Rabu, 9 Mei 2012

Pergerakan Asas (Nota Ringkas)


HBPE 2103 Lee Man Jiau
TOPIK 1 PERGERAKAN ASAS
1.1 PERGERAKAN ASAS
- empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif.
- tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manupulatif alat.

1.2 PERGERAKAN LOKOMOTOR
-bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.

1.2.1 Konsep

  • ARAH-bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan.
  • ALUAN -corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkang-bengkok, zig-zag dan lain-lain.
  • MASA -masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

1.2.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor
-aktiviti-aktiviti pergerakan lokomotor yang biasa dilaksanakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah:

BERJALAN
· Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
· Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan berjalan
· Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan
· Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila berjalan
· Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
· Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
· Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan

BERLARI
· Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
· Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi
· Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
· Berlari dan berhenti apabila syarat diberikan dan berhenti apabila isyarat diberikan dan berlari semula
· Berlari ke hadapan serta berundur kesisi
· Berlari mengikut seorang ketua
· Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
· Berlari mengikut arah zig-zag

MELOMPAT
· Melompat seperti rusa melompat pagar
· Melompat tali atau garisan di atas lantai
· Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dari paras lantai
· Melompat tinggi dan rendah berubah-ubah mengikut arahan
· Melompat dengan mencapai berbagai benda
· Melompat sampil bergerak kehadapan
· Melompat ke dalam dan keluar gelung rotan
· Melompat setempat
· Melompat melakonkan serta meniru cara kanggaru melompat
· Melompat melakonkan serta meniru cara katak melompat

MELOMPAT KETINGTING
· Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan
· Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan
· Melompat ketingting berarah kehadapankebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat

LARI SISI
Minta pelajar lakukan aktiviti-aktiviti dibawah berdasarkan arahan dalam bentuk tiupan wisel atau irama muzik:
· Lari sisi ke kiri dan ke kanan
· Lari sisi perlahan-pelahan dengan langkah yang rendah
· Lari sisi dengan badan dinaikkan
· Lari sisi kemudian galop
· Lari sisi sambil berpegang tangan dengan pasangan

SKIP
· Skip ke hadapan
· Skip mengikut satu bulatan
· Skip dengan membuat pola tertentu
· Skip tinggi dan rendah mengikut isyarat
· Skip secara berpasangan
· Tunjukkan skip yang tenang dan menyeronokan


MERANGKAK
· Merangkak
· Merangkak melalui pelbagai halangan
· Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
· Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan diikat
· Merangkak melalui tali

GULING HADAPAN
a. Berdiri tegak tangan diluruskan ke atas ambil nafas
b. Bengkokkan lutut tangan lurus ke hadapan sedia untuk berguling
c. Naikkan pinggul dan rapatkan tangan dan dada ke tilam kemudian guling
d. Guling ke hadapan dengan dibantu (Guru perlu meminta pasangan pelajar yang membantu menyokong pinggul dan bahagian belakang pengguling. Oleh kerana aktiviti ini berisiko tinggi adalah dicadangkan kaedah tunjukcara digunakan)
e. Kembali ke ke dudukan dekam dan luruskan keduadua tangan

GULING KE HADAPAN
a. Bersedia dengan tangan lurus ke atas
b. Bengkokkan lutut tapak tangan ke atas dan jari menghala ke belakang
c. Sedia untuk berguling ke belakang dan letakkan punggung di atas tilam
d. Tolak badan dengan tangan. Guling ke belakang dengan dibantu (Guru perlu meminta pasangan
pelajar membantu menyokong pinggul dan bahagian belakang pengguling. Oleh kerana aktiviti
ini berisiko tinggi adalah dicadangkan kaedah tunjukcara digunakan)
e. Mendekam dan berdiri semula

GULING SISI
1.3 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

1.3.1 Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor
DUDUK
· Duduk dalam keadaan bersila
· Duduk dalam keadaan melunjur
· Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan
· Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit
· Duduk mendekam

BERDIRI
· Berdiri lurus
· Berdiri dengan membongkok kehadapan
· Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan
· Berdiri dengan memusing pada paras pinggang
· Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan
· Berdiri dengan memusing tangan kekiri dan kekanan

Terdapat pelbagai dan banyak lagi aktiviti lokomotor dalam pendidikan jasmani antaranya ialah

  • TEKAN TUBI
  • GUSTI TANGAN
  • TURUN NAIK PASANGAN
  • ENJIT-ENJIT SEMUT
  • TEPUK AMAI-AMAI
  • MENARIK SETEMPAT
  • MENGILAS SAMBIL MENEPUK TANGAN
  • MENARIK DAN MENAHAN RAKAN

1.4 MANIPULASI ALATAN
Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah

1.4.1 Konsep
Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan–mata, kaki–mata dan lain-lain.

1.4.2 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat
MEMBALING DAN MELAMBUNG
· Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula
· Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
· Melambung bola serendah yang boleh dan menyambut semula



Laporan Orienteering

LAPORAN AKTIVITI ORIENTEERING
oleh:
Desmond Daniel Ak Copta & Aziz Faizully Bin Rabat
PISMP PJ Sem 3 Amb Jan 2011
Ini merupakan sebahagian daripada laporan untuk  Aktiviti Orienteering semasa Pendidikan Luar 2012 di Pantai Tanjung Kembang Kabong, Sarawak. Aktiviti ini dipantau oleh pensyarah di Jabatan PJK iaitu En. Chula Bina, Mdm. Florina Sigay, En. Ling Chung Yeo dan En. K. Raja.

Berkumpul di tapak perkhemahan untuk taklimat ringkas.

Antara peralatan yang akan digunakan semasa aktiviti.

Ini adalah taklimat yang diberikan oleh pensyarah sebelum pelaksanaan aktiviti.

Sebagai berkat doa diperlukan agar perjalanan program berjalan dengan lancar hendaknya.

Hasil daripada aktiviti ini telah memberikan pengalaman kepada saya dalam menguruskan kumpulan. Penyediaan yang rapi diperlukan agar dapat berjalan dengan lancar. Menentukan landmark adalah diperlukan agar apa yang disasarkan atau dicari dapat dijumpai. 


Isnin, 30 April 2012

Semakin Tua Semakin Lemah


Rujukan: http://www.hmetro.com.my/articles/Makintuamakinlemah/Article/artikelMA. Diakses pada 30 April 2012.

Makin tua makin lemah

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALITI HIDUP TERJEJAS... tahap testosteron yang rendah menyumbang kepada kurang keinginan seks.
KUALITI HIDUP TERJEJAS... tahap testosteron yang rendah menyumbang kepada kurang keinginan seks.
PERUBAHAN KETARA... tubuh yang dulu cergas dan aktif bersukan, kini cepat letih.
PERUBAHAN KETARA... tubuh yang dulu cergas dan aktif bersukan, kini cepat letih.
SEJAK kebelakangan ini, mood Zaki kerap kurang baik. Ada saja yang tidak kena hingga membuatkan dia cepat melenting biarpun perkara kecil. Pertanyaan anak yang sepatutnya dijawab dengan baik, dirasakan soalan bodoh yang membuatkannya ‘angin satu badan’. Akibatnya, kemesraan dengan si kecil semakin berkurangan.
Tubuh yang dulu cergas dan aktif bersukan, kini cepat letih. Perubahan paling ketara ialah setiap kali selepas makan tengah hari, dia rasa mengantuk. Malah lebih teruk, dia makin cepat lupa hingga merasakan dirinya semakin tua walaupun baru melangkau empat dekad.
Kata orang, kehidupan lelaki bermula pada usia 40 tahun dan jika ini yang dialami, ternyata cakap-cakap indah yang selama ini didengar tidak tepat kerana dia mengalami sebaliknya.

Apa sebenarnya berlaku pada Zaki? Jika wanita mengalami menopaus atau putus haid, inilah fenomena yang lebih kurang sama dialami lelaki tetapi ia dipanggil andropaus, viropaus atau lewat mula hipogonadisme (LOH) disebabkan tahap testosteron rendah (TDS) yang dikaitkan dengan usia lanjut.


Penurunan tahap hormon testosteron dialami lelaki berusia 40 tahun ke atas. Testosteron ialah hormon seks lelaki paling penting yang bertanggungjawab terhadap perkembangan seorang budak lelaki untuk menjadi dewasa dan hormon itu diperlukan sepanjang hayatnya demi kesihatan dan kualiti hidup lelaki.

Keadaan ini semakin diterima berlaku di kalangan lelaki berusia lanjut di Asia. Ia keadaan yang kerap berlaku tetapi selalunya kurang dikenal pasti dan dirawat.

Perunding Urologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin, berkata LOH tidak mudah dikenal pasti kerana gejala dialami tidak jelas dan mudah disalahertikan sebagai masalah lain.

Ia juga boleh menyebabkan penurunan ketara dalam kualiti hidup dan memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya.

“Tiga gejala utama yang biasa dialami lelaki berusia lanjut ialah kelesuan, kurang nafsu dan perubahan mood. Antara lain, ia menyebabkan mati pucuk, kekuatan dan jisim otot berkurangan, peningkatan lemak badan, pengurangan ketumpatan tulang dan kemurungan,” katanya pada majlis pelancaran terapi penggantian testosteron (TRT) anjuran Orient Europharma (M) Sdn Bhd.

Penyelidikan Kesihatan Lelaki Subang 2007 mendapati kadar kewujudan LOH sebanyak 18.5 peratus di kalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas di negara ini.

Wanita mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron yang membentuk payudara dan kitaran haid manakala lelaki cuma memiliki satu hormon iaitu testosteron yang bertanggungjawab membangunkan otot kasar dan misai/bulu.


Apakah testosteron?

Hormon seks utama lelaki yang dihasilkan oleh testis. Ia berfungsi sebagai:

  • membangunkan tisu reproduktif lelaki seperti testis dan prostat
  • membentuk ciri seksual sekunder termasuk otot kasar, tulang dan pertumbuhan misai/bulu
  • mengekalkan kesihatan tubuh dan mencegah osteoporosis
  • meningkatkan nafsu seks
  • menyebabkan perubahan suara (lebih kasar)
  • membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan

    Secara purata, tubuh lelaki dewasa menghasilkan 10 kali ganda lebih testosteron berbanding tubuh wanita dewasa tetapi wanita lebih sensitif terhadap hormon.

    Tahap testosteron yang rendah menyumbang kepada:
  • sindrom metabolik
  • hiperinsulinaemia (tahap berlebihan insulin yang beredar di dalam darah)
  • diabetes
  • penyakit arteri koronari
  • darah tinggi
  • obesiti
  • trombosis (pembekuan darah dalam salur darah)
  • retensi protein
  • penurunan ketumpatan tulang (osteoporosis)
  • penurunan jisim otot
  • perkembangan tisu buah dada
  • peningkatan lemak badan
  • letih keterlaluan
  • anemia
  • lemah badan
  • penurunan pertumbuhan bulu badan
  • murung
  • kurang keinginan seks
  • kurang daya tumpuan
  • mengalami masalah lupa
  • ereksi pada waktu pagi semakin berkurangan
  • kurang ghairah seks

    Menurut Dr Zulkifli, terapi penggantian testosteron (TRT) antara pilihan paling baik bagi menangani gejala LOH. Banyak data klinikal menunjukkan TRT berkesan dan selamat. TRT membantu mengembalikan fungsi seks, nafsu dan kesejahteraan.

    Penggunaan TRT juga mengoptimumkan ketumpatan tulang untuk menghalang osteoporosis dan meminimumkan risiko patah tulang serta meningkatkan komposisi badan dengan mengurangkan peningkatan obesiti dan meningkatkan fungsi otot.

    “TRT sepatutnya menjadi sebahagian daripada pendekatan menyeluruh dalam pengurusan LOH. Aspek pengurusan lain termasuk mengubah gaya hidup, mengamalkan pemakanan seimbang, kerap bersenam, berhenti merokok dan mengelakkan pengambilan alkohol,” katanya.

    Ujian makmal bagi mengukur tahap testosteron akan dilakukan bagi mengenal pasti masalah itu. Terapi testosteron dimulakan pada 1940 dengan penggunaan picagari.

    Teknologi bagi penggantian terapi hormon semakin berkembang dari semasa ke semasa hingga mendorong penciptaan pil, koyok dan kemudian, gel pada 2000 dan yang terbaru gel yang dikeluarkan Orient Europharma.

    Pengurus besarnya, Tham Kong Weng, berkata lelaki Malaysia tidak sepatutnya dibiarkan menderita dan patut berusaha meningkatkan kualiti hidup dengan peningkatan dan pengetahuan terhadap masalah itu dan rawatan sedia ada.

    “Pada umumnya, lelaki mungkin sukar menerima hakikat mereka boleh menghadapi perubahan hormon kerana ia mencabar kejantanan.

    “Oleh itu, kesedaran dan pemahaman terhadap LOH akan membantu lelaki memahami keadaan mereka dengan lebih baik dan membolehkan mereka membuat keputusan bijak untuk memastikan kualiti lebih baik.

    “Terapi penggantian hormon testosteron memberi penyelesaian kepada lelaki berusia lanjut untuk menghadapi LOH dengan pembekalan testosteron secara berterusan, bantuan menangani gejala fisiologi, seksual dan psikologi secara berkesan serta kaedah aplikasinya yang mudah,” katanya.

    Seorang pesakit dikenali sebagai Andrew, 40-an berkata, dia memulakan rawatan TRT pada November, tahun lalu, selepas diperkenalkan seorang rakan dari Singapura.

    “Saya sangat rapat dengan anak lelaki berusia 10 tahun. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, emosi saya tidak stabil. Saya sering marah-marah hinggakan anak bertanya soalan pun, saya memarahinya kerana menganggap dia tanya soalan bodoh.

    “Saya juga cepat letih. Jam 2 atau 3 petang iaitu selepas makan tengah hari, saya mula mengantuk. Saya aktif bersukan tapi apabila asyik letih, ia mengganggu kehidupan seharian saya.

    “Selepas mendapatkan terapi, saya dapat membuang sikap suka marah-marah dan kembali cergas seperti dulu,” katanya.

  • Selepas menjalani TRT, berlaku peningkatan:
  • jisim tulang
  • jisim tubuh dan otot
  • penghasilan sel darah merah dalam tisu sumsum tulang
  • aktiviti fizikal
  • aktiviti mental
  • mood baik
  • keupayaan kognitif (kemahiran berasaskan otak)
  • ghairah seks
  • kualiti hidup
  • kan:

  • Sabtu, 28 April 2012

    Simulasi Pendidikan Luar PISMP PJ Sem 3 (2012), dan penyediaan alatan sebelum PLGAm

    Gambarajah menunjukkan semasa mendirikan gejek memasak di Pantai Kembang Kabong. 

    Salah seorang peserta semasa aktiviti PL. Masa ini merupakan  aktiviti mendirikan khemah.

    Kelihatan pensyarah memantau para peserta semasa PL.

    Kelihatan peserta rehat. 

    Semasa aktiviti break camp.

    Break camp...Pulanggggggggggggg...

    Sapu jangan tak sapu..

    Semasa simulasi solo camping di IPG Kampus Rajang.

    Simulasi solo camping.

    Keadaan semasa solo camping.

    Solo camping.

    Masak ke tak masak.

    Bakar jangan tak bakar.

    Masak jangan tak masak.

    Sebelum berangkat para peserta menyediakan peralatan PL yang diperlukan.

    Semak jangan tak semak.

    Buluh-buluh dan dahan kayu untuk membuat gajek semasa PL kelak. 

    Peserta bersama staf menyediakan alatan untuk abseiling. 

    Bincang jangan tak bincang.

    Uji sebelum bawa takut tak boleh masak.

    Korek jangan tak korek itu barang.

    Siap untuk diangkat.HAhahahahaha

    Perbincangan berhubung perancangan untuk aktiviti PL kelak. 

    Naib SU buat minit. 

    Lagi bincang jangan tak bincang.

    Apa ke diaaaa...

    Akticiti Pendidikan Luar akan dan telah dijalankan pada 16 April sehingga 21 April bertempat di Pantai Tanjung Kembang Kabong. Seramai 20 orang peserta @ pelajar turut serta diiringi 6 orang pensyarah JBPJK serta dibantu oleh 2 orang staf sokongan bagi melancarkan program. Ini hanya sebahagian daripada dokumentasi dan gambar bagi aktivit akan dimuat turun di kemudian hari. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu

    PKE 3102 (APA = Alat Pemadam Api)


    ALAT PEMADAM API (FIRE EXTINGUISHER)
    Asas Pengenalan
    · Adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter)
    · Dikendalikan secara manual
    · Mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api

    KELAS-KELAS API DAN MEDIA PEMADAMANNYA
    KELAS “A” (Api pepejal) solid fire
    - Api kayu
    - Api kertas
    - Api Sampah
    - Api kain
    Air & Debu kering

    KELAS “B” (Api Cecair) Liquid Fire
    - Api Minyak
    - Api Cat
    - Api Varnish
    Buih, Debu kering dan Varpourising liquid

    KELAS “C” (Api Wap dan Gas) gas &Stim Fire
    - Butana
    - Propane
    - Oxy acetalane
    - Gas (LPG)
    Debu kering, Karbon Dioksida (Co2) & Varpourising liquid

    KELAS “D” (Api Logam) Matel Fire
    - Potaosium
    - Sodium
    - Kalsium
    - Magnesium
    Soda Ash, Pasir, Debu Kering & Matel serta Powder

    Api Elektrik
    Kebakaran ini tidak termasuk dalam kelaas-kelas api dan boleh
    dipadam dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai.
    Debu Kering, Karbon Dioksida &Varpourising liquid

    .. ALAT PEMADAM API JENIS AIR
    Kandungan
    Air Biasa – 9 Liter
    Jarak Pancutan
    20’ – 25’
    Jangkamasa Pancutan
    60 – 120 saat

    KEBAIKAN KEBURUKAN
    - Mudah dikendalikan
    - Boleh mengawal/memadam apai di peringkat awal
    - Cecair yang digunakan tidak merbahaya
    - Hanya sekali digunakan
    - Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam
    - Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
    - Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar

    .. ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING (DRY POWDER)
    Kandungan
    - Sodium bikarbonat 97%
    - Magnesium stearote 11/2%
    - Magnesium karbonat 1%
    - Trikalsium karbonat ½%
    Jarak Pancutan
    15’ – 20’
    Jangkamasa Pancutan
    2 Minit

    KEBAIKAN KEBURUKAN
    - Mudah dan senang dikendalikan
    - Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan
    - Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF
    - Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle.
    - Hanya boleh sekli sahaja.
    - Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dll
    - Tidak boleh memadam api logam
    - Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku

    Perhatian
    Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya
    alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya

    Pemeriksaan
    1. Hendaklah diperiksa setiap bulan
    2. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh & merah – kosong).
    Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis

    .. ALAT PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF)
    Kandungan
    - dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan.
    - Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 ibs beratnya.
    Jarak pancutan
    8’ ke 12’ dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450

    Jangkamasa pancutan
    8 hingga ke 30 saat

    KEBAIKAN KEBURUKAN
    - Mudah dikendalikan
    - Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan
    - Gasnya bersih tidak membantu kebakaran
    - Gasnya tidak mengalirkan elektrik
    - Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil
    - Hanya sekali digunakan
    - Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg sahaja.
    - Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan
    daripada 10%
    - Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D
    - Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar

    .. ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam)
    Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan
    (menyejukkan).

    Kandungan
    - Terdapat 2 tabung
    - Tabung dalam (Alauminium Sulphate)
    - Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer)

    Jarak Pancutan
    Lebih kurang 20’

    Jangkamasa Pancutan
    30 hingga ke 90 saat.

    KEBAIKAN KEBURUKAN
    - Mudah dikendalikan
    - Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran
    - Tidak terganggu daripada tiupan angin
    - Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
    - Hanya sekali digunakan
    - Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D
    - Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan
    - Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih.

    Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya adalah seperti berikut:
    1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai
    2. Ikut arah angin semasa menggunakannya
    3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS

    KAEDAH/ SISTEM P.A.S.S
    P – Pull
    Tarik / cabut pin keselamtan
    A – Aim
    Arahkan nozel ke arah punca api
    S – Squeeze
    Tekan pemegang “lever”dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar
    S – Sweep
    Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman

    PKE 3102 (Prosedur Kecemasan Di Jalan Raya)


    BREK GAGAL BERFUNGSI
    ·         Seseorang pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai.
    ·         Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
    ·         Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
    ·         Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
    ·         Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.

    KENDERAAN TERBABAS
    ·         Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera.
    ·         Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
    ·         Jangan gunakan brek dalam keadaan ini.

    PEMECUT TERLEKAT
    ·         Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
    ·         Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
    ·         Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan.
    ·         Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak.
    ·         Jikalau gagal hubungi mekanik.

    BONET TERBUKA
    ·         Brek secara beransur-ansur.
    ·         Naik ke atas bahu Jalan.
    ·         Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
    ·         Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.

    TAYAR PECAH
    ·         Pegang stereng dengan erat.
    ·         Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
    ·         Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
    ·         Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
    ·         Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
    ·         Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
    ·         Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.

    LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM
    ·         Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
    ·         Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
    ·         Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
    ·         Hentikan kenderaan dengan segera.
    ·         Nyalakan lampu kecemasan.
    ·         Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.

    KENDERAAN TERBAKAR
    ·         Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.
    ·         Hentikan kenderaan dengan segera.
    ·         Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
    ·         Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
    ·         Gunakan alat pemadam.
    ·         Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba.

    TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA
    ·         Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
    ·         Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
    ·         Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
    ·         Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
    ·         Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
    ·         Angkat bonet dan dapatkan bantuan.

    CERMIN HADAPAN PECAH
    ·         Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
    ·         Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
    ·         Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
    ·         Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

    MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN 
    ·         Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak.
    ·         Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
    ·         Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.
    ·         Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.
    ·         Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan.

    Rujukan:
    http://www.familiazam.com/kecemasan.htm. Diakses pada 27 April 2012.

    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 (Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah)


    BAHAGIAN SEKOLAH
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
    PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
    PUSAT BANDAR DAMANSARA,                                                      Telefon: 2556900
    50604 KUALA LUMPUR.                                                            Kawat:'PENDIDIKAN'
    ________________________________________________________________________
                                                                                                              KP(BS)8591/Jld.lll/(10)
                                                                                                                               
                                                                                                              1 Mac 1988
    Semua Pengarah Pendidikan Negeri.

    Y.B Datuk/Tuan/Puan,

    SURAT PEKELILING KHTISAS BIL. 8/1988:
    Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah
    Dari maklumat yang diterima, dapat dikesani keadaan di mana bilangan pelajar yang menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah adalah bertambah. Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan perlakuan ganas dan di luar batasan kemanusiaan itu, seperti pemugut, rompak, culik, rogol, cabul kehormatan, dan seumpamanya, yang dilakukan ke atas pelajar-pelajar, terjadi di luar kawasan sekolah, umumnya di rumah dan di tempat-tempat awam. Namun demikian, berasaskan kepada beberapa kejadian di mana penceroboh berjava masuk ke kawasan sekolah, maka tidak wajar diketepikan kemungkinan bahawa kejadian-kejadian yang tidak diingini itu boleh berlaku ke atas diri pelajar di dalam kawasan sekolah sendiri. Dalam hubungan ini dukacita didapati masih banyak sekolah vang tidak mempunvai peraturan-peraturan atau langkah-langkah tertentu untuk mengawasi keselamatan diri pelajar semasa berada di sekolah. Kementerian Pendidikan amat memandangkan berat akan hal ini dan langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi kekurangan tersebut.

    2. Tujuan Surat Pekeliling ini adalah untuk memperingatkan semua pihak di sekolah supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh rnenyebabkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri pelajar serta mengambil langkah-lanakah tertentu untuk mengelakkannya. Pada setiap masa, keselamatan dan kebajikan pelajar seharusnya menjadi pertimbangan utama.

    3. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk mengawasi keselamatan pelajar, dan untuk mempastikan keberkesanan Iangkah-langkah tersebut, kesedaran dan penglibatan semua pihak adalah diperlukan.

    3.1 Menekankan aspek keselamatan diri pelajar pada setiap masa melalui pengajaran, peraturan, latihan, bimbingan dan amalan, Aktiviti-aktiviti bercorak pendidikan seperti ceramah dan sebagainya boleh dianjurkan dari masa ke semasa.

    3. 2 Memaklumkan kepada ibubapa atau penjaga mengenai penggal persekolahan,jadual waktu sekolah dan jadual lain-lain aktiviti yang melibatkan peryertaan pelajar-pelajar termasuk hari cuti dan perubahan masa persekolahan.

    3.3 Mewujudkan suatu sistem kawalan dan rekod yang kemas mengenai pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke dalam kawasan sekolah termasuk kebenaran yang diberikan kepada ibu bapa atau penjaga untuk membawa murid keluar ketika dalam masa persekolahan

    3.4 Menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi, i) Pelajar-pelajar yang sampai awal di waktu pagi sebelum permulaan kelas; ii) Pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang selepas waktu persekolahan. 3.5 Memperkenalkan sistern berteman yang tidak menggalakkan pelajar-pelajar berseorangan ketika pergi dan balik ke sekolah atau berada di tempat-tempat sunyi dan terselindung tanpa pengetahuan sesiapa. 3.6 Mengawasi dengan kerap kawasan-kawasan dalam sempadan sekolah yang terselindung, tersembunyi atau gelap dan jika sesuai menjadikannya sebagai kawasan larangan kepada pelajar-pelaJar. 3. 7 Menjadikan peraturan mengenai keselamatan sebagai sebahagian dari Peraturan Sekolah yang perlu difahami dan dipatuhi oleh semua pihak termasuk guru-guru, pekerja-pekerja dan ibu bapa. Perlaksanaan peraturan mengenai keselamatan di sekolah hendaklah dijalankan dengan tegas dan berterusan.

    Kerjasama dan jasa baik Y.B Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk menyampaikan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah jagaan Y.B. Datuk/Tuan/ Puan.

    Sekian, terima kasih.

    “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

    Saya yang menurut perintah,

    Pengarah Sekolah
    b.p Ketua Setiausaha,
    Kernenterian Pendidikan Malaysia.

    s.k
    1) Y.B. Sdr. Anwar bin lbrahim, Mented Pendidikan Malaysia.
    2) Y.B. Encik Woon See Chin, Timbalan Pendidikan Malaysia.
    3) Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan.
    4) Ketua Setiausaha, Kementerian.Pendidikan Malaysia.
    5) Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
    6) Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Pendidikan Malaysia.
    7) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I, Kementerian Pendidikan Malaysia.
    8) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia.
    9) Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia.
    10) Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
    11) Ketua Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia.