1.0 Pengenalan
Penglibatan masyarakat
dalam bidang sukan pada masa kini amat memberangsangkan dan penyertaannya
semakin meningkat sekaligus menjadi satu cabaran dalam dunia sukan. Sukan menjadi
faktor penting dalam hidup dan menjadi satu keperluan utama bagi setiap
individu. Dengan bersukan ianya sama sekali membantu meningkatkan tahap
kecergasan setiap individu dan kecergasan juga menjadi faktor utama untuk
mencapai kepuasan dalam bersukan.
Penglibatan
dalam sukan juga mempunyai banyak aspek positif ke atas kehidupan seseorang.
Namun demikian seseorang itu harus mengetahui dan mengambil langkah-langkah
pencegahan untuk mengelakkan diri dari mengalami kemalangan semasa melibatkan
diri dalam aktiviti sukan yang diminati. Justeru, sebagai seorang guru PJ mahupun
jurulatih sukan, anda perlu mengetahui prinsip bantu mula dan langkah-langkah
penyelesaian masalah kecederaan sukan.
Istilah
"kecederaan sukan," merujuk kepada kecederaan yang paling biasa dan
kerap berlaku semasa sukan atau senaman. Beberapa kecederaan sukan berpunca
daripada kemalangan, namun kebanyakkannya adalah disebabkan oleh amalan latihan
yang tidak berkesan, peralatan yang tidak betul, kurangnya latihan, atau tidak
memanaskan badan dan regangan dengan teknik yang betul.
Justeru dalam tugasan ini, penulis akan memberi
penerangan dan penjelasan berhubung tiga perkara iaitu yang pertama berkaitan
dengan jenis-jenis kecederaan sukan yang sering berlaku dalam sukan badminton.
Kedua, penulis juga akan menghuraikan secara terperinci berhubung prosedur bantu
mula melalui pembentangan, tayangan video dan amali. Bagi perkara terakhir
ialah penulisan refleksi merangkumi aspek-aspek yang telah digariskan.
2.0 Tugasan 1: Mengenalpasti
jenis-jenis kecederaan dalam sukan badminton
Kecederaan sukan
berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain
yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna
atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut
disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang
tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan.
Kenyataan di bawah merupakan antara pernyataan yang
diambil berhubung jenis-jenis kecederaan yang sering berlaku dalam sukan secara
umumnya:
Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan,
Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr.
Ezlan Merican kecederaan sukan secara amnya terbahagi kepada dua iaitu kecederaan
tisu lembut dan kecederaan tulang. Kecederaan pada tisu lembut pula boleh
dibahagikan kepada akut dan kronik. Bagi kecederaan tulang jarang berlaku
kecuali dalam sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, tinju, gusti, silat serta
lumba kereta dan motor. Bagaimanapun terdapat kes atlet yang tiba-tiba
mengalami patah tulang atau stress fracture. Dr. Ezlan juga
menyatakan bahawa keadaan ini berlaku akibat latihan yang berpanjangan
menyebabkan tulang menjadi haus dan terdapat retak-retak halus. (Utusan Melayu,
8 Julai 2012)
Menurut CS Jayaprakash
(2003) pula, sukan tenis, badminton dan skuasy memerlukan perubahan kerap dalam
mengubah arah di tempat dan masa yang terhad. Ia juga melibatkan nyahpecutan yang
mendadak dan pecutan yang cepat pada masa yang singkat yakni memerlukan tindak
balas yang cepat. Jelas beliau lagi, pergelangan kaki, lutut dan paha merupakan
bahagian yang kerap berlakunya kecederaan. Oleh kerana bahagian atas tubuh
badan kerap digunakan dalam sukan raket, bahagian bahu dan siku adalah terdedah
kepada kecederaan yang berlebihan. Justeru, sukan yang melibatkan penggunaan raket,
bola atau sukan yang memerlukan pergerakan pantas secara mendadak boleh
menyebabkan kecederaan pada mata dan muka.
Bagi memberikan penerangan yang lebih lanjut berkaitan
kecederaan yang kerap berlaku dalam sukan badminton, CS Jayaprakash (2003) membahagikan kecederaan kepada tiga jenis
kecederaan yang kerap berlaku dalam sukan badminton. Antara kecederaan yang
sering berlaku ialah kecederaan pada mata dan muka, kecederaan pada bahagian hujung
atas tubuh badan (upper extremity)
dan terakhir ialah kecederaan pada bahagian hujung bawah tubuh badan (lower extremity).
Rajah 1 menunjukkan bahagian-bahagian utama pada tubuh
badan pemain badminton yang biasanya terdedah kepada kecederaan. Pertama ialah
kecederaan pada pergelangan kaki iaitu “sprained
ankle”. Kedua kecederaan pada bahagian “achilles
tendon”. Bagi kecederaan yang dinomborkan nombor tiga ialah kecederaan pada
bahagian siku iaitu “tennis elbow”,
keempat kecederaan pada bahagian bahu iaitu “rotator
cuff injury”. Akhir sekali, kecederaan kelima berdasarkan gambar yang
ditunjukkan pada rajah 1 ialah kecederaan pada patella atau lutut kaki iaitu “patella tendonitis”.
Kecederaan
semasa badminton telah dilaporkan berlaku pada kadar 2.9 kecederaan setiap
pemain bagi setiap 1000 jam semasa bermain badminton. Kecederaan dalam sukan badminton
kebiasaannya cenderung disebabkan oleh lebih guna atau “overuse” kerana sukan badminton bukan sukan yang berbentuk
sentuhan seperti ragbi dan bola sepak. Dalam badminton, pemain memerlukan kuasa
letupan untuk menggerakkan pergelangan tangan, melakukan lakuan “lunges”, melompat dan perubahan pergerakan
dengan cepat dan tindakan ini dilakukan berulang-ulang sehingga boleh
meletakkan tekanan pada tisu dan menyebabkan kecederaan.
Justeru,
berdasarkan pernyataan yang telah dikemukakan di atas dapat dirumuskan bahawa
kecederaan dalam sukan badminton boleh dibahagikan kepada dua jenis. Kedua-dua
jenis kecederaan ini merupakan kecederaan yang biasa ditemui terhadap pemain
badminton. Jenis kecederaan pertama ialah kecederaan akut “acute badminton injuries” dan jenis kecederaan kedua ialah
kecederaan lebihguna “overuse badminton
injuries”. Bagi memberikan gambaran secara jelas jadual di bawah
menunjukkan antara jenis-jenis kecederaan bagi kedua-dua jenis kecederaan yang
telah dinyatakan.
Kecederaan Akut
(Acute Injury)
|
Kecederaan Lebihguna
(Overuse Injury)
|
Ankle sprain
|
Tennis elbow (Lateral epicondylitis)
|
Meniscus tear
|
Achilles tendonitis
|
Muscle strain
|
Rotator cuff tendonitis
|
Jadual 1: Antara jenis kecederaan
yang sering berlaku dalam sukan badminton
2.1 Kecederaan
Akut (Acute Injury)
2.1.1 Ankle Sprain
Sprain
merupakan kecederaan pada ligamen. Ligamen adalah tisu yang menghubungkan
tulang ke tulang. Strain mungkin terjadi disebabkan jatuh, perlanggaran badan
dan sebagainya. Sprain dibahagikan kepada tiga peringkat.
Sprain
atau terseliuh pada pergelangan kaki adalah sebahagian daripada kecederaan dalam
sukan yang paling biasa, dan sering berulang-ulang terutama dalam sukan
badminton yang mana atlet sentiasa bergerak dengan pantas dan menukar
pergerakan dengan kerap secara tangkas. Dalam kebanyakan kes buku lali itu
digerakkan ke arah luar, menyebabkan kerosakan pada ligamen di luar buku lali. Adalah
penting untuk mendapatkan rawatan yang betul secepat mungkin selepas kecederaan
dan seterusnya mengikuti program pemulihan penuh untuk kembali ke kecergasan
penuh dan memastikan kecederaan itu tidak berulang.
Gejala
sprain pada mungkin berbeza-beza bagi setiap atlet iaitu daripada menjadi
sangat ringan hingga sangat teruk. Dengan terseliuh ringan atlet mungkin akan
dapat meneruskan latihan atau pertandingan. Namun kecederaan yang sangat teruk
atau parah akan menyebabkan atlet perlu mendapatkan rawatan di hospital dan
mengambil masa yang lama untuk sembuh jika dibandingkan dengan pergelangan kaki
yang patah.
Kecederaan
yang biasanya berlaku daripada trauma secara tiba-tiba, berpusing atau ditukar
ganti dari buku lali. Kesakitan akan dirasai pada sendi buku lali itu sendiri
walaupun secara khusus akan dirasai di luar buku lali apabila menekan di atas
ligamen yang rosak. Bengkak atau lebam boleh hadir tetapi tidak semestinya
dalam kes yang lebih ringan. Sakit juga boleh dirasai di bahagian dalam
pergelangan kaki hasil daripada pemampatan tulang dan tisu lembut.
Sprain
pada pergelangan kaki digredkan pada gred 1, 2 atau 3 bergantung kepada tahap
kecederaan tersebut dan ahli terapi profesional akan menjalankan diagnosis dan
penilaian yang akan merangkumi pelbagai ujian gerakan dan gerakan menentang
ujian untuk menentukan struktur cedera dan tahap kecederaan.
Bagi
menjelaskan tahap kecederaan sprain, masa pemulihan akan bergantung kepada bagaimana
buruk kecederaan itu. Bagi sprain gred 1 gejala hanya akan menyebabkan
kesakitan sederhana dengan ketidakstabilan sedikit atau tiada. Mungkin akan ada
beberapa kekakuan sendi dengan kesukaran berjalan atau berlari tetapi atlet itu
mungkin dapat bermain badminton. Kemungkinan terdapat beberapa kesan regangan
atau mungkin koyakkan kecil di dalam ligamen buku lali sisi mungkin telah
berlaku menyebabkan bengkak ringan di sekitar tulang di luar buku lali. Justeru,
pada tahap ini pemain badminton masih boleh bermain badminton namun terdapat
kesukaran untuk bergerak dengan tangkas kerana ada rasa sakit ketika bergerak.
Bagi
gred 2 pula, tanda-tandanya adalah akan menyebabkan kesakitan yang sederhana
hingga teruk dengan kesukaran berjalan. Atlet juga mungkin tidak dapat bermain badminton
pada sesuatu tempoh dan mungkin tempang sementara. Lebam kecil mungkin jelas kelihatan
bersama-sama dengan bengkak dan kekakuan pada sendi buku lali. Terdapat kemungkinan
berlaku beberapa ketidakstabilan sendi akibat terkoyak sederhana beberapa
gentian ligamen.
Gred
3 sprain pada pergelangan kaki biasanya menyebabkan pecah keseluruhan atau
hampir keseluruhan ligamen. Sakit yang teruk akan dirasai pada mulanya dengan
bengkak dan lebam yang luas. Atlet akan mengalami ketidakstabilan kasar sendi.
Pada tahap ini juga atlet sememangnya tidak dapat bermain badminton dan perlu
menjalani rawatan atau pemulihan untuk memulihkan kecederaan. Atlet juga
disarankan untuk berehat daripada melakukan sebarang pergerakan yang agresif.
2.1.2 Meniscus Tear
Koyakkan pada meniscus merupakan kecederaan sukan biasanya
berlaku apabila menisci koyak. Menisci adalah cakera rawan yang membantu
melindungi lutut dari pukulan atau sebarang hentakan. Semasa pergerakan lutut
biasanya rawan bergerak dengan lutut yang bertindak sebagai penampan. Kadang-kadang
kedua-duanya boleh terkoyak secara serentak dengan terseliuh. Pergerakan berhenti
dan berpusing secara tiba-tiba biasanya antara penyebab menisci untuk terkoyak
seperti dalam sukan badminton. Apabila daya yang tidak normal berlaku pada tulang
lutut terhadap satu sama lain, ini meletakkan tekanan pada tulang rawan dan
menyebabkan ia koyak atau berpecah. Jika lutut membengkak dengan serta-merta ia
biasanya bermaksud mungkin berlakunya sprain.
Jika bengkak berlaku kemudian atau selepas permainan ia mungkin hanya rawan
yang koyak tetapi kecederaan ini biasanya memberikan kesakitan dengan segera.
Lutut akan merasa lemah dan menyakitkan ke arah hadapan. Kadang-kadang cecair
dari saluran darah terlepas ke dalam kawasan sekitarnya dan kelihatan lutut
'bengkak.' Kemungkinan juga lutut mungkin tidak dapat bergerak sama sekali dan
ia adalah mustahil untuk meletakkan apa-apa berat di atasnya
Justeru,
meniskus yang terkoyak biasanya
disebabkan oleh pergerakan berpusing secara tiba-tiba lutut semasa gerak kaki
menyebabkan koyakkan pada meniskus. Atlet atau pemain badminton akan mengalami rasa
sakit pada sendi lutut, bengkak ringan dan tidak dapat fleksi atau meregangkan
kaki sepenuhnya.
2.1.3 Muscle Strain
Strain
merupakan kecederaan pada otot atau tendon. Tendon adalah tisu yang
menghubungkan tulang dengan otot. Tanda-tanda yang biasa seperti kesakitan,
kekejangan otot, kehilangan kekuatan. Agak sukar membezakan strain biasa dan
yang teruk kerana kesakitannya hampir sama. Strain biasa berlaku apabila
bersenam dimana seseorang mungkin menggunakan beban yang tidak sepatutnya,
berlatih dalam keadaan tidak cukup rehat, menggunakan teknik yang salah dan
sebagainya
Kecederaan
otot (strain) berlaku apabila otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan
ini berlaku apabila individu atau atlet tersebut menggunakan otot secara
mengejut dan berlebihan sehingga berlakunya kekejangan otot. Biasanya seseorang
yang bermain atau bersukan melakukan aktiviti fizikal tanpa membuat pemanasan
badan terlebih dahulu, boleh menyebabkan terjadinya kekejangan otot.
2.2 Kecederaan
Lebihguna (Overuse Badminton Injuries)
2.2.1 Lateral
Epicondylitis (Tennis Elbow)
Kecederaan
lebihguna yang kronik disebabkan oleh pukulan kilas yang berulang-ulang, ketegangan
tali yang terlalu tegang, pertukaran saiz cengkaman, kurangnya pemulihan dan
regangan merupakan antara punca kecederaan lateral
epicondylitis berlaku. Kecederaan ini akan menyebabkan kesakitan pada epicondyle sisi dan tendon extensor biasa.
Mempunyai
teknik yang betul dan saiz cengkaman yang betul adalah penting untuk
mengelakkan kecederaan jenis ini dalam badminton. Ia juga penting bahawa seseorang
atlet tidak meningkatkan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi atau meningkatkan
intensiti permainan secara drastik. Rehat yang mencukupi adalah pilihan terbaik
untuk sembuh daripada kecederaan ini.
2.2.2 Shoulder
Injuries
Kecederaan
pada bahagian bahu merupakan kecederaan yang sangat biasa di dalam sukan badminton
kerana permainan ini melibatkan banyak melakukan pukulan lob, smesy dan pukulan
“overhead” kepada pihak lawan.
Kebiasaannya tindakan ini akan menyumbang kepada berlakunya masalah atau
kecederaan pada bahagian “rotator cuff”.
Rotator cuff adalah sekumpulan otot
yang bekerja bersama-sama untuk menyediakan sendi bahu dengan kestabilan
dinamik, membantu untuk mengawal sama semasa ia berputar. Apabila berlakunya
kecederaan pada bahagian tersebut, seseorang pemain badminton akan mengalami
kesukaran untuk bermain kerana sukar untuk melakukan pukulan mahupun menerima
pukulan pihak lawan. Justeru, adalah disarankan untuk berehat dan lakukan
pemulihan untuk mengelakkan otot tersebut daripada terkoyak.
2.2.3 Achilles
Tendonitis
Achilles tendonitis adalah istilah umum untuk sakit di sekitar achilles tendon dan dilaporkan kerap
dalam pemain badminton. Achilles
tendonitis biasanya datang secara beransur-ansur, dan adalah lebih biasa di
kalangan mereka yang berusia lebih 40. Akan berlakunya kesakitan, di mana
diterukkan lagi apabila melakukan aktiviti, dan achilles tendon biasanya menyakitkan apabila disentuh. Tendon yang
terjejas kebiasaannya kelihatan tebal berbanding dengan bahagian yang tidak terjejas.
Ahli
profesional perubatan merujuk kepada keadaan ini sebagai achilles tendinopathy, yang dicirikan oleh kemerosotan daripada achilles tendon. Degenerasi ini bermakna
bahawa tendon tidak mempunyai kekuatan tegangan yang biasa dan boleh menyebabkan
pecah apabila aktiviti sukan diteruskan.
Tanda
– tanda berlakunya achilles tendonitis
dapat dikesan apabila berlakunya kesakitan pada tendon semasa latihan. Kedua,
akan ada rasa sakit achilles secara
beransur-ansur akan datang apabila melakukan senaman yang berpanjangan tetapi
akan hilang apabila berehat. Selain itu, akan ada kesan bengkak pada tendon achilles. Selain itu, terdapat juga
kesan kemerahan pada kulit.
3.0 Tugasan 2:
Prosedur bantu mula
3.1 Kecederaan Akut (Acute
Injury)
3.1.1 Ankle Sprain
Sprain
atau terseliuh pada pergelangan kaki adalah sebahagian daripada kecederaan dalam
sukan yang paling biasa, dan sering berulang-ulang terutama dalam sukan
badminton yang mana atlet sentiasa bergerak dengan pantas dan menukar
pergerakan dengan kerap secara tangkas. Prosedur bantu mula bagi ankle sprain ini adalah menggunakan
rawatan awalan (RICE). Selepas mendapatkan rawatan bantu mula, rawatan susulan
akan dilakukan.
i.
R (Rest)
·
Setelah mendapat
kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan
di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan
pendarahan dalaman.
ii.
I (Ice)
·
Ais yang dibalut dengan kain atau
plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan
luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke
atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel
di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel
yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan
lebih cepat.
iii.
C (Compression)
·
Bahagian yang cedera harus
dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah
menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau
rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih
bebas dan longgar.
iv.
E(Elevation)
·
Meninggikan bahagian yang cedera
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah
masuk ke jantung. Ini mengurangkan
pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi
daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang
pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat
mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan
menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.
3.1.2 Meniscus Tear
Koyakkan
pada meniscus merupakan kecederaan
sukan biasanya berlaku apabila menisci koyak. Justeru, meniskus yang terkoyak biasanya disebabkan oleh
pergerakan berpusing secara tiba-tiba lutut semasa gerak kaki menyebabkan koyakkan
pada meniskus. Atlet atau pemain badminton akan mengalami rasa sakit pada sendi
lutut, bengkak ringan dan tidak dapat fleksi atau meregangkan kaki sepenuhnya. Prosedur
bantu mula bagi kecederaan ini menggunakan kaedah
(P. R.I.C.E).
i. P (Protect)
·
Lindungi kecederaan
yang berlaku daripada kecederaan yang selanjutnya.
ii.
R (Rest)
·
Setelah mendapat
kecederaan, mangsa harus direhatkan.
iii.
I (Ice)
·
Ais yang dibalut dengan kain atau
plastik didemah ke atas tempat yang cedera dalam setiap selang masa 20 minit
dalam tempoh 48 jam selepas kecederaan.
iv.
C (Compression)
·
Bahagian yang cedera harus
dibalutkan dan gunakan pendakap lutut jika diperlukan. Sekiranya ada tanda
kebiruan atau rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula
supaya lebih bebas dan longgar.
v.
E(Elevation)
·
Meninggikan bahagian yang cedera
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah
masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.
Bahagian yang cedera harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah
ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan
pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut
atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak
komplikasi.
3.1.3 Muscle Strain
Kecederaan
otot (strain) berlaku apabila otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan
ini berlaku apabila individu atau atlet tersebut menggunakan otot secara
mengejut dan berlebihan sehingga berlakunya kekejangan otot. Prosedur bantu
mula yang digunakan untuk merawat pemain badminton yang mengalami kecederaan
ini turut menggunakan kaedah yang sama seperti posedur bantu mula ankle sprain
dan meniscus tear iaitu (RICE).
i.
R (Rest)
·
Setelah mendapat
kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan
di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan
pendarahan dalaman.
ii.
I (Ice)
·
Ais yang dibalut dengan kain atau
plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan
luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke
atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel
di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel
yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan
lebih cepat.
iii. C (Compression)
·
Bahagian yang cedera harus
dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah
menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau
rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih
bebas dan longgar.
v.
E(Elevation)
·
Meninggikan bahagian yang cedera
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah
masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian
yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu
dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar
perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet
tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak
komplikasi.
3.2 Kecederaan
Lebihguna (Overuse Badminton Injuries)
3.2.1 Lateral
Epicondylitis (Tennis Elbow)
Kecederaan lebihguna yang
kronik disebabkan oleh pukulan kilas yang berulang-ulang, ketegangan tali yang
terlalu tegang, pertukaran saiz cengkaman, kurangnya pemulihan dan regangan
merupakan antara punca kecederaan lateral
epicondylitis berlaku. Kecederaan ini akan menyebabkan kesakitan pada epicondyle sisi dan tendon extensor
biasa. Prosedur bantu mula bagi merawat kecederaan ini adalah dengan meluruskan
pergelangan tangan dan jari terhadap rintangan untuk melihat sama ada ia
menghasilkan sakit pada siku Kemudian, kedudukan tangan mangsa dengan anduh dan
tuamkan ais pada tempat yang cedera. Pemeriksaan x-ray siku juga digalakkan dan
seterusnya pemain dikehendaki berehat secukupnya pada lengan terbabit.
3.2.2 Shoulder
Injuries
Kecederaan
pada bahagian bahu merupakan kecederaan yang sangat biasa di dalam sukan badminton
kerana permainan ini melibatkan banyak melakukan pukulan lob, smesy dan pukulan
“overhead” kepada pihak lawan.
Kebiasaannya tindakan ini akan menyumbang kepada berlakunya masalah atau
kecederaan pada bahagian “rotator cuff”.
Maka, prosedur bantu mula unruk rawatan pemulihan untuk mengelakkan otot
tersebut daripada terkoyak yang disarankan adalah dengan menggunakan kaedah
(RICE).
ii.
R (Rest)
·
Setelah mendapat
kecederaan, mangsa harus direhatkan. Pastikan bahagian yang cedera ditempatkan
di paras yang lebih tinggi darpada jantung. Kedudukan ini akan mengurangkan
pendarahan dalaman.
iii.
I (Ice)
·
Ais yang dibalut dengan kain atau
plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan
luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke
atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel
di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel
yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan
lebih cepat.
iii. C (Compression)
·
Bahagian yang cedera harus
dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Balutan hendaklah
menggunakan pembalut yang sejuk atau pek ais. Sekiranya ada tanda kebiruan atau
rasa kebas di tempat yang cedera, buka pembalut dan diikat semula supaya lebih bebas
dan longgar.
vi.
E(Elevation)
·
Meninggikan bahagian yang cedera
memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah
masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.
Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.
3.2.3 Achilles
Tendonitis
Kecederaan
ini melibatkan koyakan atau ketegangan yang berlaku pada tendon yang
menyambungkan otot calf dengan tumit. ianya berlaku kerana ketegangan yang kuat
pada otot calf dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian tumit semasa
berlari dan melompat. Prosedur bantu mula bagi kecederaan ini adalah dengan
menuamkan dengan ais selama 10 minit ke 30 minit. Kurang daripada 10 minit akan
memberikan kesan kelegaan yang kurang dan lebih daripada 30 minit pula akan
memudaratkan kulit. Ais tersebut hendaklah dibalut menggunakan kertas plastik
ataupun tuala. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas
tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di
sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel
yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan
lebih cepat. Namun, sekiranya ia
merupakan kecederaan yang teruk, maka ianya perlu terus dirujuk kepada pakar
bagi mengelakkan kecederaan yang semakin teruk dan berlanjutan.
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam
sukan badminton antara kecederaan yang kerap berlaku dan dialami oleh atlet
boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu pertama jenis kecederaan akut dan
kecederaan lebihguna. Justeru, dalam aspek bantu mula seseorang ahli sukan
mahupun ahli fisioterapi boleh mengamalkan princip RICE (Rest, Ice, Compression
dan Elevation) semasa melaksanakan rawatan terhadap kecederaan tersebut sebagai
langkah pertama untuk mengelakkan kecederaan bertambah teruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan