Tiga
Faktor Utama Yang Harus Diteliti Dalam Merancang Dan Melaksanakan Aktiviti
Pendidikan Jasmani
Terdapat tiga faktor utama yang harus
diteliti dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani. Faktor
yang pertama ialah infrastruktur dan tenaga. Faktor kedua pula ialah
perkembangan murid dan yang ketiga ialah faktor persekitaran.
1. Infrastruktur Dan Tenaga Pengajar
Dalam faktor ini, terbahagi pula kepada
beberapa unsur iaitu kemudahan, peralatan dan kepakaran. Kemudahan merangkumi
kedudukan sekolah sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, kemampuan
kewangan sekolah, kemudahan-kemudahan semasa penyediaan aktiviti dan tenaga
pengajar.
Peralatan pula merangkumi pemilihan alatan
yang perlu berdasarkan kepada spesifikasi umur dan pertandingan. Faktor
keselamatan pengguna haruslah diambil kira terlebih dahulu. Kualiti alat juga
perlu dipertimbangkan dalam memilih alatan.
Kepakaran lebih menjurus kepada guru
Pendidikan Jasmani itu sendiri yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
semasa mengajar. Mereka perlu menanggung risiko yang bakal ditempuhi semasa
melaksanakan aktiviti. Pengetahuan dan kepatuhan terhadap prosedur dan disiplin
dalam aktiviti Pendidikan Jasmani perlu kerana ia dapat mengelakkan sebarang
perkara yang tidak diingini berlaku.
2. Perkembangan Murid
Perkembangan murid boleh dibahagikan kepada
beberapa domain.
I.
Domain
kognitif
Perkembangan domain kognitif pelajar
melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak. Penyusunan domain kognitif
perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada lebih sukar. Hal ini
membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan
dengan lebih sistematik. Domain kognitif ini merujuk kepada Taksonom Bloom yang
membahagikan kepada enam peringkat iaitu didahului dengan kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan diakhiri dengan penilaian.
II.
Domain
afektif
Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan
dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Domain afektif
juga mempunyai peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada paling
tinggi iaitu bermula dari peringkat penerimaan, kemudian gerakbalas, penilaian,
organisasi dan akhirnya perwatakan.
III.
Domain
psikomotor
Psikomotor adalah kemahiran berkaitan
pergerakan anggota fizikal seseorang. Di peringkat rendah, murid-murid dilatih
untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga
pergerakan baru dalam senaman. Domain psikomotor juga turut mempunyai hierarki
tersendiri iaitu daripada peringkat mudah kepada susah bermula dengan peringkat
persepsi, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan mekanistik, pergerakan
kompleks dan akhirnya pergerakan suaian.
IV.
Domain
sosial
Domain sosial ini khusus untuk hubungan atau
tingkah laku. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif iaitu :
berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakim,
memulakan dan menukar.
3. Persekitaran
Menurut Amram Schienfeld, persekitaran
merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari
peringkat persenyawaan.
Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran
sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan.
W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa
persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi
tingkah laku seseorang individu.
Pengertian-pengertian di atas menunjukkan
dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu
sama ada di peringkat pralahir atau selepas lahir.
Urie Bronfenbrenner seorang ahli psikologi
Amerika menjelaskan perkembangan murid-murid sebagai hasil interaksi di antara
alam persekitaran dengan murid-murid tersebut. Beliau mengetengahkan model
ekologi berbentuk lapisan bulatan (Sistem Ekologi Bronfenbrenner ) yang
masing-masing mempunyai pengaruh dan tahap tertentu. Terdapat empat tahap dalam
perkembangan ini iaitu:
Mikrosistem. Murid-murid terdedah kepada
persekitaran yang berbentuk pada apa yang ada di depan mata termasuklah
pengaruh objek-objek fizikal seperti patung dan teknologi, struktur
persekitaran, serta peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat seperti ibu
bapa dan adik beradik.
Mesosistem. Merangkumi hubungan murid-murid
dengan persekitaran yang lebih luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi
murid-murid. Contohnya, bagaimana murid-murid bergaul di sekolah lebih-lebih
lagi apabila mahu memulakan alam persekolahan dan pertama kalinya berpisah
dengan keluarga.
Eksosistem. Menghubungkaitkan murid-murid
dengan persekitaran yang mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. Melihat
bagaimana murid-murid didedahkan dengan jiran tetangga, tempat kerja ibu bapa,
rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain.
Makrosistem. Makrosistem adalah lapisan
paling luar yang menyentuh pengaruh hubungan murid-murid dengan persekitaran
yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah sistem nilai sosial, perubahan
sejarah, polisi sosial dan media massa.
Menurut Bronfenbrenner, teori yang
dikemukakan oleh beliau bersandarkan tanggapan bahawa faktor persekitaran tidak
sepenuhnya memainkan peranan kepada perkembangan murid-murid tetapi antara
keduanya saling berkait rapat. Murid-murid tidak lari daripada berhadapan
dengan persekitaran sosial mereka setiap hari yang mana ini secara tidak
langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka.
Sumber:
http://notapismp.blogspot.com/2010/09/tiga-faktor-utama-yang-harus-diteliti.html. Diakses pada 6 Julai 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan