Ahad, 5 Julai 2015

Peranan ahli-ahli psikologi sukan dan senaman

Tutorial 1
Tajuk: Bincangkan peranan ahli-ahli psikologi sukan dan senaman?

Melalui pembacaan yang telah dibuat melalui laman sesawang yang dicari mendapati terdapat tiga peranan ahli psikologi sukan dan senaman yakni samaada yang mengamalkannya secara teori ataupun dipraktikkan ke dalam bidang masing-masing.
Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.
Sebagai contoh, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.
Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan.Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.
Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita untuk menyatakan sesuatu tingkah laku atlet itu sendiri, menerangkan tingkah laku tersebut dan seterusnya membuat andaian tentang tingkah laku tersebut. Keadaan seseorang atlet diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah atlet. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap atlet serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara tidak langsung diluar gelanggang permainan.
Selain itu, antara peranan ahli-ahli psikologi adalah yang pertama sebagai penyelidik, kedua pendidik dan ketiga adalah sebagai ahli psikologi sukan klinikal.
            Bagi peranan yang pertama yakni sebagai penyelidik psikologi sukan, peranan mereka adalah mengendalikan penyelidikan dan mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan bidang psikologi sukan. Mereka akan menggunakan kaedah dan pendekatan semasa menjalankan kajian dan penyelidikan. Antara kaedah dan pendekatan yang digunakan adalah seperti soal selidik, pemerhatian dan melalui eksprimen atau secara eksperimental. Hasil kajian dan penyelidikan yang diperolehi ini nanti akan digunakan kepada mereka yang terlibat dalam bidang sukan terutama kepada ahli psikologi sukan gunaan.
            Peranan kedua pula adalah sebagai pendidikan psikologi sukan pula tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat latihan secara profesional dalam bidang Pendidikan Jasmani (PJ) dan Sains Sukan. Selain mengajar psikologi sukan, mereka juga menyampaikan ceramah dan memberi kursus prikologi sukan kepada jurulatih sukan. Mereka ini juga bertindak sebagai konsultan atau orang tengah dalam bidang sukan. Mereka akan melakukan kajian dan penyelidikan bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang tersebut.
            Bagi peranan ketiga yakni sebagai ahli psikologi sukan klinikal pula mereka ini terdiri daripada pakar psikologi sukan yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang psikologi klinikal. Mereka memainkan peranan sebagai ahli psikologi sukan dengan mengendalikan masalah emosi dan personaliti atlet serta masalah-masalah yang berkaitan dengan sukan. Sebagai contoh, menolong atlet yang menghadapi masalah alkohol, penyalahgunaan dadah, kecelaruan makanan, dan kemurungan. Selain itu, bantuan yang diberikan juga bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi dan juga penilaian psikologi atlet. Tugas ahli psikologi sukan klinikal juga adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius dan melibatkan tempoh masa yang panjang. Ini kerana mereka merupakan orang yang berkelayakan dalam bidang ini dan mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan membantu atlet menangani masalah.

Rujukan:

Tiada ulasan: