Model dan kaedah pembelajaran komposisi badan
1. Model komposisi badan
·
Dua model yang lazim digunakan di
dalam kebanyakan kajian adalah dari perspektif
(a) ahli biokimia dan
(b) mereka
yang bertugas bersama individu di klinik, pusat pemakanan, pusat kecergasan dan
sebagainya (model dua bahagian).
· Model biokimia – Secara
biokimia, badan manusia terdiri daripada empat unsur utama iaitu air, protein,
mineral dan lemak.
·
Walaupun model ini berfaedah
untuk perbandingan umum, kegunaannya adalah terhad kerana data analisis
biokimia yang diperolehi hanyalah dari sekumpulan individu yang kecil, yang
mana mungkin tidak mewakili populasi norma.
·
Model dua bahagian adalah
merujuk kepada pembahagian jisim badan kepada komponen lemak dan otot.
·
Komponen tanpa lemak adalah
dirujuk sebagai jisim badan bebas lemak manakala komponen yang satu lagi
dikenali sebagai jisim berlemak.
2. Kaedah menganggar komposisi badan
Kaedah yang lazim digunakan
bagi menganggar komposisi badan dalam individu adalah secara tidak langsung.
Kaedah timbangan dalam air (hydrostatic) – menganggar ketumpatan
badan dan menukar nilai kepada peratusan lemak badan.
·
Kaedah pencairan isotop –
menganggar jumlah air di dalam badan, yang mana ini ditukar kepada jisim bebas
lemak (fat-free mass).
·
Kaedah pengaktifan neutron –
menggunakan isotop nitrogen dan kalsium untuk menganggar tisu tanpa lemak dan
mineral.
·
Kaedah pengkonduksian elektrik badan
dan bioelectrical impedance –
menganggar jisim bebas lemak (tisu tanpa lemak akan mengalirkan elektrik lebih
mudah berbanding tisu berlemak).
·
Kaedah ultrasound – menganggar lemak, otot dan tulang.
·
Kaedah radiografi – menganggar
lemak, otot dan tulang.
·
Kaedah antropometri –
menganggar lemak dan meramal jisim bebas lemak.
·
Pengukuran ketumpatan badan:
-
Ketumpatan = jisim per unit
isipadu.
-
Ketumpatan lemak = 0.90 g/cm3
dan adalah lebih rendah daripada air (1.0 g/cm3), dan lebih rendah
daripada tisu tanpa lemak (1.10 g/cm3).
-
Badan yang berketumpatan rendah
mempunyai lebih lemak berbanding badan yang berketumpatan tinggi.
-
Ketumpatan adalah berkadar
songsang dengan lemak badan.
-
Densitometri adalah merujuk
kepada pengukuran ketumpatan badan.
-
Ketumpatan digunakan untuk
menganggar peratus berat badan yang terdiri daripada lemak.
·
Mengukur jumlah air dalam badan:
-
Air adalah komposisi terbesar
dalam badan.
-
Kebanyakan air di dalam badan
adalah di dalam tisu tanpa lemak. Oleh itu pengukuran jumlah air dalam badan
memberi satu cara untuk menganggar jisim bebas lemak.
·
Mengukur kalium dalam badan
-
Kalium banyak dijumpai dalam
sel-sel, khususnya di tisu otot. Oleh itu pengukuran kepekatan kalium dalam badan
boleh memberi satu anggaran jisim bebas lemak.
·
Aplikasi kaedah pengukuran pada
kanak-kanak
-
Kaedah-kaedah pengukuran yang
sedia ada yang dilaksanakan ke atas orang dewasa tidak semestinya sesuai dengan
kanak-kanak.
-
Antara perkara-perkara yang
perlu dipertimbangkan adalah:
….> adakah ketumpatan lemak dan tisu bebas lemak, kandungan air
dan kalium di dalam jisim bebas lemak sama dalam dewasa dan kanak-kanak?
….> bilakah ketumpatan, kepekatan air dan kalium dalam tisu tanpa
lemak dicapai dalam dewasa?
….> kaedah densitometri adalah lambat dan memerlukan subjek
kajian menjalani latihan keselesaan dengan prosedur.
….> kaedah ini hanya terhad kepada kanak-kanak berumur 7 atau 8
tahun dan bukannya lebih muda.
….> penggunaan kaedah kalium adalah sangat mahal dan sensitif,
dan tempoh pengukurannya amat bergantung kepada saiz subjek.
….> kanak-kanak mungkin tidak berupaya berada di dalam keadaan
tetap untuk suatu tempoh yang lama semasa pengukuran dilaksanakan.
….> pengukuran jumlah air dalam badan memerlukan subjek berpuasa
semalaman sebelum pengukuran dapat dilaksanakan.
3. Pertumbuhan jisim bebas lemak, jisim lemak dan peratus lemak
·
Jisim bebas lemak (fat-free
mass)
·
Jisim bebas lemak mengikuti
satu pola pertumbuhan seperti dalam ketinggian dan berat badan, dan perbezaan
jantina memainkan peranan utama semasa pertumbuhan remaja.
·
Pada peringkat awal dewasa,
perempuan mencapai nilai jisim bebas lemak lebih awal, antara umur 15 ke 16
tahun berbanding lelaki pada umur antara 19 ke 20 tahun.
·
Pada peringkat lewat remaja,
lelaki, pada puratanya mempunyai jisim bebas lemak 1.5 kali lebih berbanding
perempuan.
·
Perbezaan ini menunjukkan
pertumbuhan pesat jisim otot dalam remaja.
·
Selepas 14 tahun, lelaki
mempunyai jisim bebas lemak yang lebih berbanding perempuan dengan ketinggian
yang sama.
·
Jisim lemak (fat mass)
·
Anggaran jisim lemak meningkat
pada 2 atau 3 tahun pertama dalam hidup dan kemudiannya tidak menunjukkan
perubahan antara 5 – 6 tahun.
·
Jisim lemak perempuan mula
meningkat denagn pesat berbanding lelaki di peringkat remaja, dan mula malar
apabila lelaki mengalami pertumbuhan pesat di antara 13 – 15 tahun.
·
Peratus lemak meningkat dengan
pesat dalam kedua-dua jantina semasa bayi, dan mula berkurangan semasa awal
kanak-kanak.
·
Perempuan pada puratanya
menunjukkan peratus lemak yang lebih sedikit berbanding lelaki semasa peringkat
bayi dan awal kanak-kanak, tetapi dari 5 – 6 tahun sehingga remaja, perempuan
mempunyai peratus lemak yang lebih berbanding lelaki.
·
Dalam lelaki, peratus lemak
berada di tahap paling rendah pada 16 – 17 tahun, dan seterusnya meningkat
apabila berada di peringkat awal dewasa.
Perubahan tisu adipos semasa pertumbuhan
1. Jenis tisu adipos
·
Tisu adipos adalah komponen
fungsi dan struktur jisim lemak.
·
Terdapat dua jenis tisu adipos
iaitu tisu adipos perang dan tisu adipos putih.
·
Tisu adipos putih:
-
Terdiri daripada sel lemak (adipocytes) yang mengandungi satu
titisan lemak besar, dalam bentuk trigliserida.
-
Nukleus adiposit dan organel
sel sitoplasma (iaitu mitokondria dan lain-lain) dimampatkan ke bahagian luar
sel antara titisan lipid dan membran sel.
-
Tisu aktif metabolisme (dalam
metabolisme glukosa, asid lemak, lipoprotein dan kolesterol).
-
Terdapat di seluruh badan.
-
Kebanyakannya boleh dijumpai di
dalam ginjal, jantung, hati dan organ-organ lain, tetapi sebaran terbesar
adalah di lapisan bawah kulit.
-
Tisu yang penting dalam
metabolisme dan setor simpanan tenaga.
-
Memberi perlindungan dan
penebat ke atas badan dan organ-organ penting.
·
Tisu adipos perang:
-
Mengandungi beberapa titisan lipid
dan bukannya dalam satu vakuol lipid yang besar.
-
Nukleus tidak dimampatkan
seperti dalam tisu adipos putih.
-
Mengandungi lebih mitokondria
yang lebih besar dan berstruktur kompleks
berbanding tisu adipos putih.
-
Fungsi utama bukan untuk
simpanan lipid tetapi untuk menjana haba (thermogenesis).
-
Banyak terdapat di dalam haiwan
yang tinggal di persekitaran sejuk, and haiwan yang berhibernasi.
-
Lebih kecil daripada sel adipos
putih. Diameternya berjulat antara 15 – 50 mikrometer.
-
Warna perang adalah disebabkan
oleh kepekatan tinggi sitokrom dan enzim sitokrom dalam mitokondria, serta
kandungan hemoglobin dalam tisu.
-
Dalam badan manusia, tisu ini
didapati pada tempat-tempat tertentu, khususnya di bahagian belakang leher, dan
bahagian belakang interscapula bayi
yang baru dilahirkan.
-
Diberkaskan antara sel dan
kapilari.
-
Mempunyai kaitan dengan sistem saraf
simpatetik serta mempunyai reseptor sel yang berupaya bertindak balas terhadap
hormon seperti noradrenalin.
-
Menyimpan lemak untuk kegunaan
sendiri dan bukan untuk aktiviti metabolisme tisu lain.
2. Perkembangan tisu adipos dalam pranatal
·
Tisu adipos putih telah
didapati di bahagian abdomen bayi semasa minggu ke-14 kehamilan.
·
Tidak terdapat perbezaan dalam
tisu adipos putih antara jantina.
·
Dalam perkembangan awalan bayi,
adiposit mempunyai beberapa titisan lipid yang bergabung untuk membentuk satu
sel dengan satu titisan.
·
Selepas minggu ke-23 kehamilan,
aktiviti utama yang menyumbang kepada pencapaian pesat berat badan adalah
pengembangan adiposit dan pemberkasan tisu adipos.
·
Adalah dianggarkan bayi yang
baru dilahirkan mempunyai hampir 5 bilion adiposit.
·
Perbezaan kandungan lemak badan
kelihatan lebih berkait dengan kandungan trigliserida adiposit berbanding
perubahan sel atau bilangan sel dalam tisu.
·
Secara umumnya, adiposit dalam
fetus adalah lebih kecil berbanding dewasa, tetapi pada peringkat lewat fetus,
satu populasi adiposit besar yang mengandungi lipid kelihatan lebih jelas.
·
Tenaga yang tersimpan ini
adalah penting bagi bayi semasa proses transisi dari persekitaran terlindung ke
persekitaran terbuka dalam hidup.
·
Selepas kelahiran, bayi perlu
bergantung pada bahan metabolisme karbohidrat yang cepat kehabisan dan
trigliserida yang tersimpan di dalam adiposit menjadi sumber yang penting.
·
Oleh itu adiposit di dalam bayi harus berupaya
berfungsi dengan cekap untuk memenuhi keperluan tenaga ini.
3. Sifat-sifat tisu adipos dalam pascanatal
·
Tisu adipos perang:
-
Terdapatnya satu jumlah yang
kecil tisu adipos perang dalam bayi yang baharu dilahirkan, iaitu sebanyak 1%
berat badan, atau 25g di dalam bayi yang dilahirkan penuh seberat 3500g.
-
Tisu ini berfungsi sebagai satu
mekanisme perlindungan dalam bayi tidak cukup bulan kerana menghadapi
persekitaran luar yang mencabar.
-
Sejurus selepas kelahiran, tisu
ini akan hilang dari badan, tetapi sebilangannya akan kekal berada di
organ-organ dalaman seperti ginjal.
·
Tisu adipos putih:
-
Tisu ini berkembang dengan
suatu kuantiti simpanan lipid yang meningkat akibat perubahan interaktif dalam
saiz adiposit dan sel organ tisu adipos.
-
Bilangan adiposit meningkat
dari 5 bilion semasa kelahiran ke 30 – 50 bilion di peringkat dewasa (yang
tidak gemuk).
-
Diameter purata adiposit
meningkat dari 30 – 40 mikrometer semasa kelahiran ke 80 – 90 mikrometer di
peringkat awal dewasa.
-
Organ adipos terdiri daripada
0.5kg lemak semasa kelahiran di dalam kedua-dua jantina, dan meningkat ke 10kg
di dalam lelaki dan 14kg di dalam perempuan di peringkat awal dewasa.
-
Hipertropi adiposit akan
merangsang pembahagian sel di dalam adifoblas (adiphoblast) dan seterusnya
meningkatkan bilangan praadiposit dan adiposit.
4. Sebaran lemak semasa pertumbuhan
- Sebaran lemak adalah sebaran kilang-kilang lemak di dalam
badan.
- Kilang-kilang lemak yang tersebar di tempat-tempat yang
berlainan mempunyai sifat-sifat metabolisme yang tersendiri.
- Lemak dalaman dan lemak lapisan bawah kulit:
-
Lemak dalaman, juga dikenali
sebagai lemak jantung (visceral), omental.
-
Pengukuran langsung lemak
dalaman boleh dilakukan secara analisis pada mayat dan tomografi.
-
Inferensi tentang perubahan
lemak dalaman semasa pertumbuhan boleh dibuat berdasarkan nisbah lemak lapisan
bawah kulit kepada jisim lemak keseluruhan.
-
Kadar pengumpulan lemak dalaman
adalah lebih cepat berbanding lemak lapisan bawah kulit semasa kanak-kanak bagi
kedua-dua jantina.
-
Selepas 13 – 14 tahun, nisbah
akan meningkat bagi lelaki, dan ini menunjukkan perubahan dalam penyebaran
lemak lapisan bawah kulit di bahagian hujung anggota dan badan lelaki.
·
Lemak lapisan bawah kulit dan
topografi lemak:
-
Data radiografik telah
menunjukkan bahawa perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit
berbanding lelaki dari awal bayi sehingga 18 tahun.
-
Selepas peningkatan pesat lemak
lapisan bawah kulit dalam tempoh 6 bulan pertama , kedua-dua jantina mengalami
penurunan pada 6 – 7 tahun.
-
Perempuan akan menunjukkan
peningkatan linear sehingga remaja, manakala lelaki menunjuk sedikit
peningkatan antara 7 – 12/13 tahun, dan seterusnya penurunan semasa remaja.
-
Data lipatan kulit menunjukkan
perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki antara 4
– 18 tahun.
-
Antara 4 – 7 tahun, jumlah 10
lipatan kulit menunjukkan kestabilan dalam kedua-dua jantina dan ini adalah
selaras dengan dapatan radiografik.
-
Lemak lapisan bawah kulit
meningkat secara linear dalam perempuan antara 6 – 7 tahun sehingga remaja.
-
Pada lelaki pula, jumlah
lipatan kulit meningkat dari 7/8 – 13 tahun dan seterusnya menunjukkan
penurunan di umur 15 tahun.
-
Perubahan ini telah menunjukkan
dua faktor iaitu (i) terdapatnya lebih tempat lipatan kulit (10) berbanding
radiografik (5); (ii) tempat radiografik adalah terhad kepada hujung anggota
tetapi tempat lipatan kulit tersebar dengan sekata antara hujung anggota dan badan.
·
Perubahan di dalam jumlah
sebaran lemak lapisan bawah kulit berlaku semasa pertumbuhan.
·
Perempuan mempunyai lebih lemak
lapisan bawah kulit berbanding lelaki di semua peringkat umur, khususnya di
peringkat remaja.
·
Perbezaan lemak lapisan bawah
kulit kelihatan lebih ketara antara kedua-dua jantina di bahagian hujung
anggota berbanding badan.
·
Oleh itu terdapat satu
perbezaan yang ketara antara jantina di dalam sebaran lemak di dalam remaja.
·
Lelaki mempunyai lebih lemak
lapisan bawah kulit di badan berbanding hujung anggota.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan