Sabtu, 15 Februari 2014

RPH PJ KSSR Tahun 4 (Kembara Hutan)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI [KSSR]

Tarikh              :          14 Februari 2014 (Jumaat)
Masa               :          0830 – 0900  
Tempat            :          Gelanggang Sekolah
Tahun(Kelas)   :          Tahun 4 Mawar  
Bilangan Murid :         35 orang ( 22 lelaki & 13 perempuan)
Fokus Pembelajaran: 1.5  Berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama.
Tajuk                :   Kembara Hutan  
Standard Pembelajaran : 1.5.1, 1.5.2, 2.5.1 & 5.4.2  
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :  i.  melakukan pergerakan kreatif bertema yang direka cipta mengikut muzik yang didengar.  
ii. melakukan aktiviti pergerakan kreatif secara berkumpulan dengan iringan muzik.

            Kognitif :         i.  mereka cipta pergerakan kreatif secara berkumpulan mengikut rentak muzik yang didengar.
                                   ii. mengenalpasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar.
                                  
Afektif:            i.  membentuk kumpulan semasa melakukan aktiviti.
                       ii. memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti pergerakan kreatif dan bersedia menerima cabaran.

Kemahiran Berfikir: Mencirikan
Pengalaman sedia ada:  Murid-murid pernah menari dan menjalani kemahiran pada pengajaran yang lepas.   
Penerapan nilai          : Keberanian dan berkerjasama
Penggabungjalinan     : Pendidikan Muzik

BSPP : Laptop, Muzik, speaker (1), bangku panjang (1), skital besar (5), skital kecil (10), gelung rotan (5)

EMK: Kreativiti dan inovasi  




BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
BUTIR MENGAJAR/
FOKUS P&P
ORGANISASI
ALATAN/
CATATAN
Memanaskan
Badan
(5 minit)
1.    Latihan bebas.  








2.    Regangan dinamik










1.    Lakukan pergerakan lokomotor seperti berikut apabila wisel ditiup:
-       Berlari anak ke arah hadapan dan belakang.
-       Melompat ke kiri dan kanan
-       Berjalan lurus ke hadapan dan mengundur ke belakang.
-       Merangkak seperti kucing

Lakukan regangan dengan kiraan 8:
1.    Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.    Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.    Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.    Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.    Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.    Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7.    Lari anak apabila diberi arahan dan lari pecut setempat apabila wisel ditiup.

  M     M     M     M     M     M

  M     M     M     M     M     M

  M     M     M     M     M     M


                      G
 
 











Petunjuk:
G = Guru
M = Murid


Perkembangan
(15 minit)


Perkembangan 1
 (7 minit)
















Perkembangan 2
 (8 minit)

1.    Pengenalan isi pelajaran


2.    Aktiviti 1
(Penerokaan Hutan)
















3.    Aktiviti 2
(Persembahan penerokaan hutan)

·         Aktiviti hari ini ialah pergerakan berirama iaitu “Kembara Hutan”.


·         Lakukan pergerakan lokomotor dengan membayangkan berada di dalam hutan.
·         Bergerak melepasi bangku panjang seperti melepasi balak.
·         Melonjak melepasi gelung rotan seperti melepasi anak sungai.
·         Bergerak perlahan-lahan di celah skital mengikut laluan zig-zag, melengkung atau lurus seperti bergerak di celah-celah batu.

Fokus Pembelajaran:
      I.        Lakukan aktiviti menggunakan pergerakan lokomotor mengikut kreativiti masing-masing.

·         Dengan iringan muzik, lakukan pergerakan berikut mengikut kumpulan masing-masing.
·         Bergerak melepasi bangku panjang seperti melepasi balak.
·         Melonjak melepasi gelung rotan seperti melepasi anak sungai.
·         Bergerak perlahan-lahan di celah skital mengikut laluan zig-zag, melengkung atau lurus seperti bergerak di celah-celah batu.

Fokus Pembelajaran:
·         Lakukan aksi mengikut kreativiti.
·         Lakukan aksi mengikut rentak muzik.














Bangku panjang (1), skital besar (5), skital kecil (10), gelung rotan (5)
Laptop, Muzik dan speaker (1)
Catatan:
·         Demonstrasi dilakukan dahulu.
·         Jarak antara murid diberi penekanan supaya tidak berlaku pelangggaran dan murid selesa melakukan aktiviti.



Kemuncak
(7 minit)
Haiwan Hutan Yang Kreatif
·         Dalam kumpulan kecil, bincang dan pilih sejenis haiwan yang dikehendaki.
·         Rancang pergerakan haiwan yang dipilih mengikut muzik.
·         Setiap kumpulan mempersembahkan pergerakan haiwan hutan mengikut muzik.
·         Kumpulan lain cuba meneka haiwan yang dipersembahkan.
·         Kumpulan lain juga akan melakukan pergerakan seperti yang dilakukan oleh kumpulan yang membuat persembahan.
  M     M     M     M     M     M

  M     M     M     M     M     M

  M     M     M     M     M     M

                      G
 










Petunjuk:
G = Guru
M = Murid
                     = Pentas

Laptop, muzik, speaker (1)

Catatan:
·         Guru akan melakukan demonstrasi terlebih dahulu.
Penutup
(3 minit)
1. Menyejukkan Badan




2. Rumusan Pelajaran
2.1  Rumusan kognitif &
      Psikomotor




2.2  Rumusan Afektif
-   Penerapan Nilai
-   Pujian / Teguran

3. Kerja Susulan
  

1.    Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
2.    Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.

·         Lakukan aktiviti mengikut kreativiti masing-masing.
·         Semasa melakukan pergerakan di dalam hutan dan persembahan haiwan bersama muzik, ikut rentak muzik.

·         Kita perlu bekerjasama dan berani menerima cabaran yang diberikan.


·         Menonton atau mengakses internet untuk melihat pergerakan haiwan.  
          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
 







Petunjuk:
G = Guru
M = Murid












Tiada ulasan: