Ini merupakan tajuk bagi projek EDU 3105 saya semester ini. |
Isnin, 30 Julai 2012
Pengajaran Mikro Pendidikan Kesihatan
Semasa Pengajaran Mikro perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian:
- Tulis tajuk P&P di papan tulis pada akhir P&P.
- Elak soalan secara umum. Panggil nama untuk jawab soalan.
- Bila panggil nama pelajar untuk jawab soalan, bagi soalan dahulu.
- Apabila tulis sesuatu di papan tulis, jangan sesekali bercakap. Bercakap apabila selesai menulis.
- Lepas tulis tajuk atau isi pelajaran di atas tengah papan tulis, bahagikan kepada beberapa bahagian.
- Ikut apa yang dirancang. Ikut apa yang ditulis dalam RPH.
- Tanya soalan dahulu, baru minta murid jawab.
- Soalan perlu spesifik.
Pada pengajaran mikro set induksi pusingan pertama, saya dapat 8/10 markah. Pusingan kedua saya akan buat yang baik.
Jumaat, 20 Julai 2012
Faktor Lokasi Dlm Pelaksanaan Akrtiviti P&P PJ
Soalan:
Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan
Jasmani, pelbagai fakor perlu diambil. Huraikan faktor lokasi sekolah yang
boleh mempengaruhi aktiviti Pendidikan Jasmani ?
Faktor lokasi sekolah
atau kedudukan sekolah merupakan sebahagian daripada komponen yang terdapat
dalam faktor persekitaraan. Lokasi sekolah atau kedudukan sekolah dibahagikan
kepada dua yakni sekolah di kawasan Bandar dan luar Bandar. Kedua-dua kedudukan
sekolah ini mempunyai perbezaan yang ketara jika dibandingkan baik dari segi
tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahannya.
Kedudukan sekolah di kawasan bandar mempunyai
pelbagai kelebihan berbanding kawasan di luar bandar. Kewujudan pertubuhan tertentu
memberi kelebihan bagi sekolah di bandar terutamanya dari segi kepakaran yang
ada. Justeru itu sekolah yang berada di luar bandar boleh berkongsi kepakaran
yang sedia ada di bandar. Sebagai contoh kepakaran jurulatih renang, gimnas,
taekwando dan sebagainya.Kepakaran-kepakaran yang terdapat di kawasan bandar
boleh dijadikan asas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berdasarkan kepakaran yang
terdapat di situ. Di bandar juga terdapat guru-guru yang mempunyai kepakaran
khas berbanding di luar bandar. Keadaan tersebut diransang oleh adanya
persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh badan-badan kebangsaan yang membolehkan
guru mengambil bahagian untuk
mendapatkan
sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu kemahiran atau sukan.
Ini memberi banyak peluang kepada sekolah di bandar untuk merancang pelbagai
aktiviti yang boleh menarik minat murid.
Kedudukan sekolah di kawasan luar
bandar agak ketinggalan daripada sekolah di Bandar. Walau bagaimanapun, pihak
kerajaan telah melakukan banyak usaha bagi meningkatkan insfrakstruktur sekolah
di luar bandar. Ini terbukti pada tahun lepas sahaja, kerajaan telah memperuntukkan
tambahan RM2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di
kawasan pendalaman dan luar bandar seluruh negara. Ianya sebagai tambahan
kepada RM9.7 billion yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dalam
Rancangan Malaysia ke Sembilan dan dijangka akan memberi manfaat kepada dua
juta pelajar luar bandar dan pendalaman. Oleh itu, aktiviti yang akan dirancang
di luar bandar haruslah bersesuaian dan menepati tahap ekonomi penduduk
setempat. Ini kerana ibu bapa di sekolah hanya bergantung kepada inisiatif yang
diambil oleh pihak sekolah sahaja dalam membentuk anak-anak mereka.
Kesimpulannya, kreativiti seseornag
guru dalam mengubah suai dan mempelbagaikan pendekatan P&P beliau amat
perlu dalam memastikan aktiviti PJ dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah
terutama di sekolah luar Bandar kerana infrastruktur yang serba kekurangan
memungkinkan keberkesanaan P&P dapat dijayakan.
Isnin, 16 Julai 2012
langkah-Langkah pengajaran mengikut model “ASSURE”.
Soalan:
Sediakan langkah-langkah pengajaran mengikut model
“ASSURE”.
I.
Model Reka bentuk pengajaran ASSURE
A- Analyse learner
(analisis pelajar)- (1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomi (2)
kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail Pembelajaran ;
sama ada auditori, visual, atau kinestatik
S- State Objective
(nyatakan obj)- (1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd P&P (2)
fokus kpd pengetahuan, kemahiran dan
sikap yg baru utk dipelajari.
S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi,
demostrasi, latihan tubi. Media; kreteria- (1)sepadan dgn kuri
(2) maklumat tpt/tkini (3) bahasa jelas (4) tarik minat/cetus motivasi (5)galak
plibatan pel (6)kualiti teknikal (7)
terbukti keberkesanan (8) ada panduan guna. Rek bentuk Bahan; ambil kira; (1)
objektif (2) pelajar (3) kos (4) kepakaran teknikal (5)peralatan (6)fasiliti
(7)masa
.
U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)prebiu bhn (2) sediakan
bhn (3) sediakn psekitarn (4)sedikn plajar (5)sed pengalaman pembelajaran.
R-Require Learner Participation (dorong penglbtn pel); latihan, kuiz, projek
E-Evaluate and revise
(nilai dan semak)- (1)nilai pencapaian pel (2)pembelajaran yd terhasil
(3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.
II.
Langkah-Langkah Pengajaran
Matapelajaran :
Pendidikan Kesihatan
Tahun :
4 Bijak
Tajuk :
Penyakit Berjangkit
1.
Analyze Learner (Analisis Pelajar)
·
Pelajar terdiri
daripada 20 orang pelajar di mana 16 orang pelajar adalah lelaki manakala
selebihnya perempuan. Kesemua pelajar tinggal di kawasan pedalaman dan tinggal
di asrama. Kesemua pelajar ini juga berasal daripada keluarga miskin dan mereka
berumur dalam lingkungan 9 – 10 tahun.
·
80% pelajar tidak
mengetahui apa yang dikatakan dengan penyakit berjangkit dan mereka hanya
mengetahui nama penyakit yang mereka hidapi sahaja.
·
Stail pembelajaran
pelajar-pelajar ini rata-ratanya adalah kinestatik di mana mereka suka
bergerak-gerak dan menganggu rakan-rakannya.
2.
State Objective (Nyatakan Objektif)
·
Pelajar dapat menamakan
sekurang-kurangnya 3 jenis penyakit berjangkit dan cara penyakit boleh merebak.
Selain itu, pelajar mengamalkan sikap bantĂș-membantu apabila dalam
perbincangan.
3.
Select Method, Media and Materials (Nyatakan Kaedah,
Media dan Bahan)
·
Kaedah = Perbincangan
·
Media = Papan tulis,
“marker pen”, LCD Projector, Laptop, Persembahan Powerpoint.
·
Bahan = Lembaran
kerja (silang kata).
4.
Utilize Media and Materials (Guna Media dan Bahan)
·
Guru akan bersoal
jawab bersama murid-murid mengenai penyakit berjangkit. Pertama, guru bertanya
kepada murid-murid yang pernah sakit jenis penyakit yang mereka hadapi masa
itu. Kemudian ,guru akan mencatatkan semua penyakit yang dinyatakan oleh
murid-muridnya di papan tulis. Murid-murid juga ditanya mengapa mereka mudah menghidap
penyakit. Pada masa yang sama guru akan sentiasa membimbing murid-murid dalam
menjawab soalan. Selepas perbincangan, guru akan mengedarkan lembaran kerja
berbentuk silang kata kepada murid-murid bagi mengukuhkan lagi pengetahuan
mereka. murid diberi tempoh masa tertentu dalam menyiapkan lembaran kerja
tersebut.
5.
Require Learner Participation (Dorong Penglibatan
Pelajar)
·
Selepas menyiapkan
tugasan yang diberikan, murid-murid secara individu akan bertukar-tukar kertas
dan akan menyemak lembaran kerja rakan-rakannya yang lain. Murid-murid akan
dibimbing oleh guru dalam proses menyemak kertas tersebut. Selepas selesai
menyemak, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan guru akan
mengadakan kuiz kepada mereka. kuiz adalah berdasarkan apa yang mereka telah
pelajari sebelum itu berkaitan penyakit berjangkit. Kumpulan yang memungut
markah tertinggi dalam kuiz akan mendapat hadiah misteri daripada guru.
6.
Evaluate and Revise (Nilai dan Semak)
·
Penilaian adalah berdasarkan
kepada lembaran kerja yang diberikan oleh guru dan berdasarkan kuiz yang
dijalankan. Setiap murid juga akan disoal secara inidividu dalam proses
perbincangan semasa P&P. Murid dianggap menguasai apabila berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik.
·
Sekiranya masih
terdapat murid yang dikenalpasti tidak dapat mengikuti P&P, guru akan
mengenalpasti punca masalah murid sebelum memberikan pemulihan.
Ahad, 15 Julai 2012
Isu Semasa (Penempatan Guru Pelatih RMK 10)
Penghapusan jaminan penempatan guru pelatih
PADA masa ini, guru pelatih Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka – tetapi jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10.
Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.
Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah.
Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan. Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya ini.
Marilah kita menyahut cabaran ini dengan usaha memperkembangkan,memperkasakan kualiti diri kita. Bukan membantah tetapi saya bersetuju dengan ini. Kita perlu lihat diri sendiri sedalam yang mungkin dan sentiasa renung-renungkan apa yang kita buat sepanjang pengajian.
Sumber:
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0727&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_04.htm. Diakses pada 15 Julai 2012.
Khamis, 12 Julai 2012
TGFU
Model Bunker dan Thorpe
Model Bunker dan Thorpe mengemukakan
enam peringkat/langkah dalam konsep Teaching Games for understanding (TGFU).
LANGKAH/
PERINGKAT
|
PENJELASAN RINGKAS
|
1. Bentuk
Permainan
|
·
Nama permainan
·
Kawasan permainan
·
Bilangan
pemain
·
Alatan
·
|
2.Apresiasi
Permainan
|
·
Peraturan permainan
·
Ubahsuai permainan asal
·
Variasi
·
|
3.Kesedaran
Taktikal
|
·
Prinsip pergerakan
·
Ruang dan masa
·
Situasi lanjut
·
Kesan kelemahan lawan
·
|
4.Membuat
keputusan
|
·
Apa yang perlu dilakukan?
-
Nilai situasi
-
Kenalpasti dan menjangka kemungkin
·
Bagaimana melakukannya?
-
Pilihan tindakan yang sesuai mengikut situasi
dan keadaan.
-
|
5.Pelaksanaan
Kemahiran
|
·
Butiran mengajar untuk menghasilkan pergerakan
sebenar dalam situasi permainan.
|
6.Prestasi
|
·
Penilaian kebolehan berasaskan kriteria.
|
Sabtu, 7 Julai 2012
Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.
Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani.
A Curriculum is a
written document which may contain many ingredients, but basically it is a plan
for the education of pupils during their enrolment in given school -
George A.Beauchamp
(1986)
Berdasarkan kepada
George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai dokumen bertulis
di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia adalah satu
rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di sekolah
Kurikulum yang
digubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat dengan mata pelajaran
pendidikan jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu melahirkan insan
yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek pembangunan
insan merupakan keperluan negara dalam proses pembentukan modal insan yang
berkualiti.
Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani ialah satu garis panduan kepada guru-guru dalam merujuk
kandungan-kandungan pelajaran yang harus diberikan, diajarkan dan diterapkan
kepada murid-murid. Di dalam sukatan pelajaran tersebut, terdapat tajuk-tajuk,
kemahiran-kemahiran, cadangan aktiviti yang sesuai dengan murid mengikut tahap
tertentu serta cadangan bahan-bahan yang hendak digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Justeru dapat kita kenal pasti di sini
bahawa Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah sub unit yang terdapat di
dalam kurikulum. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah garis panduan yang
lebih khusus untuk diteliti oleh guru yang hendak mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani.
Sukatan Pendidikan
Jasmani merupakan satu kaedah yang terbaik untuk melahirkan individu yang
mempunyai keseimbangan yang baik sama ada dari segi keupayaan psikomotor,
afektif mahupun kognitif. Unsur membina kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum
sukatan pelajaran pendidikan jasmani diselitkan unsur-unsur sains, maka
kesepaduan mata pelajaran dapat dibentuk. Terdapat juga unsur-unsur mata
pelajaran lain yang disepadukan dalam pendidikan jasmani seperti muzik,
matematik, fizik, biologi dan lain-lain.
Subjek pendidikan
jasmani mengaplikasikan kurikulum berpusatkan murid. Perkara ini dapat dilihat
melalui permainan kecil yang disertai oleh mereka. Sebagai contoh, permainan
kecil adalah permainan kegemaran semulajadi kanak-kanak. Oleh itu, unsur
permainan diselitkan dalam sukatan pendidikan jasmani untuk menarik minat
murid-murid.
Jumaat, 6 Julai 2012
Faktor Utama Yang Harus Diteliti Dalam Merancang Dan Melaksanakan Aktiviti Pendidikan Jasmani
Tiga
Faktor Utama Yang Harus Diteliti Dalam Merancang Dan Melaksanakan Aktiviti
Pendidikan Jasmani
Terdapat tiga faktor utama yang harus
diteliti dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani. Faktor
yang pertama ialah infrastruktur dan tenaga. Faktor kedua pula ialah
perkembangan murid dan yang ketiga ialah faktor persekitaran.
1. Infrastruktur Dan Tenaga Pengajar
Dalam faktor ini, terbahagi pula kepada
beberapa unsur iaitu kemudahan, peralatan dan kepakaran. Kemudahan merangkumi
kedudukan sekolah sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, kemampuan
kewangan sekolah, kemudahan-kemudahan semasa penyediaan aktiviti dan tenaga
pengajar.
Peralatan pula merangkumi pemilihan alatan
yang perlu berdasarkan kepada spesifikasi umur dan pertandingan. Faktor
keselamatan pengguna haruslah diambil kira terlebih dahulu. Kualiti alat juga
perlu dipertimbangkan dalam memilih alatan.
Kepakaran lebih menjurus kepada guru
Pendidikan Jasmani itu sendiri yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
semasa mengajar. Mereka perlu menanggung risiko yang bakal ditempuhi semasa
melaksanakan aktiviti. Pengetahuan dan kepatuhan terhadap prosedur dan disiplin
dalam aktiviti Pendidikan Jasmani perlu kerana ia dapat mengelakkan sebarang
perkara yang tidak diingini berlaku.
2. Perkembangan Murid
Perkembangan murid boleh dibahagikan kepada
beberapa domain.
I.
Domain
kognitif
Perkembangan domain kognitif pelajar
melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak. Penyusunan domain kognitif
perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada lebih sukar. Hal ini
membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan
dengan lebih sistematik. Domain kognitif ini merujuk kepada Taksonom Bloom yang
membahagikan kepada enam peringkat iaitu didahului dengan kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan diakhiri dengan penilaian.
II.
Domain
afektif
Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan
dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Domain afektif
juga mempunyai peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada paling
tinggi iaitu bermula dari peringkat penerimaan, kemudian gerakbalas, penilaian,
organisasi dan akhirnya perwatakan.
III.
Domain
psikomotor
Psikomotor adalah kemahiran berkaitan
pergerakan anggota fizikal seseorang. Di peringkat rendah, murid-murid dilatih
untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga
pergerakan baru dalam senaman. Domain psikomotor juga turut mempunyai hierarki
tersendiri iaitu daripada peringkat mudah kepada susah bermula dengan peringkat
persepsi, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan mekanistik, pergerakan
kompleks dan akhirnya pergerakan suaian.
IV.
Domain
sosial
Domain sosial ini khusus untuk hubungan atau
tingkah laku. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif iaitu :
berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakim,
memulakan dan menukar.
3. Persekitaran
Menurut Amram Schienfeld, persekitaran
merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari
peringkat persenyawaan.
Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran
sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan.
W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa
persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi
tingkah laku seseorang individu.
Pengertian-pengertian di atas menunjukkan
dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu
sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir.
Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi
Amerika menjelaskan perkembangan murid-murid sebagai hasil interaksi di antara
alam persekitaran dengan murid-murid tersebut. Beliau mengetengahkan model
ekologi berbentuk lapisan bulatan (Sistem Ekologi Bronfenbrenner ) yang
masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap tertentu. Terdapat empat tahap dalam
perkembangan ini iaitu:
Mikrosistem. Murid-murid terdedah kepada
persekitaran yang berbentuk pada apa yang ada di depan mata termasuklah
pengaruh objek-objek fizikal seperti patung dan teknologi, struktur
persekitaran, serta peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu
bapa dan adik beradik.
Mesosistem. Merangkumi hubungan murid-murid
dengan persekitaran yang lebih luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi
murid-murid. Contohnya, bagaimana murid-murid bergaul di sekolah lebih-lebih
lagi apabila mahu memulakan alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah
dengan keluarga.
Eksosistem. Menghubungkaitkan murid-murid
dengan persekitaran yang mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. Melihat
bagaimana murid-murid didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa,
rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain.
Makrosistem. Makrosistem adalah lapisan
paling luar yang menyentuh pengaruh hubungan murid-murid dengan persekitaran
yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah sistem nilai sosial, perubahan
sejarah, polisi sosial dan media massa.
Menurut Bronfenbrenner, teori yang
dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor persekitaran tidak
sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan murid-murid tetapi antara
keduanya saling berkait rapat. Murid-murid tidak lari daripada berhadapan
dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak
langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.
Sumber:
http://notapismp.blogspot.com/2010/09/tiga-faktor-utama-yang-harus-diteliti.html. Diakses pada 6 Julai 2012.
Kesepaduan dan Penggabungjalinan Aktiviti Dalam PJ
1.
Konsep Kesepaduan
Konsep kesepaduan
ialah gabungan beberapa aspek kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal
kanak-kanak.
Kesepaduan merupakan
penyatuan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu
dan membekalkan murid dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing.
Konsep kesepaduan
dalam kurikulum menghilangkan sempadan mata pelajaran dan disiplin.
Pelajar akan melihat
ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna.
2.
Penggabungjalinan Dalam Pendidikan Jasmani
Dalam konteks KBSR,
penggabungjalinan dilihat dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang
pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang ada di dalam satu
matapelajaran itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa
matapelajaran yang lain.
Penyerapan pendekatan
gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah satu inovasi dan
anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif
bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid.
Terdapat tiga jenis
penggabungjalinan. Pertama, Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata
pelajaran. Kedua, penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.
Ketiga, menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.
Contoh Penggabungjalinan
I.
Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata
pelajaran.
Contoh permainan -
bola sepak. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang didedahkan
kepada murid seperti menghantar, menggelecek, menjaring, menendangr dan
sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu
sesi pengajarannya, contohnya menggabungkan kemahiran menggelecek dan
menendang. Dalam lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola dalam jarak
yang ditetapkan sebelum membuat tendangan dengan teknik yang betul. Di sini,
kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani.
II.
Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.
Contoh aktiviti –
regangan. Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran membilang dan
mengira yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta
murid-murid membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu hingga
ke nombor lapan. Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat memperbaiki
kekuatan memori mereka terhadap angka.
III.
Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam
satu pengajaran.
Contoh aktiviti –
senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang
dan muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak dan kemudian meminta
murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu. Ketika murid
melakukan pergerakan, mereka juga dikehendaki untuk membilang beramai-ramai
sehingga nombor lapan supaya pergerakan mereka menjadi seragam, kemas dan
teratur. Pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna dan
menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan guru untuk member penerangan yang
jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.
Sumber:
http://notapismp.blogspot.com/2010_09_01_archive.html. Diakses pada 6 Julai 2012
Langgan:
Catatan (Atom)