Tutorial 1
Tajuk: Bincangkan
peranan ahli-ahli psikologi sukan dan senaman?
Melalui pembacaan yang
telah dibuat melalui laman sesawang yang dicari mendapati terdapat tiga peranan
ahli psikologi sukan dan senaman yakni samaada yang mengamalkannya secara teori
ataupun dipraktikkan ke dalam bidang masing-masing.
Psikologi sukan merupakan
satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta
mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan
satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat
sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan
proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing
atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus
kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau
menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat
mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan
dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.
Sebagai
contoh, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi
kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor
psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan
kurang yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan
andaian yang melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain
tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan
merupakan satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam
bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai
asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.
Psikologi
sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan
serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta
kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan
aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini
membabitkan bidang sukan dan pergerakan.Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan
merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam
bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi
sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan
mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih
luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan
yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau
padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti
perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.
Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita untuk
menyatakan sesuatu tingkah laku atlet itu
sendiri, menerangkan tingkah laku tersebut dan seterusnya membuat andaian
tentang tingkah laku tersebut. Keadaan seseorang atlet diterangkan melalui
pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk menangani
masalah atlet. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat
untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap
atlet serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara tidak
langsung diluar gelanggang permainan.
Selain
itu, antara peranan ahli-ahli psikologi adalah yang pertama sebagai penyelidik,
kedua pendidik dan ketiga adalah sebagai ahli psikologi sukan klinikal.
Bagi peranan yang pertama yakni sebagai penyelidik
psikologi sukan, peranan mereka adalah mengendalikan penyelidikan dan mengkaji
isu-isu yang berkaitan dengan bidang psikologi sukan. Mereka akan menggunakan
kaedah dan pendekatan semasa menjalankan kajian dan penyelidikan. Antara kaedah
dan pendekatan yang digunakan adalah seperti soal selidik, pemerhatian dan
melalui eksprimen atau secara eksperimental. Hasil kajian dan penyelidikan yang
diperolehi ini nanti akan digunakan kepada mereka yang terlibat dalam bidang
sukan terutama kepada ahli psikologi sukan gunaan.
Peranan kedua pula adalah sebagai pendidikan psikologi
sukan pula tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat latihan secara
profesional dalam bidang Pendidikan Jasmani (PJ) dan Sains Sukan. Selain
mengajar psikologi sukan, mereka juga menyampaikan ceramah dan memberi kursus
prikologi sukan kepada jurulatih sukan. Mereka ini juga bertindak sebagai
konsultan atau orang tengah dalam bidang sukan. Mereka akan melakukan kajian
dan penyelidikan bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang tersebut.
Bagi peranan ketiga yakni sebagai ahli psikologi sukan
klinikal pula mereka ini terdiri daripada pakar psikologi sukan yang
berkelayakan dan terlatih dalam bidang psikologi klinikal. Mereka memainkan
peranan sebagai ahli psikologi sukan dengan mengendalikan masalah emosi dan
personaliti atlet serta masalah-masalah yang berkaitan dengan sukan. Sebagai
contoh, menolong atlet yang menghadapi masalah alkohol, penyalahgunaan dadah,
kecelaruan makanan, dan kemurungan. Selain itu, bantuan yang diberikan juga
bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi dan juga penilaian
psikologi atlet. Tugas ahli psikologi sukan klinikal juga adalah untuk membantu
atlet yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius dan
melibatkan tempoh masa yang panjang. Ini kerana mereka merupakan orang yang
berkelayakan dalam bidang ini dan mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan
membantu atlet menangani masalah.
Rujukan:
http://rujuknota.blogspot.com/2009/08/peranan-dan-kaitan-psikologi-sukan.html. Diakses pada 8 Januari 2014.
http://www.scribd.com/doc/94208491/psikososial-pjm-3117. Diakses pada 8 Januari 2014.
http://eyubackoff.blogspot.com/2008/08/psikologi-sukan.html. Diakses pada 8 Januari 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan