Isnin, 7 Oktober 2013

RPH PK KSSR Tahun 2 (Penyalahgunaan Bahan)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR) PENDIDIKAN KESIHATAN


Tarikh              :           22 Julai 2013 (Isnin)
Masa                :          0740 – 0810  
Tempat            :          Bilik Darjah Tahun 2
Tahun(Kelas)   :           2
Bilangan Murid:           29 orang (11 lelaki, 18 perempuan)
Fokus Pembelajaran : 1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Tajuk                : Penyalahgunaan Bahan  
Standard Pembelajaran : 1.4.4 & 1.4.5
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i. menyatakan TIDAK sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kepada pelawaan penyalahgunaan bahan terlarang.

            Kognitif :          i. menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 jenis bahan-bahan terlarang.
                                   
Afektif:            i.  mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak menyalahgunakan bahan terlarang.
                       ii. mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.

Kemahiran Berfikir: Mencirikan dan menghubung kait
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid tahu rokok,alkohol,dadah,gam, dan racun.
Penerapan nilai    :          Bertanggungjawab
Penggabungjalinan:   Sains dan Pendidikan Moral.

BSPP    : Bahan maujud (kotak rokok, botol alkohol, ubat, gam dan racun), dan lembaran kerja. 

EMK: Kreativiti dan inovasi


BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
CATATAN & BSPP
Set Induksi
(5 minit)
1.         Tunjuk  bahan maujud (Kotak rokok, botol alkohol, ubat, gam dan racun)
2.       Soal jawab.

·         Guru menunjukkan:
  1. Bahan maujud

·         Guru bersoal jawab bersama murid.
·         Soalan guru:
  1. Kamu tahu apa yang cikgu pegang?
  2. Apa yang cikgu pegang?

·         Jawapan murid:
                     I.            Tahu
                   II.            Rokok, arak, ubat, gam dan racun.

·         Murid dibantu oleh guru untuk membuat hubungkait antara bahan maujud yang ditunjukkan dengan isi pelajaran dan seterusnya memperkenalkan tajuk “Penyalahgunaan Bahan”.  
BBM
-         Bahan maujud

KBKK
-         Mencirikan

Strategi
-         Berpusatkan murid
-         Berpusatkan bahan
Perkembangan
(15 minit)







1.         Pengenalan isi pelajaran.
2.       Tunjuk bahan maujud (Kotak rokok, botol alkohol, ubat, gam dan racun)
3.       Penerangan guru berkaitan jenis bahan terlarang.
-         Rokok mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon monoksida, dan tar. Bahan ini menyebabkan perokok mendapat penyakit jantung, barah paru-paru, dan penyakit saluran pernafasan yang teruk. Asap rokok ini juga boleh menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok.
-         Ubat ialah bahan yang digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit, tetapi jika diambil secara berlebihan boleh memberikan kesan sampingan kepada kita.
-         Minuman beralkohol juga dikenali sebagai minuman keras atau arak. Minuman beralkohol boleh memabukkan dan menyebabkan peminum tidak berfikir waras dan mengawal perlakuan mereka.
-         Racun ialah bahan yang menyebabkan kematian. Contoh racun ialah racun tikus, racun lipas dan racun rumpai.
-         Gam, cat, minyak petrol dan thinner ialah contoh beberapa bahan yang disalahgunakan sebagai bahan hidu. Bahan ini boleh mengkhayalkan seseorang dan menjejaskan otak.
4.       Soal jawab.
·         Penyalahgunaan bahan merujuk kepada penggunaan bahan yang memudaratkan kesihatan seseorang.
·         Beberapa orang murid dipanggil untuk memegang bahan maujud.
·         Guru memberi penerangan kepada setiap jenis-jenis bahan tersebut.
·         Guru bersoal jawab dengan murid.
·         Soalan guru:
1.         Kamu mahu atau tidak mengambil bahan-bahan ini?
2.       Kenapa?

·         Jawapan murid:
1.         Tidak
2.       Sebab bahaya, boleh mati, dan memudaratkan kesihatan.
BBM
-         Bahan maujud
Nilai
-         Bertanggungjawab

KBKK
-         Menghubung kait

Strategi
-         Berpusatkan murid
-         Berpusatkan bahan

Kemuncak
(7 minit)

1.         Edaran lembaran kerja
2.       Bimbingan guru
3.       Semakan lembaran kerja.
·         Setiap murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing.
·         Murid diberikan lembaran kerja.
·         Guru memberikan penerangan kepada cara menjawab lembaran kerja.
·         Dalam masa 5 minit, murid perlu menjawab soalan yang diberikan.
·         Murid LINUS dibimbing menjawab soalan pada lembaran kerja.
·         Guru mengumpulkan semua lembaran kerja yang telah disiapkan oleh murid.
BBM
-         Lembaran kerja
Nilai
-         Rajin

KBKK
-         Mencirikan

Strategi
-         Berpusatkan bahan
Penutup
(3 minit)

1.         Soal jawab.










2.       Rumusan P&P
2.1     Kognitif


2.2    Afektif
·         Guru bertanya kepada murid.
·         Soalan guru:
                     I.            Adakah anda mahu mengambil bahan-bahan terlarang?
                   II.            Apakah jenis-jenis bahan terlarang”?
·         Jawapan murid:
                     I.            Tidak
                   II.            Rokok, arak, racun, gam, ubat.

·         Penyalahgunaan bahan-bahan seperti rokok, dadah,ubat,gam dan racun boleh memudaratkan kesihatan diri.

·         Setiap individu perlu bertanggungjawab dan prihatin kepada diri sendiri dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu dengan tidak mengambil bahan terlarang.
Nilai
-         Bertanggungjawab
KBKK
-         Menghubungkait


Strategi
-         Berpusatkan murid

Tiada ulasan: