Kurikulum Dan Hubungkaitnya Dengan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani.
A Curriculum is a
written document which may contain many ingredients, but basically it is a plan
for the education of pupils during their enrolment in given school -
George A.Beauchamp
(1986)
Berdasarkan kepada
George A. Beauchamp, beliau mendefinisikan kurikulum sebagai dokumen bertulis
di mana di dalamnya terkandung pelbagai bahan tetapi asasnya ia adalah satu
rancangan untuk pendidikan murid-murid semasa mereka berada di sekolah
Kurikulum yang
digubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat dengan mata pelajaran
pendidikan jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu melahirkan insan
yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek pembangunan
insan merupakan keperluan negara dalam proses pembentukan modal insan yang
berkualiti.
Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani ialah satu garis panduan kepada guru-guru dalam merujuk
kandungan-kandungan pelajaran yang harus diberikan, diajarkan dan diterapkan
kepada murid-murid. Di dalam sukatan pelajaran tersebut, terdapat tajuk-tajuk,
kemahiran-kemahiran, cadangan aktiviti yang sesuai dengan murid mengikut tahap
tertentu serta cadangan bahan-bahan yang hendak digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Justeru dapat kita kenal pasti di sini
bahawa Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah sub unit yang terdapat di
dalam kurikulum. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani adalah garis panduan yang
lebih khusus untuk diteliti oleh guru yang hendak mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani.
Sukatan Pendidikan
Jasmani merupakan satu kaedah yang terbaik untuk melahirkan individu yang
mempunyai keseimbangan yang baik sama ada dari segi keupayaan psikomotor,
afektif mahupun kognitif. Unsur membina kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum
sukatan pelajaran pendidikan jasmani diselitkan unsur-unsur sains, maka
kesepaduan mata pelajaran dapat dibentuk. Terdapat juga unsur-unsur mata
pelajaran lain yang disepadukan dalam pendidikan jasmani seperti muzik,
matematik, fizik, biologi dan lain-lain.
Subjek pendidikan
jasmani mengaplikasikan kurikulum berpusatkan murid. Perkara ini dapat dilihat
melalui permainan kecil yang disertai oleh mereka. Sebagai contoh, permainan
kecil adalah permainan kegemaran semulajadi kanak-kanak. Oleh itu, unsur
permainan diselitkan dalam sukatan pendidikan jasmani untuk menarik minat
murid-murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan