KERTAS KERJA UJIAN AMALI
PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
1.0
Nama
Aktiviti
“Ujian Amali Pendidikan Jasmani dan Sukan Murid-murid Tahun 5 SK Sungai
Paoh, Sarikei ”.
2.0
Pengenalan
Ujian
amali yang dijalankan ini adalah merupakan satu instrumen pengukuran dan
penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan di kalangan murid-murid Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Sungai Paoh, Sarikei. Pengkaji akan menyediakan dua jenis ujian
iaitu satu ujian kognitif yang melibatkan
soalan Aneka Pilihan (MCQ) dan tiga ujian amali seperti Hand Wall Toss Test, Straight Leg Lift Test dan menjaring
(Bola sepak).
Melalui
data-data mentah yang diperolehi ini, pengkaji akan menyediakan satu laporan
terperinci hasil daripada ujian, pengukuran dan penilaian kesemua instrumen
ujian terhadap pelajar dan akan menyediakan cadangan bagaimana meningkatkan
kualiti ujian kognitif dan psikomotor yang digunakan dari proses ujian,
pengukuran dan penilaian dalam PJ dan Sukan.
3.0
Tujuan
Antara tujuan ujian dijalankah ialah seperti berikut:
3.1
Menilai
sejauh mana keupayaan murid-murid dari segi kognitif dan psikomotor melalui
ujian yang dilaksanakan,
3.2
Menerapkan amalan gaya hidup sihat dikalangan
murid-murid, dan
3.3
Mengaplikasi perancangan atau strategi yang
dipelajarinya ke dalam masyarakat.
4.0
Objektif
Antara objektif ujian ialah seperti berikut :
4.1
Mengukur
keupayaan murid-murid dalam komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan iaitu
kekuatan otot melalui ujian Straight Leg
Lift,
4.2
Mengukur
keupayaan murid-murid dalam komponen kecergasan fizikal berasaskan pelakuan
motor iaitu koordinasi melalui ujian Hand
Wall Toss,
4.3
Mengukur
kemahiran asas menjaring bagi sukan bola sepak murid-murid yang terlibat, dan
4.4
Mengukur
keupayaan murid-murid dari segi kognitif melalui penyediaan satu set Kertas
Ujian Aneka Pilihan (MCQ) dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5.
5.0
Kumpulan Sasaran
5.1
Kumpulan
sasaran : Murid-murid tahun 5 SK Sg
Paoh,Sarikei
5.2
Nama
peserta
Bil.
|
Nama
|
Bil.
|
Nama
|
1.
|
Adrian
Arvin ak Gabriel Wong
|
16.
|
Kashmira
ak Dony
|
2.
|
Alexander
Man ak Undie
|
17.
|
Lawrance
Sjang ak Luta
|
3.
|
Andrew
Libau ak Amping
|
18.
|
Listia
ak Deli
|
4.
|
Rafeal
|
19.
|
Louisyiana
Lanja ak Sandai
|
5.
|
Bana
ak Sabang
|
20.
|
Marry
Lina Pala ak Tommie
|
6.
|
Bennet
Umpang ak Luang
|
21.
|
Masira
ak Dony
|
7.
|
Darren
Eddie ak Lambat
|
22.
|
Mathew
Bagah ak Saga
|
8.
|
Debbra
Selah ak Unting
|
23.
|
Engkie
|
9.
|
Edwed
Kuju ak Mambang
|
24.
|
Patrick
Nuing ak Engku
|
10.
|
Goffrednoah
Sujang ak Jimbai
|
25.
|
Richmond
Tawie ak Edward
|
11.
|
Ivy
Camela Enjai ak Morries
|
26.
|
Sandin
ak Empeli
|
12.
|
Jackson
Meringai ak Bansing
|
27.
|
Sinorita
Jelimin ak Sang
|
13.
|
James
Sigaya ak Douglas
|
28.
|
Tedong
ak Gudang
|
14.
|
Jampang
ak Gudang
|
29.
|
Tracy
Mya ak Indam
|
15.
|
Jessica
Lansat ak Gemee
|
30.
|
Vanessa
Guillerra ak Badang
|
6.0
Jenis Instrumen/Bateri
Ujian
Terdapat tiga jenis ujian
yang akan digunakan untuk menilai keupayaan murid-murid dari segi psikomotor
dan setiap ujian-ujian ini mempunyai bateri ujian seperti yang dinyatakan
termasuk rubric bagi menilai kemahiran menjaring bagi sukan bola sepak.
6.1 Ujian “Hand Wall Toss”
6.1.1 Komponen Kecergasan : Pelakuan Motor (Koordinasi)
6.1.2 Jenis Ujian : Alternate
Hand Wall Toss Test/Eye Hand Co-ordination
6.1.3 Tujuan: Untuk
mengukur koordinasi tangan-mata
6.1.4 Peralatan yang diperlukan: Bola tenis,
dinding licin dan kukuh, pita penanda, jam randik.
6.1.5 Kesahan:
6.1.6 Kebolehpercayaan: 0.725 (r=.73, n= 32,
p<0.01).
6.1.7 Prosedur:
I.
Tanda A diletakkan pada jarak tertentu dari dinding
(contohnya 1 meter, 3 kaki).
II.
Orang yang berdiri di belakang barisan dan menghadap
dinding. Bola itu dibaling dari satu tangan secara underarmke arah dinding, dan cuba untuk ditangkap dengan tangan
yang bertentangan.
III.
Bola itu kemudiannya dibalingsemula ke dinding dan
ditangkap menggunakan tangan sebelah.
IV.
Ujian ini dilakukan secara berulang-ulang dan bilangan
tangkapan yang berjaya dibuat dalam masa 30
saat direkodkan (du Toit, Kruger, Fowler, Govender & Clark, 2010).
6.2 Ujian “Straight Leg Lift”
6.2.1 Komponen Kecergasan : Kesihatan (Kekuatan Otot)
6.2.2 Jenis Ujian : Abdominal
Strength Test - Straight Leg Lift
6.2.3 Kebolehpercayaan: 0.58 (r=.58, n=30,
p<0.01)
6.2.4 Tujuan : Tujuan ujian ini adalah untuk
menentukan tahap kekuatan abdomen. Kekuatan otot abdomen yang lemah boleh
menyebabkan postur yang lemah yang membawa kepada penyakit “lower back pain”.
6.2.5 Peralatan yang diperlukan : Permukaan lantai
yang rata dan jangka lukis (Protractor)
6.2.6 Prosedur :
I.
Subjek baring terlentang di atas lantai selari dengan
dinding yang bersudut 90 darjah.
II.
Kedua-dua tangan diletakkan di atas bahu dan baring dalam
keadaan yang selesa.
III.
Kepala diletakkan di atas lantai dan tidak dibenarkan
mengangkat kepala.
IV.
Penguji meletakkan hujung jari di bawah belakang subjek
selari dengan tulang pinggul.
V.
Kedua-dua kaki dinaikkan kepada sudut 90 darjah (
menegak) sambil mengekalkan bahagian atas badan rata di atas lantai.
VI.
Subjek boleh membengkok lutut mereka untuk bergerak ke
kedudukan permulaan , sebelum meluruskan sendi lutut.
VII.
Subjek akan menurunkan kaki secara perlahan-lahan ke
bawah sehingga tekanan pada jari penguji hilang dan perlu berhenti apabila
tekanan tersebut hilang.
VIII.
Subjek perlu mengekalkan tekanan ke atas jari penguji apabila
kaki diturunkan secara perlahan-lahan ke bawah.
IX.
Sudut terendah diperhatikan dan diambil kira sebagau ukuran
kekuatan perut mereka.
6.3 Ujian “Menjaring” Bola Sepak
6.3.1 Prosedur:
I.
Subjek
akan diberikan panduan atau hand out berhubung
teknik yang betul untuk melakukan jaringan sebelum ujian dan penilaian
dilaksanakan.
II.
Semasa
ujian, subjek akan melakukan percubaan sebanyak 5 kali ke arah gawang gol tanpa
ada penjaga gol semasa penilaian ujian dibuat.
III.
Ujian
akan dilakukan di padang bola sepak sekolah di kawasan terbuka dan tanpa
gangguan.
IV.
5
biji bola akan disusun selari dengan garisan sepakan penalti.
V.
Subjek
dikehendaki menyepak bola yang disusun ke dalam gawang gol menggunakan teknik
yang betul.
6.3.2 Senarai peralatan: Bola sepak (5), borang
ujian (30).
6.3.3 Rubrik Penilaian Kemahiran Menjaring:
KEMAHIRAN YANG
DIUJI
|
INDIKATOR
PRESTASI DAN PEMARKAHAN
|
|||
Sangat Baik
(4 markah)
|
Baik
(3 markah)
|
Sederhana
(2 markah)
|
Lemah
(1 markah)
|
|
1.
Menjaring
|
·
Kepala ditundukkan dan melihat bola.
·
Kaki (menyepak) dibengkokkan pada lutut.
·
Menyepak bola menggunakan bahagian dalam kaki.
·
Sepakan yang dibuat laju dan pantas.
·
Kaki (menyepak) ikut lajak selepas sepakan
dilakukan.
|
·
Kepala ditundukkan dan melihat bola.
·
Kaki (menyepak) dibengkokkan pada lutut.
·
Menyepak bola menggunakan bahagian dalam kaki.
·
Sepakan yang dibuat laju.
·
Ikut lajak (follow
through) tidak dilakukan selepas melakukan sepakan.
|
·
Kepala tidak ditundukkan dan tidak melihat
bola.
·
Kaki (menyepak) dibengkokkan sedikit pada lutut.
·
Menyepak menggunakan bahagian dalam kaki.
·
Sepakan yang dibuat perlahan.
·
Ikut lajak tidak dilakukan selepas melakukan
sepakan.
|
·
Kepala tidak ditundukkan dan tidak melihat
bola.
·
Kaki (menyepak) tidak dibengkokkan pada lutut.
·
Menyepak tidak menggunakan bahagian dalam kaki.
·
Sepakan yang dibuat sangat perlahan.
·
Ikut lajak tidak dilakukan selepas melakukan
sepakan.
|
7.0
Penutup
Adalah diharapkan agar ujian amali ini dapat
dijalankan seperti mana yang dirancang dan pihak sekolah memberikan sokongan
penuh agar penilaian bagi komponen psikomotor ini dapat dibuat sekaligus dapat
memberi pengkaji idea bagi menyediakan cadangan bagaimana meningkatkan
kualiti ujian kognitif dan psikomotor yang digunakan dari proses ujian, pengukuran
dan penilaian dalam PJ dan Sukan.
Disediakan oleh: Disahkan
oleh:
__________________________ ________________
(DESMOND DANIEL AK COPTA) (JULIUS
AK LAGA)
Guru Pelatih IPG Kampus
Rajang, Guru
Besar,
96509 Bintangor, SK
Sungai Paoh,
Sarawak. Sarikei,
Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan