Ahad, 5 Julai 2015

Laporan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum

Laporan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Ambilan Januari 2014
Disediakan oleh Desmond Daniel Ak Copta
PISMP PJ Ambilan Januari 2011.

1.0   Apa yang saya faham tentang pengurusan kokurikulum, sukan permainan, olahraga, persatuan, unit beruniform dan ekstra kokurikulum di IPG Kampus Rajang. Penglibatan diri saya dan sejauh mana ilmu yang saya dapat semasa di IPG memberi keyakinan untuk saya semasa menjalani praktikum yang lepas.
Kegiatan kokurikulum meliputi semua kegiatan di luar bilik darjah dan lanjutan daripada kurikulum yang diajar di bilik darjah. Menurut Kerr (1971) kokurikulum adalah satu aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sesuatu instituisi pendidikan untuk mencapai sesuatu tujuan. Aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang dilakukan secara perseorangan atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah . Konsep kegiatan kokurikulum adalah merupakan satu pengajaran yang praktik, mengajar pelajar apa yang tidak dapat diajar di dalam bilik darjah. Kegiatan ini menurut Arasoo (1995) bertujuan menyumbang kepada perkembangan kurikulum sekolah yang menyeluruh dan sempurna.
         Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal. Malah, penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pertandingan atau penghargaan dari segi kewangan dan lain-lain. Contoh sukan adalah seperti sukan bola sepak, renang, olahraga, badminton, ragbi dan lain-lain yang dipertandingkan di satu-satu peringkat sama ada negeri, negara mahupun dunia.
         Permainan pula merupakan satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang eksplisit, matlamat yang ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang yang dikenal pasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali permainan dijalankan. Sebagai contoh permainan bola sepak, bola jaring, olahraga yang dimainkan yang bukan berbentuk pertandingan iaitu sebagai medan riadah mahupun untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
         Unti beruniform pula merupakan atau dalam konteks sekolah boleh dipanggil unit pakaian seragam yang ditubuhkan di sekolah mengikut keperluan setempat, kemudahan peralatan, personal atau jurulatih dan kemudahan sedia ada di sesebuah sekolah atau institusi bagi mengendali dan melaksanakan aktiviti setiap unit beruniform. Contoh pasukan pakaian seragam yang boleh ditubuhkan di sekolah ialah Kumpulan Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain pasukan yang dirasakan sesuai mengikut kemampuan pihak sekolah atau personal yang berkelayakan untuk mengendalikannya.
         Berdasarkan kepada pernyatan-pernyatan yang dikemukakan di atas maka dapat disimpulkan di sini bahawa pengurusan kokurikulum merupakan cara seseorang atau organisasi mengendalikan sesebuah bidang gerak kerja luar. Contohnya dalam konteks di IPG Kampus Rajang pengurusan kokurikulum ini dapat dilihat semasa penganjuran perkhemahan unit beruniform, perkhemahan Bina Insan Guru (BIG), penganjuran Kejohanan Olahraga Rajang (KEJORA), penganjuran pertandingan permainan sempena Karnival Asrama, pertandingan Bola Sepak 9 sebelah peringkat IPG dan penganjuran pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat IPG Kampus Rajang. Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas merupakan aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah dan para pelajar merupakan individu yang akan melaksanakan setiap aktiviti berkenaan bermula dengan mesyuarat penubuhan ahli jawatankuasa sehinggalah kepada pelaksanaan aktiviti.
         Oleh yang demikian, sepanjang 5 tahun 6 bulan berada dalam latihan pra perkhidmatan perguruan di IPG ini telah meningkatkan tahap keyakinan dalam diri saya kepada satu tahap yang lebih tinggi lagi di mana setiap tugas yang diberikan kepada saya mampu saya galas dan jalankan dengan penuh akauntabiliti. Ini kerana dalam setiap aktiviti yang dianjurkan saya merupakan individu yang turut terlibat dalam penubuhan ahli jawatankuasa tidak kira jawatan yang disandang sama ada pengerusi sehinggalah ahli biasa. Berdasarkan pengalaman dan tanggungjawab yang dipukul semasa menyertai setiap aktiviti tersebut telah memberikan saya keyakinan semasa berada di sekolah untuk menjalani praktikum di tiga buah sekolah yang berlainan iaitu SK Haji Matahir, Sarikei, SK Sungai Paoh, Sarikei dan SK Sibu Jaya, Sibu.
         Apabila berada di sekolah untuk menjalani praktikum setiap tanggungjawab yang diberikan kepada saya dapat saya laksanakan dengan penuh keyakinan di mana saya yakin bahawa saya mampu untuk mengendalikannya. Ini dapat dilihat setiap kali para guru memberikan tugas kepada saya untuk mengendalikan sesebuah aktiviti misalnya mengetuai perjumpaan aktiviti kokurikulum setiap minggu di sekolah bagi unit beruniform mahupun sukan dan permainan.
         Bagi menunjukkan keyakinan saya dalam mengendalikan sesebuah aktiviti berikut merupakan antara gambar aktiviti yang telah melibatkan diri saya semasa menjalani praktikum di tiga buah sekolah.
 https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t1.0-9/p180x540/1896766_378219808984860_1433314490_n.jpg?oh=761d7dca2b1e87c6e513a6d42839ced3&oe=54E95994&__gda__=1421607337_d61c63084dceef6f9e5161ae92f173bf
Urus setia Pertandingan Bola Sepak MSS Luar Bandar Sibu
https://scontent-b-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/v/t1.0-9/s720x720/10014557_439410776205462_1820925812_n.jpg?oh=6affca3686c2cf579612f468ff1e01af&oe=54B5A262  https://scontent-b-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/v/t1.0-9/p417x417/10440924_449321158541391_122670460191880052_n.jpg?oh=672923f6f18748c552d0c777c44b0bbe&oe=54B96510
Latihan kawad kaki BSMM & Instruktor Senamrobik
https://scontent-b-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/p180x540/10362644_429304510543056_8425943393277146706_n.jpg?oh=f4852e977ae06ec22a140cce1b2c29b0&oe=54B11800  https://scontent-b-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xaf1/v/t1.0-9/s720x720/10353569_472347119572128_7589373164742789748_n.jpg?oh=4f1eeb7f27ccc3736f899a0ba834763a&oe=54F00860
Antara aktiviti ekstra kokurikulum iaitu Pelayaran Bersama Kapal Layar Diraja Tunas Samudera & Kejohanan Olahraga Terbuka Sibu

Berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi di IPG selain pengalaman yang dilalui memberikan keyakinan yang tinggi kepada saya dalam mengendalikan setiap aktiviti yang diamanahkan kepada saya dalam usaha mempertingkatkan kemahiran soft skill dalam diri saya secara tidak langsung.







2.0   Peranan dan penglibatan saya dalam bidang kokurikulum di sekolah semasa praktikum. Adakah pengetahuan saya sudah mencukupi atau sebaiknya dengan memberi penjelasan berdasarkan pengalaman-pengalaman nyata yang berkaitan di sekolah.
Semasa menjalani praktikum di sekolah, banyak peranan yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada saya terutama berkaitan dengan aktiviti kokurikulum. Bagi mengupas dengan lebih lanjut antara peranan dan penglibatan saya dalam bidang kokurikulum di sekolah, saya akan ringkaskannya dalam bentuk jadual di bawah bagi memudahkan pihak tuan membuat penilaian dan pemerhatian terhadap tahap penglibatan diri saya dalam konteks semasa menjalani praktikum di tiga buah sekolah.
Bil.
Nama Sekolah
Peranan @ Penglibatan
1.
SK Haji Matahir, Sarikei (1 bulan)
1.     Guru penasihat Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Sekolah. Melatih kawad kaki dan memberikan ceramah bantu mula.
2.
SK Sungai Paoh, Sarikei (2 bulan)
1.     Guru penasihat Unit Beruniform & Sukan dan Permainan.
2.    Instruktor perkhemahan UB peringkat sekolah.
3.    Instruktor program 1 Murid 1 Sukan.
4.    Penasihat program ceramah kesihatan sekolah.
5.    Instruktor Jemputan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan di SK Sibu Jaya.
3.
SK Sibu Jaya, Sibu (4 bulan)
1.     Guru penasihat Unit Beruniform BSMM & Sukan dan Permainan Ragbi Rimau.
2.    Jurulatih Pasukan Ragbi Rimau sekolah. Pencapaian MSS Luar Bandar Sibu (Ketiga).
3.    Instruktor Senamrobik Sepagi Bersama.
4.    JK Urus Setia Pertandingan Bola Sepak MSS Luar Bandar Sibu.


Berdasarkan pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani praktikum sememangnya belum mencukupi dan memadai kerana pengalaman yang diperolehi semasa praktikum hanya sekadar secebis pengalaman. Ini kerana pengalaman seseorang tidak boleh diukur secara konkrit kerana setiap individu memiliki pengalaman mereka sendiri bergantung kepada di mana mereka berada dan faktor-faktor lain yang memainkan peranan.

Namun begitu, dalam konteks sebagai guru pelatih yang menjalani latihan pra perkhidmatan peranan yang diberikan kepada saya mampu saya galas dan laksanakan dengan baik kerana saya telah memberikan komitmen yang tinggi semasa menjalankan tanggungjawab tersebut. Berdasarkan peranan yang diberikan kepada saya, saya mengakui bahawa pengetahuan yang ada pada diri saya ketika ini hanya sekadar ilmu sisipan sahaja dan tidak memadai untuk diimpelemtasikan dengan sebaiknya. ini dapat dilihat apabila saya perlu mengakses laman sesawang untuk mendapatkan cara-cara latihan terbaru dalam melatih murid-murid saya untuk menghadapi pertandingan ragbi RIMAU peringkat MSS Luar Bandar Sibu.

Kesimpulannya, ilmu yang ada pada diri saya sekarang sudah semestinya tidak mencukupi dalam mengharungi kehidupan di dunia yang nyata ini. Namun, peredaran masa, ruang dan peluang yang diberikan kepada saya merupakan antara pengetahuan yang penting dalam mendidik saya untuk menjadi seorang bakal guru yang berkualiti. Maka, dapat dirumuskan di sini bahawa sebagai seorang guru pembelajarang sepanjang hayat perlu dijadikan panduan dalam hidup dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan penuh integriti.





3.0   Bagaimana pengalaman dalam bidang kokurikulum di IPG dan pengalaman di sekolah (praktikum) dapat membantu saya yang akan menjadi guru permulaan di sekolah pada tahun hadapan? Apa kelebihan dan kekurangan ilmu anda serta cadangan penambahbaikan untuk kebaikan bersama.
Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang kokurikulum selama 5 tahun di IPG dan pengalaman selama 7 bulan di sekolah menjalani praktikum dan internship secara jujurnya telah mampu membantu saya untuk menjadi bakal guru permulaan di sekolah. Ini kerana pengalaman saya dalam bidang kokurikulum bukan bermula di IPG namun telah bermula sejak saya berada di bangku sekolah lagi yakni semenjak berada di Sekolah Rendah sehingga ke saat ini.

Sudah semestinya pengalaman-pengalaman yang saya perolehi dalam bidang kokurikulum ini banyak membantu saya dalam mempersiapkan diri untuk menjadi seorang bakal guru permulaan di sekolah tahun hadapan. Ini kerana pengalaman-pengalaman yang saya perolehi itu menjadi tonik kepada saya dan keberanian kepada saya dalam menjalankan tugas dengan cemerlang dan berkualiti. malah, pengalaman yang diperolehi memberikan saya kelebihan daripada individu-individu lain kerana saya seorang yang tidak akan menolak tugas atau tanggungjawab yang diberikan.

Antara kelebihan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi dalam bidang kokurikulum ini adalah telah memberikan saya satu tahap atau keistimewaan daripada individu-individu lain. Ini kerana bukan semua orang dapat atau berani berada di hadapan ratusan peserta semasa mengetuai Senamrobik. Selain itu, berdasarkan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi menyebabkan saya sentiasa menjadi tumpuan pihak pentadbiran atau guru-guru di sekolah semasa menjalani praktikum kerana hasil kerja yang saya tunjukkan dan kemampuan saya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Ini kerana saya yakin bahawa saya mampu melaksanakannya seperti menjadi penasihat kawad kaki dan mengetuai pengisian aktiviti setiap minggu untuk Unit Beruniform.

Setiap kelebihan sudah pastinya ada kekurangan. Kekurangan saya dalam bidang kokurikulum ini sudah pastinya ilmu pengetahuan dan pengalaman saya terutamanya. Ini kerana saya merupakan individu yang masih baharu dan muda dalam bidang perguruan ini jika dibandingkan dengan guru-guru di sekolah yang telah lama berkhidmat dan turut serta secara langsung dalam bidang ini.

Antara kekurangan yang dapat saya kenalpasti adalah saya tidak mempu untuk membuat keputusan yang diperlukan dalam membuat sesuatu tindakan. Ini kerana pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang ini masih cetek. Oleh sebab itulah saya akan merujuk kepada guru-guru lain yang berpengalaman dalam membuat keputusan. Ini kerana guru-guru di sekolah merupakan individu yang telah berada dalam perkhidmatan dan sudah lali dengan sistem mahupun dasar pendidikan masa kini yang begitu kompleks dan perlu dipatuhi jika dibandingkan dengan diri saya yang belum berada dalam perkhidmatan. Siapa saya untuk membuat keputusan?

Oleh sebab itu, antara cadangan yang boleh diimplementasikan adalah dengan merujuk kepada surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh KPM dalam memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan dengan baik dan mengikut prosedur. Selain itu, boleh menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh KPM sebagai panduan kepada guru-guru yang baharu dalam merancang program latihan. Melalui buku panduan ini adalah mustahil untuk para guru terutama guru baharu mengatakan “Saya tidak tahu” kerana KPM telah menyediakan bahan untuk para guru dalam memastikan dasar yang dikeluarkan oleh mereka dapat direalisasikan.
Selain itu, untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kokurikulum juga saya mahupun guru-guru boleh mengakses laman sesawang untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan menerusi media-media sosial seperti Youtube, Google, Facebook dan bermacam-macam lagi.

Malah, sentiasa melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang disediakan oleh IPG mahupun KPM dalam mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman diri. Ini kerana setiap institusi akan sentiasa menyediakan program-program ataupun aktiviti-aktivit kokurikulum untuk ahlinya. Justeru, rebutlah peluang tersebut untuk kebaikan diri sendiri.

Justeru, untuk menjadi seorang yang berjaya seorang individu terutama guru perlu mengamalkan “pembelajaran sepanjang hayat” yakni tidak jemu menuntut ilmu tidak kira apa jua jenis ilmu pengetahuan asalkan bermanfaat kepada diri dan orang disekeliling. 

Tiada ulasan: