1. Pengenalan
Artikel ini adalah berdasarkan kepada satu kajian
dan ke atas pengalaman Pembelajaran berasaskan masalah di akademi bolasepak
pasukan remaja di Universiti British Columbia, Kanada. Ia membincangkan tentang
dari aspek:
1.1 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Masalah ke atas pasukan dan perkembangan pemain.
1.2 Membantu Pembelajaran Berasaskan Masalah
di dalam Pasukan Bolasepak Remaja.
1.3 Strategi Penyoalan
1.4 Reaksi ke atas Pembelajaran Berasaskan
Masalah di dalam Program Pasukan Bolasepak Remaja
2. Kritikan Artikel
2.1 Kelemahan
Di dalam artikel ini, beberapa
kelemahan yang mungkin timbul semasa pengimplimentasian Pembelajaran Berasaskan
Masalah:
2.1.1
Memerlukan
tenaga jurulatih yang pakar dan terlatih dan ini sudah semestinya memerlukan
dana kewangan yang agak tinggi.
2.1.2
Memerlukan
satu akademi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan stabil untuk
menyediakan prasarana dan kemudahan yang diperlukan.
2.1.3
Artikel ini
hanya berdasarkan konteks sebuah akademi dan kebolehgunaannya pada akademi lain
masih belum diketahui.
2.2 Kelebihan
Beberapa kelebihan telah diutarakan di
dalam pembacaan artikel ini. Di antaranya ialah:
2.2.1
Pembelajaran
Berasaskan Masalah menyediakan satu kaedah yang unik dan pelbagai kerana ia
memfokuskan pembelajaran kepada interaksi dengan rakan sepasukan di dalam satu
masyarakat belajar dan menerapkan keperluan perkembangan pemain, idea dan
konteks sukan. Tambahan pula, ia menyediakan rentetan yang kritikal ke arah
pemprosesan cognitif.
2.2.2
Pembelajaran
Berasaskan Masalah menghala ke arah strategi pembelajaran yang luas,
termasuklah pemikiran critikal, komunikasi interpersonal, analsis reflektif,
penetapan sasaran, pembelajaran ko-operatif, membuat sambil belajar dan
penyelesaian masalah.
2.2.3
Peningkatan
kaedah pembelajaran ini akan memberikan keseimbangan kepada pengalaman terpilih
dan mencabar para pemain, lantas membolehkan pemain memperkembangkan
pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.
2.2.4
Kaedah ini
juga didapati dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi di kalangan pemain
dan ini boleh menghasilkan satu keputusan yang lebih baik.
2.2.5
Kepelbagaian
di kalangan pemain dapat dijadikan sebagai kekuatan dan bukannya kelemahan
kerana situasi yang berbeza memerlukan taktik dan game plan yang berbeza untuk mencapai kejayaan.
3. Implikasi terhadap Profesion sebagai
Guru Sukan
Artikel ini memberi peluang kepada Guru Sukan untuk memperkembangkan bakat
dan kebolehan ahli sukan di bawah jagaannya. Cadangan dan usul dari artikel ini
bukan sahaja boleh digunakan untuk permainan bolasepak tetapi juga boleh digunapakai
untuk apa jua jenis sukan dan permainan berpasukan. Memberi peluang kepada para
atlit untuk menyelesaikan masalah akan menjadikan mereka lebih matang dan
memupuk rasa tanggungjawab dan menerapkan sifat kepemimpinan. Guru Sukan juga
harus menyediakan latihan yang menggambarkan situasi sebenar perlawanan untuk
pemain menguji dan mengadaptasi teknik semasa latihan.
4. Rumusan
Artikel “Using Problem-based Learning to Enhance Team and
Player Development in Youth Soccer” adalah satu susulan kepada satu kajian yang dibuat ke atas sebuah akademi
bolasepak remaja. Di dalam artikel ini, ia telah membincangkan kaedah dan
pendekatan yang perlu dilakukan bagi mencapai sasaran. Pendekatan yang lebih
memusatkan kepada pemain telah berjaya menghasilkan pemain yang lebih berwibawa
kerana mereka mampu mengadaptasi teknik yang dipelajari mengikut kesesuaian
situasi sebenar. Pembelajaran Berasaskan Masalah amat berkesan untuk melatih
pemain, bermain dalam pasukan dan menunjukkan prestasi yang baik di dalam
pertandingan. Sebagai sebahagian pendekatan yang holistik di dalam melatih
pemain, Pembelajaran Berasaskan Masalah menyediakan satu rangka kerja untuk
meningkatkan prestasi pasukan dan perkembangan pemain.
Penulis mendapatkan bahan ini daripada pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan menerusi blog yang telah disediakan dan diurustadbir bersama oleh pelajar dan pensyarah sebagai bahan tambahan untuk pengajaran beliau. Penulis mohon maaf bagi kesilapan nahu yang digunakan dan sekiranya mempunyai persoalan bolehlah kemukakan. Terima kasih. Sumber bahan ini diperolehi tidak dikenal pasti dan penulis mohon maaf atas perkara tersebut.
“Using
Problem-based Learning to Enhance Team and Player Development in Youth Soccer oleh Harry Hubball & Scott Robertson
Tiada ulasan:
Catat Ulasan