Sabtu, 28 April 2012

Kertas Kerja Lawatan Pendidikan Keselamatan PKE 3102


CADANGAN KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN KESELAMATAN
(PKE 3102)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJANG BINTANGOR, SARAWAK

ANJURAN:
PISMP PENDIDIKAN JASMANI
SEMESTER 3
AMBILAN JANUARI 2011

TARIKH:
28 MAC 2012

TEMPAT:
JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA
SIBU, SARAWAK

1.0 NAMA PROGRAM
Lawatan Ilmiah PISMP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Semester 3 Ambilan Januari 2011 ke Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Sarawak.


2.0 PENGENALAN PROGRAM

Program ini merupakan satu program yang melibatkan semua guru pelatih dari kelas PISMP Pendidikan Jasmani Semester 3. Program ini telah dirancang bersama-sama pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Rajang bagi melicinkan program.
Program ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pendidikan Keselamatan). Program ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang aspek-aspek keselamatan dan kepentingannya dalam pengurusan dan terhadap individu yang terlibat.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Program ini diadakan demi mencapai beberapa objektif iaitu:

3.1 Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan. (rujuk Lampiran C).
3.2 Memahami dengan lebih mendalam tentang Pendidikan Keselamatan.
3.3 Memenuhi tugasan mata pelajaran wajib yang membawa kepada markah akhir kursus.
3.4 Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan.
3.5 Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheran tentang teori dan amalan.
4.0 NAMA PENGANJUR

Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Jasmani Semester 3 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Perguruan Kampus Rajang.

5.0 TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM

Tempat yang dicadangkan bagi program ini ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sibu, Sarawak.

6.0 TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM

Berikut adalah masa yang dicadangkan oleh penganjur :

Tarikh     : 28 Mac 2012
Hari         : Rabu
Masa      :  8.00 pagi – 5.00 petang

7.0 PESERTA

Peserta yang akan menyertai program ini ialah guru pelatih dari PISMP Pendidikan Jasmani Semester 3. Jumlah keseluruhan peserta ialah 20 orang iaitu, 14 orang guru pelatih lelaki dan 6 orang guru pelatih perempuan.(rujuk Lampiran B)


8.0 PENSYARAH PENGIRING

8.1  Puan Florina Anak Sigay (Pensyarah Penasihat)
8.2  Encik Ismail Bin Dikoh
8.3  Encik Chula Ak Bina

9.0 AHLI JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran A

10.0      ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
JUMLAH
CATATAN
1
Makan
·         Sarapan
(RM 3.50 x 23 orang)
·         Tengah hari
(RM 4.50 x 23 orang)
·         Minum petang
(RM 3.50 x 23 orang)


RM 80.50

RM 103.50

RM 80.50

2
Cenderamata
·         Pegawai bomba x 3 orang

Disediakan oleh stor pejabat IPG
JUMLAH BESAR
RM 264.50




11.0 TENTATIF
Tarikh : 28 Mac 2012
Masa  : 8.00 pg – 5.00 ptg

Masa
Perkara
Tindakan
7.30 pg – 8.00 pg
- Berkumpul di garaj bas
- Sesi taklimat
- Bergerak ke Balai Bomba Sibu
AJK Pengangkutan
AJK Dokumentasi
8.00 pg – 12.00 tgh
- Taklimat bersama Pegawai Bomba
Ø  Kenderaan Bermotor dan Kenderaan Tidak Bermotor
Ø  Ciri-ciri Keselamatan Bangunan
Ø  Penggunaan Bahan Kimia
AJK Kebajikan & Keselamatan
AJK Dokumentasi
AJK Laporan

12.00 tgh – 2.00 ptg
- Solat/Rehat
- Makan tengahari
AJK Makanan
2.00 ptg – 4.00 ptg
- Demontrasi oleh Pegawai Bomba
Ø  Pengendalian Alat Pemadam Api
Ø  Amali Memadam Kebakaran
AJK Dokumentasi
AJK Laporan
AJK Peralatan

4.00 ptg – 5.00 ptg
- Majlis Penutup
Ø  Ucapan wakil Bomba & Penyelamat Sibu
Ø  Ucapan wakil Pensyarah
- Penyampaian cenderahati
- Majlis bersurai
AJK Pengacaraan Majlis
AJK Dokumentasi
AJK Hadiah dan Cenderamata

5.00 ptg
- Pulang ke IPG Kampus Rajang
AJK Pengangkutan






12. 0 PENUTUP
Program Amali Pendidikan Keselamatan ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dengan lebih mendalam bagi subjek Elektif Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Keselamatan. Program ini amat berguna kepada guru pelatih kerana dapat melihat dengan lebih dekat tentang apa yang telah dipelajari secara teori semasa kuliah. Secara tidak langsung, program ini dapat memberi peneguhan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
















Disediakan oleh :                                                                                 Disemak oleh :

 (….............................................................)                                      ( …….………………………………………..………… )
       MOHD RIDHZWAN BIN RASHID                                                    LEO CHUO SENG HAN
                SETIAUSAHA PROJEK                                                                                    PENGERUSI PROJEK


Disahkan oleh :

(………….………………………….............................................)
PUAN FLORINA ANAK SIGAY
PENSYARAH PENASIHAT




Diluluskan oleh :

(……………………………………………………………………………….)
ENCIK RAYMOND GAI PANTING @ GAIE
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, SARAWAK

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA PENGURUSAN
PROGRAM PENDIDIKAN KESELAMATAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, SARAWAK

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG
ENCIK RAYMOND GAI PANTING @ GAIE
Pengarah Institut Pendidikan Kampus Rajang

KETUA PENASIHAT
ENCIK PATRICK TANG LAY MING
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

TIMBALAN KETUA PENASIHAT
DR. ONG KONG SWEE
Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang

PENSYARAH PENASIHAT
PUAN FLORINA ANAK SIGAY
Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang







JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI:
LEO CHUO SENG HAN

NAIB PENGERUSI:
YII KIE BING

SETIAUSAHA:
MOHD RIDHZWAN BIN RASHID

NAIB SETIAUSAHA:
AIN SHARIDA BINTI ABDUL KHAIRIZAKKI

BENDAHARI:
LAU SIE SIA


AHLI JAWATANKUASA:

PENGACARAAN MAJLIS:
ERIANA BINTI KAMAT
ABBIE SHYAM BIN SULAIMAN

HADIAH DAN CENDERAMATA:
NUR SYUHADA BINTI AZHARI
ALIF FAHMI BIN MOHD PAUJI

MAKANAN DAN PENGANGKUTAN:
TUAN NUR’FATIN NADIA BINTI TUAN IZHAM ROS
VALLERIE ANAK JIRUM
LAPORAN:
MUHD ZAMIR HARIS BIN ROSLI
ANAS AMIRUL BIN AHMAD ANNUAR
MOHD HAFIZ BIN MAT LEH

DOKUMENTASI:
MUHAMMAD AKMAL BIN ANDUL KADIR
AHMAD FAISOL BIN HAZAMA PUTARA

BUKU PROGRAM:
DESMOND DANIEL ANAK CHOPTA
AZIZ FAIZULLY BIN RABAT

PERALATAN:
WONG HUNG HUONG
MUHD ZAMIR HARIS BIN ROSLI
MOHD HAFIZ BIN MAT LEH

BACAAN DOA:
ANAS AMIRUL BIN AHMAD ANNUAR











LAMPIRAN B
SENARAI NAMA KELAS  PISMP PJ SEMESTER 3
BIL
NAMA
JANTINA
NO. IC
1
AIN SHARIDA BINTI ABDUL KHAIRIZZAKI
P
910317 – 13 – 6169
2
ABBIE SHYAM BIN SULAIMAN
L
900326 – 13 – 7757
3
AHMAD FAISOL B. HAZMA PUTARA
L
910516 – 10 – 5579
4
ALIF FAHMI BIN MOHD PAUJI
L
910709 – 13 – 5997
5
ANAS AMIRUL BIN AHMAD ANNUAR
L
911010 – 07 – 5055
6
AZIZ FAIZULLY BIN RABAT
L
911127 – 13 – 6325
7
DESMOND DANIEL AK COPTA
L
910817 – 13 – 5659
8
ERIANA BINTI KAMAT
P
910701 – 13 – 5876
9
LAU SIE SIA
L
890725 – 13 – 5293
10
LEO CHUO SENG HAN
L
910823 – 13 – 5997
11
MOHD RIDHZWAN BIN RASHID
L
910215 – 13 – 5563
12
MOHD. HAFIZ BIN MAT LEH
L
900206 – 03 – 5481
13
MUHAMMAD AKMAL BIN ABDUL KADIR
L
910213 – 13 – 5711
14
MUHD ZAMIR HARIS BIN ROSLI
L
910724 – 09 – 5117
15
NUR AMALINA BT OMAR
P
910821 – 03 – 6118
16
NUR SYUHADA BT AZHARI
P
910205 – 03 – 5016
17
TUAN NUR’FATIN NADIA BT TUAN IZHAM ROS
P
901022 – 03 – 5932
18
VALLERIE ANAK JIRUM
P
900424 – 13 – 7232
19
WONG HUNG HUONG
L
900107 – 13 – 6869
20
YII KIE BING
L
900509 – 13 - 7653

Lawatan PKE 3102

PENGENALAN
Program ini merupakan satu program yang melibatkan semua guru pelatih dari pengkhususan PISMP PJ Semester 3. program ini dirancang bersama-sama pensyarah Jabatan PJK IPG Kampus Rajang bagi kelancaran program.

MATLAMAT
Program ini bertujuan bagi memenuhi proforma kursus PKE 3102 selain  memberi kefahaman yang mendalam tentang aspek-aspek keselamatan dan kepentingannya dalam pengurusan keselamatan terhadap individu yang terlibat.

OBJEKTIF
· Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam proforma kursus PKE 3102.
· Memberikan pendedahan secara holistik berhubung aspek keselamatan daripada pelbagai bidang.
· Memahami dengan lebih mendalam tentang Pendidikan Keselamatan  melalui pihak yang pakar.
· Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan.
· Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheran tentang teori dan amalan.
· Memberikan kesedaran kepada diri individu perkaitan keselamatan dengan dunia pendidikan.
· Memberikan pengalaman secara terus kepada guru pelatih bagaimana mengendalikan dan menguruskan hal-hal berkaitan keselamatan.





Catatan

Isnin, 5 Mac 2012

Maihkah Tuhan bercakap dengan kita


Jawapan: Kitab Injil banyak mencatatkan peristiwa Tuhan bercakap dengan manusia menggunakan suara yang kedengaran (Keluaran 3:14; Yosua 1:1; Hakim-hakim 6:18; 1 Samuel 2:1; Ayub 40:1; Yesaya 7:3; Yeremia 1:7; Kisah 8:26; 9:15 – hanyalah beberapa contoh). Tidak ada alasan berdasarkan kitab Injil mengapa Tuhan tidak dapat atau tidak mahu bercakap dengan manusia menggunakan suara yang kedengaran pada hari ini. Terdapat ratusan penulisan yang menunjukkan Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran, kita perlu ingat bahawa kesemua itu telah berlaku dalam jangka masa 4000 tahun dalam sejarah manusia. Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran ialah satu pengecualian, bukan satu peraturan atau ketetapan. Walaupun dalam penulisan kitab Injil ada menyebut tentang Tuhan yang bercakap, tetapi tidak jelas samada dengan menggunakan suara yang kedengaran, suara dalam hati atau setakat satu gambaran di minda. 

Tuhan memang bercakap dengan kita pada hari ini. Pertama, Tuhan bercakap dengan kita melalui Firman-Nya (2 Timotius 3:16-17). Yesaya 55:11 berkata, “Demikian jugalah firman yang Aku ucapkan akan berjaya mencapai tujuan-Ku dan melakukan setiap perkara yang Aku tentukan”. 

Kitab Injil mencatatkan Firman Tuhan kepada kita tentang semua perkara yang perlu kita ketahui supaya dapat diselamatkan dan bagaimana menjalani kehidupan Kristian. 2 Petrus 1:3-4 berkata “Dengan kuasa-Nya sendiri, Allah sudah mengurniai kita segala sesuatu yang diperlukan untuk hidup salih. Dia melakukan hal ini melalui apa yang kita ketahui tentang Allah yang telah memanggil kita untuk menikmati kemuliaan dan kebaikan-Nya sendiri. Dengan cara ini Dia telah mengurniai kita berkat-berkat yang sangat baik dan berharga yang dijanjikan-Nya. Dengan berkat-berkat itu kamu terlepas daripada keinginan jahat yang membinasakan, yang terdapat di dunia ini dan kamu menerima sifat Allah sendiri”. 

Kedua, Tuhan bercakap dengan kita melalui tekanan ke atas fikiran dan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Tuhan menolong kita membezakan di antara yang betul dengan yang salah melalui suara dalam hati kita (1 Timotius 1:5; 1 Petrus 3:16). Tuhan sedang membentuk minda kita supaya dapat mengetahui kehendak-Nya (Roma 12:2). Tuhan mengizinkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup kita untuk mengajar, mengarah dan mengubah kita serta membantu kita supaya dapat membesar secara rohani (Yakobus 1:2-5; Ibrani 12: 5-11). 1 Petrus 1:6-7 mengingatkan kita “Oleh itu hendaklah kamu bersukacita, meskipun sekarang mungkin kamu harus berdukacita untuk sementara waktu kerana mengalami berbagai-bagai cubaan. Semuanya bertujuan untuk membuktikan sama ada kamu sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan atau tidak. Emas yang dapat rosak pun diuji dengan api. Oleh itu, iman kamu yang lebih berharga daripada emas pun harus diuji, supaya menjadi teguh. Dengan demikian, apabila Yesus Kristus datang kembali, kamu akan menerima pujian, kemuliaan dan penghormatan daripada Allah.

Yang terakhir, ya memang benar kadangkala Tuhan bercakap dengan manusia menggunakan suara yang kedengaran. Tetapi samada kejadian itu berlaku sekerap yang diperkatakan oleh beberapa orang masih diragui. Apabila Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran seperti yang ditulis dalam kitab Injil, itu suatu kejadian yang terkecuali dan bukan satu kebiasaan. Apabila seseorang mengakui bahawa Tuhan sudah bercakap kepada dirinya, pengakuan itu perlu mendapat sokongan daripada apa yang ditulis di dalam kitab Injil. Sekiranya Tuhan bercakap menggunakan suara yang kedengaran pada hari ini, firman-Nya mestilah selaras dengan apa yang tertulis dalam kitab Injil. Tuhan tidak akan bercanggah dengan diri-Nya sendiri. 2 Timotius 3:16-17 menyatakan bahawa, “Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik”.

Sumber:

KL jadi bandar mesra basikal

Kuala Lumpur akan mengikut jejak langkah Putrajaya menjadi kawasan mesra basikal melalui penyediaan pelbagai kemudahan untuk penunggang basikal dalam masa terdekat.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata perbincangan mengenainya sedang dijalankan dengan mengambil kira beberapa faktor terutama keselamatan sebelum ia dilaksanakan.

NONE"KL banyak kawasan yang perlu diubahsuai, tidak semua kawasan mesra basikal, takut ada kemalangan, perlu fikir pengguna trafik yang lain juga," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Berbasikal 'Fun Ride' sempena Hari Wilayah 2012 anjuran Sekretariat Hal Ehwal bandar (SHEB) Pergerakan Pemuda Umno di Kuala Lumpur, hari ini.

Seramai 900 penunggang basikal pelbagai bangsa dan usia menyertai program itu mengelilingi sekitar ibu kota dengan jarak sejauh 13km.

Antara yang mengambil bahagian ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, dan Ketua Umno bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi.

Selain itu, Raja Nong Chik berkata pihak kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga sudah mengambil pelbagai langkah dalam memberi lebih ruang kepada pejalan kaki dan penunggang basikal di dalam bandar.

"Untuk pejalan kaki kita sedang sediakan walkway dan untuk yang berbasikal apabila selesai projek menghubungkan taman-taman di sekitar KL ini, ia akan (lebih) galakkan aktiviti berbasikal," katanya.

Mengenai bandar mesra basikal Putrajaya, Raja Nong Chik berkata ia sudah memasuki peringkat pelaksanaan dan perkhidmatan menyewa basikal juga akan diwujudkan di beberapa kawasan di pusat pentadbiran negara itu.

"Mungkin dalam tahun ini juga...basikal pun dah dibeli dan dalam proses penghantaran. Kumpulan pertama basikal akan sampai dan akan dikunci di kawasan-kawasan tertentu," katanya.

Pada 17 Disember lalu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, memperkenalkan lapan Pakej Berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia Putrajaya sebagai satu lagi tarikan pelancong dalam dan luar negara mengunjungi Putrajaya sebagai destinasi percutian mereka.

Mengenai program "Fun Ride", Presiden SHEB, Tengku Azman Tengku Zainul Abidin, berkata ia dianjurkan sebagai satu langkah mendekati golongan remaja selain menyampaikan mesej kepada kerajaan untuk memberi lebih perhatian kepada golongan penunggang basikal yang semakin meningkat bilangannya di ibu kota.

"Ini adalah salah satu objektif kita, kita minta supaya kerajaan dapat menyediakan lebih banyak kemudahan kepada mereka ini dalam bandar seperti tempat meletak basikal, laluan khas dan sebagainya," katanya.

- Bernama
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/191057