberat 3500g.
-
Tisu ini berfungsi sebagai satu
mekanisme perlindungan dalam bayi tidak cukup bulan kerana menghadapi
persekitaran luar yang mencabar.
-
Sejurus selepas kelahiran, tisu
ini akan hilang dari badan, tetapi sebilangannya akan kekal berada di
organ-organ dalaman seperti ginjal.
·
Tisu adipos putih:
-
Tisu ini berkembang dengan
suatu kuantiti simpanan lipid yang meningkat akibat perubahan interaktif dalam
saiz adiposit dan sel organ tisu adipos.
-
Bilangan adiposit meningkat
dari 5 bilion semasa kelahiran ke 30 – 50 bilion di peringkat dewasa (yang
tidak gemuk).
-
Diameter purata adiposit
meningkat dari 30 – 40 mikrometer semasa kelahiran ke 80 – 90 mikrometer di
peringkat awal dewasa.
-
Organ adipos terdiri daripada
0.5kg lemak semasa kelahiran di dalam kedua-dua jantina, dan meningkat ke 10kg
di dalam lelaki dan 14kg di dalam perempuan di peringkat awal dewasa.
-
Hipertropi adiposit akan
merangsang pembahagian sel di dalam adifoblas (adiphoblast) dan seterusnya
meningkatkan bilangan praadiposit dan adiposit.
4. Sebaran lemak semasa pertumbuhan
- Sebaran lemak adalah sebaran kilang-kilang lemak di dalam
badan.
- Kilang-kilang lemak yang tersebar di tempat-tempat yang
berlainan mempunyai sifat-sifat metabolisme yang tersendiri.
- Lemak dalaman dan lemak lapisan bawah kulit:
-
Lemak dalaman, juga dikenali
sebagai lemak jantung (visceral), omental.
-
Pengukuran langsung lemak
dalaman boleh dilakukan secara analisis pada mayat dan tomografi.
-
Inferensi tentang perubahan
lemak dalaman semasa pertumbuhan boleh dibuat berdasarkan nisbah lemak lapisan
bawah kulit kepada jisim lemak keseluruhan.
-
Kadar pengumpulan lemak dalaman
adalah lebih cepat berbanding lemak lapisan bawah kulit semasa kanak-kanak bagi
kedua-dua jantina.
-
Selepas 13 – 14 tahun, nisbah
akan meningkat bagi lelaki, dan ini menunjukkan perubahan dalam penyebaran
lemak lapisan bawah kulit di bahagian hujung anggota dan badan lelaki.
·
Lemak lapisan bawah kulit dan
topografi lemak:
-
Data radiografik telah
menunjukkan bahawa perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit
berbanding lelaki dari awal bayi sehingga 18 tahun.
-
Selepas peningkatan pesat lemak
lapisan bawah kulit dalam tempoh 6 bulan pertama , kedua-dua jantina mengalami
penurunan pada 6 – 7 tahun.
-
Perempuan akan menunjukkan
peningkatan linear sehingga remaja, manakala lelaki menunjuk sedikit
peningkatan antara 7 – 12/13 tahun, dan seterusnya penurunan semasa remaja.
-
Data lipatan kulit menunjukkan
perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki antara 4
– 18 tahun.
-
Antara 4 – 7 tahun, jumlah 10
lipatan kulit menunjukkan kestabilan dalam kedua-dua jantina dan ini adalah
selaras dengan dapatan radiografik.
-
Lemak lapisan bawah kulit
meningkat secara linear dalam perempuan antara 6 – 7 tahun sehingga remaja.
-
Pada lelaki pula, jumlah
lipatan kulit meningkat dari 7/8 – 13 tahun dan seterusnya menunjukkan
penurunan di umur 15 tahun.
-
Perubahan ini telah menunjukkan
dua faktor iaitu (i) terdapatnya lebih tempat lipatan kulit (10) berbanding
radiografik (5); (ii) tempat radiografik adalah terhad kepada hujung anggota
tetapi tempat lipatan kulit tersebar dengan sekata antara hujung anggota dan badan.
·
Perubahan di dalam jumlah
sebaran lemak lapisan bawah kulit berlaku semasa pertumbuhan.
·
Perempuan mempunyai lebih lemak
lapisan bawah kulit berbanding lelaki di semua peringkat umur, khususnya di
peringkat remaja.
·
Perbezaan lemak lapisan bawah
kulit kelihatan lebih ketara antara kedua-dua jantina di bahagian hujung
anggota berbanding badan.
·
Oleh itu terdapat satu
perbezaan yang ketara antara jantina di dalam sebaran lemak di dalam remaja.
·
Lelaki mempunyai lebih lemak
lapisan bawah kulit di badan berbanding hujung anggota.
Contoh Kritikan Artikel oleh Desmond Daniel Ak Copta
1. Pengenalan
Artikel ini adalah berdasarkan kepada satu kajian
dan ke atas pengalaman Pembelajaran berasaskan masalah di akademi bolasepak
pasukan remaja di Universiti British Columbia, Kanada. Ia membincangkan tentang
dari aspek:
1.1 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Masalah ke atas pasukan dan perkembangan pemain.
1.2 Membantu Pembelajaran Berasaskan Masalah
di dalam Pasukan Bolasepak Remaja.
1.3 Strategi Penyoalan
1.4 Reaksi ke atas Pembelajaran Berasaskan
Masalah di dalam Program Pasukan Bolasepak Remaja
2. Kritikan Artikel
2.1 Kelemahan
Di dalam artikel ini, beberapa
kelemahan yang mungkin timbul semasa pengimplimentasian Pembelajaran Berasaskan
Masalah:
2.1.1
Memerlukan
tenaga jurulatih yang pakar dan terlatih dan ini sudah semestinya memerlukan
dana kewangan yang agak tinggi.
2.1.2
Memerlukan
satu akademi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan stabil untuk
menyediakan prasarana dan kemudahan yang diperlukan.
2.1.3
Artikel ini
hanya berdasarkan konteks sebuah akademi dan kebolehgunaannya pada akademi lain
masih belum diketahui.
2.2 Kelebihan
Beberapa kelebihan telah diutarakan di
dalam pembacaan artikel ini. Di antaranya ialah:
2.2.1
Pembelajaran
Berasaskan Masalah menyediakan satu kaedah yang unik dan pelbagai kerana ia
memfokuskan pembelajaran kepada interaksi dengan rakan sepasukan di dalam satu
masyarakat belajar dan menerapkan keperluan perkembangan pemain, idea dan
konteks sukan. Tambahan pula, ia menyediakan rentetan yang kritikal ke arah
pemprosesan cognitif.
2.2.2
Pembelajaran
Berasaskan Masalah menghala ke arah strategi pembelajaran yang luas,
termasuklah pemikiran critikal, komunikasi interpersonal, analsis reflektif,
penetapan sasaran, pembelajaran ko-operatif, membuat sambil belajar dan
penyelesaian masalah.
2.2.3
Peningkatan
kaedah pembelajaran ini akan memberikan keseimbangan kepada pengalaman terpilih
dan mencabar para pemain, lantas membolehkan pemain memperkembangkan
pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
2.2.4
Kaedah ini
juga didapati dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi di kalangan pemain
dan ini boleh menghasilkan satu keputusan yang lebih baik.
2.2.5
Kepelbagaian
di kalangan pemain dapat dijadikan sebagai kekuatan dan bukannya kelemahan
kerana situasi yang berbeza memerlukan taktik dan game plan yang berbeza untuk mencapai kejayaan.
3. Implikasi terhadap Profesion sebagai
Guru Sukan
Artikel ini memberi peluang kepada Guru Sukan untuk memperkembangkan bakat
dan kebolehan ahli sukan di bawah jagaannya. Cadangan dan usul dari artikel ini
bukan sahaja boleh digunakan untuk permainan bolasepak tetapi juga boleh digunapakai
untuk apa jua jenis sukan dan permainan berpasukan. Memberi peluang kepada para
atlit untuk menyelesaikan masalah akan menjadikan mereka lebih matang dan
memupuk rasa tanggungjawab dan menerapkan sifat kepemimpinan. Guru Sukan juga
harus menyediakan latihan yang menggambarkan situasi sebenar perlawanan untuk
pemain menguji dan mengadaptasi teknik semasa latihan.
4. Rumusan
Artikel “Using Problem-based Learning to Enhance Team and
Player Development in Youth Soccer” adalah satu susulan kepada satu kajian yang dibuat ke atas sebuah akademi
bolasepak remaja. Di dalam artikel ini, ia telah membincangkan kaedah dan
pendekatan yang perlu dilakukan bagi mencapai sasaran. Pendekatan yang lebih
memusatkan kepada pemain telah berjaya menghasilkan pemain yang lebih berwibawa
kerana mereka mampu mengadaptasi teknik yang dipelajari mengikut kesesuaian
situasi sebenar. Pembelajaran Berasaskan Masalah amat berkesan untuk melatih
pemain, bermain dalam pasukan dan menunjukkan prestasi yang baik di dalam
pertandingan. Sebagai sebahagian pendekatan yang holistik di dalam melatih
pemain, Pembelajaran Berasaskan Masalah menyediakan satu rangka kerja untuk
meningkatkan prestasi pasukan dan perkembangan pemain.
Penulis mendapatkan bahan ini daripada pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan menerusi blog yang telah disediakan dan diurustadbir bersama oleh pelajar dan pensyarah sebagai bahan tambahan untuk pengajaran beliau. Penulis mohon maaf bagi kesilapan nahu yang digunakan dan sekiranya mempunyai persoalan bolehlah kemukakan. Terima kasih. Sumber bahan ini diperolehi tidak dikenal pasti dan penulis mohon maaf atas perkara tersebut.
“Using
Problem-based Learning to Enhance Team and Player Development in Youth Soccer oleh Harry Hubball & Scott Robertson
Perkembangan Kemahiran Asas Motor oleh Desmond Daniel Ak Copta
Perkembangan Kemahiran Asas Motor
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum, memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.
Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani mendidik seseorang melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. prestasi kemahiran asas motor ialah kemahiran menguasai pergerakan asas seperti berlari, melompat, membaling dan menangkap bola. Ini menunjukkan bahawa kemahiran merupakan suatu tindakan, tugasan atau corak tindak balas yang tertentu dalam melakukan sesuatu pergerakan. Keupayaan pergerakan asas merupakan asas pergerakan permulaan semasa kanak-kanak bergerak dan berjalan serta melakukan pergerakan yang melibatkan persekitaran.
Menurut Singer, dalam Vasudevan (1989), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau gerakan badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. Bayi yang baru lahir sudah boleh menghasilkan beberapa refleks primitif seperti menghisap, menggenggam dan menoleh melalui sentuhan pipi. Pergerakan tersebut terjadi secara involuntari iaitu hasil daripada tindak balas terhadap ransangan dari persekitaran dan keperluan hidup seperti perasaan lapar dan ingin dilindungi (Seifert dan Hoffnung, 2000). Apabila otak bayi berkembang sedikit demi sedikit, pergerakan involuntari kanak-kanak akan hilang sedikit demi sedikit maka kemahiran motor bayi akan menjadi lebih baik. Oleh itu, kemahiran motor kasar bayi juga akan meningkat dengan cepat. Sepanjang dua tahun pertama bayi akan memahirkan diri mereka dengan kemahiran asas motor seperti duduk, berdiri, berjalan dan berlari (Praagh,1998).
Sebelum melangkah ke alam persekolahan, kanak-kanak terus mempelajari kemahiran motor secara tidak formal. Pada usia dua hingga empat tahun, kemahiran motor kanak-kanak berada di peringkat generik di mana mereka akan melihat dan meniru pergerakan orang dewasa yang mereka lihat. Bagaimanapun, pergerakan kanak-kanak ini masih terhad dan tidak lancar. Pergerakan ini dikenali sebagai pola pergerakan belum matang. Pola pergerakan kanak-kanak akan menjadi matang apabila mereka melangkah memasuki umur empat hingga enam tahun di mana mereka berada di alam prasekolah. Ketika ini pergerakan kanak-kanak berada di peringkat ordinatif di mana kanak-kanak berupaya membuat pengubahsuaian dan penghalusan pergerakan (Littlewood dan Pridmore, 1997).
Kanak-kanak mula diperkenalkan dengan kemahiran asas motor secara formal apabila mereka berada di alam persekolahan (siedentop, Herkowitz & Rink, 1984). Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Tahap I telah dirancang dengan teliti oleh Pusat Perkembangan Kurikulum agar mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh dijadikan sebagai kaedah asas penguasaan Kemahiran Asas Motor yang lebih kompleks.
Kemahiran asas motor yang diajar di tahap I bersesuaian dengan pendapat Wall (1990), yang menyatakan bahawa pada usia kanak-kanak enam hingga sembilan tahun, tahap koordinasi mata-tangan dan mata-kaki kanak-kanak sedang berkembang pesat. Otot kanak-kanak akan bertambah kuat, kelembutan pergerakan akan bertambah baik dan ketangkasan serta keseimbangan tubuh juga meningkat. Tetapi apabila berada di Tahap II, murid-murid ini tidak lagi diajar dengan kemahiran asas motor. Kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif akan digabungjalinkan ke dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga. Kemahiran tersebut sesuai dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Gallahue (1996) di mana kanak-kanak berusia antara sepuluh hingga dua belas tahun seharusnya berupaya untuk melakukan aksi sukan yang memerlukan kepantasan dan kecekapan.
Perkembangan motor kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Setiap tahap perkembangan motor mereka adalah unik dan berkait rapat dengan tumbesaran tulang, otot, saraf dan organ dalaman (Willmore dan Costill, 1996).
Penulis mendapatkan bahan ini daripada pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan menerusi blog yang telah disediakan dan diurustadbir bersama oleh pelajar dan pensyarah sebagai bahan tambahan untuk pengajaran beliau. Penulis mohon maaf bagi kesilapan nahu yang digunakan dan sekiranya mempunyai persoalan bolehlah kemukakan. Terima kasih.
Rujukan:
http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/perkembangan-kemahiran-asas-motor.html. Diakses pada 29 Ogos 2011.
Kajian Berkaitan Perkembangan Kemahiran Motor dalam Pendidikan Jasmani Oleh Desmond Daniel Ak Copta
Kajian
Berkaitan Perkembangan Kemahiran Motor dalam Pendidikan Jasmani
Pada awal tahun 1931, Shirley (petikan
Isaacs & Pyne, 2002) telah membuat kajian terhadap bayi seramai 25 orang
mengenai obesiti yang mempengaruhi penglibatan perkembangan motor. Hasil kajian
menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai obesiti menyebabkan mereka lambat
melakukan pergerakan untuk berjalan. Ini disebabkan oleh bebanan yang
ditanggung oleh mereka dalam melakukan pergerakan. Bukti ini dapat
diperkukuhkan lagi apabila Jaffe dan Kosakov (1982) membuat kajian yang sama
dan hasil yang diperoleh juga sama seperti kajian yang dibuat oleh Shirley.
Umur, jantina dan
komposisi badan juga mempengaruhi kanak-kanak dalam melaksanakan kebolehan asas
motor. Ini terbukti apabila pada tahun 1983, penyelidik Pissanos, Moore dan
Reeve (petikan Isaacs & Payne, 2002) membuat kajian terhadap kanak-kanak
lelaki dan perempuan yang berusia 6 hingga 10 tahun dengan menggunakan
“Skinfold Fat Test”. Kajian ini juga disokong oleh Isaac dan Pohlman’s (2000)
di mana mereka menyatakan bahawa peningkatan berat badan akan mempengaruhi
pencapaian keupayaan kemahiran asas motor sepertimana penyelidik membuat ujian
lompat berdiri (vertical jump) terhadap murid sekolah rendah yang berumur 7
hingga 11 tahun.
Miller (1978)
menyatakan bahawa proses pembelajaran kemahiran pergerakan asas berlaku ketika
kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun. Beliau telah menjalankan kajian mengenai
program pengajaran yang berkaitan dengan arahan yang boleh meningkatkan
kemahiran asas pergerakan, apabila mereka mencapai tahap kematangannya.
Pembinaan motor kanak-kanak juga berlaku ketika usia mereka 2 hingga 6 tahun.
Kajian ini dilakukan pada tahun 1973 oleh Sinclair (petikan Gallahue, 2002),
apabila keputusan daripada analisis ‘longitudinal film’ yang dibuat menyatakan
bahawa 25 pergerakan dalam andaian permulaan untuk memberi galakan ianya maju
adalah dalam jarak masa 6 bulan. Oleh itu, kemahiran pergerakan boleh
diperolehi ketika awal kanak-kanak lagi. Manakala William’s (1970), membuat
kesimpulan bahawa keupayaan pergerakan kanak-kanak berlaku ketika berusia
antara 3 hingga 6 tahun lagi dan pergerakannya lebih meningkat seiring dengan
peningkatan umur mereka.
Johnson (1962)
menyatakan bahawa umur dan ‘motor performance’ mempunyai hubungkait. Beliau
membuat kajian terhadap kanak-kanak lelaki dan perempuan daripada tahun 1
hingga tahun 6 dan di dapati skor variasi motor yang diperolehinya dapat
menunjukkan dengan jelas ketika mereka pada tahap yang ke-5. Pada tahun 1969
Cratty dan Martin (petikan Gallahue, 2002) juga menyatakan bahawa umur dan
‘motor performance’ mempunyai hubungkait. Kajian ini dilakukan terhadap
kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun dan didapati ianya mengikut urutan
dalam hasil kajian yang diperolehinya dari segi variasi lokomotor, manipulatif
dan persepsi abiliti (keupayaan).
Kajian tentang
hubungan antara umur, ketinggian dan berat badan dengan ujian yang melibatkan
larian, lompatan dan balingan dilakukan oleh Espenchade (1963). Kajian yang
dijalankan melibatkan 7600 orang pelajar yang berumur 10 hingga 18 tahun.
Berdasarkan kajian tersebut didapati kolerasi antara ujian prestasi dengan
ketinggian, berat badan untuk setiap peringkat umur adalah rendah. Angkubah
jarak balingan dan ketinggian bagi lelaki berumur 13 tahun menunjukkan kolerasi
yang tinggi. Di samping itu, norma prestasi berdasarkan faktor umur turut
dibentuk.
Kajian mengenai
perbezaan umur dan jantina terhadap kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun
telah dilakukan oleh Morris, William, Atwater & Willmore (1982). Dari segi
faktor jantina, murid lelaki dalam kumpulan umur yang sama, mempunyai skor
ujian yang lebih baik berbanding dengan murid perempuan dalam ujian membaling,
lari pecut dan lompat berdiri. Perbezaan di antara jantina dalam prestasi kemahiran
motor telah berlaku lebih awal lagi, iaitu semasa murid di peringkat prasekolah
lagi (Morris et al.,1982). Perbezaan ini lebih ketara lagi apabila murid
perempuan sedang meningkat umur. Rubin, Fein & Vandenburg (1983) dan Rogers
& Sawyers (1988) dalam satu kajian telah dilakukan ke atas murid-murid
prasekolah berkaitan kemahiran motor melalui bermain. Beliau berpendapat bahawa
bermain, bergerak dan melakukan aktiviti fizikal adalah sangat penting dalam
perkembangan sosial mereka. Beliau juga berpendapat bahawa Pendidikan Kemahiran
Motor adalah satu tanggungjawab untuk menyediakan maklumat kepada kanak-kanak
tersebut berkaitan dengan kebolehan dirinya dan juga prestasinya.
Setiap kajian yang
dijalankan turut melibatkan lakuan motor ke atas kanak-kanak berkeperluan khas
dan tidak hanya tertumpu kepada lelaki dan perempuan dewasa sahaja. Kajian
lakuan motor di antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak terencat akal
(educable mentally retarderal) telah dijalankan oleh Dobbins (1981).
Berdasarkan Johnson dan Nelson (1986), didapati bahawa kekerapan latihan dan
pembelajaran membolehkan kanak-kanak terencat akal mengatasi kanak-kanak normal
dalam beberapa aktiviti lakuan motor.
Ujian
lakuan motor ‘ Barrow Motor Ability Test’ oleh Barrow (1954), menggunakan subjek
daripada pelajar lelaki kolej. Hasil daripada kajian, dua set bateri ujian
diperkenalkan oleh Barrow. Bateri ujian pertama terdiri daripada enam item
iaitu lompat jauh berdiri (kuasa), lontar softball (koordinasi lengan bahu),
larian zig zag (ketangkasan), lontar bola segar (kekuatan), lantun bola ke
dinding (koordinasi mata – tangan), dan lari pecut 60 ela (kepantasan). Bateri
ujian kedua terdiri daripada tiga item iaitu lompat jauh berdiri, lontar bola
segar dan larian zig zag. Pada asalnya ujian ini, mempunyai lapan item ujian
iaitu termasuk keseimbangan dan kelembutan tetapi enam sahaja digunakan
(seperti di atas). Ini kerana enam ujian ini yang dipilih dapat menjangkakan
sebanyak 70% varian keupayaan pelajar.
Hasil kajian Revie
dan Larkin (1993) menunjukkan bahawa guru Pendidikan Jasmani tidak berupaya
mengenal pasti murid yang mempunyai masalah perkembangan motor. Perkara
tersebut berlaku kerana didapati guru kurang latihan profesional dalam aspek
lakuan motor kanak-kanak.
Pada tahun 2001,
Achuldheisz dan Mars telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti perhubungan
antara penyeliaan aktif guru dengan tahap aktiviti pelajar. Oleh itu, beliau
telah melakukan kajian ke atas lapan orang pelajar dari sekolah menengah rendah
yang dipilih secara rawak menjalani ujian selama dua minggu. Aktiviti yang
dipilih adalah kemahiran dalam permainan bola keranjang. Kajian mendapati,
peningkatan tahap aktif daripada 60% kepada 76% pada hari ke empat dan ke lima
penyeliaan aktif guru. Manakala pada hari ke enam, penurunan tahap aktif
berlaku daripada 76% kepada 46% apabila guru melakukan penyeliaan yang pasif.
Hasil daripada kajian tersebut, Achuldheisz dan Mars telah membuat rumusan
bahawa penyeliaan aktif berupaya meningkatkan penguasaan dalam kemahiran
berkaitan dengan aktiviti fizikal.
Kajian awal tentang
ujian kemahiran asas motor dan kecergasan fizikal telah dilakukan oleh AAHPER
(Amerika Alliance For Health, Physical Education and Recreation 1958 &
1965). Kajian ini telah menggunakan tujuh item ujian iaitu mendagu, bangkit
tubi, kaki lurus, lari ulang alik (4 x 30 kaki), lompat berdiri, lari landas
50ela, membaling bola sofball dan lari atau berjalan 600 ela. Tetapi pada tahun
1976, AAHPERD telah memperkenalkan “Youth Fitness Test” untuk mengenal pasti
beberapa ujian yang terdahulu yang perlu dibaiki atau dihapuskan. Pada tahun
1976, AAHPERD telah menjalankan satu kajian dan telah menghasilkan norma ujian
kemahiran asas motor dan kecergasan fizikal untuk murid 10-17 tahun. Menurut
Ross, Pate dan Corbin (1987), ujian ini adalah ujian yang pertama bagi menguji
prestasi lakuan motor murid.
Lanjutan daripada
item ujian yang diperkenalkan oleh AAHPERD (1976), ramai penyelidik telah
menjalankan kajian perbandingan mengenai item yang sama dan mengubahsuai item
yang sedia ada. Pada tahun 1976 juga, Milne, Seefeldt dan Reuschlein telah
membuat kajian tentang perhubungan antara jantina dan gred ke atas prestasi
motor murid tadika gred satu dan gred dua. Hasil daripada kajian itu
menunjukkan semua murid dari peringkat gred ini memperoleh keputusan yang
signifikan bagi ujian yang berkaitan dengan kelajuan, kuasa dan daya tahan.
Dalam ujian ini, murid lelaki mempunyai prestasi yang lebih baik dalam ujian
ketangkasan, kelajuan dan kuasa tapi tidak pada ujian kelembutan dikuasai oleh
murid perempuan. Manakala prestasi murid tadika gred dua lebih baik berbanding
dengan murid tadika gred satu. Secara keseluruhannya, prestasi murid lelaki
adalah lebih baik berbanding murid perempuan bagi setiap gred dalam ujian
perlakuan motor.
Menurut Mc Cullagh,
Stient dan Neiss (1990), pelajar yang lebih tua di sekolah rendah dapat
melakukan aktiviti kemahiran motor yang lebih baik berbanding dengan pelajar
yang lebih muda. Branta (1982), juga memperoleh dapatan yang sama di mana
beliau mendapati bahawa kumpulan pelajar sekolah rendah yang lebih tua
mempunyai prestasi lakukan kemahiran asas motor yang baik. Perkara ini berlaku
kerana pelajar tersebut mempunyai kelebihan tisu-tisu otot, kepanjangan ruas
tulang, kecekapan koordinasi, kuasa otot dan kekuatan otot yang meningkat baik.
Selain itu, pelajar yang mengalami perkembangan fizikal yang lebih awal
menunjukkan kelebihan dalam aktiviti larian pecut, membaling dan memukul bola.
Ini jelas menggambarkan bahawa faktor umur memberi pengaruh terhadap prestasi
kemahiran asas motor.
Prestasi lakuan motor
boleh dipengaruhi oleh perubahan biologi yang berbeza pada murid. Perkara ini
telah dirumuskan oleh Thomas dan French pada tahun 1985. pengaruh persekitaran
yang berbeza di antara murid lelaki dan perempuan juga boleh mempengaruhi
prestasi dalam perlakuan motor mereka. Bentuk alatan, jenis permainan dan
kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat juga boleh
membezakan perlakuan motor di antara murid lelaki dan perempuan (Morris, 1981).
Di sini kita dapat lihat, bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai otot lengan yang
lebih kuat berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Faktor-faktor biologikal
seperti berat badan, komposisi badan dan diameter sendi mempengaruhi prestasi
kanakkanak perempuan. Dalam balingan pula, kanak-kanak perempuan tidak dapat
membuat balingan sejauh kanak-kanak lelaki kerana tahap perkembangan dan corak
pergerakan mereka kurang diberi galakan dalam latihan.
Dalam mengenal pasti
faktor imbangan, Whelan telah melaporkan tentang faktor yang berhubung dengan
kajian Bass iaitu tindak balas kinestetik am, fungsi vertikal semi circular
canal, ampurlar sensiviti dan juga pemusatan mata. Wlelan mendapati tahap
imbangan orang buta dan orang yang normal penglihatan adalah berbeza. Bagi orang
buta mereka masih boleh mencapai imbangan melalui deria dengar dan juga
sentuhan (di petik daripada Johnson dan Nelson, 1988).
Cratty (1966), pula
mendapati bahawa kanak-kanak lelaki yang berumur bawah enam tahun tidak
mempunyai kemahiran imbangan yang baik lagi. Di mana melalui kajian beliau
mendapati bahawa kanak-kanak lelaki ini tidak dapat melakukan dirian dengan
menggunakan satu kaki ketika sebelah mata ditutup dengan baik. Oleh itu mereka
akan mempertingkatkan lagi kebolehan mereka ini dari masa ke semasa. Oleh itu,
umur didapati mempunyai perkaitan dengan kebolehan mengimbangkan badan. E.J.
Spamer (1985), dalam kajiannya telah mendapati bahawa latihan yang spesifik
mempunyai perkaitan dalam pembelajaran motor. Hasil dapatan kajian menunjukkan
perbezaan yang signifikan dalam kemampuan di kalangan kumpulan eksperimen yang
berbeza dan menerima pelbagai jenis latihan. Perbezaan didapati pada semua
kumpulan peringkat umur.
Penguasaan kemahiran
motor boleh dicapai dengan sempurna melalui latihan yang dibuat samada secara
formal atau tidak formal. Ini telah dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh
Paul Dunham, Jr., Trey Dunham dan Timothy Andrew Dunham (1988). Dalam kajian
ini pengkaji telah memilih seramai 51 orang sampel gred 1 di Kinona Primary
School, Papua New Guinea. Hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian ini
menunjukkan latihan yang tersusun dan spesifik dapat memberikan kesan yang
signifikan dalam membentuk sistem kemahiran di kalangan pelajar.
Dalam kajian yang
dijalankan oleh Jerry R.Thomas dan Karen E.French (1985), mereka telah
mendapati terdapat perbezaan dalam pelakuan motor antara lelaki dan perempuan
mengikut umur. Dalam hasil kajian yang mereka lakukan, mereka tidak bersetuju
bahawa wanita tidak boleh mempunyai kemahiran yang tinggi dalam beberapa jenis
sukan, apa yang penting ialah pemilihan mereka dalam jenis sukan yang hendak
disertai yang mana ianya melibatkan perbezaan dari segi faktor biologi.
Rowe dan Evans
(1994), mendapati peserta yang mempunyai mata (retina) yang gelap (coklat dan
hitam) mempunyai prestasi yang tinggi terhadap aktiviti yang memerlukan reaksi
yang tinggi (memukul bola yang dibaling atau di lantun) berbanding dengan
peserta yang mempunyai retina mata yang cerah (biru, hijau dan hazel). Mereka
turut memperolehi bahawa prestasi peserta lelaki lebih baik jika dibandingkan
dengan prestasi peserta perempuan muda dalam aktiviti memukul bola ke hadapan.
Pukulan mereka juga turut dipengaruhi oleh warna bola yang hendak dipukul iaitu
bola biru lebih baik berbanding dengan bola berwarna kuning atau hijau.
Manakala Morris
(1976) pula melaporkan bahawa warna yang kontra (contrasts) antara bola dan
latar belakang mungkin mempengaruhi tindak balas bagi persepsi motor. Bola
warna biru dan latar belakang putih merupakan padanan kontra yang baik.
Pissanos, Moore dan Reeve (1983), menjalankan kajian keatas 80 orang peserta
untuk melihat kesan umur, jantina dan komposisi badan ke atas prestasi
kemahiran motor. Beliau mendapati umur memainkan peranan penting dalam
keupayaan prestasi perlakuan kemahiran motor ke atas ujian kemahiran asas motor
(Pate, ross, Dotson dan Gilbert, 1985).
Satu lagi kajian yang
dijalankan oleh Morris, William Atwater dan Wilmore (1982) berkaitan dengan
kesan umur dan jantina ke atas prestasi kemahiran asas motor. Kajian ini
dijalankan ke atas pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang mempunyai umur
yang sama. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar lelaki dan perempuan tersebut
memperolehi skor yang hampir sama dalam ujian membaling. Manakala didapati
bahawa pengaruh umur juga signifikan dalam kemahiran menangkap dan
keseimbangan. Menurut pendapat Eaton dan Erns (1986), faktor biologi memainkan
peranan dalam perbezaan jantina semasa mlakukan aktiviti lakuan motor. Mereka
mendapati lelaki lebih aktif jika hendak dibandingkan dengan perempuan.
Penulis memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan terutama dari segi nahu dan ejaan yang digunakan. Penulis mendapatkan bahan ini melalui pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan menerusi blog kami. Terima Kasih.
Rujukan:
http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/kajian-berkaitan-perkembangan-kemahiran.html.
Diakses pada 29 Ogos 2011.
Langgan:
Catatan (Atom)