Khamis, 17 Januari 2013

PERANAN SEMUA PIHAK DALAM MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA


PERANAN SEMUA PIHAK DALAM MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA
            Januari 2010 merupakan detik bermakna buat atlet Negara dengan kejayaan yag dilakar di peringkat antarabangsa, diterajui pasukan badminton negara yang telah memenagi dua gelaran juara di bumi sendiri. Datuk Lee Chong Wei melakar sejarah tersendirinya dengan kejayaan memenangi dua gelaran juara Siri Super berturut–turut selepas menjinakkan pemain Thailand(Boonsak Ponsana)pada perlawanan akhir badminton Siri Super Terbuka Malaysia minggu lalu. Kegemilangan ini turut dilakar oleh pemain beregu utama negara(Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong)yang mencatat kejayaan merangkul gelaran juara di Siri Super Terbuka Malaysia sekali gus menamatkan penantian mereka selama dua tahun.
            Kejayaan Malaysia di pentas dunia turut diiringi oleh skuad lumba basikal Negara terutama pelumba kelahiran Dungun Mohd. Azizulhasni Awang yang telah menjuarai acara keirin Piala Dunia Klasik di Beijing, China minggu lalu.
            Namun, tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak terutama Majlis Olimpik Malaysia (MOM),  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menyediakan infrastruktur dan kemudahan sukan serta sokongan daripada peminat – peminat sukan Negara, adalah mustahil untuk atlet Negara merangkul kejuaraan di peringkat dunia.
            Setiap organisasi dan individu memainkan peranannya yang tersendiri. Sebagai contoh,MOM merupakan satu–satunya  organisasi yang boleh menghantar atlet – atlet Negara bertanding di peringkat antarabangsa, manakala KBS berperanan dalam pembangunan sukan dengan menyediakan kemudahan-kemudahan sukan. Pengkritik juga perlu bekerjasama dan membantu dengan memberikan kritikan yang bernas dan berasas dalam memastikan kecemerlangan sukan negara.
            Oleh itu, kerjasama daripada institusi pendidikan amat diperlukan dalam usaha meningkatkan mutu sukan negara terutama kepada guru–guru di sekolah kerana merekalah individu yang dekat di hati pelajar. Justeru, semua pihak perlulah bersikap “bagai aur dengan tebing”.

Tiada ulasan: