Khamis, 17 Januari 2013

RPH BM Tahun 3 (Buah-buahan) OLeh Desmond Daniel Ak COpta


Tarikh            : 29 Ogos 2012
Masa               : 0830 – 0930 ( 60 Minit )
Tahun                        : Tahun 3
Tema              : Buah- buahan
Tajuk  Pelajaran      :  Buah Kegemaranku
Bilangan Murid        : 30 orang
FOKUS UTAMA:
5.1       Membaca kuat perkataan dan            ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 ( i )       Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang betul
FOKUS SAMPINGAN:
2.1       Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 2 ( i )       Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
8.2       Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 1 (i)         Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.
Pengetahuan Sedia Ada
         I.            Murid-murid pernah memakan buah-buahan.
      II.            Murid-murid pernah membeli buah-buahan di pasar.

Objektif Eksplisit     
Diakhir pembelajaran ini murid dapat:
       I.            membaca lancar  petikan  “buah kegemaranku ” dengan sebutan dan intonasi yang betul berdasarkan  petikan yang dipaparkan.
    II.            memilih dan bercerita mengenai buah-buahan yang digemari berdasarkan paparan kad gambar yang dipaparkan.
 III.            membina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberikan dalam lembaran  kerja.

Sistem Bahasa          
       I.            Tatabahasa   : Ayat Pasif
    II.            Kosa kata      : berkhasiat, vitamin, serat,
Pengisian Kokurikulum      :
       I.            Ilmu    : Pendidkan Moral,Sivik dan kewarganegaraan
    II.            Nilai Murni     :Kerajinan, kerjasama
Kemahiran Bernilai tambah   :
       I.            Teori Kecerdasan Pelbagai    : Verbal Linguistik, kinestetik dan interpersonal
    II.            Kemahiran Berfikir                : Menghubungkait, mengimbas kembali dan menjana idea
 III.            Pembelajaran Kontekstual     : Murid mengaitkan pengalaman baru mereka dengan kehidupan seharian
 IV.            Belajar Cara Belajar               : Melihat dengan aktif , membaca dan berbincang
Isi Pelajaran                          :
       I.            Video “ buah-buahan”
    II.            Petikan “Buah-buahan Kegemaranku”
Bahan Sumber Mengajar     :
       I.            Kad bergambar
    II.            Petikan
 III.            Laptop
 IV.            LCD/Slaid



Langkah/ Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
VIDEO
“ Buah-buahan”

SOALAN
I.            Apakah yang murid-murid faham tentang video tadi?
·         Guru memberikan salam kepada murid-murid dan bertanyakan khabar serta persediaan murid-murid.
·         Guru menayangkan satu klip video lagu buah-buahan di hadapan kelas.
·         Guru meminta semua murid menumpukan perhatian pada klip video tersebut.
·         Gurur meminta murid-murid menyatakan apa yang mereka lihat  dalam klip video yang ditayangkan.
·         Murid-murid diberi penghargaan atas jawapan dan kerjasama dan jawapan yag diberikan.
·         Berdasarkan rakaman klip video tersebut guru mengaitkan klip video dengan tajuk pembelajaran pada hari ini iaitu” buah-buahan kegemaranku”.




PENILAIAN HP
2.1 Aras 2( i)
TKP
-       Verbal linguistik
-       Interpersonal
Strategi
Berpusatkan murid
Teknik:
-Soal jawab

BSM
-       Klip Video





Langkah 1
(10 minit )

KAD GAMBAR
Gambar buah-buahan
SOALAN:
I.            Apakah buah-buahan kegemaran anda ?
II.            Apakah buah yang murid-murid pernah makan?


·         Guru mempamerkan kad bergambar buah-buahan kepada murid-murid .
·         Guru meminta beberapa orang murid secara rawak untuk  melekatkan kad bergambar pada papan tulis.
·         Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk menamakan dan menjeniskan buah-buahan yang terdapat
·         Kemudian, menceritakan buah-buahan kegemaran mereka  yang terdapat dalam gambar yang dilekatkan pada papan tulis
·         Guru membimbing murid-murid untuk menyampaikan cerita mereka berkaitan gambar buah-buahan tersebut.
·         Guru memberikan penghargaan kepada murid-murid dengan memberi pujian dan meminta murid-murid memberikan tepukan kepada rakan mereka.






PENILAIAN HP:
FS: 2.1 Aras 2( i )

TKP : Kinestetik

KB: Mencirikan, Menjana idea, Mengkategorikan

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL:
Murid mengaitkan kehidupan seharian mereka dengan pengalaman baru mereka

BCB : Kemahiran Mengingat
Langkah 2
(20 minit)
PETIKAN
Buah-Buahan kegemaranku”
KOSA KATA:
·         Vitamin
·         Berkhasiat
·         Serat



·         Guru mengedarkan petikan teks bertajuk  ”buah-buahan kegemaranku  ”  kepada murid.
·         Murid-murid diminta untuk membaca teks petikan secara senyap terlebih dahulu.
·         Guru meminta murid-murid membaca petikan beramai-ramai dengan intonasi yang betul
·         Beberapa orang murid membaca petikan secara individu.
·         Guru membimbing murid lemah membaca teks dengan lancar dan dengan intonasi yang betul.
·         Murid-murid membaca kosa kata yang digariskan  di dalam petikan.
·         Murid dibimbing mencari makna perkataan yang terdapat didalam petikan tersebut.





PENILAIAN HP:
FU : 5.1 Aras 1( ii )

BCB: Membaca

SISTEM BAHASA
Kosa kata
TKP
 Verbal linguistik,, interpersonal

ILMU: Pendidikan Moral
NILAI MURNI :
Kerjasama,

BSM :
Laptop, LCD, petikan
Langkah 3
( 10 minit )
Latihan bertulis:
Ayat pasif
Penerapan Tatabahasa:
Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.




·         Guru menerangkan maksud ayat pasif kepada murid.
·         Guru memaparkan contoh ayat pasif yang terdapat dalam petikan
·         Guru meminta murid membaca ayat-ayat pasif yang dipaparkan
·         Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
·         Guru membahagikan lembaran kerja mengikut tahap kecerdasan murid-murid iaitu mengikut Kumpulan A, B dan C.

Kumpulan A dan B
Membina ayat pasif daripada contoh yang diberikan dan menulis ke dalam buku latihan

Kumpulan C
Menyalin semula dan membaca pasif yang telah diberikan di dalam buku latihan
·         Guru akan membimbing murid-murid kumpulan C sewaktu mereka melakukan aktiviti menulis.

Penilaian HP
8.2 Aras 1 ( i )
TKP :
Verbal linguistik
•Intrapersonal

Sistem Bahasa
ayat pasif

Strategi
Pendekatan Deduktif

Kemahiran Berfikir
•          Menjana Idea
Langkah 4
( 10 minit )
Pengayaan
Permainan bahasa:
Permainan bahasa elektronik.( hot potatoes)



Pemulihan
Bimbingan membaca petikan “ Buah-buahan kegemaranku”

Pengayaan
·         Guru memaparkan permainan bahasa elektronik pada slaid.
·         Murid diminta menjawab soalan dan guru mengawal komputer tersebut.
·         Murid yang menjawab soalan betul yang  paling banyak dianggap pemenang.
Pemulihan
Guru membimbing murid-murid pemulihan membaca teks ‘buah-buahan kegemaranku” dengan intonasi yang betul

PENILAIAN HP:
8.2 Aras 1 ( i )
5.1 Aras 1 ( i )
TKP:
-           Kinestetik
-           Verbal linguistik
-           Interpersonal
SISTEM BAHASA:
-           Ayat pasif
BSM
-Permainan bahasa elektronik.( hot potatoes)
Penutup
( 5 minit )

·         Penerapan nilai-nilai murni
·         Rumusan isi pelajaran
• Guru membimbing murid-murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran yang telah dipelajari dan menyerapkan nilai-nilai murni kepada murid.
• Guru mengucapkan tahniah kepada semua murid kerana dapat mengikut pelajaran dengan baik
TKP
Verbal linguistik
NILAI MURNI
-Menjaga kesihatan
-Berkerjasama
-Rasional
Aktiviti susulan : membaca dan mengumpul maklumat berkaitan buah-buahan yang digemari.

Tiada ulasan: