Isnin, 9 Disember 2013

Perbezaan Strategi Berpusatkan Guru dan Murid

1.    Strategi Berpusatkan Guru (Ciri-ciri Berpusatkan Guru)
      I.        Guru memainkan peranan penting
    II.        Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
   III.        Kepimpinan guru secara autokratik.
  IV.        Pencapaian objektif guru diutamakan.
   V.        Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
  VI.        Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
 VII.        Interaksi di antara murid adalah pasif.
VIII.        Kaedah keseluruhan kelas.
  IX.        Murid-murid kurang kreatif/tidak berinisiatif.
   X.        Kaedah dan teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

2.    Strategi Berpusatkan Murid (Ciri-ciri Berpusatkan Murid)
      I.        Murid memainkan peranan penting
    II.        Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
   III.        Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan / galakan murid memberi pendapat
  IV.        Pencapaian objektif murid diutamakan
   V.        Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
  VI.        Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami dan membuat kesimpulan
 VII.        Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong – menolong).
VIII.        Kaedah kumpulan/perbezaan dan minat murid dipupuk
  IX.        Murid-murid bersifat kreatif/berinitiatif
   X.        Kaedah dan teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dll.

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Pembelajaran yang menekankan penglibatan luas murid dalam aktiviti P& P dengan
      I.        mengambil bahagian dengan aktif dalam proses P & P
    II.        menggalakkan dan memberi ruang interaksi di dalam kelas dan sekolah
   III.        berinteraksi dengan resos yang disediakan oleh guru
  IV.        bebas mengemukakan hujah atau pandangan dengan bukti yang konkrit dan saitifik
   V.        memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari),
  VI.        mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif),
 VII.        melibat dalam penilaian berterusan;
sikap guru yang mendengar

3.    Perbezaan Strategi Berpusatkan Guru dan Murid
Berpusatkan Guru
Perbezaan
Berpusatkan Murid
Guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran.
Peranan
Muird memainkan peranan penting dalam P&P
Sehala
Bentuk komunikasi
Dua hala
Autokratik
Ciri kepimpinan
Demokratik (Guru sebagai pembimbing)
Pencapaian objektif guru
Pencapaian objektif
Pencapaian objektif murid
Keseluruhan kelas (Perbezaan dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian oleh guru)
Kaedah
Kooperatif dan penyoalan
Pasif
Interaksi antara murid
Aktif
Penyebaran nilai-nilai murni dan perkembangan emosi
Penyebaran Ilmu Pengetahuan
Menyeluruh (JERIS)
Sumatif (pentingkan keputusan ujian)
Jenis Ujian
Formatif (keputusan ujian diguna untuk kaji kelemahan murid)
Kurang
Tahap kreativiti dan inisiatif murid
Murid-murid menunjukkan sifat krativiti dan berinisiatif


Rujukan:
Ragbir Kaur Joginder Singh. 2005. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasa Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.


Tiada ulasan: