Jumaat, 24 Julai 2015

Epson L210 Ink Pad Resetter Download

Have you ever experienced problems on epson printer you use primarily on Epson L210 you? in the article below is thereset Counter Ink Pad is functioning for Epson Printer L210 you sometimes will appear the error "Waste Ink Pad Service".

Epson L210 Ink Pad Resetter Download
Epson L210 Ink Pad Resetter Download

Series of epson printer such as the L210, L110, L300, L350, and L355 is the most widely used printer by people all over the world because this printer can be used with ease and can be used anywhere. Therefore the problem or error "Waste Ink Full" is the most annoying thing because printers can't we use.

The window appears on the Epson printer L210 because maximum point currently in use have reached the limit and need special attention to be able to print it again. That is what causes the error, Waste Ink Pad on Epson L210 Service. In other words the Epson printer Absorber is undergoing L210 commonly referred to by people in the world of IT.

We can troubleshoot the error with the program that will be the end of this article I share if an error as I have mentioned above. Download the resetter below to fix your problem for Epson L210.
After the software has been downloaded and please first install and run on your computer. Prepare extra power to make it because sometimes this error is not lost on printer Epson L210 because otherwise.

After the program can work with good, turn on your Epson printer L210 and make sure it has a good run and connect to a computer that has installed software before. Then open the program which you have download resetter and make sure the printer also has really connected with a computer that has installed this resetter program.

epson l210 ink pad resetter free download
epson l210 ink pad resetter free download

Next please select Epson printer L210 we will reset that error ink pad no longer appear when printing a photo or document using the L210 Epson printer.

epson l210 waste ink pad resetter key
epson l210 waste ink pad resetter key

Next select the Particular Adjustment Mode button to select the error and do repairs on a printer that we use. Select Waste Ink Pad Counter available on the menu because we will fix the problem error Ink pad counter. Press check in advance and check on the "Main pad counter" and press on the button Initializtion to error on Epson printers and printer can be resolved L210 can walk normally again.

epson l210 ink resetter software free download
epson l210 ink resetter software free download

And the printer is useable back don't forget to share this article if it is useful and helpful.

copy and paste from google search.... TQ so much. Save my money. Free of charges.

Isnin, 6 Julai 2015

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN JASMANI KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN KOORDINASI DALAM MENINGKATKAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID-MURID TAHUN 3 ORKID

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN JASMANI

KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN KOORDINASI DALAM MENINGKATKAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID-MURID TAHUN 3 ORKID

Oleh

DESMOND DANIEL AK COPTA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, BINTANGOR, SARAWAK.

1.0      Pendahuluan
1.1      Pengenalan
Selaras dengan inovasi dalam pendidikan semasa, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan generasi yang seimbang dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Maka, secara langsungnya Pendidikan Jasmani dapat membantu kanak-kanak membangun sepenuhnya dan merealisasikan potensi serta bakat yang ada pada kanak – kanak tersebut. Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman – pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan dalam menjadi aktif dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Dalam erti kata lain, Pendidikan Jasmani membekalkan ruang untuk membentuk kanak – kanak yang mantap secara keseluruhan yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek afektif, kognitif dan psikomotor.

Konsep menyeluruh ini adalah selari dengan pendapat Dauer (1995). Beliau berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak – kanak melalui pengalaman – pengalaman pergerakan.

Dalam sesuatu aktiviti Pendidikan Jasmani, faktor koordinasi amat dititikberatkan. Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang bersistematik. Menurut Mohd Taip H. (2006), koordinasi juga merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang. Ianya melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan menggunakan panca indera dan hubungannya dengan minda akan menghasilkan pergerakan yang sempurna. Jika seseorang individu mempunyai tahap koordinasi yang tinggi, mereka boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti menangkap bola, menahan bola hoki dan menyangga bola tampar.

Dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, telah digubal tiga tunjang penting yang mendokong pengajaran subjek tersebut iaitu tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang kesukanan. Ketiga – tiga tunjang ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam melahirkan insan di Malaysia yang bukan sahaja sihat tubuh badan malah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam setiap bidang yang diceburi (PPK, 2001). Dalam konteks kajian ini, koordinasi dikategorikan pada tunjang kecergasan.

Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaraskan pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang sistematik. Jika seseorang individu mempunyai koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar atau melakukan rejaman tepat pada sasaran. Koordinasi ini berkait rapat dengan perkembangan sistem motor seseorang individu tersebut.

Maier (1980) dalam Arasoo (1989), kemahiran motor ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu. Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor halus (Magill, 2001). Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota. Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil. Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran dalam mengaplikasikan sesetengah kemahiran bagi menentukan penggunaan kumpulan otot kasar atau otot halus kanak-kanak. Menurut Huttenlocher (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat, baik kemahiran motor kasar mahupun motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seseorang banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.

Selain itu, koordinasi mata dan tangan melibatkan keupayaan menggunakan mata dan tangan secara serentak untuk melakukan sesuatu perkara. Contohnya, dalam sukan permainan bola jaring, seseorang individu memerlukan koordinasi mata dan tangan untuk melakukan pelbagai jenis tindakan seperti membaling dan menyambut bola. Begitu juga dalam permainan bola tampar dan bola keranjang. Pemain perlu mempunyai koordinasi mata dan tangan yang tinggi untuk membuat rejaman, menyangga bola dan mengelecek bola keranjang ( Mohd Taip H. : 2006).

Program latihan yang berkesan untuk permainan dan sukan perlu dihasilkan melalui penyelidikan dan merupakan cabaran kepada jurulatih dan guru (Rink, French & Graham,1996; Rink, 2002). Jurulatih harus menyediakan program latihan spesifik secara beransur maju mengikut tahap kematangan murid dan harus melengkapi murid dengan pengetahuan sukan, memotivasikan murid serta berusaha meningkatkan prestasi dalam sukan dan permainan berdasarkan teori dan metodologi latihan (Connel, 1993). Program latihan harus disusun dengan panduan teori dan metodologi latihan serta teori pembelajaran motor. Program latihan yang mempunyai unsur seperti situasi permainan dapat menarik minat murid untuk menyertai secara aktif dalam Pendidikan Jasmani (Dodds et al., 2001).

Menurut Wall dan Murray (1994) juga, kanak – kanak yang berumur enam hingga sembilan tahun seharusnya sudah mempunyai koordinasi mata dan tangan, dan mata dan kaki yang baik serta dapat melakukan aktiviti membaling dan menangkap dengan betul. Justeru, bertitik tolak kepada pendapat itu maka pengkaji akan menjalankan program latihan khusus untuk membantu murid – murid tahun 3 meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka melalui program latihan yang dirancang.


1.2      Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Kemmis (1985), “refleksi bukan sahaja satu proses yang berfokus kepada ‘apa yang sedang berlaku dalam otak kita.’ Ia adalah satu proses yang bersifat positif dan aktif dan bercirikan langkah – langkah seperti berikut: Mengulas, menganalisis dan menilai pengalaman yang dilalui, dan merujuk kepada konsep teoritikal atau pembelajaran sebagai panduan merangka satu pelan tindakan bagi pengalaman masa depan.” Maka, dapat disimpulakan bahawa refleksi merupakan ulasan, analisis dan penilaian pengalaman yang telah dilalui oleh pengkaji dalam usaha menyediakan pelan tindakan bagi menambahbaik pengalaman yang bakal dilalui kelak.

Melalui pengalaman pengkaji menjalani praktikum fasa satu di salah sebuah sekolah di Daerah Sarikei, pengkaji mendapati bahawa murid tahap satu yakni murid yang berumur sembilan tahun menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Masalah yang sama juga pengkaji dapati berlaku semasa menjalani praktikum bagi fasa dua di sekolah yang berlainan iaitu salah sebuah sekolah di daerah Sibu.

Justeru, pengkaji amat tertarik dan berminat untuk mengkaji masalah koordinasi mata dan tangan murid tahap satu. Hal ini berikutan murid - murid diperhatikan lemah dalam melakukan dan menguasai aktiviti atau standard pembelajaran yang melibatkan koordinasi mata dan tangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Contohnya, semasa melakukan aktiviti menerima dan menghantar bola menggunakan tangan secara berpasangan pada peringkat perkembangan pembelajaran. Akibatnya, masalah ini menyebabkan murid – murid tidak menguasai standard pembelajaran yang hendak dicapai di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Oleh demikian, pengkaji telah berusaha untuk merancang satu kaedah latihan iaitu program latihan koordinasi bagi membantu mengatasi atau mengurangkan masalah koordinasi mata dan tangan murid-murid tahap satu ini. Hasil kajian ini adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahap satu.


1.3      Refleksi Nilai Pendidikan
Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran, dapat dirumuskan bahawa majoriti murid tahap satu yakni yang berumur sembilan tahun boleh dikategorikan sebagai lemah semasa melakukan kemahiran menghantar dan menerima bola di mana kemahiran ini merupakan antara kemahiran yang dikategorikan sebagai koordinasi mata dan tangan dengan betul dan tepat. Guru Pendidikan Jasmani perlu bertindak dengan bijak untuk memastikan perkembangan murid mereka berkembang sepenuhnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan khususnya dalam kurikulum Pendidikan Jasmani.

Sebagai guru Pendidikan Jasmani, pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada murid-murid dapat dicapai melalui pelbagai cara. Antaranya melalui kaedah merujuk. Menurut Bonnie Pettifor (1999), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah merupakan satu tatacara atau pelaksanaan organisasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan seterusnya menjadikan ianya satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pembelajaran khusus dalam jangka pendek.

Justeru, sebelum melaksanakan kajian tindakan ini pengkaji telah merujuk bahan – bahan maujud yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih sepertimana yang telah dijelaskan oleh Pettifor. Pemilihan program latihan koordinasi yang bersesuaian adalah dirasakan amat sesuai dalam kajian ini kerana ianya bermatlamat dalam meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid-murid tahun 3 Orkid.  

Pendidikan Jasmani juga merupakan salah satu bidang ilmu yang menggabungjalinkan aspek aspek pendidikan melalui aktiviti fizikal. Bidang ini melibatkan proses pendidikan yang menitikberatkan perkembangan dan penguasaan pergerakan fizikal yang bermakna berdasarkan kemampuan murid. Proses ini juga berkait secara langsung dengan tindak balas mental, emosi dan sosial murid. Terdapat tiga domain dalam pembentukan objektif pembelajaran Pendidikan Jasmani iaitu domain kognitif, psikomotor dan afektif.

Ketiga-tiga domain ini adalah saling berkaitan di antara satu sama lain. Contohnya ketika belajar kemahiran melontar dan menyambut bola (proses psikomotor), murid bukan sahaja menumpukan perhatian terhadap koordinasi mata dengan tangan tetapi belajar menganalisis (proses kognitif) kedudukan badan atau anatomi badan supaya bola dapat dilontar dan disambut dengan tepat. Sehubungan itu, murid perlu bekerjasama (nilai afektif) dengan rakan yang melontar bola tepat kepadanya supaya murid itu dapat menyambut bola dengan sempurna.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani juga, pengkaji sentiasa menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, toleransi, hormat - menghormati dan perasaan seronok semasa melakukan aktiviti dalam Pendidikan Jasmani. Contohnya, semasa aktiviti permainan kecil pada peringkat kemuncak pembelajaran, nilai toleransi dan bekerjasama telah dapat dipupuk dalam diri setiap murid. Selain berasa seronok melakukan aktiviti, keyakinan diri murid turut meningkat setelah berjaya melakukan sesuatu aktiviti. Guru juga sentiasa memberikan galakkan dan penghargaan kepada murid sebagai menghargai usaha yang ditunjukkan.

2.0      Fokus Kajian / Isu Keprihatinan
2.1      Tinjauan Masalah
Melalui pemerhatian pengkaji, kebanyakan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya menghadapi masalah dalam menguasai standard pembelajaran yang ditetapkan iaitu kemahiran menerima dan menghantar bola. Justeru, kajian ini digunakan untuk melihat dan menilai sejauh mana program latihan koordinasi yang bakal dirancang mampu membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid-murid tahun 3 Orkid.
           
Antara masalah – masalah yang dihadapi oleh murid – murid tahun 3 Orkid adalah seperti berikut:
1.    Lemah dalam melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
2.    Lemah semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan pada jarak yang jauh.
3.    Menghadapi masalah dalam menentukan kedudukan badan atau postur badan yang sesuai semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.

Berdasarkan masalah yang dinyatakan, pengkaji dapat membuat keputusan bahawa masalah ini timbul disebabkan oleh:
1.    Koordinasi mata dan tangan mereka masih lemah.
2.    Kurang latih tubi dalam kemahiran yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.
3.    Kurang pengetahuan dalam menentukan kedudukan badan semasa melakukan aktiviti semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.  

2.2      Analisis Tinjauan Masalah
Menurut pakar dalam bidang Pendidikan Jasmani seperti Gallaheu (1996), pergerakan terdiri daripada tiga aspek iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina sejak dari peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek dan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak lagi di mana pada peringkat ini mereka mudah menerima ajaran dan hasilnya dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya tangan, mata, kaki dan lain – lain.

            Menurut Mohd Taip H. (2006), koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan melakukan latihan yang bersistematik yakni melalui perancangan program latihan koordinasi. Jika seseorang individu mempunyai tahap koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar dan melakukan rejaman tepat pada sasarannya.

            Sonjoto (1988) mentakrifkan koordinasi adalah mengkoordinasi, supaya terarah. Mata adalah pancaindera untuk melihat iaitu indera penglihatan. Tangan pula adalah anggota badan dari pergelangan tangan sampai ke hujung jari. Melalui takrifan yang dinyatakan oleh beliau maka dapat dirumuskan bahawa koordinasi mata dan tangan adalah keupayaan menggunakan mata dan tangan secara serentak untuk melakukan sesuatu perkara atau aktiviti dengan terpuji.

            Murid yang mempunyai masalah dalam koordinasi mata dan tangan akan mempunyai masalah khususnya semasa permainan dalam sesuatu sukan seperti bola tampar, badminton, bola jaring, dan bola keranjang. Ini kerana dalam sesuatu permainan, hampir kesemua pergerakan memerlukan kemahiran koordinasi mata dan tangan yang baik. Koordinasi mata dan tangan merupakan asas pergerakan motor yang perlu dikuasai oleh murid – murid. Asas pergerakan motor ini akan menyediakan asas yang luas kepada kebolehan pergerakan di mana banyak pergerakan yang sukar dapat dibina (Ee Ah Meng, 2002). Murid yang tidak dapat menguasai pergerakan asas dengan sempurna akan menghadapi masalah dalam melakukan sesuatu pergerakan khususnya yang melibatkan koordinasi mata dan tangan.

Justeru, bagi mengatasi masalah koordinasi mata dan tangan yang dihadapi oleh murid ini, satu program latihan koordinasi telah dirancang dan dijalankan di sekolah ini. Program latihan koordinasi yang dirancang ini mestilah boleh ditadbir di sekolah. Kebolehtadbiran kajian yang baik membolehkan perlaksanaan program latihan dijalankan dengan lancar. Peralatan yang digunakan juga adalah selamat dan merupakan peralatan yang telah sedia ada di sekolah ini. Program latihan koordinasi yang dirancang ini diharap dapat menjadi panduan kepada guru-guru di sekolah ini suatu hari nanti bagi meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya.

3.0      Objektif Kajian / Soalan Kajian
Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik kajian berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti. Objektif utama kajian ialah mengakibatkan perubahan tingkah laku guru dan murid. Objektif itu mestilah boleh diukur semasa dan selepas kajian. Ia terdiri daripada Objektif Umum dan Objektif Khusus (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, 2008).

Justeru, kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid Tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya melalui program latihan koordinasi. Antara objektif kajian ini ialah:

a.    Objektif Umum
                             I.        Meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu.

b.    Objektif Khusus
                             I.        Mengenalpasti tahap koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu sebelum menjalankan program latihan koordinasi.
                            II.        Mengenalpasti sama ada program latihan koordinasi dapat meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu.
                           III.        Mengenalpasti sama ada faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid.

3.1      Soalan Kajian
Mohamad Najib A.G. (1999), menyatakan soalan kajian penting kerana membantu penyelidik mengenalpasti pemboleh ubah yang dikaji dan seterusnya menentukan bagaimana mengumpul dan menganalisis data. Oleh yang demikian, soalan hendaklah jelas dari segi pemboleh ubah yang dikaji. Lazimnya, masalah yang hendak dikaji walaupun jelas, masih lagi umum dan perlu diperincikan kepada beberapa soalan kajian. Soalan kajian ialah suatu pertanyaan tentatif berkenaaan hubungan antara dua atau lebih fenomena atau variabel. Masalah kajian juga dinyatakan dalam soalan kajian. Soalan kajian akan dibentuk berdasarkan pada permasalahan kajian yang menjelaskan mengenai pembolehubah yang dikaji.

Soalan dan objektif kajian adalah saling berhubung rapat antara satu sama lain. Soalan kajian yang dibina adalah berasaskan kepada objektif kajian, yang mana jawapan kepada soalan ini akan membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian. Soalan kajian adalah berperanan penting sebagai menentukan prosedur perancangan kajian. Selain itu, ianya juga dapat memberi haluan dan kesepaduan dalam kajian, menentukan batasan kajian, menentukan data yang diperlukan, mengawal pennyelidik daripada hilang fokus serta menyediakan rangka untuk menulis laporan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan masalah koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu. Soalan kajian adalah seperti berikut:
                             I.        Apakah tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum rawatan?
                            II.        Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca setelah menjalankan program latihan koordinasi?
                           III.        Adakah faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan selepas rawatan?

4.0      Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran merupakan kumpulan guru atau murid yang terlibat di dalam kajian yang akan dijalankan. Kumpulan guru atau murid tersebut mestilah terdiri daripada kumpulan yang terlibat di dalam isu permasalahan kajian dan situasi sosial penyelidik (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, 2008).

            Justeru, kajian ini melibatkan 30 orang murid (N=30) tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu yang terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Mereka ini lemah dari segi prestasi akedemik di mana kelas ini merupakan kelas tercorot jika dibandingkan dengan kelas lain. Mereka ini juga lemah semasa melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan iaitu menghantar dan menerima yang telah dijalankan oleh pengkaji pada bulan Februari yang lalu. Selain itu, terdapat seorang murid lelaki yang bermasalah pembelajaran. Rasional pengkaji memilih kelas ini sebagai sampel kajian adalah kerana pengkaji terlibat secara langsung dalam proses pengajaran Pendidikan Jasmani bagi kelas ini dan telah mengajar standard pembelajaran 1.7.2 iaitu menerima dan menghantar bola menggunakan tangan dan kaki.

5.0      Tindakan Yang Dicadangkan
5.1      Perancangan Tindakan
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988). Dalam model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:
                             I.        Mereflek (Reflect);
                            II.        Merancang (Plan);
                           III.        Bertindak (Action); dan
                          IV.        Memerhati (Observe).
Langkah – langkah tersebut boleh dirumuskan seperti yang ditunjukkan seperti pada Rajah 5.1 di bawah.

            Berdasarkan langkah yang disarankan oleh Kemmis dan Mc Taggart dalam model kajian tindakan mereka, maka pengkaji menggunakan model tersebut untuk menyusun langkah – langkah tindakan yang akan diambil dalam membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu. Berikut merupakan kerangka konseptual kajian mengikut model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988).



            Berpandukan kerangka konseptual kajian yang disediakan oleh pengkaji mengikut model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart, pengkaji akan mengikut kerangka yang dibina dalam membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu. Langkah pertama ialah dengan mereflek iaitu membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kemudian, pengkaji membuat refleksi ke atas masalah yang dihadapi oleh murid tahun 3 Orkid. Didapati kebanyakkan murid lemah dalam melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan. Langkah kedua ialah merancang di mana pengkaji merancang untuk menyediakan program latihan koordinasi untuk membantu sampel. Semasa merancang juga, pengkaji akan menjalankan ujian pra untuk mengenalpasti tahap koordinasi mata dan tangan sampel sebelum rawatan. Langkah ketiga ialah bertindak iaitu melaksanakan program latihan selama 4 minggu. Langkah keempat ialah membuat pemerhatian. Dalam langkah keempat, pengkaji akan menjalankan ujian pasca untuk membuat perbandingan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca setelah sampel menjalani program latihan koordinasi.

5.2      Perancangan Cara Mengumpul Data
Pengkaji akan menggunakan ujian sebagai kaedah untuk mengumpul data. Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, 2008). Bagi kajian ini, ujian yang digunakan akan digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan sama ada program latihan koordinasi berkesan dalam meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid SK Sibu Jaya, Sibu.

            Pengkaji juga akan menjalankan ujian pra dan ujian pasca menggunakan instrumen Hand Wall Toss Test untuk menilai tahap koordinasi mata dan tangan murid sebelum dan selepas rawatan. Instrumen Wall Toss Test ini akan diubahsuai mengikut kesesuaian sampel kajian. Ujian rintis juga akan dijalankan untuk menilai sejauhmana kebolehpercayaan instrumen di mana kaedah uji dan ulang uji akan digunakan. Ujian akan ditadbirkan ke atas sampel bagi mendapatkan set data yang pertama, kemudian diulang uji untuk mendapatkan set data yang kedua. Perisian “Statistical Package For Social Science (SPSS) 18.0” akan digunakan untuk mengira pekali korelasi Pearson untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan instrumen.

            Berikut merupakan prosedur pelaksanaan ujian pra dan pasca menggunakan instrumen Hand Wall Toss bersama – sama dengan senarai peralatan yang digunakan dan cara pemarkahan.

Jenis Ujian   : Alternate Hand Wall Toss Test/Eye Hand Co-ordination
  • Tujuan: Untuk mengukur koordinasi tangan-mata
  • Peralatan yang diperlukan: Bola tenis, dinding licin dan kukuh, pita penanda, jam randik (pilihan)
  • Prosedur:
                      I.        Tanda A diletakkan pada jarak tertentu dari dinding (contohnya 1 meter, 3 kaki).
                    II.        Orang yang berdiri di belakang barisan dan menghadap dinding. Bola itu dibaling dari satu tangan secara under arm ke arah dinding, dan cuba untuk ditangkap dengan tangan yang bertentangan.
                   III.        Bola itu kemudiannya dibalingsemula ke dinding dan ditangkap menggunakan tangan sebelah.
                  IV.        Ujian ini dilakukan secara berulang-ulang dan bilangan tangkapan yang berjaya dibuat dalam masa 30 saat direkodkan (du Toit, Kruger, Fowler, Govender & Clark, 2010).

  • Pemarkahan:  Jadual di bawah menyenaraikan penilaian umum untuk ujian “Alternate Hand Wall Toss Test” berdasarkan skor bilangan tangkapan yang berjaya dalam tempoh 30 saat.
Gred
Skor
(Dalam 30 Saat)
A
> 26
B
19 - 25
C
12 - 18
D
5 - 11
E
< 4

5.3      Perancangan Cara Menganalisis Data
Data yang dipungut dalam sesuatu projek kajian tindakan perlu dianalisis dan penafsiran dibuat ke atasnya. Dengan menganalisis data, seorang guru dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan bukti – bukti yang diperoleh daripada responden (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, 2008).

Menurut Mohd. Najib A.G. (1999), analisis data merujuk kepada bagaimana segala data dikutip, diberi skor dan dinilai menggunakan sesuatu kaedah. Oleh itu, terlebih dahulu kesemua data yang dikumpul akan dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak sebelum analisis data dibuat. Sesebuah kajian yang telah lengkap akan dianalisis untuk mendapatkan data mentah. Data mentah ini akan dianalisis untuk mendapatkan jawapan pada persoalan kajian.

            Pengkaji akan menggunakan perisian SPSS untuk membuat analisis data selepas kesemua data dikumpul. Ini kerana analisis melalui komputer digunakan kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa untuk menghasilkan output yang diperlukan. Pengkaji akan menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan statistik perihalan (descriptive statistics), pengiraan pekali korelasi Pearson bagi mendapatkan kebolehpercayaan instrumen ujian, ujian – T bagi mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca dan untuk menilai adakah faktor jantina mempengaruhi tahap koordinasi tangan dan mata sampel.

5.4      Perancangan Pelaksanaan Tindakan
5.4.1   Jadual Pelaksanaan
Jadual 5.4.1: Carta Grantt jadual perancangan pelaksanaan tindakan bagi kajian meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid SK Sibu Jaya, Sibu
Bil.

Rancangan Tindakan
Rancangan Pelaksanaan Tindakan
(Minggu)
Catatan

M1
M2
M3
M4

1.

2.

3.
4.

5.
Membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Menjalankan ujian pra menggunakan instrumen ujian Hand Wall Toss
Menjalankan program latihan koordinasi
Menjalankan ujian pasca menggunakan instrumen ujian Hand Wall Toss
Membuat perbandingan hasil ujian pra dan pasca
/

/





    /          /         

        
   /          /
         /






  /


5.4.2   Kos Kajian
Jadual 5.4.2: Kos kajian bagi kajian keberkesanan program latihan koordinasi dalam meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid SK Sibu Jaya, Sibu
Bil.
Item
Kuantiti
Harga Seunit (RM)
Jumlah (RM)
1.
Kertas putih A4
1 rim
8.50
8.50
2.
Pen Hitam
1 batang
1.00
1.00
3.
Ink mesin pencetak (Hitam)
1
20.00
20.00
4.
Pita pelekat
2
1.50
3.00




Jumlah Keseluruhan
Kira Sendiri

6.0      Tinjauan Literatur
Creswell (2005) menjelaskan bahawa tinjauan literatur membabitkan kesimpulan bertulis tentang artikel dalam jurnal, buku dan dokumen lain yang menjelaskan keadaan maklumat lepas dan semasa, menyusun literatur dalam topik tertentu dan mendokumenkan keperluan bagi kajian yang dicadangkan. Melalui penjelasan yang diberikan dapat disimpulkan bahawa tinjauan literatur dapat membantu pengkaji membuat kesimpulan dan memperkayakan pengalaman pengkaji untuk menghasilkan kajian yang berkualiti.

Sharifah (2011) dalam kajiannya “Meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 melalui program latihan koordinasi” telah menggunakan teknik latih tubi dalam program latihan koordinasi yang telah dimodifikasikan sebagai langkah intervensi. Program intervensi tersebut telah dijalankan selama 4 minggu (3 sesi seminggu) dan instrumen Hand Wall Toss Test digunakan sebagai cara pengumpulan data. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca setelah program latihan koordinasi dijalankan ke atas sampel.

            Nursyazwani dan Ikmal Hisyam (2013) dalam kajian mereka iaitu, “Meningkatkan penguasaan koordinasi mata – tangan bagi murid tahun 4 dengan menggunakan kaedah latihan praktis random” juga telah menggunakan teknik latih tubi untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah latihan praktis random dalam meningkatkan tahap koordinasi ketika melontar dan menyambut bola tenis. Program intervensi dijalankan selama 3 minggu di mana setiap sesi mengambil masa 30 minit. Data dikumpulkan menggunakan keputusan ujian pra dan pasca melalui ujian The Alternate Hand Wall Toss sebagai instrumen pengumpulan data. Senarai semak fasa lakuan ujian juga dinilai dalam pemerhatian berstruktur. Keputusan kajian menunjukkan min peningkatan skor. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa latih tubi dalam program latihan koordinasi dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan sampel kajian pengkaji.

            Nurdiyanto (2005) dalam kajiannya Hubungan Kekuatan Genggaman, Koordinasi Mata Tangan Dan Kelincahan Dengan Kemampuan Forehand Drive Tenis juga menggunakan teknik latih tubi untuk meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid. Ujian koordinasi mata tangan menggunakan latih tubi ujian lempar tangkap bola tenis telah digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini. Hasil analisis data menunjukkan terdapat peningkatan tahap koordinasi mata dan tangan selepas menjalankan latih tubi tersebut. Dapat disimpulkan di sini bahawa melalui koordinasi mata tangan yang baik, seorang pemain tenis dapat menjangka arah pergerakan bola tenis pihak lawan dengan cepat.

            Siti Sahara dan Mek Yam (2011) dalam kajian mereka yang bertajuk “Meningkatkan tahap kecekapan koordinasi mata dan tangan kanak – kanak dengan menggunakan prinsip latihan” turut menggunakan teknik latih tubi berdasarkan prinsip latihan tambah beban untuk meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid – murid tahun 3. Sebanyak tiga fasa yang dirancang semasa intervensi dalam membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan subjek. Setiap fasa melibatkan tempoh selama dua minggu. Fasa pertama melibatkan aktiviti membaling dan menangkap menggunakan bola jaring, fasa kedua melibatkan aktiviti membaling dan menangkap menggunakan bola baling saiz 2 dan fasa terakhir melibatkan aktiviti membaling dan menangkap menggunakan bola tenis. Hasil dapatan juga menunjukkan peningkatan pada skor min antara ujian pra dan pasca. Dapat disimpulkan di sini bahawa, latih tubi menggunakan prinsip tambah beban mampu meningkatkan kecekapan koordinasi mata dan tangan kanak – kanak.

            Berdasarkan perbincangan di atas, maka pengkaji dapat merumuskan bahawa latih tubi dalam sesuatu program latihan memberi peluang kepada murid – murid dalam meningkatkan keupayaan motor mereka. Ini kerana latih tubi yang kerap dan konsisten membolehkan murid – murid memperkayakan kemahiran mereka sekaligus dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka. Pernyataan tersebut selari dengan teori Behaviorisme yang menyatakan bahawa sesuatu pelakuan yang dilakukan secara kerap dan diteguhkan akan menjadi lazim. Justeru, kajian ini membolehkan pengkaji merancang satu program latihan koordinasi yang sesuai mengikut prinsip latihan bagi meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid tahun 3 Orkid Sekolah Kebangsaan Sibu Jaya, Sibu.

7.0      Rujukan
Arasso V.T (1989). Pembelajaran Kemahiran Motor dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kuala Lumpur:Fajar Bakti.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bonnie Pettifor, M. A. (1999). Physical education methods for classroom teacher. Champaign: Human Kinetics. Boston, MA: Allyn & Bacon Boston, MA: Allyn & Bacon.
Dauer. (1995). Dalam Wee Eng Hoe. (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan
Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Dodds et al. (2001). Dalam Sanmuga Nathan A/L K. Jeganathan. (2007). Kesan Program Latihan Menggunakan Model Taktikal Dengan Stail Pengajaran Berbeza Terhadap Murid Pelbagai Tahap Kemahiran Permainan Hoki. Malaysia.
Ee Ah Meng. (2002). Pedagogi III: Semester II (2nd Ed). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gallahue, D.L. (1996). Physical education for children; Movement Education; Motor Learning; Study and Teaching. Brown & Benchmark (Madison).
Kemmis (1985). Dalam Choong Lean Keow. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Magill, R.A (2001). Motor Learning and Control: concepts and applications (7th edition). Boston: McGraw Hill.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia
Mohd. Taip Harun. (2006). Kecergasan Fizikal. Selangor Darul Ehsan: Fakulti Pendidikan, Sastera Dan Sains Sosial.
Nurdiyanto. (2005). Hubungan Kekuatan Genggaman, Koordinasi Mata Tangan Dan Kelincahan Dengan Kemampuan Ferehand Drive Tenis Lapangan. Universitas Negeri Samarang.
Nursyazwani Binti Abdullah dan Ikmal Hisyam Bin Hj Daroji. (2013). Meningkatkan penguasaan koordinasi mata-tangan bagi murid tahun 4 dengan menggunakan kaedah latihan Praktis Random. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Pettifor .(1999). Dalam Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan
Kesihatan. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sanjoto. (1988). Peningkatan dan Pembinaan Kondisi Fisik Dalam Olahraga. Dahara Frize, Semarang.