Isnin, 9 Disember 2013

RPH KSSR Tahun 1 Bersepadu

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN BERSEPADU [KSSR]

Tarikh              :          18 September 2013  (Rabu)
Masa                :         0710 – 0740
Tempat            :          Padang SK Sg Paoh, Sarikei
Tahun(Kelas)   :          Tahun 1 Mesra
Bilangan Murid :         12 orang (9 orang masalah pembelajaran, & 3 orang masalah penglihatan)
Fokus Pembelajaran: 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul
Tajuk                :   Manipulasi Alatan
Standard Pembelajaran : 1.4.4, 2.3.4, 5.1.3 & 5.2.1
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :  i.  menangkap bola berbunyi atau bola getah secara individu dan berpasangan
ii. melakukan aktiviti manipulasi alatan seperti melambung dan menangkap bola getah atau bola berbunyi dengan betul.  

            Kognitif :         i.  menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkap bola getah atau bola berbunyi dengan betul.
                                   ii. mengenalpasti pelakuan untuk melambung bola dengan betul.
                                  
Afektif:            i.  memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti manipulasi alatan dan bersedia menerima cabaran.
                       ii. mematuhi arahan guru dan mengenal peraturan keselamatan semasa melakukan aktiviti.

Kemahiran Berfikir: Mencirikan
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid pernah membaling dan menangkap bola.  
Penerapan nilai          : Bertoleransi dan berkerjasama
Penggabungjalinan     : Matematik

BSPP :Bola getah (3), bola berbunyi (15), gelung rotan (12), pundi kacang (12), kon (5)

EMK: Kreativiti  




BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Memanaskan
Badan
(4 minit)
1.    Permainan simulasi “Monyet monyet”












2.    Regangan dinamik










1.    Bertiga, ambil sebiji bola.
2.    Seorang akan berada ditengah sebagai monyet dan dua orang rakan akan melambung bola supaya tidak diambil atau dirampas oleh monyet.
3.    Monyet perlu sentiasa mengejar bola yang dilambung.
4.    Tukar pasangan apabila bola dapat dirampas oleh monyet.
5.    Murid masalah penglihatan gunakan bola berbunyi.


Lakukan regangan dengan kiraan 8:
1.    Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.    Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.    Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.    Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.    Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.    Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7.    Lari setempat secara perlahan, apabila wisel dibunyikan lari pantas.
  




4 kumpulan = 3 orang/kumpulan
 

       M         M         M        M            


       X          X          X         X              


       M         M         M        M            

                          G 



          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 
Semasa regangan dinamik







Petunjuk:
G   = Guru
M  = Murid 
X = Monyet                   
Bola getah (3), bola berbunyi (1)
Perkembangan
(12 minit)




Perkembangan 1
 (6 minit)






























Perkembangan 2
 (6 minit)

1.    Pengenalan isi pelajaran




2.    Aktiviti 1
(Petanque Pantas)






























3.    Aktiviti 2
(Kereta api Lambung)


·         Aktiviti hari ini ialah manipulasi alatan melambung dan menyambut menggunakan bola.


·         Berpasangan, seorang sebiji pundi kacang , lambung  pundi kacang supaya masuk dalam gelung rotan.
·         Dua biji pundi kacang perlu ada di dalam kawasan gelung rotan sebelum meneruskan aktiviti ke gelung lain.
·         Berdiri di dalam gelung rotan dan lambung ke gelung seterusnya.
·         Lambung kedua-dua pundi kacang sehingga ke garisan penamat.
·         Tepukan diberikan kepada pasangan terpantas.

Fokus Pembelajaran:
      I.        Lihat ke arah sasaran sebelum membuat lambungan.
    II.        Gerakkan tangan dari bawah ke atas untuk membuat lambungan.













·         Berdiri dalam barisan seperti kereta api.
·         Setiap kumpulan diberi 5 biji bola berbunyi.
·         Lambung rendah bola berbunyi ke arah rakan sehingga ke garisan penamat.
·         Lambung bola supaya masuk ke dalam gelung rotan.
·         Kumpulan yang mempunyai bilangan bola terbanyak masuk dalam gelung juara aktiviti 2.

Fokus Pembelajaran:
·         Lihat arah pergerakan bola sebelum menangkap bola.
·         Ikut arah bunyi bola sebelum menangkap.
·         Tangkap menggunakan kedua-dua belah tangan.
·         Pastikan semua jari memegang bola.
·         Bawa bola ke arah badan





6 pasangan
 
















Petunjuk:
G = Guru
M = Murid


3 kumpulan = 4 orang/kumpulan
 














Petunjuk:
G = Guru
M = Murid






Pundi kacang (12) gelung rotan (12), kon (4)


Catatan:
·         Demonstrasi atau simulasi permainan dilakukan dahulu.
·         Jarak antara gelung rotan ditingkatkan selepas murid menguasai jarak dekat.


















Bola berbunyi (15) kon (4), gelung rotan(3)


Catatan:
·         Demonstrasi atau simulasi permainan dilakukan dahulu.
·         Jarak antara rakan ditingkatkan selepas murid menguasai jarak dekat.


Kemuncak
(10 minit)
Pertandingan Bersyarat

“Siapa cepat dia menang”
·         Buat satu barisan lurus dan pegang bahu rakan dalam kumpulan masing-masing.
·         Mula di garisan permulaan yang disediakan.
·         Murid masalah penglihatan berdiri di hadapan sejauh 3 meter daripada kumpulan masing-masing.
·         A1 akan panggil X dan lambung bola berbunyi ke arah X.
·         X perlu tangkap bola berbunyi tersebut.
·         A1 akan bergerak ke belakang dan murid seterusnya melakukan perkara yang sama.
·         A2 perlu bagi arahan kepada X sebelum X melambung semula.
·         Ulang sehingga  tamat. Apabila semua murid telah melambung bola, setiap ahli dalam kumpulan berlari ke arah X dan bawa X lari ke arah garisan penamat.

·         Kumpulan yang kalah berikan tepukan kepada kumpulan juara.









3 kumpulan = 4 orang/kumpulan
 











Petunjuk:
G = Guru
A1,B1 & C1 = Murid masalah pembelajaran
X = Murid masalah penglihatan
Bola berbunyi (3), kon (5)
Penutup
(4 minit)
1. Menyejukkan Badan




2. Rumusan Pelajaran
2.1  Rumusan kognitif &
      Psikomotor



2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran


3. Kerja Susulan
  

1.    Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
2.    Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.

·         Lihat atau dengar arah pergerakan atau bunyi bola sebelum menangkap bola tersebut.
·         Tangkap bola menggunakan kesemua jari-jemari.

·         Kita perlu bekerjasama dan bertoleransi semasa melakukan aktiviti terutama dengan rakan yang ada masalah penglihatan.

·         Boleh mula bermain permainan bola baling atau bola jaring yang banyak menggunakan kemahiran ini.
          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 







Petunjuk:
G = Guru
M = Murid









Tiada ulasan: