PERSONALITI
Pengenalan
Definisi personaliti seperti mana yang
diberikan oleh Nada Abi Samra. (2000), iaitu personaliti membolehkan seseorang
itu lebih efektif untuk bersosial kerana individu tersebut dilihat sebagai
orang yang mempunyai personaliti yang menarik, teruk atau langsung tiada
personaliti. Apabila personaliti dikaitkan dengan perkataan asalnya iaitu
persona yang bermaksud topeng, personaliti lebih mencerminkan aspek diri
sendiri yang dipilih untuk dipamerkan kepada dunia. Definisi ini juga membawa
maksud bahawa beberapa aspek penting bagi seseorang manusia itu cuba
disembunyikan atas sebab-sebab yang tertentu.
Personaliti seseorang dilihat sebagai sesuatu
yang unik dan membezakannya dengan seseorang individu yang lain. Aspek tersebut
dipanggil perbezaan individu. Kajian tentang personaliti ini telah menghasilkan
pelbagai teori personaliti yang dapat membantu kita memerhati dan menerangkan
pelbagai aspek tentang personaliti. Teori-teori personaliti tersebut adalah
dapatan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap pelbagai
personaliti manusia. Memandangkan manusia adalah makhluk yang sangat kompleks,
maka kewujudan berbagai jenis teori personaliti akan dapat membantu kita
memahami personaliti manusia yang berbeza-beza.
Satu definisi awal tentang personaliti telah
diberikan oleh Ortony, Norman & Revelle (2005). Menurut beliau personaliti
ialah apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang. Definisi ini
mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseorang dan ia juga
dianggap sebagai terlalu ringkas. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih
menyeluruh telah diberikan oleh Fleeson (2007). Menurut mereka, personaliti
ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem
psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya.
Selain dua definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi
lain tentang personaliti misalnya Feist (1985), telah mengumpulkan lebih kurang
50 definisi yang boleh dikatakan di sini ialah definisi yang berlainan ini
menggambarkan beberapa perkara.
Pertama ialah kaedah yang digunakan oleh ahli
psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti. Kedua,
setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul. Kajian
tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang
mempengaruhi tingkah laku. Beberapa definisi personaliti boleh merangkumi
daripada proses dalaman bagi seseorang kepada tingkah laku yang boleh
diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu. Setiap satu definisi
tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan penggunaan kaedah
penyelidikan yang berlainan.
Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang
apa-apa yang berlaku dalam diri individu atau bagaimana individu berinteraksi
sesama mereka. Setelah meninjau beberapa definisi tentang personaliti, Feist
(1985), telah membahagikan personaliti kepada tiga bahagian iaitu kesan luaran,
struktur dalaman dan pandangan positif. Pendekatan kesan luaran dalam definisi
personaliti sama maksudnya dengan topeng, ia merujuk kepada ciri-ciri tertentu
yang ada pada seseorang sebagaimana ia diamati atau dilihat oleh orang lain,
iaitu seseorang kepada orang lain. Pendekatan struktur dalaman pula tidak
melihat personaliti sebagai topeng semata-mata tetapi merangkumi strukutur
psikologi atau fizikal. Pendekatan ini melihat personaliti sebagai sistem, tret
atau ciri. Pendekatan ini dikritik kerana ciri dalaman tidak boleh diperhatikan
dan oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara saintifik.
Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif
merujuk kepada operasi sebenar seperti skor yang diperolehi dalam ujian
personaliti. Personaliti sebagai satu konstrak dan sistem yang kompleks. Setiap
satu komponen personaliti ditafsir daripada pemerhatian tentang tingkah laku
dan setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk.
Terdapat beberapa jenis teori personaliti yang
membincangkan tentang persamaan sifat semula jadi manusia dan perbezaan
individu dari pelbagai perspektif. Teori personaliti tersebut antaranya akan
seperti berikut:
Teori Personaliti Sigmund Freud
Teori Personaliti Karen Horney
Teori Personaliti Gordon Allport
Teori Personaliti Hans J. Eysenck
Personaliti juga dilihat sebagai satu
organisasi yang agak stabil dan berkekalan ciri-ciri emosi, fizikal, intelek
seorang individu yang menentukan penyesuaiannya yang unik kepada persekitaran.
Definisi ini menitik beratkan tret iaitu ciri-ciri yang stabil dan berkekalan
dan bila tret ini dikumpulkan ia akan menjadi type dalam erti kata lain, koleksi
tret personaliti selalunya wujud bersama dan menyumbang kepada type
personaliti. Personaliti bermula dan berkembang melalui interaksi tret ini di
mana tingkah laku akan dibentuk. Eysenck telah mengutarakan tiga jenis
personaliti iaitu Ekstroversi (E) , Neurotisme ( N) dan Psikotisme (P) (Potkay
& Allen, 1986) Ekstroversi adalah profail personaliti yang bersifat
bipolar. Dua dimensi didapati dalam skala Ekstroversi. Individu dengan skor
tinggi dalam skala Ekstroversi adalah individu Ekstroversi (Eks) dan individu
dengan skor rendah adalah individu Introversi (Int).
Neurotisme juga adalah profail yang bersifat
bipolar. Dua dimesi didapati dalam skala Neurotisme. Individu dengan skor
tinggi pada skala Neurotisme adalah mempunyai dimensi Neurotik atau Tidak
Stabil ataupun Ketidakstabilan (TS) sementara individu yang dengan skor rendah
adalah mempunyai personaliti Stabil atau Kestabilan (S). (Feist, 1985).
Childhood Narcissism Scale
Set Ujian Malek Mukamat Said (alat ukur stres
dari aspek personaliti.)
Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk
mengenalpasti faktor, tahap dan stres dari aspek jenis personaliti yang
dimiliki oleh guru. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk:
I.
Mengenalpasti tahap stres (lebihan kerja,
hubungan interpersonal dan masalah pelajar) di kalangan guru sekolah rendah.
II.
Mengenalpasti jenis personaliti guru sama ada
jenis A - agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi, berdaya saing atau jenis B -
penyabar, sederhana, kurang daya saing.
III.
Mengenalpasti perkaitan antara tahap stres guru
dengan personaliti guru.
IV.
Berdasarkan instrumen yang dijalankan ,
analisis yang diperolehi adalah menepati objektif yang ditetapkan oleh
pengkaji. Bilangan item juga tidak begitu banyak iaitu 20 item sahaja tetapi ia
telah menjawab semua objektif yang digariskan.
Manakala kaedah kajian ataupun method merujuk
kepada cara yang paling berkesan untukmendapatkan maklumat yang berguna dengan
kos yang sangat minimum, bagi mendapatkan keputusan sesuatu penyelidikan. Ia
juga merupakan komponen yang penting dalam usaha untuk mencapai keputusan yang
objektif, jelas, tepat dan boleh dipercayai. Ia merangkumi aspek reka bentuk
kajian, sampel dan populasi, kaedah pengumpulan data dan instrumen yang
digunakan serta kaedah analisis yang diguna pakai.
Rekabentuk adalah kajian adalah jenis
diskriptif iaitu kaedah tinjauan. Tinjauan diskriptif bertujuan mendapatkan
ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan dan ciri populasi. Saiz sampel kajian
seramai 118 orang yang dipilih secara rawak berstrata (kuota). Di mana sekolah
yang mempunyai ramai guru maka pecahan sampel yang diambil adalah lebih ramai
ini dapat menunjukkan bahawa semua guru mempunyai peluang yang sama untuk
dipilih sebagai responden kajian ini.
Berpandukan kepada Malek Mukamat Said (2004),
sebanyak 20 item telah digunakan sebagai alat ukur stres dari aspek
personaliti. Tiada pengubahsuian dibuat kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji
sebelumnya dikhaskan untuk guru. Intrumen ini telah digunakan oleh
pengkaji-pengkaji terdahulu dan sudah mempunyai kesahan yang tinggi.
Dapatan kajian ini adalah menunjukkan mereka
juga menghadapi tahap stres dari aspek personaliti yang sederhana tinggi. Ini
menunjukkan bahawa tahap stres tidak dipengaruhi oleh personaliti responden.
Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)
jenis dimensi personaliti yang utama dimiliki
seperti ekstroversi dan neurotisme di kalangan pelajar-pelajar SPA, SPE dan
SPJ. Satu lagi objektif yang diutarakan ialah untuk mengetahui sama ada
terdapat perhubungan yang signifikan antara persekitaran keluarga dengan
pencapaian akademik di kalangan pelajar SPA,SPE dan SPJ.Berdasarkan instrumen
yang digunakan oleh pengkaji iaitu Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)
adalah satu instrumen yang ringkas tetapi menepati kehendak objektif kajian.
Responden hanya perlu menanda ‘YA’ atau ‘TIDAK’ sahaja pada jawapan setiap
item. Item yang digunakan adalah 40 sahaja dan membosankan responden.
Objektif kajian ini yang berkaitan dengan
personaliti untuk mengenalpasti
Manakala kaedah kajian atau metodologi kajian
yang digunakan adalah merujuk kepada bagaimana cara yang paling berkesan bagi
mendapat maklumat yang berguna dengan penggunaan kos yang minima untuk mencapai
matlamat penyelidikan. Pengkaji ini telah menggunakan instrumen soal selidik
yang mudah difahami dan jumlah item yang minimum iaitu 40 item sahaja. Dari
kesahan, instrument ini telah melalui ujian rintis dan didapati nilai
kebolehpercayaannya adalah r =0.5739 . Kos yang digunakan adalah minimum dan
maklumat yang diperolehi adalah menepati objektif dan persoalan kajian. Sampel
pula adalah dipilih secara rawak seramai 160 responden tetapi hanya 158 sahaja
yang mengembalikan borang soal selidik, jadi jumlah ini sudah mencukupi untuk
menjalankan kajian.
Dapatan kajian menunjukkan 87.3 peratus
responden adalah pada dimensi ekstrovert sementara 12.7 peratus adalah berada
pada dimensi introvert.Ini menunjukkan ramai responden yang suka bersosial,
adalah aktif, mudah bergaul, berjenaka dan cepat mesra. Ekstrovert juga tidak
suka perkara akademik dan selalunya tidak mengambil berat tentang tugas yang
ditanggung jawabkan. Individu ini adalah optimistik dan kadang-kala agresif.
Mereka mempunyai emosi yang sering berubah-ubah. Manakala dari aspek hubungan
antara dimensi personaliti dengan pencapaian akademik pelajar, hasil kajian
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara keseluruhan
dimensi personaliti dengan pencapaian akademik.Dapatan ini telah disokong oleh
pengkaji-pengkaji yang lalu, ini menunjukkan instrument yang digunakan adalah
sesuai dari segi kebolehpercayaannya.
Ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS)
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti
sama ada terdapat perbezaan ciri tret personaliti pelajar cemerlang dan tidak
cemerlang. Secara khususnya kajian ini telah mengenal pasti ciri personaliti
yang memepunayai tahap hubung kait yang positif atau negatif dengan pencapaian
cemerlang dan tidak cemerlang. Selain itu , kajian ini juga mengenal pasti sama
ada wujud perbezaan trait personaliti pelajar cemerlang dan tidak cemerlang berasaskan
jantina. Berdasarkan instrumen IPS ini sudah tentu menepati objektif kajian
kerana item yang digunakan adalah banyak iaitu sebanyak 160 item. Item yang
terlalu banyak boleh membosan responden.
Kaedah kajian atau metodologi kajian yang
digunakan oleh pengkaji ini adalah meliputi reka bentuk kajian, pemilihan
sampel dan cara memproses data. Pengkaji telah menggunakan inventori ini (IPS)
yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu r = 0.95. Dari segi
pemilihan sampel, pengkaji telah memilih sampel dari satu tempat sahaja kerana
ia mempunyai populasi yang ramai iaitu 800 orang. Pengkaji telah memilih
seramai 214 orang secara rawak dari dua kategori iaitu pelajar cemerlang dan
tidak cemerlang.
Kesimpulan
Berdasarkan jurnal-jurnal yang telah
dibincangkan di atas terdapat berbagai jenis instrument yang telah digunakan
dalam mengkaji personaliti seseorang individu. Antara instrumennya ialah:
Empat jurnal yang dibincangkan mempunyai
bilangan item yang sedikit (ringkas) tetapi menepati objektif dan persoalan
kajian. Bilangan itemnya antara 10 hingga 40 soalan sahaja dan amat sesuai
dijalankan dalam masa yang singkat dan tidak membosankan responden. Satu sahaja
yang mempunyai item yang banyak iaitu Ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS),
bilangan itemnya ialah 160 soalan. Namun Ujian Inventori Personaliti Sidek
(IPS) sangat popular di kalangan pengkaji di Malaysia. Satu lagi ujian
personaliti yang popular adalah Ujian Personaliti Warna (IPW). Ujian ini dapat
ditadbir dengan mudah dan dapat mengetahui hasil dapatan dengan cepat.
Sebagai kesimpulannya, ujian personaliti ini
amat penting kepada jurulatih, guru sukan dan pentadbir sukan. Dalam bidang
sukan aspek personaliti adalah satu cabang yang penting khususnya di dalam
disiplin psikologi sukan.Bidang ini kurang diberi perhatian di kalangan para
penggiat sukan di Malaysia tetapi ianya sudah lama diamalkan di Negara-negara
lain yang maju di dalam bidang sukan. Jadi, kita berharap para penggiat sukan
dan para cendikiawan yang terlibat dalam bidang ini dapat meneruskan kajian
dalam aspek personaliti ini.
Rujukan dan Bibliografi
Feist, J. (1985). Theories of personality. New
York : Holt, Rinehart and Winston.
Fleeson, W. (2007). Studying personality
processes: explaining change in between-persons. Handbook of research methods
in personality psychology (pp. 523–542). New York: Guilford Press.Longitudinal
and within-person multilevel models
Malek Muhamat Said. (2004). Siri Motivasi:
Studi Smart. Kuala Lumpur: PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Nada Abi Samra. (2000). The relationship
between emotional intelligence and academic achievement in eleventh graders.
Montgomery: Auburn University.
Noornazifah Binti Md Suandi. (2008). Kajian
terhadap stres di kalangan guru sekolah rendah di Zon Permas Jaya, Johor Bahru
dari aspek personaliti. Penulisan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda, Universiti
Teknologi Malaysia.
Nurul Ezzati Binti Azizi. (2008). Hubungan
antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan persekitaran keluarga terhadap
pencapaian akademik pelajar Spa, Spe Dan Spj. Penulisan Ilmiah Ijazah Sarjana
Muda, Universiti Teknologi Malysia.
Ortony, A., Norman, D. A., & Revelle, W.
(2005). Effective functioning: a three level model of affect, motivation,
cognition, and behavior. (pp. 173–202). New York: Oxford Univeristy Press.
Petrides, K. V. (2009). Technical manual for
the trait emotional intelligence questionnaires (TEIQue). London, England:
London Psychometric Laboratory.
Potkay, Charles R. dan Allen, Bem P. (1986).
Personality : theory, research and applications. California : Wadsworth Inc.
Revelle, W., Wilt, J., & Rosenthal, A.
(2009). Personality and cognition: the personality-cognition link. Handbook of
individual differences in cognition: Attention, memory and executive control.
Springer.
Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub. (2002).
Teori personaliti dari perspektif islam, timur dan barat. Pahang : PTS
Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Thomaes, S.,Stegge, H., Bushman, B. J., Olthof,
T. & Denissen, J. (2008). Development and Validation of the Childhood
Narcissism Scale. Journal of Personality Assessment, 90(4), 382-391
Zol Hamidy Bin Che An. (2003). Perkaitan antara
pencapaian akademik dan ciri personaliti: satu kajian kes di Kolej Mara.
Penulisan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda, Universiti Utara Malysia.
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek. (2005).
Membentuk identiti remaja. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Azlina Abu Bakar @ Mohd. ( 2002 ) . Psikologi
personaliti individu, siri pendidikan karisma. Shah Alam : Karisma Publication
Sdn. Bhd.
Cooper, A. & Petrides, K. V. (2010). A
Psychometric Analysis of the Trait Emotional Intelligence Questionnaire-Short
Form (TEIQue-SF) Using Item Response Theory. Journal of Personality Assessment,
92(5), 449-457
Perbandingan min skor untuk melihat tahap ciri
personaliti yang diuji. Ujian tidak berparameter digunakan untuk melihat ciri
perbezaan personaliti dua kelompok. Ujian pearson–r digunakan untuk mengkaji
tahap korelasi antara dua angkubah dalam satu korelasi silang ( matrix corelation).Kajian
ini mendapati terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki cemerlang dan
perempuan. Ujian t bebas yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan antara
ciri agresif dan ciri introvert dan kajian menunjukkan pelajar lelaki lebih bersifat
agresif manakala pelajar perempuan lebih bersifat introvert.Inventori
Personaliti Junior Eysenck (JEPI), Set Ujian Malek Mukamat Said (alat ukur
stres dari aspek personaliti.), Ujian Inventori Personaliti Sidek ( IPS ),
Childhood Narcississm Scale dan Trait Emotional Intelligence Questionnaire –
Short Form. Semua instrument ini telah digunakan oleh ramai pengkaji-pengkaji
yang terdahulu dan mempunyai nilai kesahan yang tinggi. Kajian mengenai
personaliti amat popular di kalangan pengkaji samada pengkaji bidang sukan
mahupun bidang umum seperti di sektor pendidikan, ketenteraan , kesihatan dan
sebagainya.
Childhood Narcissism Scale
Objektif bagi kajian mereka adalah membina dan
menyediakan data awal yang mempunyai kesahan dalam mengukur rasa kekaguman pada
diri sendiri di kalangan kanak-kanak. Ini amat bersesuaian dengan kurangnya
alat-alat bagi mengukur salah satu daripada ciri-ciri personaliti yang terdapat
pada seseorang. Tambahan pula kebanyakan kajian yang melibatkan rasa kekaguman
pada diri sendiri adalah dikalangan orang dewasa. Membina dan menyediakan satu
data awal akan memberi impak kepada pengkaji-pengkaji lain untuk menghasilkan
alat-alat yang khusus untuk mengukur rasa kekaguman pada diri sendiri di
kalangan kanak-kanak. Dalam kontek negara, amatlah kurang tumpuan yang
diberikan ke atas ciri personaliti ini apatah lagi ke atas kanak-kanak. Ini
mungkin disebabkan oleh kekurangan pakar-pakar dalam bidang personaliti yang
dapat menjalankan sesuatu kajian khusus bagi cirri personaliti ini.
Kaedah yang diaplikasikan oleh pengkaji dalam
kajian ini sangat teratur. Terdapat sekurang-kurangnya enam siri kajian yang
dijalankan oleh pengkaji. Bermula dengan kajian pertama bertujuan memilih
item-item yang bertepatan untuk mengukur rasa kekaguman pada diri sendiri di
kalangan kanak-kanak. Daripada 49 item pada awalnya, hanya 10 item akhir yang
diambil dan dikira sebagai mempunyai kolerasi yang tinggi. Kajian kedua dan
ketiga menguji secara cross-validation 10 item akhir ke atas subjek berbangsa
Dutch dan subjek American. Manakala kajian keempat pula, pengkaji mencari
kebolehpercayaan melalui kaedah uji dan ulang uji dengan jarak masa dua dan
enam bulan. Kajian kelima, pengkaji memberi tumpuan ke atas hubungan di antara
kekaguman pada diri sendiri di kalangan kanak-kanak dan harga diri dan
bagaimana kedua-dua tret memberi kepentingan kepada fungsi psikologi dan
interpersonal mereka.
Dapatan yang diperolehi melalui kajian ini
adalah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap tahap kekaguman pada
diri sendiri di kalangan kanak-kanak yang telah dibina dan disediakan. Melalui
enam siri kajian menjadikan alat ini lebih bersifat menyeliputi gambaran
sebenar ke atas kanak-kanak dan kesan yang baik jika diaplikasikan.
Trait Emotional Intelligence Questionnaire-Short
Form (TEIQue-SF)
Trait Emotional Intelligence
Questionnaire-Short Form, (Petrides, 2009) mengandungi 30 item yang mengukur
secara menyeluruh tret kepintran emosi. Respon mengikut kaedah Likert bermula 1
(Completely Disagree) hingga 7 (Completely Agree). TEIQue-SF telah digunakan
dalam kajian bertajuk A Psychometric Analysis of the Trait Emotional
Intelligence Questionnaire-Short Form (TEIQue-SF) Using Item Response Theory
(IRT) hasil penulisan Cooper dan Petrides (2010).
Objektif kajian ini memeriksa dengan lebih
teliti TEIQue-SF versi terbaru (version 1.50). dengan menggunakan teori item
respon (IRT). IRT memberi beberapa kelebihan dengan kaedah klasik untuk
analisis. Ini jelas menunjukkan pengkaji cuba menambahbaik intrumentasi ini.
Item-item dalam TEIQue-SF dianalisis setiap satunya bagi menentukan
signifikannya dengan ciri persornaliti yang diukur.
Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dengan dua
kajian yang dijalankan adalah sesuai bagi memenuhi objektif yang ditetapkan.
Kajian pertama, pengkaji menggunakan jumlah sampel yang besar bagi memeriksa
secara psikometrik item-item yang asal dalam TEIQue-SF versi pertama. Manakala
kajian kedua memeriksa secara psikometrik item-item keatas sampel yang
berlainan menggunakan TEIQue-SF versi terbaru (version 1.50). Kaedah
membandingkan dua hasil kajian yang dijalankan oleh pengkaji dapat mengesahkan
TEIQue-SF mampu memberi pengukuran yang tepat.
Dapatan dalam kajian ini berdasarkan dua kajian
dapat menunjukkan secara menyeluruh hasil pengukuran yang tepat ke atas
kebanyakan lingkungan tret yang masih terpendam dan item yang paling
menunjukkan psikometrik yang baik. Seterusnya TEIQue-SF dicadangkan bagi
pengukuran yang berulang kali ke atas individu yang berlainan dalam tret
kepintaran emosi.
Dalam kontek negara kita, TEIQue-SF boleh
digunakan dengan dialih bahasa ke dalam bahasa Malaysia agar sampel dari negara
kita lebih mudah memahami setiap item agar data yang diperolehi mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi. Ini perlu kerana tret kepintaran emosi jarang diketengahkan
dalam ciri-ciri personaliti.
(CNS) merupakan instrumentasi yang digunakan
dalam penulisan journal bertajuk Development and Validation of the Childhood
Narcissism Scale oleh Thomaes, Stegge, Bushman, Olthof dan Denissen (2008).
Terdapat 10 item akhir hasil kajian daripada 49 item. Setiap satunya telah
melalui enam siri kajian yang menjadikan alat pengukuran ini mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi. Respon menggunakan skala empat daripada 0
(not at all true) hingga 3 (completely true).(CNS)
Laman Sesawang:
http://sainssukanjee.blogspot.com/2011/12/personaliti.html.
Diakses pada 8 Januari 2104.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan