Rabu, 2 Oktober 2013

RPH KSSR Tahun 3 (Lompat Melepasi Halangan)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]

Tarikh              :           30 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa                :          0810 – 0840
Tempat            :          Padang Bola Sepak SK Sungai Paoh, Sarikei
Tahun(Kelas)   :           3
Bilangan Murid:           25 orang (16 lelaki, 9 perempuan)
Fokus Pembelajaran : 1.10 Berkebolehan melakukan kemahiran asas lompatan dengan lakuan yang betul
Tajuk                :   Lompat Lepasi Halangan
Standard Pembelajaran : 1.10.4, 2.10.1, 5.3.2, & 5.4.3
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i. melompat melepasi halangan pada aras rendah, tinggi, dekat dan jauh.
ii. melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki.

            Kognitif :          i.   mengenal pasti postur badan yang betul semasa melompat dan mendarat.       
                                   ii.  mengenal pasti kaki yang digunakan untuk melonjak.

Afektif:            i.   mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya semasa melakukan aktiviti.
                       ii.  bekerjasama semasa melakukan aktiviti lompat melepasi halangan.

Kemahiran Berfikir: Menilai   
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid telah mengikuti aktiviti melompat pada pengajaran lepas
Penerapan nilai    :          Bekerjasama dan toleransi
Penggabungjalinan:   Matematik dan Bahasa Inggeris

BSPP   : Kon (20), palang (10), gelung rotan (5), bola kertas (5)  


EMK: Kreativiti

BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Memanaskan
Badan
(5 minit)
1.         Latihan bebas







2.       Regangan dinamik










1.         Dalam dua barisan.
2.       Lari ke hadapan.
3.       Tepuk tangan rakan aras bahu apabila berselisih.
4.       Ulang pelakuan yang sama, kemudian lompat dan tepuk tangan rakan pada aras melebihi kepala.

Lakukan regangan dengan kiraan 8:
1.         Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.       Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.       Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.       Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.       Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.       Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7.       Lakukann lompat bintang.
   
·         Semasa latihan bebas.
 











          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 
Semasa regangan dinamik







Petunjuk:
G   = Guru
M  = Murid

Perkembangan
(15 minit)

Perkembangan 1
Lompat Dekat dan Jauh
(7 minit)

































Perkembangan 2
Lompat rendah dan tinggi
(8 minit)

1.         Pengenalan isi pelajaran


2.       Demonstrasi


















3.       Latih tubi

















4.       Demonstrasi














5.       Latih tubi

·         Memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini ialah Lompat Melepasi Halangan.

·         Dalam keadaan bersedia, lutut dibengkokkan dan rendahkan badan.
·         Lari ke arah sasaran apabila wisel ditiup.
·         Setibanya di kon, lompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki di dalam gelung rotan.
·         Semasa melompat, bengkokkan lutut dan hujung kaki untuk lajak.
·         Lihat ke arah hadapan semasa belari dan melompat.
·         Jarak permulaan adalah 1 meter.
·         Kemudian, tingkatkan kepada 2 meter.

·         Lakukan seperti demonstrasi.
·         Lompat menggunakan sebelah kaki apabila tiba di kon.
·         Mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki di dalam gelung rotan.
·         Semasa melompat, bengkokkan lutut dan hujung kaki untuk lajak.
·         Lari menggunakan bebola kaki atau hujung kaki.
·         Pastikan lutut dibengkokkan semasa mendarat untuk menyerap daya.
·         Pembetulan diberikan kepada murid yang tidak menguasai.
·         Jarak antara kon dan gelung rotan akan ditingkatkan daripada 1 meter ke 2 meter dan seterusnya.

·         Lari ke arah sasaran apabila wisel ditiup.
·         Setibanya di kon, lompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki melimpasi palang yang diletakkan.
·         Semasa melompat, bengkokkan lutut dan hujung kaki untuk lajak.
·         Lihat ke hadapan apabila berlari dan semasa melompat.




·         Lompat menggunakan sebelah kaki apabila tiba di palang yang diletakkan.
·         Gunakan kedua-dua belah kaki untuk mendarat.
·         Semasa melompat, bengkokkan lutut dan hujung kaki untuk lajak.
·         Lari menggunakan bebola kaki atau hujung kaki.
·         Pandang ke hadapan semasa berlari dan melompat melepasi palang.
·         Pastikan lutut dibengkokkan semasa mendarat untuk menyerap daya.
·         Pembetulan diberikan kepada murid yang tidak menguasai.
·         Ketinggian palang akan ditingkatkan apabila murid-murid menguasi lompatan aras rendah.

5 kumpulan = 5 orang/kumpulan
 














G = Guru
M = Murid
    = Kon
 

       = Gelung rotan



















5 kumpulan = 5 orang/kumpulan
 












G = Guru
M = Murid
         = Palang
     

Kon (5), gelung rotan (5)





































Kon (20), palang (10)
Kemuncak
(7 minit)
Pertandingan Bersyarat

“Siapa Hebat Melompat”
·         Lari ke arah hadapan sambil membawa bola kertas.
·         Apabila tiba di kon, lompat melimpasi dua kon.
·         Teruskan larian sehingga tiba di palang.
·         Lompat melimpasi palang tersebut dan lari sehingga ke garisan hujung.
·         Sentuh garisan hujung menggunakan bola dan patah balik ke arah rakan.
·         Lakukan perkara yang sama apabila melalui setiap halangan.
·         Berikan bola kepada rakan untuk meneruskan permainan.
·         Kumpulan pertama yang berjaya menamatkan larian melimpasi semua halangan adalah juara “Siapa Hebat Melompat”.

·         Tepukan diberikan kepada kumpulan juara.
·         Kumpulan yang kalah didenda untuk menyusun alatan.

5 kumpulan = 5 orang/kumpulan
 














G = Guru
M = Murid
         = Palang

Kon (20), palang (5), bola kertas (5)
Penutup
(3 minit)
1. Menyejukkan Badan






2. Rumusan Pelajaran
2.1  Rumusan kognitif &
      Psikomotor








2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran

3. Kerja Susulan
  
1.         Gerakkan badan ke kiri dan ke kanan berulang kali.
2.       Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
3.       Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.

·         Pastikan lari menggunakan bebola kaki dan bengkokkan lutut semasa melompat dan mendarat.
·         Bengkokkan lutut semasa mendarat untuk menyerap daya dan mengelakkan daripada cedera pada otot.
·         Pastikan sentiasa melihat ke hadapan semasa berlari dan melompat.

·         Kita perlu bekerjasama dan bertoleransi semasa melakukan aktiviti itulah resepi kejayaan.

·         Boleh bermain di rumah bersama rakan-rakan sebagai rekreasi.
          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 








Petunjuk:
G = Guru
M = Murid







Tiada ulasan: