Selasa, 17 Disember 2013

SEGAK



SEGAK – STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN


APAKAH SEGAK?

# PROGRAM PENILAIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK)
# DIRANCANG SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.

MATLAMAT

# MURID SENTIASA PEKA, BERPENGETAHUAN DAN MENGAMALKAN AKTIVITI KECERGASAN UNTUK MENINGKAT DAN MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL YANG OPTIMUM.

UJIAN-UJIAN SEGAK

1. NAIK TURUN BANGKU ( 3 MINIT )
2. TEKAN TUBI ( 1 MINIT )
3. RINGKUK TUBI SEPARA
4. JANGKAUAN MELUNJUR

UJIAN MESTI DI SELESAIKAN DALAM HARI YANG SAMA!
UJIAN 1 -  NAIK TURUN BANGKU
(3 MINIT)


TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

PROSEDUR
- Murid memakai kasut sukan yang sesuai
- Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau    
  kiri (ikut keselesaan) di letakkan di atas
  bangku.
- Penguji akan memberi isyarat “mula”
- Murid melakukan pergerakan naik dan
  turun (kaki kiri naik  di ikuti kaki  kanan
  kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan)
- Murid melakukan pergerakan mengikut
  rentak rakaman atau metronome - 96
  detik/minit selama 3 minit
- Selepas tamat murid dikehendaki duduk
  serta merta
- Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat
  perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau
  menggunakan Polar Heart Rate Monitor
- Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit
- Jika murid tidak menamatkan lakuan selama
  3 minit, skor murid ini dibatalkan#


UJIAN 2 -  TEKAN TUBI
(1 MINIT)


TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU

PROSEDUR
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
  dengan berat badan disokong oleh tangan
  yang lurus dan dan jari-jari kaki. Badan
  diluruskan
- Turunkan badan dengan membengkokkan
  siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
  sedia
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
  berupaya meneruskannya
- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
  melakukan aktiviti secara sempurna
  mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira dan merekod bilangan
  lakuan Murid A


UJIAN 2 - TEKAN TUBI SUAIAN (1 MINIT)


TUJUAN : MENGUKUR KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN SERTA OTOT BAHU


PROSEDUR

- Mula dengan kedudukan sokong hadapan
  dengan berat badan disokong oleh tangan
  yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki
  bersilang. Badan diluruskan
- Turunkan badan dengan membengkokkan
  siku sehingga dada menyentuh span
- Luruskan tangan seperti dlm kedudukan
  sedia
- Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak
  berupaya meneruskannya
- Ujian akan ditamatkan jika murid tidak
  melakukan aktiviti secara sempurna
  mengikut arahan 1 hingga 3
- Murid B mengira dan merekod bilangan
  lakuan Murid A




UJIAN 3 -  RINGKUK TUBI SEPARA 
(1 MINIT)


TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN

PROSEDUR

- Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai
- Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90
  darjah dan tumit dan kaki sentiasa
  menyentuh lantai
- Buka kaki seluas bahu
- Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan
  hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat
  pertama
- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu
  diangkat supaya jari tengah kedua-dua
  tangan menyentuh bahagian luar pelekat
  kedua
-Bahagian bawah belakang badan hendaklah
  rata dan jari tengah pada kedudukan asal
  (ulang prosedur 4) sebelum melakukan
  ulangan yang seterusnya
- Murid melakukan pergerakan mengikut
  rentak rakaman atau metronome dengan
  kadar 50 detik/minit selama 1 minit (SILA DOWNLOAD RENTAK RAKAMAN @ METRONOME DI LAMAN SESAWANG)
- Murid B mengira ulangan perlakuan
Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A
- Berasa tidak selesa
- Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua
- Tumit terangkat


UJIAN 4 -  JANGKAUAN MELUNJUR


TUJUAN : MENGUKUR FLEKSIBILITI

PROSEDUR

- Murid duduk melunjur tanpa kasut.
- Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
  sentimeter.
- Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
   Rakan memegang lutut.
- Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang
   tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
   tengah hendaklah sama.
- Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan
  perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
  pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat
  tanpa menyentap.
- Murid diberi tiga percubaan berturut-turut.
– Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor.
  Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
- Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
- Murid yang membantu memegang lutut pelaku
  tidak menganggu pelaku. 

Contoh Rancangan Pengajaran Semester Pendidikan Jasmani Suaian (Bersepadu Tahun 1)

          SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PAOH, SARIKEI

RANCANGAN PENGAJARAN SEMESTER PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN BERSEPADU untuk TAHUN 1

SEMESTER KEDUA TAHUN 2013

MINGGU &
 TARIKH

TUNJANG, TAJUK & NILAI

STANDARD/KANDUNGAN(KSSR)
OBJEKTIF

STANDARD PEMBELAJARAN(KSSR)
KEMAHIRAN/                           ISI KANDUNGAN
AKTIVITI (KSSR)
CATATAN
M1

26 – 30 Ogos
2013
·         Lapor diri kepada Guru Besar dan guru pembimbing.
·         Suai kenal bersama para guru, staf sokongan dan   para pelajar.
·         Menyesuaikan diri dengan persekitaraan sekolah.
·         Mengenali para pelajar yang akan diajar.
·         Menyediakan Rancangan Pengajaran Semester dan portfolio.
·         Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian.








Tidak berkaitan






Tidak berkaitan




Tidak mengajar pada minggu ini.
M2


2 – 6
Sept 2013
Masalah Pembelajaran
1.1  Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul.

Masalah Penglihatan
1.2  Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul.  
Masalah Pembelajaran
1.2.1 Melakukan aktivit pergerakan lokomotor berjalan, berlari, melompat dan ketinting.
2.1.1 Mengenal pasti ciri-ciri kelakuan pergerakan lokomotor berjalan, berlari, melompat dan ketinting.
4.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikan jasmani dan menerima cabaran.


Masalah Penglihatan
1.2.1 Melakukan pergerakan melompat dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksikan selepas melompat dengan sebelah kaki dan kedua-dua belah kaki.
2.1.4 Mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah.
5.1.3 Mematuhi arahan guru dan mengenal peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.
5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikan jasmani dan bersedia menerima cabaran.


·         Senarai semak

EMK:
Kreativiti dan Inovasi

Modul:
m/s: 75-78

B1D1E2
M3

9 – 13 Sept 2013


Masalah Pembelajaran
1.2      Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotyor asas dengan lakuan yang betul.

Masalah Penglihatan
1.3      Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor asas dengan lakuan yang betul.












Masalah Pembelajaran
1.2.1 Melakukan aktiviti pergerakan bukan lokomotor membongkok, duduk, memusing, dan mendekam.
4.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikan jasmani dan menerima cabaran.

Masalah Penglihatan
1.3.1 Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun dan mengimbang.
2.2.1 Menyatakan jenis pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
5.3.1 Berkomunikasi antara murid dengan murid semasa melakukan aktiviti fizikal.

10 – 12 Sept 2013
(UPSR)

·         Senarai semak

EMK:
Kreativiti dan Inovasi

Modul:
m/s: 75-78


B1D1E2


M4

16 – 20 Sept 2013
Masalah Pembelajaran
1.3 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul

Masalah Penglihatan
1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul.
Masalah Pembelajaran
1.3.1 Melakukan aktiviti manipulasi alatan seperti melambung, menyambut, mengimbang dan melantun.
4.1.2 Mengenal pasti alatan yang selamat digunakan.
4.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikan jasmani dan menerima cabaran.

Masalah Penglihatan
1.4.4 Menangkap bola berbunyi yang dilambung sendiri.
2.3.4 Menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkap atau menerima bola yang berbunyi.
5.1.3 Mematuhi arahan guru dan mengenal peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.
5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikan jasmani dan bersedia menerima cabaran.

16 Sept 2013 (Cuti = Hari Malaysia)

·         Senarai semak

EMK:
Kreativiti dan Inovasi

Modul:
m/s: 75-78

B1D1E2






Contoh Laporan Reflektif PJM 3114 Pendidikan Jasmani Suaian

LAPORAN REFLEKTIF
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya maka dapatlah tugasan ini disudahkan tepat pada masanya. Ucapan penghargaan didedikasikan khusus kepada pensyarah pembimbing En. Chula Bina yang banyak memberi panduan kepada saya sepanjang menyediakan tugasan ini.
            Sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) Suaian ini dijalankan saya menghadapai masalah dalam mencari dan memilih tajuk yang sesuai untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi murid-murid berkeperluan khas di mana saya telah diberikan satu format yang telah ditetapkan iaitu penyediaan RPH KSSR Bersepadu Tahun 1. RPH Bersepadu bermaksud saya perlu menyediakan rancangan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan yang perlu saya sediakan dan rancangkan dalam pengajaran saya kelak.
            Justeru, bagi mengatasi masalah ini saya telah berusaha dengan usaha saya sendiri mencari dan mengakses maklumat yang berkaitan melalui laman sesawang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah disediakan khusus untuk murid-murid berkeperluan khas. Hasilnya, saya berjaya mendapatkan bahan-bahan atau dokumen-dokumen yang diperlukan bagi penyediaan RPH Bersepadu ini. Melalui dokumen standard dan modul pengajaran yang telah saya perolehi saya memilih dan menentukan tajuk yang bersesuaian dan menyediakan Rancangan Semester berdasarkan dokumen tersebut. Kesimpulannya, dokumen-dokumen dan modul ini telah membantu saya dalam merancang sekaligus berjaya menyediakan RPH yang lengkap berpandukan dokumen dan modul yang diperolehi itu.
            Setelah menyediakan RPH yang lengkap saya berbincang bersama guru yang mengajar murid berkeperluan khas berhubung strategi, kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid ini. Hasilnya, melalui temu bual dan soal jawab bersama guru tersebut saya mendapat satu gambaran awal bagaimana hendak melaksanakan dan mengorganisasikan pengajaran saya kelak. Malah, melalui pemerhatian yang telah saya lakukan mendapati kaedah arahan dhand anhan amat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran ini. Ini bertepatan dengan gaya pengajaran menurut Mosston & Ashworth (1994) dalam buku Wee (2009) yang mengemukakan 11 gaya pengajaran yang berbeza. Menurut tokoh-tokoh ini juga terdapat beberapa keputusan yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran dijalankan. Antaranya adalah sebelum pengajaran beberapa keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran adalah dari segi persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Kemudian, semasa pengajaran keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan perlu ditetapkan oleh seorang guru dan akhir sekali selepas pengajaran di mana penilaian dan maklumbalas daripada pelajar perlulah diambil kira oleh seorang guru iaitu pelaksana pengajaran dan pembelajaran itu. Justeru, melalui panduan yang diberikan oleh Mosston dan Ashworth ini saya jadikan sebagai panduan dalam menyediakan sebuah RPH yang berkesan terutama murid-murid berkeperluan khas ini.
            Antara kekuatan yang dapat saya kenal pasti hasil daripada pemerhatian yang dijalankan oleh pasangan praktikum saya mendapati semasa pengajaran dan pembelajaran PJ Suaian dijalankan mendapati aktiviti yang dijalankan sesuai untuk murid-murid di mana murid-murid aktif melakukan aktiviti yang disediakan. Kawalan kelas juga baik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan menyeronokkan mereka. Ini dapat dicapai oleh saya semasa pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh guru mengamalkan konsep perencah (scaffolding) di mana menurut Haliza dan Joy (2009) konsep scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran yakni guru akan mengubahsuai tahap bantuan atau bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan murid itu sendiri. Ini dapat dilihat semasa latih tubi dijalankan di mana saya membimbing murid-murid yang tidak menguasai kemahiran yang diajar secara individu di mana saya memberikan pembetulan satu per satu berhubung cara yang betul untuk melambung dan menyambut bola secara bersemuka dengan mereka. Selain daripada itu, saya menggunakan rakan sebaya mereka sendiri iaitu murid-murid yang mahir untuk membimbing murid-murid yang tidak menguasai. Kaedah dan teknik ini adalah bertepatan dengan konsep perencah yang telah saya nyatakan di atas.
            Selain daripada itu, saya mampu mengawal kelas dengan baik adalah disebabkan arahan dan organisasi semasa melakukan latih tubi. Arahan yang saya berikan adalah jelas, ringkas dan padat serta tidak berjela-jela atau memberikan penerangan yang panjang. Ini bertepatan dengan gaya pengajaran yang dikemukan oleh Mosston dan Ashworth (1994) di mana dalam gaya ini, guru yang mengawal “Apa” yang akan dipelajari, “Bagaimana” ia dilakukan, serta “Mula” dan “Akhir” sesuatu aktiviti. Proses-proses menggunakan gaya ini adalah seperti saya memberikan penerangan ringkas dan membuat demonstrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari murid dan murid-murid akan berlatih. Kemudian, saya memberikan komen am tentang prestasi atau pelakuan mereka. Saya juga memberikan penerangan lanjut dan membuat demonstrasi lanjut berkaitan kemahiran yang hendak dipelajari sebelum murid-murid melakukan latihan semula. Selain itu, saya memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid yang memerlukan bantuan secara individu. Oleh sebab itulah hasilnya saya dapat mengawal kelas dengan baik.
            Di sebalik kekuatan yang telah saya nyatakan pada penerangan di atas, tidak dapat dinafikan juga masih terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti semasa pengajaran dan pembelajaran PJ Suaian Bersepadu ini. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pasangan praktikum saya mendapati bahawa masa aktiviti yang dijalankan terlalu singkat. Selain itu, berlaku gangguan daripada murid-murid yang hyperactive yang sentiasa berlari dan melakukan aktiviti lain apabila guru tidak mengawasi mereka. Di samping itu, setiap daripada murid-murid mempunyai masalah-masalah yang tersendiri. Antaranya adalah terdapat murid-murid yang tidak mengendahkan arahan yang diberikan guru terutama murid-murid autisme, tidak memahami apa yang dilakukan oleh guru yakni bagi murid-murid lembam, terdapat juga murid-murid yang menangis disebabkan gangguan daripada murid hyperactive. Justeru, setiap masalah yang dihadapi ini menjadi cabaran kepada saya dalam mengajar PJ kepada mereka terutama dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang mahu dicapai oleh guru dan murid.
            Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini antara cadangan penambahbaikan yang akan dilakukan saya pada masa hadapan atau pada pengajaran seterusnya saya akan melakukan aktiviti yang mudah dan mengikut rentak atau kemampuan mereka. Saya juga akan menggunakan gaya pengajaran yang berbentuk latihan sepertimana yang dikemukakan oleh Mosston dan Ashworth di mana gaya pengajaran ini sesuai dijalankan bila masa pengajaran terhad dan sesuai pada peringkat permulaan pembelajaran. Selain itu, murid-murid mempunyai lebih masa untuk berlatih berbanding dengan gaya arahan. Mengikut gaya ini, semasa latihan diberikan saya akan memerhatikan murid-murid dan memberi maklum balas dan memberi tunjuk ajar kepada murid yang memerlukan. Dalam proses pembelajaran secara umum, maklum balas daripada guru adalah penting. Maklum balas  boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu maklum balas prestasi (performance feedback), maklum balas motivasi (motivation feedback), maklum balas attribut (attributional feedback) dan maklum balas strategi (strategy feedback) (Pintrich & Schunk, 1996). Justeru, dalam pengajaran dan pembelajaran PJ Suaian Bersepadu yang saya jalankan ini, saya akan memberikan maklum balas berbentuk prestasi dan attribut kepada murid-murid kelas bersepadu ini. Ini kerana maklum balas prestasi merujuk kepada maklum balas guru terhadap tahap ketepatan tugasan yang dilakukan oleh pelajar. Saya akan memberikan maklum balas jenis ini apabila murid-murid dapat melakukan kemahiran yang diperkenalkan kepada mereka dengan baik. Melalui maklum balas ini murid-murid akan mendapat rangsangan dan akan berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi prestasi mereka. Bagi maklum balas attribut pula adalah sesuai dengan murid-murid bekerpeluan khas kerana maklum balas ini diberikan disebabkan kekurangan yang mereka hadapi. Guru akan memberikan motivasi kepada murid-murid dengan menyatakan bahawa kekurangan yang dihadapi tidak menjadi halangan untuk mereka mencapai kejayaan. Justeru, diharapkan agar mereka berusaha untuk memperbaiki dan melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh.
            Selain daripada itu, untuk mengatasi masalah gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku antara cadangan penambahbaikan yang akan saya laksanakan adalah dengan memberikan masa rehat (Time-out). Murid-murid yang menganggu akan diberikan masa rehat agar menjadi hukuman kepada mereka untuk tidak mengulangi kesalahan pada masa hadapan. Menurut Wee (2009), peraturan masa rehat digunakan untuk menghentikan murid bertingkah laku buruk semasa melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan tempoh masa yang lazim dipraktikkan ialah 5 sehingga 10 minit. Walau bagaimanapun, semasa murid diberikan masa rehat, murid tidak dibenarkan berada jauh daripada guru dan mesti berada berhampiran dengan guru.
            Di samping itu juga, saya akan memberikan pengukuhan kepada murid-murid yang dapat melakukan aktiviti dengan baik. Menurut Wee (2009), terdapat empat kategori pengukuhan iaitu pengukuhan sosial, pengukuhan masa, pengukuhan hak istimewa dan pengukuhan visual. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran PJ saya akan memberikan pengukuhan sosial seperti anggukan kepala, pujian, dan senyuman terhadap tingkah laku murid dan diharapkan melalui pengukuhan ini akan menjadi rangsangan kepada mereka untuk mengulangi perbuatan atau tingkah laku yang diingini iaitu melakukannya dengan betul. Rangsangan yang akan diberikan oleh saya adalah berlandaskan Prinsip Teori Behaviorisme - Ivan Pavlov. Menurut Ragbir (2010), beliau menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov. Prinsip tersebut ialah pertama setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas, kedua pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas dan ketiga iaitu pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman. Justeru, melalui rangsangan yang diberikan ini diharapkan murid-murid menunjukkan gerak balas yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran pada masa akan hadapan. Sebagai contoh saya akan memberikan pujiaan dan hadiah kepada murid-murid yang mendengar dan mengikuti arahan yang diberikan serta tidak menimbulkan gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil yang diharapkan adalah berlaku perubahan tingkah laku terhadap diri mereka untuk melakukan aktiviti dengan baik dan menguasai kemahiran yang diperkenalkan kepada mereka.

            Kesimpulannya, adalah menjadi harapan saya agar setiap kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan yang dinyatakan mampu membantu meningkatkan kompetensi saya sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani dengan lebih baik dan mampu mengajar dan mendidik murid-murid berkeperluan khas ini agar tidak ketinggalan atau tersisih daripada menguasai kemahiran-kemahiran yang patut mereka kuasai untuk menjadikan mereka sebagai insan yang mampu berdikari.