(Pembentangan oleh : Aizan
Syazwan, Mohd Noor Rushdee, Siti Aminah)
Pencegahan kecederaan - dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.
PRINSIP PENCEGAHAN
1) Prinsip latihan
- Penambahan beban senaman secara
beransur-ansur
- Tempoh latihan - Berlatih pada paras
yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu
letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
- Intensiti
- Motivasi
- Pengkhususan - Senaman yang dipilih
haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif
- Relaksasi - Dapat mengurangkan
ketegangan atau kelesuan
- Rutin
2) Memanaskan badan Tujuan -
sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan
otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek
atlet-atlet.
3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :
3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :
- memulihkan kecederaan
- meningkatkan perkembangan
- meningkatkan keyakinan diri
4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.
5) Keselamatan kemudahan dan peralatan
Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.
6) Peralatan perlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.
PELAKSANAAN PRINSIP PENCEGAHAN
Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.
Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana :
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh
Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.
Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.
Pengurusan Emosi
Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.
Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.
Rujukan :
http://pendidikanjasmani07.blogspot.com/2010/08/pencegahan-kecederaan-dalam-sukan_11.html. Diakses pada 26 Jun 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan