Rabu, 16 Januari 2013

KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH




KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH

Pengenalan
Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran yang di terima pakai, akan tetapi secara meluasnya ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran (Galton, 1980) atau format pengajaran (Siedentop, 1991). Di dalam istilah Pendidikan Jasmani, definisinya adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu .

Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal pasti beberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn falsafah pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Bermula dari sini dan hasil penulisan beberapa penulis lain khususnya dlm bidang Pendidikan Jasmani (Kane, 1974) terdapat dua penemuan penting telah dibuat. Pertama, integrasi dalam cara pengajaran adalah berkait rapat dengan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kedua, walaupun diketahui umum setiap guru mempunyai kaedah dan cara tersendiri dalam menyampaikan pengajarannya, tetapi ini tidak akan menghasilkan asas yang stabil atau cekap pengajaran dan pembelajarannya. Pilihan cara atau kaedah pengajaran mestilah berasaskan logik dan saintifik.

Sehingga kini, analisa lengkap berkenaan kaedah pengajaran dan tingkah laku telah dihasilkan oleh Mosston (1966) dari Amerika Syarikat. Idea beliau berkenaan interaksi antara pelajar dan guru telah dikembangkan semenjak hasil penulisan pertama beliau dan telah memberi satu kerangka kerja dalam konteks pengajaran pendidikan jasmani di seluruh dunia. Penulisan beliau begitu berpengaruh sehingga di katakan sebagai “teori yang paling terulung dan terkini dalam bidang pedagogi Pendidikan Jasmani dalam sejarah” (Nixon & Locke, 1973). Kenapa ia berjaya? Jawapannya terdapat didalam kerangka kerja pengajaran yang beliau kenalkan sebagai “Spektra Gaya Pengajaran” (Spectrum of Teaching Styles).

Gaya Pengajaran
“Spektra” mengenengahkan kerangka pilihan atau opsyen dalam hubungan guru dan pelajar. (Mosston & Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada pemilihan penting dalam mengambil keputusan. Beliau bahagikan ini kepada tiga kategori yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran.
• Sebelum pengajaran keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian.
• Semasa pengajaran keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan.
• Selepas pengajaran penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.

Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masing- masing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu : 
1. Berpusatkan Guru 
2. Berpusatkan Pelajar 

Gaya Pengajaran
Berpusatkan Guru 
Berpusatkan Pelajar 
Arahan 
Pembelajaran kendiri 
Latihan Daya usaha 
Timbal balik 
Perlaksanaan individu 
Semak kendiri 
Penghasilan mencapah 
Inklusif 
Penemuan terbimbing

Gaya A: Arahan
Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH • Guru mengawal keseluruhan kelas • Guru membuat semua keputusan dalam P&P • Guru memberi arahan satu persatu • Guru melakukan demonstrasi • Guru memberi komen / ulasan tentang prestasi pelajar • Pelajar perlu beri perhatian kepada arahan guru • Pelajar melakukan perlakuan guru • Sesuai untuk aktiviti aras tinggi dan mengutamakan keselamatan • Sesuai untuk masa P&P yang terhad • Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal • Tanggungjawab berpusat kepada guru • Masa latihan pelajar adalah terhad. Fizikal- Kemahiran Motor Terjun Papan Anjal: • Melakukan aksi pusingan hadapan menggunakan papan anjal.

Gaya B: Latihan
Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam P&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara ansur maju dan berperingkat.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH • Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan demonstrasi • Guru menetukan setiap apa yang ingin diajar • Guru melakukan pemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar dan soal jawab. • Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru. • Sesuai untuk masa P&P yang terhad • Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal • Pelajar mempunyai lebih masa untuk latihan. Fizikal-Pembentukan Kemahiran Motor: Hoki: • Melakukan kemahiran menggelecek menggunakan skitel.

Gaya C: Timbal balik
Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam perubahan terhadap kaedah mengajar  di dalam kelas. Perbezaan dalam kaedah ini adalah, setiap pelajar melakukan latihan secara berpasangan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH • Guru menentukan apa yang akan dipelajari • Guru memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti • Guru melakukan demonstrasi lanjut untuk menguji perlakuan pelajar • Guru memerhati dan fokus kepada pelajar melalui pemerhatian • Aktiviti dilakukan secara berpasangan oleh pelajar • Seorang pelajar menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan aktiviti. • Pelajar dinilai berdasarkan kriteria perlakuan yang telah • Guru bertanggungjawab pada awal P&P • Aktiviti  dilakukan secara berpasangan • Pelajar menilai sendiri perlakuan yang telah dipelajari • Guru menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada pelajar • Fokus kepada perhubungan sosial di samping mempelajari aktiviti. Sosial- Kerjasama Kognitif – Pemerhatian, menganalisis Bola sepak: • Melakukan kemahiran menanduk bola ke arah gol secara berpasangan.
disediakan 

Gaya D: Semak kendiri

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH • Guru menentukan apa yang akan dipelajari • Guru menentukan kriteria pembelajaran • Guru memberi penerangan sebelum memulakan P&P • Pelajar bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri • Sesuai bagi perlakuan yang mudah dikenalpasti • Pelajar bertanggung- jawab di atas pembelajaran • Menghadkan perhubungan sosial di antara guru dengan pelajar Sosial- Menilai kemampuan kendiri. Bola Baling: • Melakukan kemahiran menjaring berdasarkan kad bergambar.
Gaya E: Inklusif

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH • Guru menentukan apa yang akan dipelajari • Guru menentukan kriteria pembelajaran • Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan diri • Pelajar memilih sendiri tahap prestasi sebelum melakukan aktiviti • Pelajar membuat keputusan untuk melakukan aktiviti pada tahap tinggi. • Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kejayaan • Semua pelajar berupaya melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri • Pelajar boleh membuat keputusan sendiri. Sosial- Memaksimumkan kemahiran kendiri Lompat tinggi: • Melakukan aksi lompatan pada jarak ketinggian yang berbeza- beza.

Gaya F: Pembelajaran Kendiri

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH • Guru sebagai pemerhati kepada pelajar • Pelajar menetapkan apa yang akan dipelajari • Pelajar menetapkan pendekatan sendiri • Semua perkara berkaitan dengan pembelajaran ditetapkan sendiri oleh pelajar • Pelajar boleh membuat keputusan sendiri. Kognitif- Pemahaman Hoki: • Melakukan kemahiran menolak dalam
• Tiada bantuan guru pelbagai posisi badan.

Gaya G: Penghasilan Mencapah

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH • Guru menetapkan tugasan yang mempunyai pelbagai jawapan • Guru mendorong pelajar untuk menilai setiap jawapan dan membuat perbandingan • Pelajar cuba mencari perbandingan jawapan • Pelajar menilai jawapan untuk menetapkan keberkesanannya. • Tugasan disediakan oleh guru • Tugasan mempunyai banyak cara penyelesaian • Sesuai untuk aktiviti pembangunan pasukan • Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif • Memupuk sikap kerjasama di antara pelajar Kognitif- Kemahiran berfikir Sosial- Keyakinan Gimnastik: • Melakukan aksi guling dari titik A ke titik B tanpa menggunakan kaki.

Gaya H: Pembelajaran Individu Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,untuk memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik. Pelajar menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan individu. OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH • Guru hanya membantu pelajar sebagai penasihat • Guru memantau proses pembelajaran • Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran • Pelajar menetapkan tugasan serta penyelesaian • Tugasan dan masalah ditetapkan oleh pelajar Kognitif- Merancang Gimrama: • Merancang satu rutin tarian dalam persembah an menggunak an belantan.

Gaya I: Penemuan terbimbing Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah membenarkan
penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. 

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH • Guru menetapkan tugasan dan mempunyai pelbagai soalan yang hanya menjurus pada satu jawapan sahaja • Guru memberi ruang masa kepada pelajar untuk berfikir dan bertindak • Guru mengubah soalan jika pelajar gagal mencari jawapan • Pelajar melakukan tugasan berdasarkan soalan yang diberkan guru. • Pelajar memberi jawapan. • Guru merancang P&P dan guru menyediakan tugasan. Kognitif- pelbagai konsep Kajian: • Membuat perbincang an dengan guru tentang kajian yang dijalankan.

Gaya J: Daya usaha

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH • Guru memantau proses pembelajaran • Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran • Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan • Pelajar memilih gaya pembelajaran kendiri • Tugasan ditetapkan sendiri oleh pelajar • Gaya pembelajaran ditetapkan oleh individu Kognitif- Aplikasi Sosial- Bertanggungjawab Mengajar: • Mengaplikasi kan kemahiran mengajar PJ di sekolah.

Kesimpulan
Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akandapat mewujudkan suasana kerja yang optima dan mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi.  Melalui kaedah ini juga, guru dapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam pendidikan jasmani.

Rujukan
Wee Eng Hoe (2009). Siri Pendidikan Guru: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Karisman Publications Sdn Bhd. Shah Alam.
Mosston, M., & Ashworth, S. (1994). Teaching physical education (4th ed.). Columbus, OH: Merrill Publishing Company.
Physical Education Resources: http://physicaleducationresources.com/ teachingstylesmosstonpe. aspx
Sports-media : http://www.sports-media.org/sportapolisnewsletter23newlook.htm
Snowbird : http://www.snowbird.com/imagelib/mtnschool/mspdf/ms_tstyles.pdf

Tiada ulasan: